Monday, May 16, 2011

Kalau lah dosa dan pahala dikira guna "calculator"? Syurga atau Neraka.

Hello peeps.. :)


Zaman sekarang ni manusia suka saling menuding jari sesama sendiri. Masing-masing tak mengaku salah sendiri dan nak menegakkan benang yang basah. Okay, manusia memang kerap kali melakukan kesalahan@berdosa. Lumrahnya kita tak boleh lari dari melakukan dosa (syaitan kan kat sebelah kiri) .Memang tak dapat lari tak kira samada ia disengajakan atau tak disengajakan even selaju mana pun kau drove your Ferrari...kerana syaitan adalah juara pecut. huh



Saya pernah terbaca dalam satu notes dalam fb. Si penulis ingin berdakwah dan menyeru supaya manusia ni sepatutnya menutupi aurat. Yes, itu tentulah perkara wajib, cuma manusia akur atau tak akur. Saya sendiri pun tak dapat lari dari kenyataan bahawasanya menutupi aurat tu adalah wajib. Saya tak pernah deny dan sudah matang untuk pilih hala tuju. Akur atau tak akur. Saya sangat suka dengan article itu tapi concept nya seolah-olah dosa dan pahala itu boleh dikira dan dicatat sendiri oleh kita. Kenapa saya berkata begitu?


Okay, si penulis menyeru...Kalau kita pakai tudung, at least kurang lah satu dosa kita. Bila dating dengan boyfriend tak lah double dosa tu. Pegang-pegang tangan but at least kita tutup aurat.


Basically dalam islam, kita boleh ke dating apatah lagi berkomunikasi dan berpegangan dengan opposite sex (kalau tak kahwin lagi).? Berani bangkitkan issue aurat tapi menghalalkan dating pula? Pendakwahan yang bagus tapi cacat article tu pula bila menghalalkan benda yang haram. Rosak mood nak terus baca. Saya pun tak pasti dan tak berani comment sangat sebab diri sendiri pun jahil. Gayanya seolah-olah dosa dan pahala boleh dikira sendiri guna calculator....


Jikalau begitu, memang mudah la manusia nak buat kira-kira untuk persediaan hari kemudian kelak...


Bercakap kasar pada ibu bapa : 50 points
Korek hidung buang merata-rata dalam train: 2points
Kentut secara sengaja dan menganggu pernafasan orang : 0.5 point
Mendedahkan aurat: 100points
Pegang tangan bf: 100points tapi sebab pakai tudung 50points je.


Total dosa: 202.5 points (dosa's) 


So dari pengiraan, saya boleh lah budget pahala yang perlu dibuat untuk balance kan dengan dosa......Boleh ke macam tu?....So mungkin the next day, saya akan kurangkan bercakap kasar pada ibu bapa dan korek hidung puas-puas dalam train.


Kadang-kadang kita tak sengaja pun buat dosa. Duduk dalam train dan ternampak ada seorang makcik masuk train pakai baju blink blink..dalam hati kita mesti nak tergelak..kih kih kih, makcik ni budget Beyonce la tu. --->secara tak sengaja. 


Lagi satu, saya tengok ramai saling nak menuding jari@ cari kesalahan orang dan nak menegakkan benang yang basah seperti situasi bawah...


Gadis tak bertudung: Alah, biar lah aku tak bertudung tapi hati aku baik. Kau pakai tudung tapi sanggul tinggi. dosa gak tu.

Gadis bertudung: At least aku pakai tudung tutup kepala. Sanggul aku pun ditutup. Tak dosa ape pun. 

Gadis tak bertudung: eh sanggul tinggi-tinggi tu dosa lah. plak kau pakai ketat nampak body gak. dah pakai baju tuck in plak tu.

Gadis bertudung: biar lah, ini kan fashion busana muslimah. dari kau tu terdedah sana sini.

Gadis tak bertudung: tapi kau kuat gossip..

Gadis bertudung: kau pun sama ..


