Saturday, September 24, 2011

Harga Rumah. Berpatutan ?

Hello peeps..


entry serious. Im in a dilemma. 


Kalau kau nak beli rumah, sudut apa yang kau titik beratkan ? Hanya sekadar rumah cantik ? Murah ? Dua hari lepas, aku pergi tengok rumah. Since umur aku dah 23, banyak aspect yang aku pertimbangkan bila memilih rumah. Yelah, rumah ni bukan macam beli handbag, bila-bila masa je kau boleh tukar dan get the new one. Tapi kalau rumah, larat ke nak berpindah randah ? Bila memilih rumah untuk dibeli, apa yang kau orang perhatikan ?


Master plan ?
First thing yang aku tengok bila masuk dalam showroom adalah master plan kawasan perumahan itu. Yelah, kau nak tahu lah facilities and amenities apa yang ada (sekolah, shopping mall, hospital, bomba, police station etc ) Plus, master plan penting sebab bila kau tengok master plan dari segi layout susunan rumah ke rumah, kau dah boleh imagine what kind of community that you'll be staying in. 


Contoh..


Kalau rumah terrace yang jenis terlampau dekat antara sebuah rumah dan rumah lain, tentu lah area tu akan jadi bising. Anak orang depan rumah menangis pun kau boleh dengar. Sedikit seperti pasar bila jarak rumah ke rumah sungguh dekat. Nak pinjam gula ke, kau boleh main campak-campak je sesama jiran sebab terlampau dekat. 


Tapi...
Bila rumah yang kita dah berkenan, harga pulak tak berpatutan. Harga rumah semakin naik. Even in "Seremban", Semi-D house pun start dari 750k. Just imagine how stupid it is. Semalam aku pergi tengok rumah sebab nak usha lah yang mana paling best asal dekat dengan mak ayah aku dan master plan mesti lah gempak. So ada dua pilihan aku dan buat aku keliru nak pilih yang mana. Kalau korang, korang pilih yang mana...? Both in Seremban.


1) Semi-D house : 2800 sq ft
Okay rumah yang aku suka ni ada 5 rooms and 4 toilets (standard semi-D ), and layout rumah dia memang very modern. Apa yang special kat area kawasan ni adalah each 4 houses akan ada garden sendiri. So kelebihan pada view ( pemandangan cantik bila tengok luar tingkap ) dari balcony master bedroom. Tapi bilik-bilik yang tersedia size sederhana, kiranya takdela besar sangat. Plus kawasan ni guarded, ada security lah before masuk area ni. Area kawasan ni sihat, kalau nak jogging ke, riadah petang ke memang seronok. Memang kawasan ni hidup.


Kelebihan : Kawasan perumahan hidup dan in terms of security memang bagus. 


Harga start from RM720k - RM980k.


Anggaran bayaran untuk 30 tahun : RM3800 per month.




2) Bungalow : 5400 sq ft
Rumah type yang aku suka ni ada 6rooms and 5 toilets. Size setiap bilik memang besar. Master bedroom 3 kali ganda besar dari master bedroom rumah semi- D yang aku suka tu. Siap boleh buat dining room sekali dalam bilik tidur kau nanti. Size bilik dan rumah memang puas hati gila sebab memang besar sangat. Tapi kawasan perjiranan, tak berapa hidup. Sebab layout master plan dia very clustered. So jiran pun buat hal sendiri je masing-masing. Security memang ada tapi tak la strict macam kat area Semi-D tu. And area ni ada golf club. Cuma area ni sangat sunyi tapi kalau difikir dari segi kebesaran memang mudah lah kalau family datang, tak payah sewa hotel sebab finishing rumah pun dah macam hotel. Kawasan tak best.


Kelebihan : Rumah besar gila.


Harga start from : RM620k - RM800k


Anggaran bayaran untuk 30 tahun : RM3000 per month.


Tidur malam pun aku berfikir nak decide yang mana satu. Yelah, takut kalau lambat orang lain kebas rumah tu. Kalau korang pilih yang mana ? Rumah besar gila yang sunyi tapi kau takut perompak ? atau Rumah sederhana yang selamat tapi bayar mahal dan tak berbaloi ? 


