Monday, August 15, 2011

"Cacat" is not the right word.

Hello peeps...
Everybody loves Daniel....


Cacat ? Bagi aku perkataan cacat ni lebih sesuai kalau digantikan dengan term 'orang kurang upaya'. Em, mungkin kedengaran lebih sopan dan tak mengecilkan hati pihak itu. Somehow bila budak kecil bertanya pada aku tentang perihal ni, aku tak tahu nak explain macam mana. Kerana cacat ni tegolong kepada banyak category. Ada yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat anggota dan cacat lain. Kekurangan mungkin adalah the best word to describe cacat. 

Basically, aku ada dua orang adik bernama Daniel Roslan dan Nine Roslan. Daniel berumur 9 tahun dan pemegang card OKU kerana dia seorang pesakit autisme. Tak tahu autisme? Em, susah aku nak terangkan penyakit ni tapi kalau kau tengok movie My Name Is Khan tu, memang serupa macam adik aku terutama time watak Shah Rukh Khan masa kecil. Em lagi movie tentang autisme ..Sekali Lagi lakonan Shaheizy Sam . Tapi tu autistic yang okay juga dan tak hyper. Adik aku macam watak My Name Is Khan tu gabungan dengan hyper-active. 

So, dalam family...Nine kena banyak beralah dengan abang dia. Contoh, bila berebut laptop, berebut nak main game, berebut nak watch TV, berebut chocolate..semuanya dia terpaksa beralah bila Daniel started to rampage. (mengamuk ketuk-ketuk kepala dan cederakan diri) 

Family members akan berkata....."Nine, beralah kat abang. Kasihan abang, abang sakit dan tak sihat"

Tapi aku tahu Nine cuba faham. Aku pernah tanya Nine...

Aku: Nine tahu tak abang sakit ?

Nine: Tahu sikit sikit. 

Memang susah nak terangkan. Mungkin just let it be dan bila dah besar dia akan faham sendiri. Tapi bagi aku, situasi macam ni kena beritahu dan cuba explain kat Nine so dia takde rasa menyampah sangat dengan Daniel. Takdela sampai besar dia menyampah dengan abang dia.. 

Tapi selalunya kitorang avoid dari guna perkataan cacat. Rasa macam OKU tu lagi manis dan sesuai dan tak la kecikkan hati.Bila ada orang luar cakap adik aku cacat sebab nampak macam terencat akal, aku rasa nak marah. Entah kenapa, rasa macam kasar. Hes not cacat, just kurang upaya . 


Plus dulu time sekolah rendah, aku ada kawan cacat. Dia sendiri rasa sedih orang panggil budak cacat. So perkataan tu macam, very sensitive. 


Mostly orang kurang upaya pun memang akan kecik hati kalau guna perkataan cacat. 


Even tertulis di Id , pemegang card Orang Kurang Upaya. bukan card CaCat. 


Kakak kepada orang OKU pun kecik hati kalau orang panggil adik dia cacat. heh


Orang cacat pun ada hati juga. Jangan sesuka hati cakap cacat okay. 


Have a nice day everyone ... :)


Oku : Orang Kurang Upaya @ Orang Kelainan Upaya. 






49 comments :

  1. betul, jgn pandang org cacat sebelah mata

    ReplyDelete
  2. yup,mungkin pada kita yg cakap tak rasa apa2,tp fikir jugak pd mereka yg mendengar..ada hati n perasaan..mereka bukan cacat,tp kurang upaya untuk urus diri..sy pun marah juga kalau orang cakap macam tu pd orang lain,meskipun sy anak tunggal tp tgk pd kwn2 yg ada famili cmni membuatkan kita terfikir..dan merenung balik pd diri,syukur ke kita?dan mcm mana pula ditempat kita sendiri..jd renung2kan..suka entri ini..;)

    ReplyDelete
  3. aku rase dah tukar kot maksud OKU tu, OKU stands for Orang Kelainan Upaya...

    ReplyDelete
  4. ADIK CIK EN PUN oku GAK...XDE CACAT LA..DORANG LAGI HEBAT DRI KITA TAW

    ReplyDelete
  5. cacat tu somehow macam bunyi menghina. entah kenapa rasa macam tu kan. OKU lebih manis bunyinya :)

    ReplyDelete
  6. adik saya pun penghidap autisme. but he is not too hyperactive. saya faham perasaan namee bila org panggil adik kita cacat. tapi kawan2 saya takkan faham kalau saya terangkan banyak kali pun.

    ReplyDelete
  7. Betul tu Namee, OKU lebih manis dan beradap.