Gadis tak bertudung: kau teruk..


Gadis bertudung: kau lagi teruk ..


Gadis tak bertudung: kau pakai baju singkat..


Gadis bertudung: kau pakai seluar ketat...


Gadis tak bertudung: engkau laa!


Gadis bertudung: Kau la..COW COW COW COW.. MOOOOOOOOOOOOOOOOOOO.

Takkan habis kalau nak lawan kan? Mesti ada je jawapan masing-masing kononnya nak tegakkan kebenaran. Masing-masing rasa diri betul sebab tu argument takkan habis. Like seriously, kenapa nak lawan-lawan padahal kita masing-masing tahu mana salah and mana betul. Kenapa perlu nak tegakkan benang yang basah. Yang tak bertudung nak beat yang  bertudung. Golongan yang tak bertudung memang sah-sah lah berdosa dan salah. Aurat tu bukan setakat bertudung. Saya pun tak nak tulis panjang lebar pun tentang aurat kat sini sebab sendiri jahil dan anda sendiri pun tahu pakai baju nampak bentuk kaki tu pun dikira dedah aurat dan bukan setakat melitup kepala.( Pakai sesuatu yang menarik perhatian )


Sebenarnya, tak perlu lah dua group ni nak gaduh-gaduh sangat. Sendiri tahu diri sendiri dan salah sendiri. Dan diri sendiri jugak lah yang akan atur langkah untuk berubah ke arah kebaikan. Betul tak? :) So stay calm..think wisely. Saya sendiri pun dah nak masuk 23 tahun dan rasa banyak benda perlu diubah ke arah positive. Even kalau adik beradik  tahu kau buat salah pun dan mereka hanya pum pam pum pam mengumpat di belakang kau. So stand for ourslf dan fikir untuk berubah pada kebaikan.


Bergaul dengan kawan-kawan baik memainkan peranan ...kalau kawan pergi dangdut, kita pun mugkin akan pergi dangdut. Benda yang baik patut dikongsi bersama dan sesuatu teguran tu perlu untuk kebaikan. Tetapi yang menegur pun kena betul dan balance.. baru lah orang yang ditegur tu... 'Oh ye, aku berdosa. aku patut jadi macam dia dan perbetulkan diri aku'.  Mana ada concept BUT AT LEAST.


Pumpam pumpam ceramah pasal tudung but diri sendiri bila 3g (video call) dengan boyfriend terlupa pula pakai tudung. Please don't talk bullshit.


Selamat Hari Raya and Happy Birthday to me. hehe

Happy reading and have a nice day :)



99 comments :

  1. akak suka..akak suka!!
    >>>makcik ni budget Beyonce la tu. --->secara tak sengaja. <<<hahaha terbaek!

    suka2 jek nak jatuh hukum ekk? org sekarang, dik.. kalau akak, akak biarkan aje si luncai terjun dgn labu2 nya.

    pernah dengar sirah ttg seorang muslimah dan seorang wanita kristian? yang mana diriwayatkan, mereka kemudiannya dijemput Illahi dan si kristian yang masuk syurga, dan si muslimah ke Jahannam? Hanya kerana si muslimah yang menutup aurat dgn litup but hatinya tidak bersih atas sebab iri. dan si kristian pula terbuka hati mengucap syahadah di ambang mati.

    mintak dijauhkan.

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Buat sesuatu itu dgn ilmu. Indahnya ilmu bersandarkan AlQuran, bukan separuh separuh spt pakai tudung tapi baju sendat. Ambil keseluruhan ilmu Al Quran. Dan hidup menjalani As-Sunah. Permisi.

    ReplyDelete
  3. macam jugak orang semayang tapi perangai jahat stil buat.