Bagi aku, kalau kat Seremban harga semi-d macam tu memang lah kelakar sebab Seremban ni takde apa yang special sangat pun. Shopping mall pun setakat Jusco, Tesco, Giant, Parkson yang nyawa-nyawa ikan. But I got no choice, aku rasa kena duduk sini sebab dekat dengan mak ayah aku and KLIA. Mudah untuk masa depan. 


Kalau boleh, nak lah pilih yang terbaik dan terus booking. Dulu pernah bayar booking RM5000 for a bungalow house in Aman Perdana, Klang under Mah Sing tapi all the sudden kelulusan rumah tu ditarik balik sebab ada kawasan kilang yang membahayakan penduduk rumah  area tu nanti. So, duit RM5000 yang telah dibayar ? Lesap . 


Kalau korang beli rumah, pentingkan apa ?


Tambah lagi hundred thousand plus untuk kawasan rumah yang hidup ? Berbaloi tak?


Happy reading and have a nice day...


p/s : Banyak orang KL lari stay Seremban sebab harga rumah murah tapi skang dah makin naik mendadak. So baik duduk KL je. haha






88 comments :

  1. ermm ermmmmmmmmm erkhhh susahnya soklannnnnn.. pilih bunglow kot.. erm saya yakin saya pilih bunglow sebab dah la besarberbaloi lak tu.. hal security tu boleh diadukan kepada pihak tersebut.. bestnye nak beli rumah sendiri^^

    ReplyDelete
  2. fuhh..mahalnye harga rumah....
    urmm..kalau sy mmg tak mampu nk beli dua2 jenis rumah tue..(0__O)

    rasanya mcm lagi berbaloi beli tanah lot, lepastue buat rumah sendiri, sendiri design, boleh pilih kwsn yg kejiranan dia "hidup" + bnyk kmudahan.. lagi berbaloi2...(^___^)

    ReplyDelete
  3. penting kn kemampuan hahah.... at least master plan lar and surrounding plus accescibility kot....then bru close up tgk rumah ,detailing and so on...

    ReplyDelete
  4. kau beli rumah kat kedah la murah gila.

    aku takpandai sgt bab-bab beli rumah ni.
    yagn penting tgk kawasan mcm mana kau nak hidup nanti. kawasan hidup memang mahal sebab semua kemudahan sah ada. so kau tak payah travel jauh sgt untuk dpt brg.

    orang yg selalu beli rumah kat kwasan hidup selalunya untuk investment sebab diaorang nak jual balik.

    ReplyDelete
  5. susah gak nak decide ni..

    kalo wan jadi namee.
    wan pilih first house kot.

    reasons?.macam namee cakap.
    lagi selamat.
    ada garden sendiri wooo..
    kawasan hidup,

    bayaran per month?.
    RM3800..
    tambah RM800 setiap bulan..tak ada masalah untuk namee kan?..

    size bilik..

    walaupun besar, nanti bila dah lama duk rumah tu, rasa macam biasa je kot..nak buat ape bilik besar sangat kan?.

    have a good day namee.

    ps : wan rasa macam ada perubahan di blog namee..

    ReplyDelete
  6. wah..susahnya nak buat pilihan.. bagi Lia lah baik pilih yang bunglow tu kalau takut perompak, baik simpan barang berharga dalam bank dan pasang cctv seberapa banyak yang boleh..hihihi kalau naklah..

    ReplyDelete
  7. kalau saya , ambik bangla dan jamin hubungan yg baik dengan jiran. kalau ada apa2 kes, senang. harga pon murah.. ;)

    ReplyDelete
  8. err cmne nak komen?xpernah beli rumah..huhu..

    rasa yg mahal tu kot,yela selamat kan...kot kalau apa2,mahal sikit xpe asalkan keselamatan terjaga utk jngka masa panjang...

    dr dok yg orgnya xambil peduli hal org lain,kot jadi apa2 nt kan ke susah nanti?

    err..pendapat ayie..:)

    ReplyDelete
  9. sorry kalau komen ikhlas pocket menyinggung,
    tp lain padang lain belalang nyaaaa!!
    lain belalang lain sembang nyaaaaa!!!

