Sunday, July 3, 2011

Bayi Tak Berdosa.

Hello peeps.. u may say..ini boring tapi sila baca juga jika sudi.


Siapa ajar ada pakwe ?
Siapa ajar dating dengan pakwe?
Siapa ajar pegang tangan pakwe?
Siapa ajar pregnant di luar nikah?
Siapa ajar buang baby?


Aku rasa kalau tanya soalan (yang mana pernah alami) itu kat diri sendiri, jawapan semua tentu sama kan. Jawapan nya diri sendiri. Yelah, mana ada mak ayah yang nak ajar kita buat semua ni. Termasuk lah diri aku sendiri, jawapan diri sendiri.  Kalau sesiapa tu jawab mak ayah yang ajar..sila study dan buat revision.


Em, aku cuba imagine diri aku kat orang yang pregnant anak luar nikah kes bf taknak bertanggungjawab (letak bantal dalam t-shirt).....

  • First sekali, aku gelabah sebab takut nak bagitahu papa and mama aku. 
  • Takut nak kecewakan papa dan mungkin kena serangan sakit jantung. Sebab dah memberi didikan agama secukup nya. 
  • mesti mak ayah aku bunuh aku. nenek makcik pakcik mesti tak sayang aku lagi kan? 
  • macam mana nak sorok perut nih. nak pakai baju trend macam mana nih supaya dapat sorok. 
  • macam mana kalau sekolah dapat tahu? mesti kena buang. 
  • nak beranak kat mana? takde duit. doctor mesti pandang hina dan layan kasar-kasar sebagai tanda padan muka. oh masa best tak ingat, nah rasakan kau!
  • macam mana nak besarkan baby ni nanti? siapa nak tolong jaga? .. :(
  • malu seumur hidup. neraka itu sudah tentu.


Bila fikir terlalu banyak, itu yang membuatkan kes buang bayi. Kebanyakan yang difikirkan semua negative sebab rasa diri alone dan takut dengan persepsi masyarakat. Plak benda ni selalu terjadi di kalangan remaja sekolah. Penyelesaian adalah dengan membuang bayi kerana diselubungi perasaan takut dan nak lari dari masalah. 


Semua orang memang tak lari dari membuat kesilapan dalam hidup.. tapi kenapa bayi itu yang harus menjadi mangsa... Buang dalam tong sampah macam bangkai, campak dalam sungai macam bangkai. :( takde hati dan perasaan...kalau takut sangat letak lah depan masjid atau depan rumah anak yatim. kenapa buang macam anak patung barbie?


Sebab itu lah Malaysia menubuhkan Baby Hatch @ Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini. Ada juga yang berpendapat bahawa seks bebas akan menjadi-jadi bila Orphan Care yang sebegini ditubuhkan. Yelah, dah beranak, letak je kat small box di rumah orphan care. So lepas ni boleh lah beranak banyak-banyak kali. Takda hal lah! 


Ada betulnya juga tapi bagi aku, OrphanCare yang sebgini sebenarnya satu je focus nya iaitu untuk menyelamatkan bayi-bayi yang tak bersalah ni. Kebanyakan baby yang dibuang tu masih bernyawa dan disumbatkan dalam plastic bag dan dicampak macam sampah. :( So BabyHatch dapat selamatkan banyak nyawa manusia yang tak bersalah dan berhak untuk hidup. Ramai pasangan yang nak cahaya mata tapi takde rezeki, yang berbesar hati untuk membela bayi-bayi yang naive ni. Dari membunuh, baiklah bagi kat orang yang dengan rela hati nak bela dengan kasih sayang.


Baby bank.
Penyelesaian lain...mungkin?


Campaign "sila jangan sex bebas" ...
Siapa lah kita untuk melarang mereka. Takkan nak paksa orang pakai spender besi yang berkunci plak. Da Vincci Code spender disimpan ketat oleh kerajaan. Mustahil kan?


Hukuman penjara @ denda berat?
Itu memang lah boleh buat tapi nak siasat and get DNA manusia pun susah, bertahun-tahun cases akan draggy. Mungkin 5 tahun sekali hukuman dijatuhkan.


Bagi condom free?
Aku rasa duit belanja yang mak ayah bagi pun dah mampu nak membeli benda tu. 