    "eleh paling kurang aku semayang"

    -padahal sembahyang itu sebenarnya untuk mencegah perbuatan buruk yang lain..kalau semayang tapi masih pelaq apa guna semayang. tapi... macam mana pun tetap jugak kena semayang. maka perlu lah perbetulkan niat anda semayang, lengkapkan rukun,bacaan biar betoi dan yang paling penting khusyuk dan ikhlas mengadap ALLAH s.w.t .....

    =)

    ReplyDelete
  4. kdg2 bila ternampak orang yg pelik2, terngumpat plak dalam hati, dah la masa tu xsedar kan..

    hmm..muhasabah diri is the best way to do..

    ~nice entry, keep it up~

    ReplyDelete
  5. hahaha...suka part yg beyonce tu..
    ngeee~~~~~~``
    yup...manusia ni tak pernah ada yg perfect, so xpyh la nk menunding jari nk menyalahkan org lain.apa kata perbaiki kelemahan diri sendiri sebelum nk judge org lain baik@tidak. kalo kita bersembang isu aurat ni sampai bila pun tak akan selesai sebab masing2 akan tnjuk yg diri tu bagus...

    ReplyDelete
  6. sng cite,kita kena sntiasa fikir dosa diri sendiri.tak perlulah nk ungkit2 dosa org lain,cte pasal dosa org.sbb kte sndiri taktau dosa kte mcm mana.wallahu'alam.

    cbe bce ni.:)
    http://nurulainulfarhain.blogspot.com/2011/02/sila-jangan-benci-orang-bermaksiat.html

    ReplyDelete
  7. Good one Namie. I was thinking of the same issue as well(pasal guys wearing shorts) but I thought it is too sensitive to talk about. Haha. So anyways, since you already mention it in ur blog here is what I think okay?

    I think Islam has already set its ground-rules or guidelines for us to follow. It is up to us to follow it or not. I know it is Wajib we have to follow but why do it when you are not sincere about it at all? Hati tu kena ikhlas thats the whole purpose of it. Secondly, if you are adult enough, mature enough to know what is good and bad. Then it is a matter of choice to follow or not because you know at the end of the day it will be between you and HIM.

    There are so many cases out there that we can use. Things like a rapist Ustaz. and what not. First of all, people need to stop stereotyping. Girls who doesnt wear tudung doesnt mean they are bad and girls who does wear tudung doesnt mean that they are good. Thats just wrong.

    OKAY! dah merepek panjang lebar di sini yea hehe its just my thought. Ppl might think im wrong ppl might think im right but one thing for sure Namee it doesnt matter how knowledgeable you are about Islam, once you are a muslim, you have the right to voice out your opinion. Just because your not at the level to be an Imam doesnt mean your not eligible to voice out ur opinion. :)

    ReplyDelete
  8. good entry namee...kat luar mmg x abis2 isu nie..

    ReplyDelete
  9. ur rite namee!! btw ade bace satu post kat cursing malay.. pasal yg bertudung n free hair.. sbnrnye kan.. kita tak boley nak judge pn semua perlakuan.. sbb semua pun adalah antara manusia tu sendiri dgn Allah.. kita tak boleh tuding kelemahan org lain, sbb tu pn da dikira buka aib org, buka aib org tu tak berdosa ke? huhu

    ReplyDelete
  10. Pernah bangkit kan hal ni dulu..

    dosa pahala kuasa Tuhan. Kita diberi akal fikiran untuk menilai. Kadang kala kita tahu perkara itu tak boleh buat, tapi kita buat jugak. Jadi sendiri tanggung dosa tu.

    Cakap susah, tak cakap kang lagi la..