    pocket baru cari rumah,
    bajet 150k jer!!
    tu pun kengkawan pocket dah kater,
    kamu gila ka apa?
    lain padang okeh :D

    I would go for keselamatan!
    (Talking like we're in the same padang)
    cause kalau dah terjadi yang-tak mau-jadi nanti baru nak menyesal pasal that extra 100k tuh dah tak guna dah..

    eiii simphaaannnggg :D

    ReplyDelete
  10. huishh, mahalnyaaaaaa. kalau yana nak beli rumah, mesti tengok cahaya matahari. kalau matahari pagi menghala ke rumah kita tak apa lagi. kalau matahari petang, mak oii.. tak ke panas.

    and then baru yana tengok aspek2 lain yang namee cakapkan tu :)bagi yana, yana pilih banglo. bak kata namee, harga rumah semakin tinggi. nanti kita pun semakin tua. nanti kawen, ada anak lagi. senang bila rumah dah besar. tak perlu lagi cari rumah besar. sebab harga masa akan datang lagiiii tinggi. bagi yana, yana nak beli siap2 rumah besar. hehe. itu just pendapat yana :)

    ReplyDelete
  11. sianyer duit lesap -.-


    jahtt gilaaa pemju ituuu!! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!:(

    ReplyDelete
  12. saya duduk di paroi, seremban. dekat dengan stadium paroi.. ade perlawanan bola, curi2 tengok kat atas bukit.. hahaha

    ReplyDelete
  13. kalau sy kan namee, sy pilih yg rmh semi-D tu..sbb sy x larat nak kemaskan umah yang besar gedabak..kehkehkeh

    ReplyDelete
  14. saya beli umah teres setingkat kat seremban masa blom naik bumbung agi..boley kata murah r. pastu plak tu mmg kawasan tuk keluarga tentera dan nurse. rasa cam hokey la plak..

    yg palinh penting, ia ada di tengah2 antara KL dan jhr. seng nak balik kpg woooooooo~~

    ReplyDelete
  15. a'laiki salamun,

    .. .waa



    sye.. .rse jaki (-_-)..V
    pilih aje yg beso 2..


    L.N
    (-_-)..((masih lg Jaki))

    ReplyDelete
  16. kalau nak beli rumah biarlah beli yang hakmilik kekal...jenis rumah camne tu tak kisah, janji kita mampu!

    ReplyDelete
  17. agreee..rumah area seremban sekarang mahal.kalo time 90-an dlu setengah dari harga sekarang :D

    i think better umah yang rase selamat dari tak selamat..tapi an..saya rasa..namee try cari umah lain ley?? xnak dua-dua choice tue :D

    ReplyDelete
  18. maybe depand pada brape org yg ddk 1 rumah.. klu ramai, best ddk rumah bsr :) .. rasa selamat sikit.

    ReplyDelete
  19. kalau boleh azza nak kumpul landed property sebelum umur 30 tahun... uwaa tapi mahal...

    ReplyDelete
  20. ayoooo.. mahalnye harga rumah.. camna nk ada rumah klaw mahal cenggini.. HUHU

    MySuaraBlog: Book Fair dalam Kapal Mewah

    ReplyDelete
  21. keselamatan tu paling penting.no doubt.tapi depend individu jugak kot lynn rasa. klau namee jenis yang suka suasana yang hidup dgn jiran2tetangga,why not yg semi-D. hidup berjiran bestttt.senang..

    tapi kalau ikutkan keluasan, n harga,mmg vote utk banglo la.puas hati. bayar kurang sikit dari semiD tapi bbaloi. bab keselamatan,kalau nak jadi smthng,kat mana pon kita tggl,kalau dah takdir,akan blaku jugak.kan?hehe.

    *just my opinion*

    ReplyDelete
  22. semi-D house.. wlaupun mhal, insyaallah berbaloi nanti untuk masa depan ;)

    ReplyDelete
  23. ehem ehem... nak dekat dengan KLIA sebab apa ek namee... owh... nanti jemput eh. Er azza rasa baik pilih bungalow tu, cam tak berbaloi je SEMI D tu... system security boleh install kemudian...