Pendidikan sex?
Em, benda ni rumit. Susah untuk di explain dengan kata-kata. Contoh, masa aku form1..cikgu aku hendak terangkan tentang oral sex. Dalam kepala aku terbayang oral english..membaca petikan pendek dan jawab beberapa soalan bila ditanya. Sukar untuk budak-budak faham kan?


Kalau demonstrate, budak-budak tend to follow plak. Budak kecil pun ada nafsu. Tak faham pun macam mana boleh tiba-tiba ter mengandung. (proses mengandung)


Motivation?
Kita boleh motivate people tapi diri sendiri yang menentukan langkah hidup. Mak pesan jangan buat macam ni tau , dosa tau. Tapi ? Kadang-kadang dah "melentur buluh dari rebung" pun  tapi sebab masalah sosial sekeliling..tak mustahil akan terjebak juga.

So, semua ni perlukan diri sendiri untuk menepis. Statistic pembuangan bayi di kalangan orang melayu paling tinggi, alasan? syaitan hasut. Walau apa pun alasan, pupuklah sedikit sikap perikemanusiaan kot ye pun dah terlanjur.  ;/ Jangan lah buang, campak, baling... atau letak dalam plastic bag seolah-olah itu bangkai kucing. Kucing pun ditanam dengan penuh kasih sayang.


Jangan ingat kau balut baby tu dengan plastic bag Harrods sekali pun..itu tetap kerja hina. Plastic bag tesco ke, giant ke, paper bag Gucci ke, Harrods ke..tetap hina. takde beza.


Adorable..Tengok baby pun kita rasa kasih..macam mana korang ada guts untuk membaling dari tingkat 6? ;''(  




Happy reading and have a nice day.. :(  


credit to Alam Nakamura..



50 comments :

  1. sangat setuju dengan entry ini.. :D

    ReplyDelete
  2. Maruah seorang perempuan,ibarat mahkota..So, xperlu ckp banyak..mari lah kita sesame menjaganye =)

    Btw, xsampai ati nengok baby kena buang :(

    ReplyDelete
  3. Nice Entry Namee!!..
    suka baca..
    by the way..
    memang kesian jika bayi tu dibuang sedemikain rupa..baling dari tingkat 6?...cilaka punya orang..wan penah dengar, bayi dimakan anjing..subhanallah..

    nak share kat fb..untuk peringatan bersama..
    have a good day.

    ReplyDelete
  4. diri sendiri je yang mampu ubah. elakkan lah perbuatan yg mendekati zina. jangan dating malam or dating tempat sunyi lah senang cite. ;)

    ReplyDelete
  5. betul, yg dah terlanjur tu insaf lah..dan yg masih baru-baru nak menjinakkan diri ke alam yg boleh merosakkan kita, baik jauhkan..

    ReplyDelete
  6. namee..eka sejujurnya kurang suka nak baca pasal buang2 baby nie..tak tahulah kenpa..

    semalam eka main dengan sepupu eka...nenek ada sekali..nenek kata,

    'hai macam manalah orang buleh buang budak..campak2 pulak tu..rasa macam nak campak mak bapak budak tu jugak...

    kenapalah mereka tak tenung mata budak dulu sebelum buang...

    B O D O H

    *makcik eka pesan...kalau nak bercinta,jangan sesekali serahkan 'benda tu'..kalau boleh,rasa nak suruh korang pakai sepender besi jer

    ReplyDelete
  7. bila rasa gelabah n takut malu.. perasaan tak tentu arah... rasa benci dan marah.. maka anak yang comel,kecil dan x bersalah tu la jadi mangsa... hurm... dunia sudah akhir zaman...

    :) first time mengomen disini.. salm perkenalan...

    ReplyDelete
  8. bukan ke ada Namee pakai tudung ea sebelum nie?..
    penah tengok gambar Namee pakai tudung kat satu entry tu..
    manis what..

    ReplyDelete
  9. baby comel kot.

    tu sebabnya banyak pengaruh dari luar, dan naluri remaja ni, semua benda dia nak cuba.

    kan?

    spender besi? superman jela yang boleh pakai *sengih*

    ReplyDelete
  10. susah jga nak buat entry setiap hari.
    kena rajin blogwalking and translate idea dari entry orang..kadang-kadang..kat facebook pon kita boleh dapat idea.

