Saturday, April 23, 2011

Untuk Orang Yang Nak Kahwin

Hello peeps... :)

Semua orang dalam dunia ni mesti nak kahwin and akan kahwin. Ada yang tak nak kahwin ke? :B oh rugi, nanti takde baby comel. Okay, setiap perkahwinan tu, kita mesti nak captured best moment tu . Maksudnya, mesti ada si thukang tangkap gambar. Ye dak? Nak pulak, sekarang ni memang trend kalau kahwin mesti ada photographer best untuk hasilkan gambar yang cantik, package dengan video sekali! Yelah, kahwin hanya sekali..Mesti lah "peristiwa" manis tu akan disimpan sebagai kenangan. Nanti dah tua, boleh flashback semula saat-saat peristiwa manis. (kalau dah bercerai mesti bakar album kahwin atau bomohkan@mandram :B) 

Semua pasangan mesti nak yang terbaik. Gambar-gambar yang ditangkap juga mestilah yang terbaik dan mengikuti trend. Namun, bukanlah semua orang pandai dalam memilih photographer yang terbaik. Golongan macam ni lah yang selalu tertipu. Maksud saya tertipu, bayaran yang dikenakan sangat mahal tapi hasilnya sangat teruk@kelakar. Saya mungkin lah tak pakar dalam bidang photography ni..tapi tidak lah bodoh dalam menilai sesuatu gambar. Sepatutnya, hasil gambar mestilah sepadan dengan bayaran yang dikenakan dan mengikuti trend terkini.


Ramai juga yang sudah berkahwin dan post gambar-gambar di facebook. Dari situ, saya terlihat gambar-gambar mereka lalu saya bertanya.."Berapa bayar photographer tu?"..dia menjawab rm1500..Tapi hasilnya macam....(sedih)


Tak pasal-pasal ada effect lomo dan terlebih contrast. Tak elok untuk mata tengok benda yang contrast cucuk-cucuk mata ni. :B Sedih tengok gambar kahwin macam ni.


Kadang-kadang, angle tu dah cantik tapi pelik dan cacat la tiba-tiba ada tulisan-tulisan cinta besar gedabak pulak. aaaaaa..tak boleh tahan tengok.. :B.."Cinta Semanis Madu"..keh keh keh. rasa nak bunuh diri.

Kadang-kadang idea creative datang bagaikan ombak besar...inilah jadi nya. :B terkeluar gigi kapak tengok.. :B..harga rm1500? gulp.


Amacam?Berpatutan tak dengan harga rm1500. Paling kurang pun dia akan cas rm1000 dan bagi saya memang tak berbaloi langsung. Kerap kali pasangan-pasangan ditipu. Disangkakan gambar-gambar seperti di atas ni trend, rupanya tidak. Sebenarnya, bukanlah bodoh tapi hanya tersalah pilih dan tak banyak survey sebelum kahwin. Mungkin tak cukup masa, jadi sekadar tangkap muat sahaja. Banyak je jurugambar yang pandai gila tangkap gambar, beza mahal tak mahal je. Tak kisah lah asal hasilnya berpatutan dengan harga yang dikenakan.


Jadi saya rasa tidak adil lah untuk pasangan-pasangan bahagia ini. Dari korang hire photographer pelik-pelik, saya sarankan anda tengok hasil kerja...HafizudinHamdan(sukasukaphoto)..Hasil memang best dan harga berpatutan. Bukan gambar kahwin saja, gambar family, gambar couple..semua hasil dari dia semua lawa dan over the top..i can say superb. Creativity dan hasil seni yang sangat menarik. Puji bukan nak mintak free photoshoot (kah kah kah) ..tapi itu lah reality nya. 


Gambar kahwin..Ini baru lah cinta semanis madu. (sumber hafizudinhamdan.com)

kasut semanis madu


Pasangan comel bersama roti.

pasangan jean's Levi's. 

nampak trendy

Banyak lagi gambar-gambar hasil dari dia di website HafizudinHamdan. Cuba lihat sendiri. Sekarang ini musim kahwin. Nak nak bulan June and July yang memang lah musim tunang@kahwin, jadi booked lah awal-awal sebelum terlambat. :) Hasil definitely berbaloi dan trendy. Pose yang di- direct semua menarik dan menjadi bila gambar siap.


new fanpage..HafizudinHamdan


Kalau zaman dulu, mungkin lah gambar kahwin ni tidak terlalu penting. Mungkin lah hanya mengupah rm400 pada kawan-kawan yang memiliki dslr. Tidak terfikir tentang angle, pencahayaan dan posing maut yang akan menghasilkan gambar yang cantik@gempak.