    ReplyDelete
  24. kalau saya, saya pentingkan kawasan tu msti ada life n selamat..sebab kalau rumah besar gedabak tapi hidup tak hepi n tak selamat, xde gune jugak kan...lagipun, kak namee kan prempuan..nanti nak kawin, mesti pindah rumah suami kan..so, buat ape nak rumah besar2..huhu..konklusinye adalah, asalkan hai kite hepi, tu yg terbaik..yeay~!!!

    p/s : saya pilih rumah 1 ^^v

    ReplyDelete
  25. as salam namee harap sihat ...dah ada 2 pilihan apa kata wat solat istikharah....

    ReplyDelete
  26. untuk jgka masa pendek n safety, better ambil rumah sederhana tu sbb akak prmpuan dan perlu duduk dkt kwasan yg mudah diperhatikan org lain. tp itu jangka masa pendek laa.

    tp utk jangka masa pnjg, rmh besar mstilaa lg berbaloi..mula2 ni agak berisiko laa sbb x ramai org kt situ.tp sure akan dtg kawasan tu lg membangun drpd skarang dan dpt perhatian ramai. harga pun memuaskan kalau dibandingkan dgn rmh sderhana tu.

    ReplyDelete
  27. xde umah.dok kolej je..hukss ------->

    ReplyDelete
  28. mak datuk mahalnya.. kalo aku rumah yang sedang2 je dah bagus.. yang lain deco atau tambah sendiri..

    ReplyDelete
  29. Hi Namee, just my two cents, I'll choose the second option of course because the area is bigger and the price is more reasonable. As for the safety, we can't say one is better than other because anything can happen. All we can do is install safety devices for precautions and pray. For me, I definitely wants a quite and calm environment after long day at work. Buying a house is a big deal just like u said. Istikarah banyak-banyak. Allah knows best. =)

    ReplyDelete
  30. Bagusnya awak namee..belum kawin tp dh fikir nk beli rumah..kalau antara 2 pilihan tu akak akan pilih yg nomor 1 tu..

    umah akak duk skang nih mah sing gak yang buat..(pulai perdana, jb)

    bg akak selain rumah yg selesa dan memenuhi kriteria yg kita nak..persekitaran dgn keselamatan pon penting sbb tu akak pilih yg nomor 1 td..


    mcm umah akak duk skang nih x memenuhi kriteria (bilik kecik, dapur nmpk dari depan, xda laman) tp dr segi security, jiran dan persekitaran terbaik..


    namee, kdg2 kita x boleh dapat semua mcm yg kita nak

    ReplyDelete
  31. advantage kpd namee dlm bab2 beli rumah ni kan sbb namee amik architecture..kalu akak mmg buta btul la psl nak tgk master plan ke pe..huhu

    tgk dekat dgn facilities yg penting mcm school, hospital, shopping mall etc je la yg pandai..

    btw, tq 4 dis entry, ada gak dpt sedikit ilmu..=)

    ReplyDelete
  32. zana ta pikir lagi pasal bende nie ,. sebab zana belom abes belajar ,. tapi umah zana skunk ,. rumah teres ,. tapi ta bercantum dinding ,. walau pun ta cantum dinding ,. bile anak cina nie cakap ,. macam orang tu jaoh nye sebatu ,. tu yang ta tahan dok sebelah rumah cina =='

    http://syazanasani.com

    ReplyDelete
  33. hm. serba salah betul. mungkin amik yang banglo tu mana tahu next 5 years kawasan tu jadi lebih maju. -.-

    ReplyDelete
  34. assalam

    yup! rasanya yang penting rumah itu mesti selesa dan selamat. Juga berdekatan prasarana keperluan harian.

    Tapi bila tengok harga rumah tuuu.. alamak mahalnya..

    Rasanya kalau le kat kelantan ni dengan harga cam tu.. bukan rumah tapi dah boleh bina istana. hehe ..

