Monday, October 10, 2011

Beauty Specialist : Tips On How To Avoid Being Cheated

Hello peeps...

Have you guys been to any beauty centre ? Any kind of center that may enhance your beauty macam slimming centre ke, skin specialist ke etc ? Aku dah lalui banyak pengalaman dealing dengan beauty care centre ni. So, aku dah tahu selok belok business diorang. Yelah, bila dah terkena tentu lah buat kita berfikir kembali. Plus, aku dah pergi ke 4 beauty centre and aku tengok concept dia sama je. Memang tactic niaga yang similar dan cara mereka untuk kaut lebih untung. Sort of pancing customer cara sulit. So, di sini aku nak share tips yang kau perlu ingat bila kau pergi ke beauty centre.


Typical tactics....


1) Special Offer
Biasa nampak iklan...

Harga bermula hanya dengan RM50 ! Promosi musim perayaan !
Hey hello, kalau orang yang nampak iklan macam ni tentu sekali teruja nak pergi sign up. RM50 tu sebenarnya harga air liur consultant tu. Maksudnya, RM50 hanya untuk sedikit explanation dari pakar kecantikan. Penerangan dari segi session treatment yang bakal kau lalui. Bukan RM50 untuk yuran. Yuran will be thousand plus ya semua. 

Hanya RM888 untuk menawan dan langsing dalam masa 3 bulan !
Nampak offer macam hanya bayar RM888 dan dia akan kuruskan kau dalam masa 3 bulan. Yang berat badan 150kg ke atas pun tentu lah dah berbunga hati sebab beauty centre ni tawarkan seolah magic untuk kuruskan kau dalam masa yang singkat. Jangan tertipu, RM888 tu tak termasuk ubat-ubatan. Itu hanya lah harga basic, bila dia tengok lemak kau macam degil maka naiklah harga. Dari RM888 ke RM5000. Cuma dia berjaya lah ikat kau bila kau dah bayar RM888 tu. Pandai kan mereka ? Nak taknak kau terpaksa teruskan juga treatment sebab kau dah bayar RM888 tu tapi nak taknak juga terpaksa bayar lebih lagi. 


2) Excessive Praise.compliments
Kenapa pergi beauty centre ? Tentu lah sebab nak mencantikkan diri sebab terasa kerendahan diri. Jadi itu asset untuk beauty centre tackle customer. Pertemuan pertama, dia akan tawar package yang kononnya extra 'Special Offer' . Even special offer, kau tentu perlukan masa untuk berfikir samada nak commit with them atau tidak. Tapi once kau dah masuk centre tu, memang susah untuk keluar tanpa sign contract. Dia akan terus pujuk kau dengan pujian yang berlebihan sampai kau sign contact dengan them Bila sign contract, advanced pay mesti lah ada juga . Ye tak ? At least RM300 kena bayar for deposit. RM300 untuk ikat kau, lepas tu beribu-ribu lagi kau kena cekik. 


"You ni cantik sangat, macam tak pernah tengok muka macam you kat Malaysia. "


Pujian yang berlebihan yet kau punya kelemahan diri untuk fix. Lalu hati berbunga-bunga dan terus bayar RM300 walaupun itu the only money sampai hujung bulan .sigh. Hati-hati dengan pujian. Keringkan hati dan jangan excited bila dipuji. 


3) Personal Question
Em, selalunya memang ada unsur pilih kasih. Bila customer yang macam kaya dan budget macam banyak duit, dia akan layan special. Bila customer yang macam duit cukup-cukup, dia akan layan pun cincai-cincai je. Time treatement dijalankan, dia akan tanya ayah kau kerja apa, siapa yang bayar bill treatment kau , berapa duit ayah kau bagi etc. Even dia akan tanya total duit dalam bank kau. Bila kau revealed je yang kau banyak duit, memang dia akan cekik kau betul-betul ah. Serious gua tak tipu.


So, jangan beritahu detail bila ditanya soalan yang sangat personal. 