    ReplyDelete
  11. manusia seringkali melakukan silap...
    jalan terbaik bnyakkan istighfar...
    moga2 dosa kita terhapus..
    insyaallah

    ReplyDelete
  12. yup. cakap je sedak,buatnya tidak. huhu

    ReplyDelete
  13. stuju sgt dengan apa yang namee cakap 2...
    kdang2 orang ni nampak buruk orang lain je..keburukan diri sendiri pulak sape nak tegur?
    orang kat luar tak pakai tudung pandai dia kata dosa..yang dia bila buat vid call ngan pakwe, dengan tunang..dia nak cakap halal pulak??ahaha..sendiri fikir le..>.<

    ReplyDelete
  14. orang memang selalu takkan puas hati. tp sekurangnya basic tu kena jaga. sembahyang, aurat benda benda basic.

    sehelai rambut perempuan yang terdedah kepada lelaki bukan muhrimnya tu dah kira berdosa. berapa byk rambut atas kepala. nanti kat neraka kelak kena bakar rambut betapa dahsyatnye azab ALLAh.

    sebagai manusia kita xterlepas dari kesalahan tp kita boleh bertaubat. yakni dgn niat x mengulangi perbuatan kita. Wallahualam.

    Moga ALLAH memberi hidayah pada kita semua~

    ReplyDelete
  15. abg tkt nk sentuh isu agama sgt..1 je yg pasti dan muktamad.."solat tiang agama". :)ikhlaskn hati,hiasi dri dgn peribadi mulia.

    ReplyDelete
  16. Eeekk... I was about to write about this issue....hohoho..please..dosa tak pilih mangsa..pakai tudung ke tak..kalau ada bf dosa dia 100 points..pakai tudung atau tak..100points jugak..mana ada dapat 50% discount!!

    ReplyDelete
  17. nice entry....dosa pahala, hanya Allah yang tentukan...kita tak da hak sama sekali nak kira dosa pahala orang lain....sebab diri sendiri pun tak sempurna..^_^

    ReplyDelete
  18. Aiks? Kalau pakai tudung boleh dapat diskaun dosa ek? Hehe...

    Kalau korek hidung buang elok-elok dalam tong sampah berdosa tak? :-p

    ReplyDelete
  19. I setuju. Kita tak boleh nak buat hukum sendiri. Even i yang pakai tudung, i tau banyak benda lagi nak perbaiki. Isu yang penting ialah diri kita sendiri. Jalan mana yang kita nak pilih. Tapi yang paling penting keikhlasan itu. Bila kita buat sesuatu sengan ikhlas, memang apapun kita buat akan mendapatkan keberkatan daripada Allah S.W.T. AMIN . :)

    http://callmynamesally.blogspot.com/2011/05/lawak-gila-memang-boleh-bikin-gua-gelak.html

    ReplyDelete
  20. nice entry sis..
    mmg betul own sye pown jahil gak ..
    xde la baeek sgt.. so kne paam sndri la... x perlu tunjuk kat org tu org niyh. kan???

    ReplyDelete
  21. nice entry sis..
    mmg betul own sye pown jahil gak ..
    xde la baeek sgt.. so kne paam sndri la... x perlu tunjuk kat org tu org niyh. kan???

    ReplyDelete
  22. agree with u dear..pahala dosa bukan bole main kira macam tuh je..semuanya depends on Dia..kalau buat ibadah hari2 tapi tak ikhlas,xdpt juga rahmat Allah..yg pntg amal kena selari dgn niat..n mmg nk kena tutup semua bukan ciput2..masih dalam proses ke arah yg lebih baik..

    ReplyDelete
  23. kalau boleh kira ngn calculator...alamak....
    tu la, berkwn kena pilih gak, law berkawan ngn org jual perfume, ngn kita2 jd wangi....kehkehkeh...

    ReplyDelete
  24. jangan tengok siapa yang bercakap tapi ambik la iktibar ape yang die ckp....ini naqibah i pernah ckp dlu la wlaupun org yg mnegur kite tuh maybe 10x lagi jahanam dr kite kottt???nobody perfect....ape2 pun turn to Allah....no points nk tunding2 jari ke bertudung ke tak bertudung....muahasabah diri masing2....betulkah ape yang kite buat selame nih.....antara ubatnye hati adelah mndirikan solat, membaca dan memahami makna ayat al Quran dan bergaul dengan orang yg soleh....tak perlu kira2 dengan kalkulator sbb hari2 kita bakal buat dosa...maka itulah guna nya taubat....sedangkan Nabi pun bertaubat 70 kali sehari....inikan pulak kita...wallahualam....just my point of vieww....