    ReplyDelete
  35. hurm. patot lah dua tiga hari ni suram semacam jek. komen pun tak hidup. sangat suram rupanya ada yang mengganggu fikiran ye :)


    bagi myera, baik beli rumah yang biasa jek. murah, selesa, hidup. yang mahal kalau berbaloi, hidup takpe gak.


    cita-cita myera cuma nak duk kat rumah teres jek. bukan tak minat rumah besar, tapi hidup lebih bermakna kat rumah sempit :)

    myera ada rumah yang sempit tapi penuh kebahagiaan tapi... kini tak lagi.


    entry ni buat myera agak tertekan dan sedih ^^,


    jangan suram lagi, kalau tak dapat buat keputusan, ALLAH kan ada :)
    mintak tolong dia.


    namee tahu apa jawapannya :)

    ReplyDelete
  36. well if you ask me you're speaking of a long -term most expensive asset in your entire life so basically this must be done thoroughly.

    I would probably choose the 2nd option which is the bungalow house. First of all, the price difference (per month) between opt.1 and opt.2 is just RM800 difference.

    Secondly, usually Gold Club houses are meant, built, planned to be quiet and solitude. Thats the beauty of it. In terms of security, im pretty sure the security will be tighten since you'll be paying for their services. There must have a body to manage the security forces.

    Thirdly, saves money in expanding the house and can focus on renovating interior (most probably not that important tho)

    p/s: if you are planning to stay alone, space is out of the question. If your relatives do come stay over ur place, they aint gonna stay forever yes? but its all up to u tho :) btw im a person who enjoys solitude and peace hence i chose the bungalow. what matters most is, YOUR choice must follow YOUR preferences ;-)

    ReplyDelete
  37. Nak murah duk in between KL & Seremban. Setiap kawasan mula-mula suram lama-lama esok tentu akan happening jadinya.... Kat NILAI pun dah naik harga sekarang...

    ReplyDelete
  38. beli tanah je...
    buat umh ikut citara sndri...
    xske umh yg dh siap sbb msti ade yg xikut citara kita...
    mlz nk umh suai rmh sbb kne kos lg...
    lg snang beli je tanah sendri

    ReplyDelete
  39. hi..
    akak rasa la kan..
    depend atas orang jugak la kan nk yg camne.
    kalo akak haruslah nak yg kawasan yg kejiranan hidup..& ade facilities yg baik.

    tapi mmg rege rumah skrg ni melampau2..

    kalo cam husband akak die xnak beli yg in the progress..
    die kata beli yg da siap sng ckit. dlm erti kata lain, rumah org yg nak jual.
    sbb takut kes cam namee kn tu la..
    tetibe labur byk2..xsiap.terbengkalai n so on.huhu..
    rugi dikk..

    ReplyDelete
  40. utamakan keselamatan & keselesaan :)


    kalau mcm sy pulak duduk kampung, risaukan pokok2..kalau pokok2 tumbang memang naya la rumah huhu. nasib baiklah masa mak bapak buat rumah ni sy masih tak berakal sgt so xdpt nk bagi pendapat. so now, risaukan keselamatan diri.

    hmmm..utamakan keselamatan k dear :)

    ReplyDelete
  41. nak teka boleh? semi-d tu aviva green yeah?
    moved here in seremban 6yrs ago sbb rumah tgh murah. and now..yeah, 700k *pengsan*

    ReplyDelete
  42. Have you considered Nilai area? I heard that the areas right there sangat cheap.

    Dekat dengan KLIA,dekat dengan Seremban. Life pun ada. Tak happening sangat tapi still tak mati. Biasa biasa. Sedang sedang. Mekdi pun ada. Saja lah kan,kot kot kau dah survey kat sana.

    It is a good place anyway. Kalau macam both yang kau tengok ni,honestly,aku rasa sangat mahal. Terlampau mahal dan not worth it. Rumah kat KL pun RM1.5K per month only. Why choose so far lahhhhh.

    For RM720K - RM980K I can get a house at Mutiara Damansara. Lengkap strict Pak Guard,rumah besau,full time entertainment ada,makan semua ada. Walking distance.

    For RM620K - RM800K I can get a house at Putra Heights. Semi-Ds are there. Lengkap new development,Giant,life,near ELITE highway for you to go to Seremban and KLIA. 10 minits to KLIA kot.