Em, aku ada pengalaman sebab aku biasa bual dengan consultant skin specialist aku. So bual punya bual, terkeluar lah cerita yang customer lain habis RM20k duit tabung haji semata nak elokkan kulit dia.


See, macam mana dia boleh tahu total duit tabung haji customer tu kalau tak customer tu sendiri yang beritahu ? So, play safe kawan-kawan. Em, mereka takkan tekan sampai RM20k kalau dia taktau duit kau ada sebanyak tu. (paksa beli product yang macam-macam)


nak cantik macam ni? oh bisa aja deh. 


So, kesimpulan yang aku boleh buat. Nak kurus, nak kulit licin, nak kulit badan halus, semua kau boleh buat sendiri. Sebenarnya semua boleh diatur sendiri dan bermulanya dari pemakanan yang sihat. Orang yang pergi beauty centre ni semua mengharapkan magic tapi reality nya even kau pergi beauty centre dan bayar banyak mana pun, dia tetap suruh kau diet dan pantang larang yang biasa yang kau bisa buat sendiri.


Kau ingat machine kat beauty centre tu boleh ke kuruskan kau tanpa kau diet dan tahan lapar ? Tak kan ? Kau tetap kena diet jugak dan tahan makan.


Kau ingat machine kat beauty centre tu boleh ke licinkan kulit kau dari jerawat kalau kau tak jaga waktu tidur dan pemakanan kau ? Tak kan ? Tetap kena jaga waktu tidur, pemakanan plak kena pantang dari makan benda yang berminyak. 


So, all back to basic. Bazir habiskan duit kat tempat yang bukan begitu ikhlas nak menolong tapi hanya mengharapkan duit. Aku sendiri berjerawat teruk, dan pergi skin specialist tapi kulit aku elok bukan sebab diorang pun. So aku dah insaf dan rela habiskan duit kat product yang aku tak pening kepala nak bayar macam SK2, Clinique, Biotherm, Loreal ke, Safi ke. By the way, banyak product yang boleh tolong kau cuma kau kena faham keadaan kulit kau.




Happy reading and have a nice day.....


p/s : cuba SK2.. :)




55 comments :

  1. ehehe. saya senang je. beauty centre memang kat rumah. nak facial, beli produk pe sume. turun bawah, amik je. kikiki.. tp mmg betul, kalau tak rajin jaga, xjaga tido n pemakanan..pakai pape pun still tak ok nyer.

    ReplyDelete
  2. sangat sangattttt setuju namee!
    akak pun ada pengalaman yang sama..soalan dia memang ala ala kepochi yang nak korek rahsia kwangan kita..huh sangat bz body okeh!

    kalau nampak promotion camni sila abaikan..baik guna cara sendiri..duit yang ada tu pegi jalan jalan bersama keluarga lagi best!

    ReplyDelete
  3. their tactics are all same. taktik perniagaan sememangnya begitu sis. if they not follow their tactics, sampai bila2 tidak akan maju. and they just keep staying with those old tactics only.

    last weekend, arisha temankan my relative pergi ke one of a beauty center and our aims to go there is only to survey is that the best place of beauty centre di mall of indonesia..

    luckily, the services are very good, but satu kekurangannya adalah suka mengadakan sesi bersoal jawab like u mentioned in this entry. sometimes is annoying, but sometimes not. willing or not, we've to answer all the questions.

    pening kepala juga klo dapat pelayan macam ni -,- aiyoook!

    when i think back, dapat pengalaman macam ni best jugak kadang2 ;) dapat ketemu dan beramah mesra dari semua golongan manusia..hehehe.

    ReplyDelete
  4. nasihat berguna..wat entri pasal rumah urut lak..

    hoho..rumah urut di beauty centre!

    ReplyDelete
  5. betul tu. baik usaha sendiri. pakai beauty product, eat well, exercise, get enough rest and be happy. tak habis beribu. the extra money boleh guna untuk something else yang lagi bermanfaat. =)

    ReplyDelete
  6. akak memang 100% tak percaya dengan pusat pelangsingan badan atau beauty centre ni... sebab dah banyak dengar cerita dari kawan2 yang dah terkena dengan penipuan mereka ni..

    biarlah kita nak kurus atau cantik dengan cara kita sendiri kan? kesannya lambat takpe, janji kita betul2 sihat!