    ReplyDelete
  8. auitism tu cuma penyakit, bukan cacat kan..

    ReplyDelete
  9. yaa.its rude to call ppl like that.even kurang upaya,they are special kan?:)

    pss,daniel comel dan hensem. ;)

    ReplyDelete
  10. mmg x berapa jelas kan autisme ni cemana...kalau ada masa, terangkan la lebih detail...maklumla..akak xde experience...

    ReplyDelete
  11. seboleh mungkin tidak mengeluarkan perkataan cacat tu kepada OKU.. perkataan yang ai sendiri rasa amat sensitif..

    ReplyDelete
  12. yeah..
    orang kelainan upaya lagi sedap disebut...
    ~~
    tu gamba daniel ke?
    sgt cute...:)

    ReplyDelete
  13. sedih bila tgok golongan OKU nie..masa tgok my name is khan tu pon nangis tak berlagu

    ReplyDelete
  14. Rasa tersentuh pulak baca entri Namee kali ni..

    Herm,perkataan cacat tu bunyinya agak kasar..Kurang upaya lebih sedap di dengar..

    Apa pon yang di kurniakan oleh Allah pada kita seharusnya bersyukur..Tak semua hambaNya yang sempurna..

    Yang kurang upaya tu juga tak minta di lahirkan sebegitu.. Semoga Daniel terus cekal teruskan hidup dia ! :')

    ReplyDelete
  15. "Orang cacat pun ada hati juga"
    jgn la gune perkataan cacat..ckp la "Orang OKU pun ada hati juga"..hehe

    ReplyDelete
  16. perkataan cacat sangat sangat sensitif..even wan tak ada relative yang cacat..tapi dapat rasakan tajamnya perkataan cacat tu untuk golongan OKU.

    ReplyDelete
  17. tersentuh baca entry ni... Adik namee istimewa. dialah yang akan tolong keluarga bila akhirat kelak...

    ReplyDelete
  18. yah. the word 'cacat' itu sangat sensitive. maybe untuk orang yg normal tak akan rasa apa2. tapi untuk yang OKU, mereka akan berasa rendah diri bila dengar. dalam kelas saya ada yang OKU, memang kena jaga percakapan lah. hati mereka super sensitive. pernah berbincang dalam kelas tentang disabled people. masa tu semua macam berjaga-jaga gila nak cakap.untung bagi mereka yang faham. tapi bagi yang mulut lepas, entahlah. maybe diorang dah rasa ada kawan or sedara mcm tu, baru dorg tahu rasanya.

    semoga adik cik namee tabah menghadapi kehidupan akan datang. jaga dia elok2. hati kakak mane yg tak marah org ckp cmtu dekat adik die. even kalau saya, org cakap kasar dengan adik saya pun saya marah. die cakap kau aku ke usik melampau ke. sebab family saya jenis lembut. takde main kasar. individu ni lain2 pendapat dan persepsi. :)

    ReplyDelete
  19. btul2...aku ada makcik buta tapi kami tak pernah sebut buta depan dia.takot terasa.

    ReplyDelete
  20. tu yg masalahnya...kadangkala masyarakat tak tahu yg mereka telah menyentuh sensitiviti pihak tertentu dengan penggunaan ayat yg tak tepat...selamat berpuasa namee=P

    ReplyDelete
  21. Aku adik adik down syndrome..n cacat is not the right words since all this adalah penyakit...

    ReplyDelete
  22. namee actually sekarang kita dah tak guna [OKU=orang kurang upaya] tapi diganti dengan [OKU-=orang kelainan upaya]..actually penukaran nie dah lama tapi tak ramai orang tahu maybe sbb tak diuar-uarkan sangat kot..kalaw perasan dalam berita ke apa mmg dorang tak sebut orang kurang upaya..dah jadi orang KELAINAN upaya..but still OKU is better than cacat :)

    ReplyDelete
  23. orang kurang upaya, bukan orang cacat. mereka masih lagi bernyawa :)

    ReplyDelete
  24. very true...sangat setuju..sentap sangat bila orang guna term cacat..
    rasa macam rude pulak..rasa nak cili je mulut yang cakap..

    ReplyDelete
  25. betul.. orang ni cakap tapenah pikir perasaan, tahu lah kau tu normal tak perlulah nak usha mejeling atas bawah sebagainya kepada orang OKU ni.. saya pun ada pak sedara kurang upaya.. sakit hati bila orang panggil dia cacat padahal dia orang kurang upaya.. kite yang feeling sentap lebih nie kadang2..