    I suggest that you survey more. Kalau nak Seremban sangat,in future nanti agak risky. Pasal sekarang ni ramai orang fokus sana. So,saham naik sekarang je.

    Nanti in the future nanti,investment tak jadi sangat. Seremban akan congested nanti. Rugi bayar mahal sekarang. Dengan inflation lagi near future.

    Better focus on the highway ELITE area sampai Nilai. Nanti kan dorang nak jadikan Putrajaya jadi Capital (rumors lah). So,boleh invest kat situ.

    Rumah cantik sekarang, area potential untuk masa depan,harga pun okay. Life ada (Nilai lah). Dekat dengan KLIA dan Seremban.

    Sekadar suggestion :D

    ReplyDelete
  43. ehem, rasanya yang 1st tu lagi ok. cuma biasalah, harga memang mahal sikit.

    tapi dari seremban tu pon senang nak pergi mana-mana kan, highway jek. :)

    ReplyDelete
  44. fuyooo 3k plus per month. omg. kena gaji 10k sebulan baru cukup. btw, i pilih the second one. tenang. tak kalut sgt.

    ReplyDelete
  45. haha. tak cukup umur lagi nak beli rumah ni, tak tau nak pilih mna. but kan namee, prefer kwsan perumahan yg safety. sbb skrg kan zaman pencuri ramai gilaa, takut woo. and pilih la residential yg ada semngat kejiranan yg kuat sebab one day akan tlg you balik in term of safety td. hehe

    ReplyDelete
  46. harga rumah depend pada harga hartanah sesuatu tempat. fasiliti yg ada disekeliling amat mempengaruhi harga hartanah seperti dekat dgn highway, ada sekolah, kedai dan lain lain tempat tumpuan. buat masa ini area sepang, nilai dan beranang masih rendah dan ada potensi untuk naik di masa akan datang. cuba la usha area sana :-)

    ReplyDelete
  47. beli rumah kat putrajaya lah...

    pasal pilihan kat atas.... baik pilih bangalow...

    tapi kalau money is not a matter...

    pilih jugak bangalow...

    tapi kalau tak kisah pasal duit lansung...

    pilih jugak bangalow...

    yg penting, u pay for the worth of it.

    bukan sekadar marketing cosmetic yang di gula2kan.

    ReplyDelete
  48. lam ai mahalnye..kalau cam tu bek cari rumah kt kl je kan..erm bagi saya..better amek amek umah yang berbaloi..parking senang, murah, bilik besar..tentang keselamatan kita boleh cari pekerja..pasang security kita sendiri plak..hihi..yang penting selesa..supaya takde tekanan ke atas kita..

    ReplyDelete
  49. klau sm nak beli rumah sm nak :-

    1)pertamanya perlulah sistem keselamatan..

    2)jarak antara umh tu tak terlalu dekat n tak terlalu jauh..

    3)kawasan perjiranan idup..

    so kalau semua nie ada baru sm beli..:)

    ReplyDelete
  50. Wahh....pening jugak ye nak pilih rumah nie!=,="

    ReplyDelete
  51. lau ikt spesifikasi, pilih yang sesuai lah tengok kejiranan jugak. then dekat ke tak dengan bank ke, kedai ke. huhu

    ReplyDelete
  52. yeah i dok seremban, n have to admit yang rumah di sremban sgt mahal, hmm area yang namee tengok tu dkt seremban 2 ek? rumah area situ memang sgt mahal.. mayb sbb dkt ngan kl? tp tak la dekat sgt, sbb about 45 min to 1 hour gak perjalanan..

    hmm better good security, in case ur mom stay sorang2 kat rumah tu kan, so ur mom tak la risau sgt tgl sorang-sorang sbb ada security yang jaga..

    hmm tak check area nilai?

    ReplyDelete
  53. hahhaa.. sya duk kat kampung batu kikir je lah..beli tanah buat rumah.... laman pun nnt besar..hik3

    ReplyDelete
  54. The second one lagi berbaloi kot. Tapi bila fikir pasal kawasan yang kurang hidup, macam berbaloi pulak ja +rm800 more per month.

