Friday, May 13, 2011

Dunia Fantasy Facebook

Hello peeps.. :)

Zaman sekarang ni, semua orang ada facebook. Budak-budak kecik pun ada facebook. Tak tahu lah apa yang ada pada facebook yang buat kan orang addicted and wajib online setiap hari. Mungkin sebab fb ni social web yang berbeza dari friendster, myspace dari segi keseluruhan dan ia satu benda yang baru. Kadang-kadang ada yang rasa tak boleh hidup dengan facebook. Untuk share status, untuk main game, untuk chatting..even saya sendiri pun pernah active facebook. Hari-hari mesti online and post status since saya registered on fb. Tapi dah sampai satu tahap, bila saya online setiap hari dan perhatikan orang..saya rasa jerk and fb ni sebenarnya banyak keburukan dari kebaikan. 

Status Facebook
Saya sendiri pun melalui jugak zaman active facebook ni..hari-hari post status and kita suka bila orang like and comment. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang post kita tu menjengkelkan. Nampak je orang click "like" tapi padahal sebenarnya orang tu menyampah ke apa kita tak tahu. Bila orang like status kita..kita mula rasa teruja and terus nak post lagi and post lagi sebab budget macam orang like. Bila dah terbiasa sangat post status...macam-macam lagi lah yang kita post termasuk lah hal activity harian, apa yang kita makan, berak kencing dan hal peribadi yang tak patut dikongsi dengan public. Kenapa jadi macam ni? 

Kalau kita tengok dekat box untuk post status tu..dia tulis....
What's On Your Mind?
So, users pun type lah what's on his/her mind.

Contoh: Seseorang tu bergaduh dengan mak dia. Bila dia on fb, automatically dia akan post status memaki mak dia "Mak aku macam babi" atau berkaitan dengan pergaduhan tu sebab dia tahu semua orang yang online fb akan baca status dia. So dia rasa macam kongsi masalah dia dengan orang untuk released. Macam mana kalau kebetulan kawan-kawan mak dia atau saudara-mara ada dalam friend list dia. Saya pernah lalui benda macam ni, jadi saya rasa tak patut post-post geram panas macam ni di published. Kontroversi.

Kadang-kadang jadi macam ni jugak....

a)Post status untuk berlawan-lawan
Kadang-kadang orang post status ni sekadar nak nak berlawan-lawan dan menunjuk-nunjuk. Ataupun sesuatu status tu sebenarnya ditujukan untuk seseorang dalam bentuk berkias atau memerli.

Contoh: 
Status A: wah bestnya bf kitewww bagi iphone...

Status B: eleh..iphone je pun., aku baru je dapat ipad dari si dia.

b)Post status ikut trend
Saya tak tahu lah kenapa certain trend tu keluar dalam posting status ni. Ada satu masa tu semua orang nak tulis post dalam bahasa inggeris. Mungkin nak tunjuk hebat sebab terror cakap english ke tak tahu lah kenapa. Salah grammar pun takpelah asal status dalam english. 

Contoh:
Post salah satu orang dalam friend list saya. Saya selalu tengok dia ni macam nak perhatian dari segi post dan gambar-gambar nya.

I'm not what did you thinking!!
p/s: dalam hati saya cakap... dah "did" kenapa "thinking" lagi.

Contoh-contoh ni bukan lah saya nak burukkan sesiapa atau nak cegah fb users dari post dalam english..tapi dari situ saya nampak, its a kind of trend lah post dalam english ni sebenarnya. Beriya-iya post status tapi orang tak faham. tak guna juga. :B Selain trend post english. trend bahasa eewwwww di kalangan budak-budak sekolah pun semakin popular.

"Babi gilerww lah minah niewww. budget jewwww."

Upload Gambar
Hmm, bercakap pasal gambar. Tipulah kalau kata upload gambar tapi saja-saja je. Dah tentulah untuk tatapan umum. Kalau tak, kenapa buat album dalam fb dan kata saja je. Daaaa..semua itu dusta. Kalau kita rasa gambar tu macam comel atau cantik, kita mesti nak upload kan. Tak kisah lah gambar diri kita ke..keluarga ke..apa-apa pun mesti gambar yang terbaik untuk dikongsi. 

Ada juga yang album gambar nya sampai beratus-ratus. Tiap album mengandungi gambar-gambar diri sendiri tiap bulan. Album posing maut bulan january, february, march, april..sampai tahun depan. Dah upload gambar banyak-banyak, tentulah kita mengharapkan orang comment or at least likes dari orang. Kalau takde respond dari orang, ini lah yang terjadi....(saya perhatikan budak-budak sekolah yang suka buat cara ni)

Saya memang budget gila gambar ni comel gila tapi takde satu orang pun yang comment kata comel or like this photo. Jadi, saya tagged semua orang! supaya semua orang tekan likes! dan comment comel!