    ReplyDelete
  7. namee..eka tak pernah ada pengalaman pegi ke pusat2 kecantikan macam ni

    entah,rasa macam tak berminat....sebagai perempuan,memang ya kena cantik..

    cuma kita sedar kita bukan anak org kaya,bergaji besar semua kan..

    kata orang,bila ada duit semua boleh buat..

    lagipun kulit eka macam mengerti tuan dia bukan org kahya,tu dia tak berapa nak mengada2..setakat jerawat skit2 jer..hehehe

    alhamdulilah..setakat ni muka masih lagi tak de masalah...sedang elok je..

    ReplyDelete
  8. setuju, rawatan kecantikan sebenarnya bole buat sendiri kat rumah. boleh jimat ribuan ringgit dong.

    ReplyDelete
  9. semuanya betul!..

    tertarik dgn tawaran.
    tp sgt merugikan.

    ReplyDelete
  10. yes namee, memang aku akui benda tu sangat2. ape yang kau ckp tu penah jadi je kat aku cuma aku x penah blog pasal hal ni secara serious. pernah mase aku menang win and match contest dengan internet and then diorang bagi trial and consultation free dekat NY skin solution, mula la ckp aku ni mcm chinese look la padehal kulit aku bukan cerah pun and then lepas habis 3 hours treatment, diorang bawak aku g satu bilik lain tanye macam2 pasal gfamily aku, pasal economy keluarga and then end up seperti memaksa aku beli products. if let say aku x nak beli, die ckp letak je berapa duit yang aku ade untuk reserve prodct and etc. kurang hajar sangat.... sampai la aku kene bayar gak sket supaya diorang senyap and puas hati.. kurang hajar kan? everything is not free dear. i hate that trick us with those bombastic advertisements!!

    ReplyDelete
  11. hehe..membazir lo..tam membazir2..tak elok..hikhik

    ReplyDelete
  12. nak kulit cantik, selalu amalkana wuduk smbil tu berselawat.. insya allah kulit cantik sentiasa :)

    ReplyDelete
  13. huuuuuuuu
    beginikahhh
    walau penh pegi sekali je beuty centre ni
    dpt merasakan deme akan terus paksa dn paksa kite pegi kan
    huuu..mentakotkan..ayooooo...

    sk2 okeh eh?namee pakai sk2 eh?hehhee

    ReplyDelete
  14. makeup will only hide natural beauty of a women.

    senaman tiap2 hari macam aku. tobat boleh kurus. kalau nam putihkan kulit, maaf la aku tak dak petua. aku jejaka melayu typical jawa yang berkulit gelap. hahaha

    ReplyDelete
  15. err ayie xpnh g tmpt2 mcm tu..hee..lelaki mana yg dan jer,hee..;)

    ReplyDelete
  16. seriously..saye pun pernah alami pengalaman yg sama..about the skin la..memang apa yg namee explain sgt2 la tepat..sebijik macam yg saye kena..ekeke..


    but then, saye ignore je semua sms promotion yg die send dan saye tak jawab kol die..malas nak layan..hoho..

    ReplyDelete
  17. yeah.its true.Tak perlu habiskan duit semata-mata nak jadi cantik.SK2 memang berkesan walaupun harga dia agak mahal sedikit. ;)

    ReplyDelete
  18. dah penah dgr byk komplen pasal beauty centre n slimming centre yg mencekik ni...selagi x sign, selagi tu xleh kuar hidup2..huhu, scary....