    ReplyDelete
  11. Wan ada buat entri pasal benda ni jgk minggu lepas. ... Namee da bace???

    Crdt..=)

    ReplyDelete
  12. bagos betul info namee ni..makin femes namee skrg kn..rmi gle follower..^_^

    ReplyDelete
  13. they dont have any valid reason for pre wed intimate contact. for muslimla.

    ReplyDelete
  14. the most important thing, takut pada TUHAN..insyaallah selamat =)

    ReplyDelete
  15. sebelah recycle bin ada 1 lg bin wrna pink.tampal kt ctu "baby only".kpd hati binatang dan binatang,anda bole buang baby yg x brdosa disitu.

    sekian trm ksh.

    ReplyDelete
  16. betul tu..semua bergantung pada diri sendiri...sedih sangat tengok makin banyak orang yang tak berperikemanusiaan..ade sesetengah orang yang dah berkahwin susah sangat nak dapat anak..dorang ni senang-senang pulak buang anak..huh ! sangat kejam !

    ReplyDelete
  17. remaja sekarang tau nak seronok je, bila dah seronok lepaskan tanggungjawab!

    ReplyDelete
  18. kadar pembuangan bayi kat malaysia tinggi..semua kena jaga2..kontrol nafsu serakah..lagipun berzina adalah DOSA BESAR..semua yang islam keep in mind ayat ini..janganlah kamu HAMPIRI zina..

    ReplyDelete
  19. namee nameee entry ni sama ngan entri namee leh bergabung skali.. :D

    http://www.mejuez.com/2011/06/belum-try-blom-tahu-dah-kena-try-baru.html

    ReplyDelete
  20. btol3 ! entry yg bgOS ~
    baby yg mate sepet 2 comey ^_^

    ReplyDelete
  21. saya rase solutionnye,kne bagi didikan agame secukupnye pade rakyat.Back to basic,didikan agama.Klo dah tahap kritikal buang2 bayi macam sekarang ne,rsenye tak guna hukum si pesalah dah.Just tackle the source.Melentur buluh biar dari rebungnye =)

    ReplyDelete
  22. Sebab tu lah Allah suruh jauhi zina...sbb Dia dah tau consequences dia..

    zina mata..turun ke zina hati..then jadi zina yg sebenarnya..

    semuanya terletak kepada diri individu itu sendiri..if btul2 takutkan Allah..takkan berani buat kot..iman tu perlu dipupuk biar tebal sikit bleh jd guts yg kukuh..huhu

    ReplyDelete
  23. comel nya baby yg sepet tuu :D

    ReplyDelete
  24. sis, ninie baca entry ni tb2 terus trngat entry ninie psal ni gak..

    http://kisahniniedora.blogspot.com/2011/06/hinanya-kau.html

    ReplyDelete
  25. buang bayi macam buang sampah.

    besi pun ada harga kot.

    tapi jangan pulak ambik bayi pergi jual kat thailand.

    ReplyDelete
  26. kebanyakan manusai zaman sekarang dah tak berpedoman..nilai kasih sayang kurang nilai yang x bagus melebihi segalanya..

    ReplyDelete
  27. btul tue.. babies are so cute, tergamak diorg tue campak merata-rata kn? ape nk jadi la,aih..

    btw, nkmintak tlg Namee vote for Hannah leh x? Thanks a bunch!!

    http://greennnpanda.blogspot.com/2011/07/vote-for-hannah-lucky-draw.html

    ReplyDelete
  28. pengaruh kawan pon ade sikit~ (pendapat aje) ;)

    ReplyDelete
  29. ohh. kesian seyh. mmg sume berpunca dari diri sendiri. diri kita yg pandai2 mencorakkan kehidupan kita ni.