Tapi lepas dah dapat banyak likes and comments...saya terus remove tags. konon nya ramai gila yang comment sebab gambar ni MEMANG! comel...sampai Justin Bieber pun comment comel.

 Dari situasi kat atas ni, nampak sangat manusia berusaha untuk dapatkan perhatian sampai terpaksa tagged semua orang kat gambar diri sendiri semata-mata nak kan comment dan likes. Memang lah kita nampak macam famous and vogue bila tiap kali kita post...ramai je orang yang nak like dan comment. Tapi benda tu memudaratkan diri kita sebenarnya. Saya pun sudah jarang-jarang sekali on fb. Sejak masuk dunia blog, at least kita update benda yang munasabah dan read others yang penuh dengan info.

Saya sudah ada account twitter tapi tak guna sebab concept dia sama macam fb malah lebih mencapub dari fb. Lagi lah nak update status tiap saat kalau guna twitter. Trend artist sekarang pun gaduh-gaduh guna twitter..then public baca. :) Bagus ke?

Saya tulis ni bukan lah menuding jari kepada sesiapa, cuma nak kongsi apa yang saya rasa dalam dunia fb yang saya nampak. Kalau ada yang tak tepat, betulkan lah :) Sebenarnya banyak lagi fantasy dunia fb ni tapi 2 benda yang saya utarakan ni lah yang saya paling nampak fantasy :)

Happy reading and have a nice day! :)

p/s: gambar tu cuma contoh ye. setakat ni tak pernah lagi tagged orang untuk mendapatkan comment. haha



71 comments :

  1. hahahaha... i pun kene tagged? hahahhaha.... =D

    ReplyDelete
  2. i series tak suka org yang tag nama kita dekat gmbr dia tu.. n lagi2 kalau nak berniaga...penuh inboz dgn komen org lain.. =)

    ReplyDelete
  3. hak3.....
    depa blaja bi x abes kot..

    :p

    ReplyDelete
  4. alamak .. mcm kena kat diri sendiri jek.. hahahha. sy pun suka post status kat fb in bi.. sbb sy student law and kawan2 saya pun mostly post status and comment in bi jgk. tp sy xterer sgt bi. hahaha.. kwn2 suruh praktis speak and write in english... sy pun buat ler... kalau salah, sy langsung xkesah org nak gelak ke nak apa...nk kutuk ke .. kalau tegur or tlg ajar lagi elok kan ? sy xmalu. kata terer, tlg ler ajor.. hehehe..

    ~ sy xsuka org yg tag nme saya kt bukan gmbar sy sndri.. but pneuh notifiction je.

    ~lagi satu, kalau org berkapel, xpayah la nak tunjuk manja kat facebook.. contoh status "syg abg yg comel tu dah makan ke belom eh ? ..." pegi je la kat wall awek dia kalau nk tny soalan mcm tu.. xpayah nk wat status.. penuhkan news feed je.. hiihih

    ReplyDelete
  5. hehe..namee..nape tak tag i gambar tu..sure i "like" ok..very nice entry.. :)

    ReplyDelete
  6. Sy pon nmpak fb lagi byk buruk dari baik. Sbb tu sy takde account fb. =)

    ReplyDelete
  7. hehe..saya dah deactivate acc fb saya kak..nak kurangkan bergosip.hehehe =D

    ReplyDelete
  8. Yeap. I have to agree with u on this one as well. It's difficult to tell this to people because different people comes with different background, age, maturity, ethnic, and what not.

    Sometimes when you see those ppl do something silly you prolly would roll your eyeballs till it pops out from your sockets out of annoyance kan.

