Sunday, August 7, 2011

Lelaki Tak Jahat. Hanya Sedikit "Keliru".

Hello peeps...


Ehem, aku tak faham apa yang lelaki nak...


Dah dapat girlfriend cantik gila tapi masih curang.


Dah dapat girlfriend baik hati tapi masih curang.


Dah dapat yang pandai masak tapi masih curang.


Pendek kata, dah dapat yang sempurna pun masih boleh curang lah. 


Satu benda je yang terpancar untuk golongan lelaki macam ni. Manusia yang cepat keliru.


Lelaki kata perempuan ni unpredictable. Tapi bagi aku, lelaki pun sama unpredictable. Bila aku dengar cerita-cerita kawan, roommates, orang terdekat..menangis melalak stress pasal boyfriend. Semua cases sama je point dia.To be concluded, masalah kekeliruan. Ye, aku tahu lelaki memang suka benda yang cantik terutama perempuan. Pantang tengok perempuan yang cun sikit, mata tak pejam. Aku bukan omong kosong, lelaki yang tengah dukung anak dan sebelah dia ada isteri pun masih boleh pandang anak dara lain. Betul tak? Tak payah jawab, memang betul.

Lelaki yang macam macam..

Ada lelaki yang suruh steady gf dia tutup aurat tapi di belakang scandal dengan perempuan sexy.

Ada lelaki yang paksa gf dia jadi hot sebab nak tunjuk dan poyo kat kawan-kawan dia. "wey tengok lah gf aku hot pakai hot pants, nampak cleavage ni, tengok lah tengok lah" tapi sama jugak, masih curang dengan perempuan lain di belakang.

baca dari the other khairul..

Sama je, girlfriend kau sexy ke tak sexy ke, kalau kau tak tau apa focus dan hala tuju, kau akan terus keliru dan scandal. Scandal bukan satu je, might be 2 3 4 5 6 ? Kekeliruan melanda. Aku rasa kalau seorang lelaki tu ada focus, insyaAllah selamat dan takkan keliru. 

Looking forward pada seorang wanita untuk dijadikan isteri, dan ada zuriat bersama. Pekerjaan yang kau raih pun adalah untuk dikongsi bersama keluarga kau. Focus nak ada family ? Atau nak scandal sekadar suka-suka tanpa hala tuju. Banyak duit? Bawa family holiday. Ke tak tahu nak habiskan duit kat mana?,So perlukan scandal untuk menghabiskan wang?

Sama juga macam di social account. Kalau pakwe tak mengada add perempuan sexy dan gatal nak berkenalan sampai tahap nak keluar bersama..takkan jadi masalah pun. Stay focus. :)

Kenapa orang pandang serong pada pilot, steward, stewardess dan seangkatan dengan nya?
Pekerjaan yang dikelilingi perempuan, selalu night stop enjoy dengan stewardess. Ada juga yang tidur sekatil. Tapi kalau focus dengan niat pekerjaan, boleh jadi masalah ke? Bagi aku, semua bidang pekerjaan pun boleh terdedah dengan benda negative ni tapi kalau stay focus? Tak timbul issue pun, tak caya cuba lah try. gehehehe. Peniaga pasar malam pun banyak je scandal dan suka pergi rumah urut. 

Scandal tak mengira pekerjaan, tempat, wang, rupa paras, spender, .Hati dan niat yang penting.

So, apa dia keywords kita hari ni? Focus, Niat, Hati, Keliru.  

Ehem, aku suka baca blog The Other Khairul tapi dia suka bagi jawapan sentap kan?buat aku terkedu. The Other Khairul

By the way, bukan lelaki je yang keliru. Perempuan pun keliru juga. Bila 'ter' kenal orang banyak duit, curang juga. Sudah lari dari focus..Susah senang sama sama. Tiada lagi "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".  bukan anjing.

Tapi kalau laki curang berlagak innocent? sungguh manis. nyampahz. 
Gambar takde kena mengena walaupun Chinese look. 

Happy reading and have a nice day..





61 comments :

  1. Aku rasa entri kau agak selari la dengan entri The Other Khairul tempohari. Kiranya ni entri balas kepada soalan budak Medik tu eh, yang dia tanya dekat The Other Khairul?