    ReplyDelete
  19. kalau sy sis rela duit habis untk mkn,,nk bayar untk beauty specialist neh buleh gigil2 tgn,,haha

    ReplyDelete
  20. SKII mahal! huarghh. yg personal question tu scary! kena hati2. huhu

    ReplyDelete
  21. x penah pun pegi beauty centre..hehe

    ReplyDelete
  22. yup..lebih2 lagi yang sms je untuk dapat rawatan percuma.
    dulu2 hampir nak terpergi tapi ada aral melintang..maknanya Allah sayang kat I!
    dah try SK2 tapi sekejap je.sekarang berpantang guna compact powder.

    ReplyDelete
  23. thanks bg tips ni..btul tu sis..huhu

    akak pun dah dinasihatkan oleh doktor jgn terpedaya dgn cosmetical products sbb bkn semua jenis kulit sesuai..yg dermatological mcm biotherm tu mmg elok tho mahal sikit..pemakanan tu main peranan..
    nk kulit ok, air kosong kena minum byk..kan?=)

    ReplyDelete
  24. penuh dgn pengalaman dah rupenye namee ni , bagus . thanks for the info ... takde lah yang teruja sangat nak cuba all this shit nih ..

    ReplyDelete
  25. This is nice. Dah banyak dengar cerita org kena tipu dengan company2 yang konon specialist ni lately.

    ReplyDelete
  26. betoi 2..saye setuju.nak kurus,cantik x semestinye bergantung ngan produk semate2

    ReplyDelete
  27. Hah, memang pun.. Macam hampeh~ -_-"

    ReplyDelete
  28. oooo..macam tu ea.
    wan baru tahu..
    hehe.mana la nak tahu kan, lelaki tak jaga sangat benda benda macam ni..
    anyway, entry namee sangat berguna untuk perempuan diluar sana!

    ReplyDelete
  29. hye nameeeee i'm back!

    err sori x beli choc for u.. x bli tuk sesape pn sbb duit i bwk untuk jalan2 je.. hehe holiday kan? bukan shopping day..hehe :)

    enjoy ur weekdays.. :D

    ReplyDelete
  30. thats right namee...diorg mmg pandai tekan customer...bg nasihat pun dah kira kena bayar..lum rawatan lg...kdg dia guna psiko tuk amik dut pelanggan..jgnla terjebak...susah nak elak kalau dah melangkah masuk..kecuali bg org2 yg hati kering...:)

    ReplyDelete
  31. hmmm dlu pnah gatal tgn hntar msg kt london,sekali percuma. xde la berat sgt kot..msa tu masih lam training, berat 52 kg,tggi 162, diorang periksa badan,katanya bnyak lemak2 degil... sedaya upaya staff tu dok pujuk... nyaris nk kasi rm200...Alhamdulillah selamat..

    thnx kasi tips nie...lps ni jgn ada yg terpedaya ngn iklan/janji2 manis... cuba dgr kta org

    ReplyDelete
  32. takpayah pergi beauty2 centre bagai.carik petua2 melayu dolu2 pon ok kot. hikhik ;p

    ReplyDelete
  33. entri terkene batang hidung -_-"
    penah kene kt LWM. actually dorang bukan menipu. tp strategi by mulut manis. same time, promote itu ini. selagi x kate yes, selagi tu dorang bebel. smpi 1 tahap rase nk ckp, "u, shut up!" tp jiwe melayu katekan. x sampai hati -_-

    ReplyDelete
  34. pssst psst psst..suke SK2 jgk! :P

    ReplyDelete
  35. betul tu. ramai kena ketuk harge giler2 punye. kesian. mkn duit org dgn cara muslihat. huuu

    ReplyDelete
  36. yup setuju tu..semue boleh buat sendri...cari produk yg sesuai dengan kulit kita sendri.. :)

    wow sk2 teringin nak pakai mask dye..rm47 sekeping.. sigh* =(

    ReplyDelete
  37. wah... bagusnya.. tips ni. Yang paling benci mereka guna gambar edit pun kita percaya. Kalau ada 8 model,badan semua sama, kepala je lain. ahahahh

    ReplyDelete
  38. sy pernah pegi spa buat rawatan muka tahun lepas, kena bayar RM60..tuelah kali terakhir pegi, sebab muka jadik makin teruk..:(

    ReplyDelete
  39. plg obvious selalu keluar tv, NY skin solution la apa la. konon sms dan daftar free untuk percubaan. masa dok wat rawatan percubaan mula la dia nk promote bagai suruh byr deposit for further treatment bagai. sakit telinga haha

    ReplyDelete
  40. Hm. betul... Tapi kan, kalau sebarang produk pun tapi malas nak pakai tak akan jadi jugak.. hahah.