    Faham je. haha. I guess the best solution is choose ur friends in facebook wisely.

    btw: is it my name u tag in ur photo tu? okay perasan sekejap. lol

    ReplyDelete
  9. hahahaha..gelak guling2...bese la yang tag muka seniri tu haih nak bagi lesung batu je kt dowg...sobs sobs

    ReplyDelete
  10. hahaha..kelakar lah u nie namee..tp ape pun entry yg u buat..memang best..=)

    ReplyDelete
  11. Tapikan sis, kalau gambar sis yang kat atas tu kita sincerely akan like like banyak kali (kalau boleh laaa hihi)

    Anyway, pernah delete fb dulu sebab mcm takde pekdah langsung but then buat acc baru sbb bnyak dah lost cntct pesume. acc bru pun kalau boleh taknak friend list melebihi 100. haha ;-)

    ReplyDelete
  12. miss taty...ahahha. pinjam nama hang naaaa. ;P untuk lakonan facebook ni :P

    tqah..haah. tagged untuk business okay jugak. tapi memang rimas lah. dah satu gambar 50 orang kena tagged, penuh notifications kita dengan comment2 orang. hehe.itu rimas, kalau kita ditagged kat gambar orang semat-mata untuk kaut comment..lagi lah annoy. pelik, nak publicity sampai macam tu sekali.

    misz jenny...hehe. tak kisah. even saya pun tak pandai english sangat pun. Cuma saya nampak,,jadi trend lah nak post dalam enslish ni padahal nya harian cakap melayu je. tapi tibe2 kat fb nak kena english. haha..pelik.

    ReplyDelete
  13. melon...takpe sebennarnya post dalam english tu. cuma saya nampak kadang2 benda ni sekadar ternd je. kalau keadaan cik melom. xpe, memang cik melon niat nk improve english :)saya sendiri pun x lah terror bebenor english.skit2 boleh la. ada juga status fb saya dalam english :)ngehehehehhe. dah lama duk perhatikan org2 dlm fb...kita spotted lah benda tu sebenarnya trend :)

    tag nama kat gambar sendiri....semata2 nk comment n likes. mmg syok sendiri sangat lah.

    em.saya sendiri pun ada je post pasal love. tapi byk je yg mcm annoy. sbb tu saya tak suka nak post2 ape2 pun.lgpun fb ni lagi encourage kita share personal thingy dengan public. tak bagus lah :) sampai hal laki bini gaduh pun ..semua orang boleh tahu.

    ReplyDelete
  14. sang ratoo...hehe. eh ada lah saya tag kat gambar. cuba cari.heheh. tapi ni lakonan je tau :) pinjam nama hampa naaaa :)

    anitafasha..takpe. :) takde fb lagi bagus. leka lagipun. dulu saya ada sorang kawan....beriya2 kata xnak buat fb n katanya fb ni untuk orang yang budget mencapap je. last2 dia yang buat fb n hari2 post gambar.

    dedetz..betul...kurang activity tak berfaedah kita. saya pun jarang dah online sbb2 macam tu lah :) lagipun kita jadi tumpuan lah.

    ReplyDelete
  15. Zaman myspace dulu pernah buat camtu,bila ingat balik malu jee

    ReplyDelete
  16. @diyana...maaf kalau saya terguris kan hati kamu. tapi biasa lah. saya pun pernah je upload gambar2 budget comel even tak tagged orang but still nampak tak elok. :)

    @aiman..haah. pinjam nama aiman sekejap.as u selalu datang my blog n catch my attention. hihiihih. pinjam nama sat naaa...ke nak mintak bayar sewa?? :P

    ReplyDelete
  17. naddy kzaman..ahahah..saya tak suka budak2 tagged gambar comel kat saya. kadang2 gambar tu memang comel tapi bila tagged ramai2 sebab nak comment..jadi macam..oh dia memang budget gambar dia comel sampai perlukan 100000 comments n likes.

    aein..terima kasih si cantik menawan :) haha. ain punya gambar tag namee takpe! hehe

    syaa..saya pun sama. rasa mcm nak delete lah sbb dah byk sgt org x kenal. nk buat baru malasss..aihhhh. :)

    ReplyDelete
  18. @nurul nazihah...terima kasih. nak tagged kamu lah macam ni.hahah :P

    @wafiy..okay nnti saya tagged wafiy.haha :P tagged banyak2 sampai korang muntah. :P

    ReplyDelete
  19. adoyai...rs nk gelak smpai terkentut.hahahaha :))
    nsb baik xde fb r.tp bkk gn gf pny.kdg2 bc gk fb pljr2 dia.mmg kelakar pun. :P x pela namee,asalkn diorg bahagia wlu org lain bc dahi berkerut kjp.

    ReplyDelete
  20. tak penah lalui tapi mcm penah nmpak bende2 nih mase baru nak up main FB dulu..hahah.. :p

    ReplyDelete
  21. hahaha my comments caught ur attention eh? biar benar. Wow. Now that's something :D

    Ehh guna banyak2 pun takpe "aiman tak kisah" lols

    ReplyDelete
  22. Hahah , mcam betul jea bnda nieh :D

    ReplyDelete
  23. namee, aku remove tag! hahaha.


    adoii nice2 presentation. hehhe. lagi 1, skang suma jenih status berbiru jaa.. banyak sgt pages dialog kak limah,maharaja lawak ngan ayat2 sengal yang boleh like...