Jangan lah terlalu percaya pada orang yang hanya sangkut camera canggih pada tengkuknya.  Tengok dulu portfolionya then decide. Sebenarnya kalau nak banyak pilihan, beli lah majalah pengantin tu dan mukasurat belakang memang tersenarai jurugambar-jurugambar yang terkemuka tapi kebanyakan yang listed, harganya mahal terlebih sikit lah. Selalunya  mula dari rm2000 dan ke atas.(sewa iklan kat majalah pun mahal, harga mesti lah mahal dek non)


Happy reading and have a nice day :)


p/s: gambar-gambar kat atas tu hanya contoh sahaja tau! :)



38 comments :

  1. Yezzah! yeah. It doesnt only applies to photography only though. In whatever you wanna do. Please make some effort to do your homework by checking their backgrounds, experiences, their work, their portfolios. Jangan buta-buta je pilih den bayar. Aiseh lols. Be a smart consumer!

    ReplyDelete
  2. wow..cantik la gamabr si hafizusinhamdan nih..

    ReplyDelete
  3. skrg ni sape2 pun ade dslr, dan ramai yg boleh menipu

    ReplyDelete
  4. yesss betul lah namee..serious skang dah cam trend org jln kat luar lagi2 kat taman bersepah kamera dslr kat lehe masing2 lepastu sibukla nak tangkap gambo sane sini sampai terbaring2 nak dapat angle menarik..huh...ade jugak tgk kemain lagi mahal gambar tapi hasilnyer cam cinta semanis madu tulah...ade pengalaman ni..my cousin lah kawen..kemain lagi photographer..sekali bila dah siap album..ceh,lagi lawa kot eka edit.....hahahaha..cm tak matured.....hahahaha..

    oh sayang indahnya saat aku bersamamu..

    kasihku hanya satu untukmu...

    ada awan2 kat belakang..pokok2..

    hahaha..panjang gila komen

    ReplyDelete
  5. munshi memang terbaik.. adore portfolio dia sgt2. Dan murah! murah gile tapi gambar hebat gila.

    ReplyDelete
  6. lawak la gambar pertama tu. macam gambar 80-an hahahha...

    ReplyDelete
  7. bila nak kahwin?
    keh keh keh

    ReplyDelete
  8. syg i tag u kat my new entry. nanti visitla eh...

    ReplyDelete
  9. haha. baik pakai digital cam. hahaha. pastu tambah dialog semuanya semanis madu... haha

    ReplyDelete
  10. ye betul tu namee, Album perkahwinan saya bernilai rm2000 tapi kerja tangan semuanya hampeh. Fotografer amik gambar belasah je..perasan bagus. edit pun malas..macam nk baling je kat muka dia.

    ReplyDelete
  11. kaki semanis madu...hahahaha.bru2 kwin manis le.. :P x ske brgmbr.klu upah nti kakak stalker sorg je la posing SS atas pelamin.Abg nk melantak kt luar.haha

    ReplyDelete
  12. oh namee.. best kan gmbr munshi.. teringin nak amek dia jd photographer tp jauh sangat la pulok nak kene terbang p perlis sinun...

    ReplyDelete
  13. gua lah first couple yang dapat wedding's shot by hafizhamdan. free lagi tu.

    ReplyDelete
  14. adoi... sapa punyer gambar tue? hehe...

    me baru upload gambar2 prewed kat blog, bagi komen yer, ok ke tak?

    ReplyDelete
  15. masih tak dapat lawan Bakri Hisyam.
    http://bakrihafizhisham.com/blog/

    die tak edit n still cantik. sgt sgt sesuai dgn harga.

    ReplyDelete
  16. btol3. jgn ambik mudah photographer2 ni. kawen sekali ja kan(erk, ikot org jugak la kan. HAHA) so mesti lah nak gambo yg meletup2 ja. Ngee

    ReplyDelete
  17. @aiman..hmm,act photography isnt really a hard field. wthr u were born with talent or u need to struggle urself to compete with others. macam artist...bukan semua orang dilahirkan pandai lukis. but practiced untuk capai the top level. macam saya! hahah.

    @cik fa..cantik and sweet. pandai lah dia direct. :)

    @wafiy..hmm..well. biasa lah tu. budak sekolah pun ada dslr. tak aci though,

    ReplyDelete
  18. @eka.. editing tak susah. banyak tutorial editing kat youtube. :) seriously.xtahu lah maybe photographer yang macam ni ambil lewa n maybe guna picassa je kot untuk edit gambar kawen. then clients lah kasihan.terpaksa terima album kahwin yang hodoh tu kan.