    ReplyDelete
  25. siapa la kita nak tentukan dosa pahala seseorang tu. yang penting cari keredhaanNYA. btw, suka la entri kamu namee :)

    time kasih follow blog sy XD

    ReplyDelete
  26. nice entry cik namee..

    masing2 cuba nak tegakan pendirian masing tanpa berpaksi pada perkara yang benar..huhu..

    ReplyDelete
  27. Good Thing to be shared!..
    as a non malay muslim, me myself pun baru lg learn the real purpose pakai tudung...yang penting kita ikhlas dlm perbuatan & niat kan...=)

    ReplyDelete
  28. @era...akak.terima kasih kerana comment yang best.em sebenarnya semua orang ada basic agama n tahu apa yg halal n haram. lain lah kalau muallaf, mmg byk benda nak belajar. tp kalau dah keluar fatwa BUT AT LEAST...menyesatkan orang je lg. org tak bertudung sendiri tahu ttp aurat tu wajib.sendiri yg pilih. macam saya ni.. :P

    ReplyDelete
  29. @mamawana..betul. ikut je apa yg dalam quran 100%. tak perlu lah nk keluarkan fatwa sendiri. kalau ikut maka insyaAllah ke syurga lah kita. hati jiwa bersih. saya pun sendiri byk kelemahan dan dosa...mmg jauh lg nk smpai tahap itu.

    ReplyDelete
  30. @nub..kalau macam tu biasanya lelaki yg suka bg alasan mcm tu. biar lah aku isap dadah tp aku sembahyang. haha. perempuan selalu nk argue issu aurat ni. its not about pakai tudung.its about tutuping d aurat. yg kena dgn syariah islam.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. @misz jenny...hehe. kadang2 mmg kita x sengaja kan :) kdg2 tgk pakcik bersin kelakar pun kita nk tergelak. x sengaja pun nk ketawakan org..hahahaha

    ReplyDelete
  33. @nur suhaiza...hehe. mmg pun kadang2 mcm2 trend lah yang x kena gaya. makcik2 pakai blink2...legging kilat2. kan nampak pelik tapi kita bukan sengaja nk ejek pun. mmg terketawa sendiri. haha..tp dosa la. :P em kita masing2 tahu diri masing2.x kisah lah xpakai tudung tp hati baik ke...pakai tudung litup tp pakai legging ke...kita dah besar untuk fikir.

    ReplyDelete
  34. @mummiey..terima kasih. mummy mmg selalu sokong namee .hehe

    ReplyDelete
  35. @ainul.. :) kita kalau nak menegur salah orang memang boleh tapi diri kita nak kena betul lah. mmg dalam islam..kita wajib menegur dn membawa seseorang tu ke arah kebaikan tapi kita pun kena lah berada di tempat yg betul. baru lah confident ;)

    ReplyDelete
  36. @aiman ariffin... terima kasih sbb comment yang best. :) em so true. mmg lah kita x boleh judge orang dari physical..sbb tu lah ada istilah dont judge a book by its cover. even kalau pakai tudung pun hati busuk dan kuat gossip. tp kita tak boleh lah tolak mentah2 hukum agama tu even kalau kita tak pakai tudung n hati baik. betul kata aiman,,kita pun masing2 dah besar n was taught with religous thoughts. yg x bertudung bagus tp faham lah concept tutup aurat yg sebenar before yakin nk berdakwah. no concept but at least.

    ReplyDelete
  37. @misz aishah...terima kasih. sy terbaca dalam facebook pasal diorang lawan2 hal ni.