    ReplyDelete
  24. @abang stalker..kentut lah kuat2. biar meletop blog ni. haha. tak payah lah ada fb. xde guna pun fb. nama je connecting people...entah2 people mana lah yang kita tak kenal ter connect. strangers.eh tapi kalau xde fb mcm mana nk connect dgn gf??

    @shahrul..mula2 start fb mmg lah kita excited lebih. lagi2 benda ni benda baru. lain bebenor dgn friendster n myspace. kasi jakun sikit lah. kita bako je.

    ReplyDelete
  25. @aiman...:) cara nak tunjukkan pernghargaan lah macam ni. :) tanda terima kasih.

    @laskar pelangi..mawi tu duduk belakang rumah saya je.haha. dia memang suka saya tagged gambar kat dia. ngaha

    @stupidot,,terima kasih! kita bako!

    ReplyDelete
  26. @shafinaz...haha. memang betul pun.ini semua mengarut merosakkan bangsa, :P

    @nub..lah..apesal remove??penat je tagged.dah la tak tinggalkan comment comel plak tu! buang karan ja. cepat like n comment gambar comel!kalau tak remove dari friend list!

    ReplyDelete
  27. eh namee bila masa u tag i kat FB? tak perasan pun..
    tp memang betul pun. sejak dah ada blog rasa macam whatever jelah kat FB ni.

    ReplyDelete
  28. hahaha..ok sebenarnya i mmg blur & senang tertipu. (-_-')

    ReplyDelete
  29. sophie....haha. tak lah. ini gurau-gurau je :) lakonan semata2. 18sx! :P betul...daaa.what the hell is fb. oink oink.

    ReplyDelete
  30. budak kampung...selalunya budak bandar buat keje cam gini

    ReplyDelete
  31. xde fb x semstinya x leh connect dgn gf or bf.hp kn ada.. :) ym kn ada blh webcam lg.drpd fb tu duk kutuk2 org,gosip2,knl prmpn sana cni,lg keruh hbgn ada la. :)xpun trus jmp je kt rmh gf..ada mak bpk dia skli.

    ReplyDelete
  32. haha...betul ape yg u cakap tu...
    fb can kill some1...dan status fb boleh menjatuhkan seseorang..huhu

    nanti singgah le kat page i ye..sbb ada justin beiber jugaa....hehehe

    http://www.wazez.blogspot.com

    ReplyDelete
  33. @abang stalker...haah. betul jugak kan. saya pun x pakai pun fb ni untuk contact dgn org tersayang. ape2 pun hp jugak yg berguna. bagus2. nnti kat aussie nanti beli lah iTalk tu. nak call murah! HEHE. tapi saya selalu contact via email lah. sms mail ke hp..20sen :)

    ReplyDelete
  34. fullmoon..betul! oh okay. saya datang sekaranggg! :)

    ReplyDelete
  35. kt sana nti x contact ehem2 kot.sje bt dia rindu.gagaga.. :D abg bru trperasanTan jp td,namee ada tag abg kt pic dewa cute tu.haha..ape le :P lmbt cket.kire abg sehebat justin bibir la kn,dia pun trlibat. :D

    ReplyDelete
  36. haha..penat je tag :P x perasan rupanya. pinjam nama untuk lakonan ni sekejap. pergi aussie berapa lme yeah ?

    ReplyDelete
  37. ampun datokkkkkkkkkkk.. ^____^ x pasan.al maklum la ceq ni rabun ckit.abg prg x lme.dlm sebln plg lme r.plg cpt 2mggu. :)

    ReplyDelete
  38. entry yang membuka minda. Memang betul la sangat. Mula2 buka FB nak connect dgn kawan2..pastu bla tgk friends org cecah riu raban..kite pun approve je sesape saja tak kira kenal ke tidak. Dah tu mula la nak gambar ala2 comel dan tag semua orang nak bagi tahu..oh dunia! akulah yang paling comel .. hahaha ( terkejut nama akk kene tag, cepat2 cek FB sebelum habis bc entry...cesss lakonan rupanya, buang karan betol la adik sorang ni)

    Dah semua org komen comel..mula la bajet perasan hihihi..
    pastu macam2 boleh jadi..

    nice entry. penyampaian yang simple tapi lekat kat hati :)

    ReplyDelete
  39. api..terima kasih :)

    abang stalker..cis. lain kali tagged besar2 baru tahu! hahaha

    milly molly...terima kasih. :)