    ReplyDelete
  41. so membazir..baik buat treatment sendiri je

    ReplyDelete
  42. sk2 jgk dye promote. hehehehe. tapi mahal kan sis. student tk mampu le :)

    ReplyDelete
  43. akak penah pegi beauty centre sbb dpt facial free..


    smpi sana dia bawak akak masuk bilik kecik..kasik minum camomile tea..then dia mula pengaruhi akak utk ambil pakej kecantikan yg mahal-mahal tu..


    mulalah dia ckp kulit akak ni kering..x sesuai dgn facial fre td lah apalah..


    but then, akak also businesswoman (walaupun sampingan dan online) jd akak lgsung x terpengaruh dgn mereka..


    lalu mereka kecewa..ttp bg akak facial free tu tp separuh hati..sampai akak nk keluar kedai diaorang masih cuba pengaruhi akak..


    akak x makan saman beb! dan last akak dtg situ...tobatttt!!!

    ReplyDelete
  44. betul namee... x yah laa buat lebih2 utk cantik... kut nanti jadi lain.. lagi susah...

    ReplyDelete
  45. saya jumpa pakar kulit.. dia just consult, tak payah bayar pape.. so far so good.. dia nasihat guna produk macam mana... kalau kulit muda lagi, kena pakai yang sesuai dengan yang muda.. jangan pakai untuk yg umur 30 tahun kat atas...

    skang guna olay... + makan VCO jer...=p so far so good. dah tak risau ngan kulit dah.. hee..

    ReplyDelete
  46. saya jumpa pakar kulit.. dia just consult, tak payah bayar pape.. so far so good.. dia nasihat guna produk macam mana... kalau kulit muda lagi, kena pakai yang sesuai dengan yang muda.. jangan pakai untuk yg umur 30 tahun kat atas...

    skang guna olay... + makan VCO jer...=p so far so good. dah tak risau ngan kulit dah.. hee..

    ReplyDelete
  47. pegi facial pon tak penah..xnak la..kecantikan dalaman tu lg penting kot...

    Tp, syukur sgt sbb sy takde mslh kulit yg kritikal.. :)

    ReplyDelete
  48. pakai krim muka yg murah sudahh.. hehe

    ReplyDelete
  49. cantik itu inner beauty.. betol tal namee.. murah dan tak de side effect.. hehehehehe.. :)

    ReplyDelete
  50. Ramai juga kata SK2 okay.. Hehe :D
    MTT blur sikit bab cosmetic niehh.. :D

    ReplyDelete
  51. hohoho..terkena atas batang hdung sndiri..sy mmg agak addicted pg tmpat mcm nie sbb sy suka muka sy diurut,tp eloknye kejap je..lepas sminggu dua,jd balik..pkcik mkcik jerawat nie naik balik..n sy nie ade resdung n sy sgt x suka pantang makan.jd,no wonder la muka sy sntiasa berjerawat..skrg sy otw nk try vco catalyst and safi jerp..=)

    ReplyDelete
  52. betul betul.. mak yana pun pergi beauty centre sebab nak buang lemak.. berape bulan lepas tu same je yana tengok mak yana.. haihh.. banyak duit dia dah habis.. hmm.. pihak dekat beauty centre tu pun asyik la call mak yana alih2 mak yana dah malas nak layan..

    ReplyDelete
  53. kalu nak kulit cantik, xperlu gi beauty cntre pn.kat umah pakai air asam jawa pun ok.nk cntik lg pki la daun lidah buaya.kalu nak kurus minum jus oren setiap pg... exercise sket kwn..bru leh kurus..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...