    ReplyDelete
  26. sweet r..btw adik name sungguh comel!! :D

    ReplyDelete
  27. betul, etong pun rasa cacat tu mcm kasar sgt!

    ReplyDelete
  28. autisme ni cumalah 1 behaviour and thinking disorder. ada a few types, ada yg pasif, activ. org yg ada autisme ni ssh nk fokus, xde eye contact bila kita ckp dgn dia, ada yg akan pndai hanay dlm 1 subjek je cthnye maths je

    people like this boleh treat actually, u can send him to occupational therapy bcos i'm in this course. insyaallah nanti akan ade improvement dr segi behaviour dia, boleh control sikit activeness dia, boleh bljr fokus & so on & mereka mmg perlukan perhatian, kalau buat salah xboleh kena pkul sb somehow they are really sensitive

    ReplyDelete
  29. pesakit autisme ada kelebihan mereka yg sendiri...

    ReplyDelete
  30. ouh adik name ada autisme......
    sian dia kan..tapi betul lah..tak elok guna istilah cacat..macam not nice gitu.....

    ReplyDelete
  31. Hi namee! I tau jugak sikit2 pasal autisme ni, sebab selalu tolong mak i mengajar budak2 autisme swimming. Memang kata mengajar swimming, tapi sebenarnya more to water therapy for them sebab bagi dia relax dalam air. Nak ajar swimmingstroke betul2 memang amik masa. Memang ada masanya diorang ni tiba2 je akan berperangai pelik...

    I selalu tabik gila pada parents yang ada anak macamni, diorang penyabar sangat.

    ReplyDelete
  32. he's ur little brother eh? hi boy..u're so cute!! send my love to him :)

    iyalah, sesiapa pun bakalan kecil hati sgt2 if we know that other people saying bad about our family members, friends. i think all of us should think first sebelum mengeluarkan kata2. for example, if you can't say anything nice, don't say anything at all..berdiam diri lebih bagus daripda bisa menyakitkan hati orang lain.

    whatever happens, he's ur lit brother that u should give him so much loves, so that the affection between sister and brother takkan renggang :))
    have a nice dayyy too!!

    ReplyDelete
  33. setuju dengan entry anda

    Best entry nie.
    Salam kenal,
    nice blog,
    done following you,
    Kalau free jemput singgah ke blog saya,
    Bagi komen and nasihat ok.
    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    ReplyDelete
  34. Thanks everyone. Semua sayang daniel kan. heheheheh

    ReplyDelete
  35. akan reply semua by tomorrow okay :D selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  36. kecik kecik sellu jugak sebut perkataan tuh.dah kena lepuk mulut baru sedar.jangan sebut 'cacat' sesuka hati.serius sensitif.cuba tempatkan diri kita dekat tempat OKU,apa yang kita rasa?

    papepon,saya sayang daniel!!!=p

    ReplyDelete
  37. salam n hi..

    i love this post coz i also a mother to a boy yg OKU PENDENGRAN..alhamdulillah ramai yg dh faham about OKU people and dh boleh terima dlm masyarakat..golongan OKU golongan paling genius skali drpda org normal! org yg panggil cacat ni diorng x mengerti ape dunia org OKU ni hadapi..

    ReplyDelete
  38. sabar je.. mulut orang memang macam2.. :)

    ReplyDelete
  39. bukan OKU tu = orang KELAINAN upaya ke?

    ReplyDelete
  40. Namee, I also have 1 OKU sister.
    Tapi bukan autism la.
    But then, we are all so proud of her.

    Tu jek nak cakap. Have a nice day!

    ReplyDelete
  41. hanya kasih sayang , doa dan pengertian kita akan mampu membantu 'autistic'.

    saya ada adik bongsu autistic gak. now da 20. perempuan. maybe sama susahnya nak handle dgn daniel awak.

    truth is, dorng akan dgr ckp if dorang rasa kita fhm dia. tu je.

    nk marah sgt xleh. =)

    moga kita sama2 kuat utk protect mereka, namee.

    fahmimahat

    p/s:pernah tumbuk orang sbb dia kutuk adik

    ReplyDelete
  42. namee, aku suka entry ko yg ni. sebab kau berdepan dgn kanak2 istimewa dan aku pernah ada anak murid yg autisme+hyperactive yang teramat sukar nak kawal.. memang kena banyak sabar.. dan aku rasa ko pun jenis kuat sabar bila ko ada adik OKU.. :)

    kita kena pegang konsep ni, "OKU atau cacat pun mereka sudah kekal dan tetap di syurga.. kita ni yg sempurna neraka syurga pun tak tahu mana lagi"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...