    ReplyDelete
  2. yeaahhh lelaki memang keliru dngan diri sendiri..

    dlm hti masih ada syg tpi mcm tk cukuo.. tu pasal nk cari satu lagi...

    raaanya lah... hehehe

    ReplyDelete
  3. betul, kalau focus pada satu tujuan memang takkan jadi. insyaAllah.

    kadang-kadang sebab dah takdir, we can't blame that.

    tapi takdir pon boleh ubah, camne tu?

    hehe, tinggalkan persoalan sikit :P

    ReplyDelete
  4. keliru pun bukan juga itu ujian yang telah di janjikan cuma kita tahan atau tidak dengan ujian tersebut ...aku tidak nampak kekeliruan di sini...

    ReplyDelete
  5. kaunselor tak berdaftar. heh./ btw, apa yang che puna sampaikan betul juga. semuanya bergantung kepada perpektif orang. heh.

    ReplyDelete
  6. hahahahha akak, sentap nok !!!!~ :D

    ReplyDelete
  7. yeaah...lelaki mmg cept keliru!(pengalaman2...=,=")~

    ReplyDelete
  8. hmm betul2 , mula2 sekali memang kena betulkan niat, baru boleh focis :)
    eh sama lah , suka baca blog TheOtherKhairul jugak . best best :)

    ReplyDelete
  9. opss..
    err err.hehe!
    yekot.
    laki pompuan pon sume nk yg sedap mata memandang.
    nk wat canee.

    ReplyDelete
  10. ssh nk ckp..tp btui jgk apa awk ckpkn..tp niat sy sokong bab focuss ssh la..sbb kdg2 klu terlbh focus mmbuatkn pasangn mnjadi lemas,rimas dan terkonkog terutamanye permpuan..tp xthu la kn..len orang len ragamnye.so jwpanya..ntah la..masih jugak mencri jawpan..

    ReplyDelete
  11. gambar itu adalah takuya kimura, artis jepun yang aku minat gile la.haha.. :p

    ReplyDelete
  12. lelaki mmg slalu keliru, tak pernah puas dgn yg satu...
    ...sy pun suka bace The other Khairul jugak...

    ReplyDelete
  13. okay lah..jom fokus dalam hala tuju masing2..yeay!!!huhu

    ReplyDelete
  14. lelaki oh lelaki . memang lah lelaki macam yang diperkatakan tu . terpulang kat diri masing-masing gak , kalau lelaki tu tgk anak dara org pun tp dia still sygkan keluarga , hehe

    ReplyDelete
  15. kerana skandal la ramai yg membujang.. punca?? kekeliruan la tu... hehehe

    latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

    ReplyDelete
  16. menarik :) .. tp utk stay focus tu juga bukan mudah apabila banyak godaan

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah suami belum keliru...

    ReplyDelete
  18. kebanyakan lelaki so called
    " keliru " nie tak ada target bila kapel..kapel untuk main main, orang ada awek, aku nak ada awek juga..pantang tengok awek cun, nak ngorat, walhal dah ada awek yang gila cun dan baik hati, serta memahami, end up, ada skandal..kalo boleh, bila kapel tu, kapel la betol betol, biar ke jinjang pelamin, baru berbaloi..hati dan perasaan orang nie jangan dimainkan.kan?..

    kes lelaki dah berbini masih lagi bernafsu kat anak dara ni wan tak paham..kenapa?..bini tak layan dengan baik ke?..or mungkin bini dah terlondeh sana sini...

    heheh..tak semua pilot macam tu kan?...mintak mintak dijauhkan benda macam tu..

    selamat berpuasa Namee.
    have a good day.happy blogging.nice entry.

    ReplyDelete
  19. gambar tade kena mengena walaupun chinese look? haha. the other kairul, terfaktab. memang bes

    ReplyDelete
  20. ayat last tu best lah!

    lelaki biasalah namee..selalu mcam tu...opss takleh nak cakap lebih2..tak pasal2 kena serang..

    pokok pangkal tanya hati..tak kisah kalau kita ni kerja keliling ramai perempuan mahupun lelaki,pokok pangkal cara pembawakan kita sewaktu dikelilingi oleh mereka..kalau iman kuat,insyaAllah takde pape....

    kan.....

    ReplyDelete
  21. terbaik la entry nih sis! :) i like!