    ReplyDelete
  38. @hayatunfadzila..terima kasih :)

    ReplyDelete
  39. @bobieandbad..bunches of smiles replied :) :) :) :)

    ReplyDelete
  40. @enchaoz..i see.tu lah i pun google gak nak baca as u dah mentioned kat sini :) sebab masing2 nak tunjuk pandai lah..saling tuding jari.

    ReplyDelete
  41. @api..haah. issue sensitive pun.tapi mmg ssh pun nk tulis entry ni sbb xnak nampak bias antara org pakai tudung dan tak. sebenarnya tak lah hanya cover pasal aurat..semua benda sbnrnya. tp issue tudung senang nak buat org faham. masing2 tahu salah tp nk tegakkan jugak. itu point sebenar.

    ReplyDelete
  42. @mohd ridhuan...betul tu.. same2 kita mengubah diri kita :)

    ReplyDelete
  43. @si kucar kacir..emm...rasa diri hebat sangat.sbb tu jadi mcm tu

    ReplyDelete
  44. @ain zell..alang2 nak buat kebaikan biar lah sampau habis. kalau takat pakai tudung tp video call tak pakai. kan pelik.

    ReplyDelete
  45. @hamba..terima kasih kerana comment yang best:) itu lumrah. memang betul apa yg tuan hamba cakap tu..sehelai rambut perempuan yang terdedah kepada lelaki bukan muhrimnya tu dah kira berdosa. berapa byk rambut atas kepala. nanti kat neraka kelak kena bakar rambut betapa dahsyatnye azab ALLAh. saya tahu n orang yang tak bertudung lain pun tahu. sbb tu sy kata...kita manusia jgn nak tuding2 jari sgt. kita tahu apa yg salah tp nak tegakkan? mmg x boleh lari dr azab. terima kasih kerana comment yg best :)

    ReplyDelete
  46. @abang stalker..issue sensitive ni. ada cara nak tulis. sy hope xde sape lah yg terguris dgn entry ni. tp saya tak bias..antara pakai n x pakai tudung.

    ReplyDelete
  47. @zalikha..u can rewrte again in ur own style :)why not. i rasa u lagi banyak idea untuk olah benda. i tak pandai sangat dalam writing. lebih suka memberi contoh :)

    ReplyDelete
  48. @siti fatimah..em benda yg dah termaktub dalam al quran apa itu dosa n pahala. tapi keikhlasan n judgement..Allah je yang boleh buat.

    ReplyDelete
  49. @logorithm..boleh. korek hidung buat dalam tong sampah. itu tidak dosa. hahhahahah

    ReplyDelete
  50. @salimah..same2 kita istighfar dan ke arah kebaikan. muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  51. @amoy.. :) saya lagi lah juah ketinggalan. kita mmg tak terlepas dr buat dosa. even dosa kecik atau besar pun. :) sbb tu lah x boleh nk tuding2 jari ni..

    ReplyDelete
  52. @alexa..saya pun sama lah. banyak benda yg nak kena ubah. sebagai seorang islam.alang2 tutup aurat biar lah betul2. tak lah sia2 amalan n niat nk menutup aurat. kalau ditelan dek fashion...dengan legging nya... mmg sama jela mcm x pakai tudung.

    ReplyDelete
  53. @cundaa..kalau pakai calculator..mmg senang sgt lah. senang nk budget2..

    ReplyDelete
  54. @little cartoon...:) terima kasih.

    ReplyDelete
  55. @chekuduks...mmg betul...tp kenapa ada concept but at least tu... kan dah lari hukum. :)

    ReplyDelete
  56. simple je! suka bace dialog tu.. kalau lah boleh kira guna calculator.. rasanya rosak kot.. bnyk sgt dosanya..

    ReplyDelete
  57. namee,i love u!rs2 bpe point dosa abg dpt? :P

    ReplyDelete
  58. @syuhada..thank u :)

    @abang stalker..hahahahaha. 9 jutaaaa.....