    ReplyDelete
  30. Sedih bila tengok bayi yang di buang macam tu jer tanpa belas kasihan..Sekurang kurangnya kalau dah lakukan kesalahan,dan dah pon melahirkan letak lah kat depan rumah orang ker depan masjid ker kalau dah memang terasa tak tertanggung malu tu tapi banyak yang memilih untuk membiarkan di tempat tempat yang berisiko..Pandai buat tapi tak berani tanggong malu..Sebelom membesar perot tu nape tak nak pergi gugurkan je pulak kan kalau at the end dah penat penat bawak dalam perut ke hulur ke hilr 9 bulan lepas tu buang macam tu jer..Huh ! =.='

    ReplyDelete
  31. kt mne ade babyHatch ne? ase penah bace kt Jerman kot yg mule2 buat gni. urm , btol 2 kak, ade pro n cons. tp juz pk ntok kebaikan je :)

    ReplyDelete
  32. yup, bila kenang sampai buang bagai sedih dowh...apa salah pepagi buta tuh, letak depan rumah orang lain ke apa dari buang. Kalau depan rumah aku pun tak apalah...bongok betul mereka itu(nada skema)

    aishh bia dalam kesusahan memegang bayi yang baru lahir, otak mereka juga menjadi bayi. cantteeeek, tu yang mencari jalan singkat dengan membuangnya.

    ReplyDelete
  33. tau BUAT ajer..hish!!...xrase pape ker bila tgok anak sendiri kena

    1-makan dek anjing
    2-kena cakar dek burung sampai terkeluar usus
    3-ishk...tak sanggup nak ckp..

    memang jenis YANG KEJI lar manusia cmnieyh..

    suke entry nieyh yunk...walaupown da salu "tahu" pasal nieyh..sekali-sekala kne tolong ingtkan..manusia mudah lupa..jalan penyelesaian senang jer..kalau takot nak bagi tau mak ayah,takot member tahu,and takot segala bagai lagi ialah..JANGAN BUAT!!..kan2??.. :)

    tengs datang komen entry yuyue pasal BUDU tadi...huk3...cicah ikan bakar..terbaik!! :p

    (--- panjang pulak komen..seyes2..hahaha)

    ReplyDelete
  34. ermmm so sad.... hati da mati kot main buang2 camtu je,,, igt anak kucing ke

    ReplyDelete
  35. ................tak bijak ginilah rupanya..

    ReplyDelete
  36. ouh cik namee. silalah ke sini. arda ade caci maki kamu..jangan marah oteh? amik header kamu.. haha.. :)


    http://belogcikarda.blogspot.com/2011/07/3-belog-yang-wat-aku-jatuh-tangga.html

    ReplyDelete
  37. kak namee ,
    sedih la kan tgk org buang baby tuhh .
    heartless btol ! huhu

    ReplyDelete
  38. entry yang bagos.. ibaratkan saya sebagai 'baby' yang akan dibuang. sedihnya.. geram...

    ReplyDelete
  39. kesian tengok baby comel2 tu. Kecik lagi. Tak rasa berperikemanusiaan langsung.

    ReplyDelete
  40. Semua ini dari diri sendiri saja sebenarnya. Kalau kerajaan ka, ibu bapa ka, motivator semua berusaha tapi kalau orang itu sendiri yang dengan rela hatinya melakukan perkara itu pun tiada guna semua usaha tu. Kalau saya ada kuasa, saya akan cari habis-habisan orang yang buang baby tu. Trough DNA semua. Sepatutnya kita dari kecil kena simpan sample DNA kita dalam system hospital kita. Baru senang mau cari DNA yang match dengan baby tu. Macam CSI la pula. Hehe. Tapi apakan daya. Saya cuma seorang blogger. Tapi tidak boleh tahan tengok pic yang last tu. :'(

    ReplyDelete
  41. selalu yg terlibat dgn kes2 ini budak2 umur kurang dari 20 tahun!

    aku tidak fikir mereka bijak berfikir ,lagi2 perempuan.

    kesalahan pertama ialah mak bapak mereka...jika makbapak kita kurang beri perhatian maka ini pasti akan terjadi...kalau tidak percaya tanya...kenapa?

    cuba call pusat jagaan anak2 luar nikah di melaka tu...dapatlah jawapannya.

    ReplyDelete
  42. elok sangat ada baby hatch tu. dah buat satu dosa, jgn tambah pula dosa dengan membunuh baby tu.

    ReplyDelete
  43. sedih lah bila ada kes macam ni. ;'(

    ReplyDelete
  44. kak namee..sye penah pegi orphancare..n dah tgk tmpt babyhatch 2.yup..sgt2 bergune ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...