    @azza..haah. munshi talented.eh hafizudinhamdan lah nama commercial dia. haha

    ReplyDelete
  19. @diyana...hire lah dia untuk couple photoshoot ke ;) gambar cantik2.

    @api..tiba tiba.out of topic. ha ha ha ha ha.

    @tatie..txs.nnti i pergi tengok :)contest yeah?

    ReplyDelete
  20. @nub..pakai camera phone je 2mp's ni. haha. lepas tu edit pun kat hp.then u give me rm1500. untuk gambar tahi.

    @mamaQist..yeke.rm2000? mahal. lah. tengok dia bagi berapa album? tp kalau byk album tp gambar tak cantik, tak best kan. dah la kawen ni sekali je :(

    @abang stalker..kenapa tak suka?haha.kenangan lah ;)pengantin kena posing lebih2.nnti dah tua,,boleh tunjuk kat anak2 :) haha, kasut cinta mesti la semanis madu maaa.

    ReplyDelete
  21. @yana gula..hmm, eh kat perlis pun takpe. mungkin dia akan charge untuk duit gas dia lah ke sana :) cepat2 sebelum harga bertambah naik!! ajak wira!

    @jamban..jamban pun cantil..:P eh cantik. hehe.

    @apekzer..satu studio :P kasi can lah dapat free. haha.

    ReplyDelete
  22. @ms red ribbon...ahaa..ini saya edit sendiri pinjam my sister wed photo. tp gmbar sebenarnya tak lah mcm ni. :)editting dia sama mcm yg saya nampak in fb untuk hrga rm1500 tu. mahal n hodoh sangat.

    @sheqa...yup. dah lama dah noticed pasal bak ni :) n pernah tanya untuk engagement ceremony. rm1500. gambar mmg superb. tiap photographer ada beza nya n style masing2 ;)

    @addy..ikut orang je?oh rasanya semua org nk gambar kawen cantik :) ke addy taknak? haha

    ReplyDelete
  23. biler tengok pic orang kawen ni, hati2 gewdik2 nk kawen gak. heee

    ReplyDelete
  24. peanut..hehe. betul :) padahal kahwin tu besar tanggungjawabnya :)

    memel...hehe. takpe lambat asal preparation bagus :) duit berkepuk2 :)

    ReplyDelete
  25. hahahaha..yelah nami....wat rugi betol..eka belom nak kawen pa lagi..tapi sibuk duk cari2 mane yg terbaik....hahahaha..sambil2 bleh la cr adik punya skali..kene langkah bendul dah nie..hahaha

    ReplyDelete
  26. @eka..hehheehhehe..takpe eka.preparation awal! booked 2 tahun awal pun takpe! asal yg terbaik dan puas hati! kan? :)

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. stuju2..! sy pun dah book hafizudin ni utk bulan depan.. tak sabar!

    ReplyDelete
  29. ececceceh.. :) good! :) mesti cantik.

    ReplyDelete
  30. gambar2 kat sini pom cantik jugak :)

    www.mohming.com

    ReplyDelete
  31. Wah...gampang sungguh 3 gambar teratas tuh...dah la lebih RM 1k...merosakkan industri wedding photography...sedikit tips...
    - jgn nak murah, nanti gambar kawen pun nampak murah...
    - deal trus ngan photographer..jgn melalui mak andam...
    - tgk portfolio photographer, jmpa n diskas face to face ngan dorng..banyak soalan lg elok, senang d kemudian hari...
    - cari photographer yg ader wat black n white agreement, x puas ati, nleh ungkit...

    sedikit tips n promosi dr www.fotofotoan.com

    ReplyDelete
  32. setuju ngan KJ.. if kite hire photographer tu mesti face to face.. bagitau apa yang kita nak.. semoga harga yang kita bayar berbaloi ngan hasil yang kita terima.. :)

    ReplyDelete
  33. kesiankan..amek package mahal2 tapi gambar cam hampas..haish..tak berbaloi..tapi kalau ade dslr sendiri bek amek sendiri je kan..soh adik2..b4 tu soh la adik g belajar sehari dua..tak gitu..hehe..

    ReplyDelete
  34. sebab tu kita kena tilik betul2 dulu kan, kadang2 orang hebat letak dslr kat bahu tapi hasil ntah pape2. iyela, nmpak gah letak kamera canggih padahal erk! heee. tapi gambar2 kawen kak namie cantik2... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...