    ReplyDelete
  59. haha..9juta+kne siku dgn kakak stalker. :P

    ReplyDelete
  60. itu kena siku lah 9 juta kali tu. hahahahha

    ReplyDelete
  61. wah bestnye blog ni..
    kalau prince nak datang selalu boley x?
    hehehe..

    ReplyDelete
  62. susahlah kalau semua nak menang, pe kate gune akal n just buat..eh tol ke ni, huhu

    ReplyDelete
  63. org yang sedang sakit x sibuk degan penyakit org lain...")

    ReplyDelete
  64. nak komen nak komen .

    ok2 .

    mulut tuh lagi banyak dosa sebenarnya , tuhan tau mana yang lagi baik .

    ReplyDelete
  65. @M Fizan..terima kasih :)

    @ungu..terima kasih :) point awak tu betul.

    ReplyDelete
  66. hahaha!banyak sangat entry sal tudung ni.:)

    ReplyDelete
  67. @iqbal hakimi.. terima kasih :)

    @dida licious...terima kasih kerana singgah membaca :)

    @fiq..betul tu...kita kena muhasabah diri sebenarnya, :)

    ReplyDelete
  68. @MTT..terima kasih :)

    @keli oh keli..sebab tak tau diri tu tak sempurna.

    @syafik..eh sila lah comment. hehe..terima kasih. yg wajib mmg wajib buat. tp dosa2 lain byk je yg nak kena jaga.

    @ein...terima kasih.. :)

    @tieykah...saya selalu ternampak kat facebook orang post status2 macam tu :)

    ReplyDelete
  69. hhehe..suka entry ni...even sy bertudung...sy bersyukur dgn dri sy dlhirkn bgini dan dri sy bgini..

    dan apa2pn kita msti ingt..jgn suka menunding jari pd org..kerana 9 lagi..kpd dri kita sndri..kn?huhu

    ReplyDelete
  70. kemei... terima kasih kerana suka :)saya pun byk benda nak kena berubah tapi at least kita tahu salah kita :)

    ReplyDelete
  71. salam..nice en3..like3..perkongsian yg sgt bgus..
    nk share jgk link :)
    kalo nk btolkan statement..dialu2 kan..:)

    http://wniwmd.blogspot.com/2011/05/dont-judge-book-by-its-cover.html

    ReplyDelete
  72. haha serius kelakar entry ni... pandai betul la Namee mengolah ayat. Hehe. Suka baca...

    ReplyDelete
  73. Hehe entry menarik. saya suka. Semoga kita semua akan menutup aurat dengan sebaik-baiknya suatu hari nanti. Lebih suka guna menutup aurat dari memakai tudung. Sebab orang sekarang macam yang kamu kata dalam entry ni. Just pakai tudung aurat lain tidak jaga. hurmm.

    ReplyDelete
  74. entry yg bagus+bernas+cendawan...hehehehe..
    betul..ramai dikalangan kita yg pakai tudung tp hati tak bersih. dan rami gak yang free hair tapi hati baik. Free Hair yer..bukan yg sexi sngat..tu mcm dah melampau.

    Pepun kalo kita termasuk dldm golong bertudung... truslah pelihara aurat2 lain termasuk tingkah laku dan hati dan doakan semoga kawan2 kita yang tak menutup aurat tu terbuka pintu hati untuk tutup aurat.

    yg free hair+hati baik dan yg sexi sgt
    tanam azam untuk berubah..memang lah seru tak sampai lagi..tp berdoa semoga kita dpt beriman sepenuhnya sebelum tiba ajal.

    pepun tahniah untuk cik namee sbb entry dn contoh yg menarik.