    Aaa, nak tolong bg pendapat pun dah pening

    T____T

    ReplyDelete
  55. kalau saya kan ,saya pilih yang pertama sekali. The second one okay juga,tapi saya tak suka area2 sunyi ni.

    cuba tengok rumah di ipoh ,murah sangat2 :)teehhee
    sebab saya tinggal ipoh. semuanya murah belaka

    ReplyDelete
  56. kalau saya,saya akan beli tanah bukan both houses tu.Sebab apa tanah lagi tinggi nilainya.Tanah tu kira macam asset kita la.Then bila dah ada tanah sendiri boleh la build up rumah impian kita sendiri.Kos pun boleh dikurangkan.Nak modern living atau pun kontemporari terpulang semuanya terpulang kepada kos bahan nak built up rumah.Sama jugak kalau nak upah security lebih baik bayar upah untuk kos buruh.Nak beli tanah tu tengok la area mana yang kita suka.Kalau suka jenis ramai orang dan nak dekat dengan shopping complex cari rumah berdekatan dengan pusat bandar.Kalau nak yang sunyi-sunyi sikit carilah kawasan yang boleh dikira agak sesuai untuk build up rumah.Saya cakap base on my experience.Since abah banyak tahu benda ni dan saya pernah praktikal dengan abah mungkin pendapat ini boleh bantu namee.Beli tanah -> built up rumah impian sendiri -> hasil design sendiri and kalau pandai negotiate dengan kontrator why not.Kontraktor ni tak susah mana pun deal.plus harga berpatutan why not buat rumah sendiri kan? hehe. itu kalau sayalah.sekadar cadangan..


    Tapi kalau option rumah tu saya lebih suka yang the first one sebab tak larat nak kemas rumah besar-besar.Lagi pun x guna beli rumah besar kalau rumah tu sering kali jadi sasaran perompak tiap kali menjelang musim perayaan.Biar rumah sederhana asal interior designnya sesuai dengan jiwa kita. :)

    ReplyDelete
  57. nak beli rumah memang susah kan,kenapa lah tak senang macam beli goreng pisang,hehehe

    ReplyDelete
  58. kalau NT pntingkn keselesaan
    dan kemudahan yg ad dkt kwasan perumahan tu

    ReplyDelete
  59. dah dekat setengah tahun cari rumah tak dapat-dapat.. kalau ada pon harga gla nak mam#$&*.. last-last orang non-bumi gak yang dapat merasa dok rumah mewah.. haih!

    ReplyDelete
  60. rasanya ambil rumah yang 1st sebab security bagus and kawasan perumahan hidup. Lagi selamat! :)

    ReplyDelete
  61. http://leeyaohleeya.blogspot.com/
    pliz follow me

    ReplyDelete
  62. Kalau wani , wani pilih semi-D tu . Wani tak suka rumah yang besar sangat . 5 room 4 toilets sangat berbaloi . Lagipun selamat kan ? harga takda masalah ;)

    ReplyDelete
  63. if i be urself, i'll choose the first choice. banyak kelebihan and lagipula menepati taste sis namee juga kan?? ;) harganya pun berbaloi.
    well, hopefully u meet the best decision!!

    ReplyDelete
  64. Pandangan aku baik ambik pilihan ke-2 sebab lebih murah dan bungalow. Walaupun x begitu selamat tapi ko boleh add alarm semua. Dan setakat sunyi x sunyi, kalo ko duduk rumah teres biasa pun kalo rutin harian balik kerja terus masuk rumah tutup pintu x bertegur sapa dgn jiran still sama jugak. Maybe ko boleh tegur2 dgn bila nampak. Lagi cepat mesra.

    Tp aku ada cadangan lain. Dekat Setia Eco Park, Setia Alam. Xla dekat sgt dgn KLCC tp lebih kurang 45 minit kalo pecut 100km/h ikut NKVE dan Elite. Kawasan mmg tgh membangun. Bakal ada mall sendiri dan mmg dah ada Giant dgn Tesco. Jarak ke KL lebih kurang 30 mnt ikut NKVE.