    ReplyDelete
  22. hee..namee tak habis-habis dengan chinese look..bukan pemain bola sepak :)

    ReplyDelete
  23. Pernah beckp isu ni.. haha.. ok.. kesimpulan yg zaren dpt ialah.. lelaki ada this mind set (kitorang bole kawen 4).. dn disebabkan itu, walaupun de takde intention utk kawen 4, lelaki cenderung utk syg lebih dr sorang ppuan.. (mcm kita perempuan, kalau dh ada 1 tu je la yg kita jage..sbb kita mmg tk bole lebih..kn? kalau lebih tu dah cm haram jadah).....

    n betulla namee kate..kalau ati tu dah tetap 1 ..mmg takkan ada pape.. jgn dimulakan (means add dlm frenlist..bermsg)..lelaki kena belajar utk setia (g denga lagu kris tu -cubalah untuk setia-haha)

    n ada quote "if ur man loves another woman, it doesnt mean that he didnt love u, but he just dont love u enough to prevent him from seeing another woman" .. so jawapannye..ciao ajela..if de betul2 syg..de takkan mau pandang n cari yg lain..

    *entry best.. sbb pebincangan ni mesti takkan abes

    ReplyDelete
  24. Hahahah..
    apsal pilih gambar chinese look?

    Ok, setuju dengan entry ni.

    Fokus dan nawaitu tuh yang penting..

    ReplyDelete
  25. sy sokong cik namee..tak sume cabin crew tu suke berfoya.rmai jugak y baek and always focus ngn keje..pendek kate kite ni xlh nk amalkan 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'..kalo x semua org nnt kte label..

    nice blog anyway..;)

    ReplyDelete
  26. Yeayh...diri masing2 kan.. perempuan lelaki sume sama je.. yg pnting hati dan niat diri msing2..kalo dh awl2 lg psang niat

    " aku nak ada scndl ngn grl or boy ni la coz dia berduit or lain2.. awek or pakwe aku? ala, dia bkn tau pn. pndai2 smpan"

    kalo mcm tu mmg hampeh la..

    ReplyDelete
  27. betul2.. Mr.K gma bagi jwpn sentap.. Skt aty taw..

    Nice entry kat namee!

    ReplyDelete
  28. saya ada jugak baca blog the other khairul tuh. mmg agk sentap lah. kalau dia jenis berani dan banyak idea nak lawan org yg tak puas hati, xpelah kan. hihi.

    and well yah. pernah tanya lelaki kenapa berani, suka or selalu pandang perempuan lain even tgh berjalan dgn perempuan sendiri.

    sorang jawab, aku tengok suka-sukalah. usik pon saja-saja. bukan nak betul-betul pon. biasalah lelaki. tu yang agak playboy.

    yang memang tetap dan sayang perempuan sendiri jawab. diorang tunjuk. memang untuk ditengoklah. tapi tak bermakna tengok tu suka. maybe mengutuk dalam hati?

    semua memang terpulang pada niat. kalau hati kata suka kat perempuan tu tapi niat kata tak boleh sebab bertentangan, takkan jadi jugak.

    ReplyDelete
  29. b'tul tu,,yg pentg fokus dgn hala tujuan sbnr,,ini tidk mudah sgt hilg fokus bila ada yg lbh mantap melintas,,,huhuhu,,

    ReplyDelete
  30. oh, ingat pasal khairul fahmi che mat kah kah

    ReplyDelete
  31. hahah ~ suka jgk baca the other khairul ! :D

    ReplyDelete
  32. inna pun suka jg baca entry dr TOK..walaupun sentap,tp menarik jg fakta yg dia bagi...^^

    ReplyDelete
  33. kenape nk pikir pasal lelaki ke pereempuan ke. kan "CURANG ITU INDAH" abaikan. teruskan hidup. klu ade adelah. klu takde takde lah.^_^ and kite bukan buruk sgt pon klu dah kene tinggal tak leh nak cari yang lain. ye tak? tak ye? takde apelah. #okbai

    ReplyDelete
  34. Betol tu.
    apa-apa pekerjaan pun boleh terdedah kepada curang.

    apa yg penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan tak cuba untuk mencari yang lebih sempurna.

    nobody's perfect kannnn.

    ReplyDelete
  35. baca juga di blog Mr.K pasal ni semalam..memang tak faham kenapa kan. btw, lelaki seperti gambar tersebut memang impian! :P

    ReplyDelete
  36. agree tersangat agree. hehe.. both guys and girls should give and take. bkn give kat orang lain and then take kat orang lain. haiyoo..