    ReplyDelete
  75. you know what , bila bca entry u , tregelak2 i taw , hehe , susah dpat blog berkualiti mcm nie , seriously , followers u baru nak mencecah 3ribu , tp komen di setiap entry u mcm durian runtuh . heheh , i jumpa follower 7ribu pn komen xbyk cmni , peace , harap komen i xmcm taik , hoho :P
    oh yeah , try nak add fb u , tp xbole :((

    ReplyDelete
  76. haha. i suka entry nie. thanks for speaking for me. i dlu the one n only girl yg free hair dlm batch kos i. ingat lg i penah kena blackmail dgn sorg bdk kelas i nie. dia asyik push n hantar sms bertalu-talu cakap psal tudung. of course i down sgt masa tue. dan i buat tak tau je dekat dia sbb i taknak berubah just sbb dia.dan cara dia tue sgt kasar.

    ohh. lupa nak cakap. bila semester 3 dia kapel. keje dating jalan berdua, berbasikal ke kelas sama2.lalu tempat gelap. mcm nak tampar je.

    thanks again!

    ReplyDelete
  77. Owh nak kira yerk..
    sehari tak pakai tudung ?
    eh dia kira pakai saat eh ? taktau Dia kira macammana.. kalau tiap detik dia kira ? owh shit.. yes.. maybe kau suka baca blog freethinker tapi takla sampai macam ni.. kekeke.. hik3.. fikir balik. tutup aurat slow2 ? arghhh !

    ReplyDelete
  78. salam

    Mendedahkan aurat: 100points
    Pegang tangan bf: 100points tapi sebab pakai tudung 50points je.

    nope ni slh

    Mendedahkan aurat: 100points
    Pegang tangan bf: 100points, pakai tudung pun still 100 points

    org pkai tudung tp dating 0 + 100 points = 100 points

    org tak pakai tudung pegi dating 100 + 100 points = 200 points

    tp sy setuju dosa pahala mmg tak blh kira guna kalkulator :)

    btw kalo nk betul2 pemahaman tentang menutup aurat,rajin2 la pegi ke link ini.semua jawapan ada di sini:

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=898&Itemid=72

    sy petik drp artikel di link tersebut: "sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu (menutup aurat)."

    "ingatlah berterusan dalam dosa (tidak menutup aurat) sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan. "

    "Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat."

    kesimpulannya: yang wajib tetap wajib, tak ada excuse2 seperti don't judge book by its cover atau nak tunggu ikhlas baru pakai.dulu sy juga freehair dan fikir dah smpai seru baru pkai n buat apa pakai kalau tak ikhlas.tp ternyata sy silap.selepas mengerti hikmah bertudung dan kewajipan memakainya,sy sedar dan rasa sia2 dgn pendirian sy tu.betapa ruginye diri sy kerana tak menjalankan kewajipan menutup aurat tu dari dulu lg.dan lagi satu teguran itu penting dan selemah2 iman adalah teguran dalam hati.wallahualam

    ReplyDelete
  79. a'laiki salamun ^_^

    sgt enjoy post ni sbb !!

    ade nih
    "Kau la..COW COW COW COW.. MOOOOOOOOOOOOOOOOOOO."

    hahahaha

    statement yg fb 2 mmg bit bodo sbb ??
    xpe la.. ckp bodo da kire 1point? haha

    happied haha *de ke x la kamos

    L.N >_0

    ReplyDelete
  80. kalau nak tahu pakaian kita tu sempurna menutup aurat atau tak, senang je caranya..if kita boleh buat solat, maknanya dah sempurna la tu..if tak boleh buat solat, maknanya ada yg xkena dengan pakaian tu..

    p/s : pakai ketat2 tu dosa tau..jarang nampak warna kulit n rambut pn dosa =)

    *sekadar perkongsian sahaja =)

    ReplyDelete
  81. best lh bace post kak namee xD asyik tergelak sorg-2 je xD keep it up ;)

    p/s: stuju ngan shazali.

    **"sgt enjoy post ni sbb !!

    ade nih
    "Kau la..COW COW COW COW.. MOOOOOOOOOOOOOOOOOOO." LOL xD

    ReplyDelete
  82. saya dah jatuh ati dgn semua entry namee. best sgt. semoga jd inspirasi buat sy utk 1st time berblogger ni. namee ni ada je idea ekk nk ctr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...