    Cadangan je:)

    ReplyDelete
  65. Hi namee!
    Kalau i, i akan pilih the first one sbb in a few years to come, community tu yg penting ;)

    ReplyDelete
  66. Hmm , susah jugak kan nak buat pilihan , MTT pon ada terfikir untuk beli rumah sekarang daripada beli masa akan datang nanti harga rumah naik melambung lambung..

    Kalau MTT , better pilih tempat yang strategik , semuanya ada and harga pon yang berpatutan laa ,nak beli yang mahal mahal , nanti kalau bila masa down , jatuh terduduk dan jadi sangat tak termampu nanti menangis pulak... Heee ~ :D

    ReplyDelete
  67. Kalau I amik je yang rumah bungalow tu. Selesa. Cepatlah kahwin, boleh si hubby jadi pak guard u. Heheheh!

    ReplyDelete
  68. banglo tu pun ok jek...best gila je baca...banyaknye duit dia dah bole bli umah...

    ReplyDelete
  69. i'll choose the bigger house!

    anyway, its cheaper =)

    as for security u can enforce it on your own.

    ReplyDelete
  70. orang kata elok beli rumah dulu, baru beli kereta. sbb harga rumah makin naik, harga kereta makin turun :D

    ReplyDelete
  71. rumah teres cukup dah. sederhana hehe

    ReplyDelete
  72. Susahnya nak buat pilihan dan keputusan. nasib baiklah baru belajar.. Saya cuba belajar dengan mama nanti pasal ni. hehe

    ReplyDelete
  73. what?RM3000++ per month?pengsan bace..mahal nak mati..kalau saye memang tak mampu le nak membayonye..huhu..


    tapi saye setuju dengan komen miss dolce and gabbana..kalau namee mampu, better beli tanah and build up rumah impian sendiri..lagi berbaloi kot..tapi nak cari tanah pun dah susah sekarang ni kan?hmmm...


    btw, semoga namee dapat buat pilihan yg tepat..good luck!

    ReplyDelete
  74. Ermmmm, dulu I pun dilema macam tu...at last i pilih semi D yang kawasannya agak selamat walaupun sedikit mahal compare to banglo yang murah tapi kawasan bahaya.Dan happy jer kat rumah semi D sekarang =D, hihi

    ReplyDelete
  75. ikut kemampuan.. ;)
    rumah akak sekarang rumah taman tapi dalam kawasan kampung.. akak tak suka rumah mengadap taman permainan tapi suka depan belakang kiri dan kanan adalah dikeliling jiran.. dalam masa yang sama akak sukakan privacy tapi bukan kera sumbang.. ;)

    nak beli di kawasan PJ pun dah tak mampu sebab mahal + tak mampu dah.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  76. Semi-D is the best for family house. Period.

    and wow.. your house?

    ReplyDelete
  77. perghh.harga rumah dah macam kat Kl je. btw, kalau fyka jd namee amek je yg 1st choice sbb safety tu pntg. n kwsn kejiranan yg baik akan buat kita rasa happy duduk situ. fyka ckp berdasarkan pengalaman. w'pun belum mmpu nak beli rumah sendiri.hehe. so namee wat la kptsn sebaiknya.;)

    ReplyDelete
  78. alang2 nak beli rumah sendiri, pilih la yg terbaik. yg penting mampu + berbaloi utk dimiliki ;)

    ReplyDelete
  79. 2) choose the 2nd option..then u hire laa security guard ke, ADT ke ape..in future klo tmpt tue mature im sure jiran2 or komuniti will do something mcm skrang kt TTDI/kinrara n a lot of places..initial mmg xde guard, pastu ade....

    cheers :)

    p/s shah alam, alam damai teres 2story pun 750k......with that money + can buy a bunglow..ape lagi...btw, have u check Sri Carcosa? i know a captain who bought a bungalow there in 09. rm500k that time..now tatau..haha

    ReplyDelete
  80. Wahh..mahalnya..better namee beli lot banglo kat bukit damar,putrajaya..lagi murah n berbaloi...
    harga baru RM100K sumthing..reasonable..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...