    ReplyDelete
  40. Kak es..em, saya pun dah cecah kawan 2 ribu dah. rasa macam tak best sbb byk sgt strangers. dah tu gambar2 kita dah ramai org tgk. saya rse mcm nk buat fb baru je. n tapis kawan2. gambar yg kita letak..dah tentu2 yg terbaik.

    hehe..pinjam nama kak Es tau! ;) hehe. saja je buat lakonan :P tengok Justin Bieber pun comment kata saya comel. mmg mustahil lah kan.hahaha

    terima kasih kak Es :)

    ReplyDelete
  41. da betol la namee..tag besar2 tau.org yg rabun2 ayam pun leh nmpk.haha..entri namee gud2 le sume. ^_^

    ReplyDelete
  42. abang stalker...haah. saya nak tagged kt fb friendster kat myspace semua! hahhahahah. biar cik stalker muntah hijau. kih kih kih. haa..pergi aussie nnti jgn lupa snap photo banyak2. tag saya ! haha :D

    ReplyDelete
  43. haha..kang letak photo byk2 kt blog kantoi le spe abg stalker.tp dun wory..xnk menghampakn peminat,so nti abg letak. :P *terbajet artis jp

    ReplyDelete
  44. thanks why we have twitter babe ^_^ huhu...sometime i feel fb is place 2 brag..me pun kadang2 terikut camtue..kadang2 xde niat pun tp org assume camtue..hmm..

    ReplyDelete
  45. setuju..bila dah byk n selalu..rasa macam

    "hek eleh..itu pun nak citer.."kekadang tu aaa

    ReplyDelete
  46. fb ni mcm pisau..silap guna boleh terluka diri...

    ReplyDelete
  47. abang stalker... oh low profile nya. muka pun taknak tunjuk ?

    yohan.. :) kadang2..kita jadi too emotional dalam fb.

    nora..betul. sama lah. berak pun nak bagitau. hehe

    khairil..tak bagus. kalau boss kita terbaca..dah nampak tak elok kat kita.

    ReplyDelete
  48. twitter ngan facebook mana sama
    lain. nanti dah lama ngn twitter baru akan rasa kelainan die. hehe

    mengumpat kat kedai mamak kembar putrajaya

    ReplyDelete
  49. mengumpat? eh eh tak habis mengumpat lagi.

    ReplyDelete
  50. namee, anda di tag di blog saya!

    ReplyDelete
  51. Justin Biber comment comel tu yang tak leh tahan. Haha :P

    ReplyDelete
  52. hehhehehehe :P eh betul tu dia comment. bukan main2 :) :P

    ReplyDelete
  53. betul tu namee, dah 3 bulan buat blog ni azza cam tak buak FB sgt dah. rasa mengarut. best kat blog lagi, sbb pembaca ramai bukan dikalanagn kawan sendiri. tak kene ngumpat.

    ReplyDelete
  54. tiap kali post status mesti ter kontroversi. hahah.

    ReplyDelete
  55. hahahahahaha status aku yg kat FB jenis yang macam mana pulak ye? kah3....

    ReplyDelete
  56. Okay letewwww dari tag orang lepas tu caption ' Saya buruk jeww tak sehot awak sayang:)' MOTIF?

    ReplyDelete
  57. bahasa eewwwww mrupakan bahasa yang paling gedik yg penah syg jmpa! x suka sgt2..huhu

    ReplyDelete
  58. bukan nak kate ape..
    just a bit annoying dengan certain penggune fb x pun simply said my fren jugak yang buat bende2 tu..even gamba bangun tido pon nak letak..ape hal kan.. x pelah..biakan

    ReplyDelete
  59. sy lagi suka blog dari twiiter atau facebook...
    sy rasa sehak ade macam2 media social mcm fb, twitter, instagram, keek etc..makin ramailah manusia yg suka update smua perkara yg diorg buat, mungkin just for fun atau mungkin utk tunjuk2 / berlawan2...

    ReplyDelete
  60. hahahahaha. yang ni lawak. taktahan gelak tgk ramai like and nama2 yang komen tu, adeyhh. pelawak jugak kak namee nih.... untung laaaaaa retisss like gmbr dia. ahakzzzz.... kak namee nih, noty! :P

    ReplyDelete
  61. SETUJU,tapi kdg3 saye pun mcmtu.hihi.

    ReplyDelete
  62. ye la ada tu update semua nak nampak gempak je.saya la paling best,paling cantik,paling kaya.menyampass i tau hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...