    ReplyDelete
  37. kehkehkeh. dah lumrah.... namanya pun, lelaki.. biasa lah tu.. :)

    ReplyDelete
  38. kalau curang masa couple, tunang boleh lagi, kalau dah kawen... sedih je... lagi2 kawin lain.

    ReplyDelete
  39. sebab tu ajai & nurul dulu ada buat lagu Keliru..

    ReplyDelete
  40. Semua orang suka benda cantik tak kira laki atau perempuan..I admit..lelaki tak kan hanya sekali pandang kalau perempuan yang cantik lalu...kalau ada pun sgt2 rare...tapi pandang lama2 pun tak bermaksud dia nak curang...kalau semua perempuan cantik lalu..jenuh la dia nak curang dengan semua orang..get my point?

    Wife is wife...perempuan cantik is perempuan cantik..dua entity yang berbeza yang kadang2 boleh menjadi entity yang sama.

    Tak boleh saja nak kata hanya lelaki tertarik untuk menjadi curang. Ada juga perempuan yang berkeinginan berbuat demikian. Laki dan perempuan almost equal dalam aspek ni..

    Laki tengok pada perempuang yang cantik..perempuan tgk pada lelaki yang berharta. At the end, perempuan dapat kikis harta laki..laki dapat body perempuan..ops!! haha..

    So pandai-pandai la nak hidup dalam dunia kita ni. Tak semua yang kita nampak jahat tuh pada dasar hatinya dia adalah jahat. Dan tak semua yang baik depan semua orang itu adalah baik.

    Demm!!! panjang comment aku..bleh buat entri..

    ReplyDelete
  41. like i told u earlier, lelaki curang sememangnya punya nafsu jahat dalam diri. if not, dia tidak akan digelar 'bad guy'. but then, most of the guy automatically boleh berubah menjadi baik because of their sweetheart. and finally they're happy ending!! persis royal storyyy kan..hahaha.

    ReplyDelete
  42. apa yang penting?kerjasama..eh silap..
    *fokus kita trhadap sesuatu hubungan tu
    *niat kita berkapel utk apa skrg@masa dpn?
    *hati kita kena ikhlas dlm sesuatu hubngan.

    setuju sgt,godaaan byk sgt woo,baek lelaki mahupn prmpuan..jd kekalkan perkara diatas..ehehe..

    ReplyDelete
  43. blur memanjang. x banyak berdoa le tuh!

    **pic credit:mula2 tengok,ok memang tak de kaitan, tetibe ade statement "walaupon chinese look..." haha

    ReplyDelete
  44. haha..sangat betul..lelaki curang..ermm..fening!!!

    ReplyDelete
  45. kakak namee jahat dan keliru!! hehe..
    hmm, saye nak jd pilot lah mcm nie! =P
    btw, saye nie blogger baru kakak!! haha, dtanglah menjenguk2 ye^^

    ReplyDelete
  46. anis sokong sume nie namee..ade toh..suruh awek tutup litup..alim..konon stok bini..then..dye scnadal seksi meksi..bile gf buat balik marah..patut ke gitu..hish...

    ReplyDelete
  47. lelaki memang gitu kot.. suka main-main sampai tak perasan dia sakitkan hati orang yang dia sayang... hemmm....

    ReplyDelete
  48. Pokok pangkal kena tanya hati masing-masing..

    Kalau skandal sana sini, at last terkeliru yang mana satu idaman kalbu..hehee

    ReplyDelete
  49. keroro..takdir eh? hmmmm, entah..kadang2 orang kata beserah pada jodoh tp kalau kita tak cari, susah gak. lambat plak sampai jodoh. kdg2 tak faham apa itu takdir.

    ReplyDelete
  50. syazawan..thanks. so stay focus on syuhada okay. lawa gf hang :D

    ReplyDelete
  51. alhamdulillah,bf sy stakat nie setia walaupow sy pnah tggal dye suatu saat dlu.pengalaman mngajar kami..sy dh tobat xnk curang,dye plak nk jaga sy btol2..n dye stay fokus..n yes,bf sy jz keje 7E,slalu gak kna ngorat ngan awex2,tp dye fokus nk kawen ngan sy jerp..ahahaha..sy rse amat btuah dpt dye balik..=')

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...