Sunday, October 23, 2011

Tips Kenali Playboy

Hello peeps..

Playboy ? Aku ada pengalaman kenal dengan lelaki jenis begini. Kes ni dah lama dah , tahun 2006 tapi aku tak sempat hanyut (tak bercinta), Allah dah tunjukkan kebenaran. So aku nak kongsi beberapa benda yang mungkin kau boleh buat sebagai langkah berjaga-jaga. 

Banyak SIM Card 
Simcard banyak dan satu simcard digunakan max untuk 2 gadis. Macam mana kau sorokkan simcard kau yang banyak2 tu, kalau Allah nak tunjuk sure kantoi gak. 

Sim card banyak, lebih dari 3. Manusia biasa yang bekerja sebagai professional perlu ke simcard banyak ? Seolah kau dalam misi rahsia yang memerlukan kau untuk menyorok identity. Yela, handphone nya mungkin ada 2 atau 3 je tapi simcard sampai 6, 7 . aweks keliling pinggang tu perlu lah dijadualkan dan mengikut giliran untuk dilayan oleh mamat playboy ni.  Bila call,hari lain selain hari yang dia selalu contact kau, number yang kau selalu contact dia mesti off. Aku sendiri 'ternampak' simcard lelaki tu dalam wallet dia. Mungkin dia ingat dia boleh sorok tapi aku sudah ternampak.


So beware jika bf korang ada simcard lebih dari 2. Max is 3 kalau manusia. Manusia pakai 6 simcard secara active ? Alien mungkin. 



Seolah Kau Dijadualkan (routinely)
Kau akan rasa hubungan kau macam dijadualkan. 

Em, dalam sebulan dua bulan, kau akan rasa macam hubungan kau sangat routine. Contoh, mungkin hari Isnin Selasa, akan fully bersama kau dari segi SMS, calls tapi bila hari lain, memang susah nak contact dan jika kau hantar pesanan ringkas pun,mungkin dia akan reply atau mungkin tidak. Dan akan berulang untuk minggu-minggu seterusnya. Isnin Selasa hari kau, hari lain orang lain pulak. Kalau nak bual on call pun akan ada limit time. 

So beware kalau bf kau set timing macam ni dan beware bila kau merasa hubungan kau macam jadual. 

Tersasul Bahasa Panggilan
Kerap tersilap panggil .

Playboy ? Tentu lah banyak gadis keliling pinggang dan setiap gadis itu dibahasakan dengan panggilan yang berbeza. Mungkin dengan gadis A dia bahasakan diri 'abang'.mungkin dengan gadis B dia bahasakan diri 'I You I you', mungkin gadis C pula 'Ayang Baby Ayang Baby' etc.. Yang pernah aku alami, bahasa panggilan kami sekadar saya awak je tapi seringkali dia seolah tersilap panggil. Mana tak nya, sedang dia sms bunga dengan kau, at the same time 2 handphone lain standby depan dia. Layan 3 gadis dalam satu masa, tentu sekali tersilap bahasa panggilan. 


So beware kalau bf korang tersasul terpanggil kau selain nama manja yang korang selalu guna.



Terlupa Topik Perbualan
Banyak benda yang kau bual dengan dia tapi kerap dia lupa. 

Last week beriya berbual gelak ketawa tapi minggu lain bila diungkit balik topic yang hangat dibualkan minggu lepas, playboy ni dia ingat tak ingat. Yelah, sebab banyak benda dibualkan dengan banyak gadis. Focus nya bukan pada kau seorang saja. Even tersasul panggil nama kau jua. 


So beware kalau partner kau kerap terlupa apa yang dibualkan dan dibincangkan. 


Lesap Tiba-Tiba : Alasan tak munasabah
Selalu hilang tiba-tiba dan alasan yang diberi selalu tak logic dan tak kena dalam sesuatu keadaan.

Sedang elok ber SMS,tiba-tiba lesap tanpa khabar berita. Tahu-tahu lepas dua hari ,muncul balik dengan alasan yang tak logic. Tahu-tahu je fly pergi Hong Kong ada urusan kerja. Tiap kali lesap, alasan pun lebih kurang. 


So beware kalau bf korang ni selalu lesap tiba-tiba dan beri alasan tak munasabah. 

Aku tulis dari pengalaman yang aku pernah lalui dan dikaji balik. Proses berkenalan yang sekejap yang diatur oleh kawan tapi Allah sayangkan aku dan dia tunjuk kebenaran. Girlfriend dia dari Johor call aku pukul 12++ pagi lalu kantoikan banyak benda dan lebih hancur musnah lah hati gf dia kat Johor tu. Even dia sedikit maki aku dalam sms tapi aku tak la nak berebut. Aku bersyukur gila sebab Allah tunjuk kat aku before hubungan tu pergi lebih serious. Kenapa perlu gaduh sebab lelaki ? Tak berbaloi langsung. 


Sekadar pengalaman yang boleh dikongsi. Satu je point aku, kalau nampak bf kau dah macam gatal dan kau memang tak boleh terima, better tarik diri. Lelaki yang mata keranjang dan pantang lihat perempuan dahi licin memang susah nak berubah. Sampai bila-bila pun kita kena makan hati dan tak berbaloi gaduh berebut lelaki. 

Happy reading and have a nice day..


p/s :Ini hanya tanda-tanda tapi jangan lah kau tuduh melulu sesorang tu playboy. Siasat dan perhatikan je gelagat lelaki itu dulu then decide. Bagi aku playboy tak ah pandai mana asal kau jangan hanyutkan diri kau di awal perkenalan. 






97 comments :

  1. lol ni pengaruh barat la ni... tgk kt tv, then nak apply in daily life.. nonsense punya laki wo..

    hope namee xde kenalan mcm ni kay..

    happy sunday :D

    ReplyDelete
  2. Namee. Ahahaha. Professional Playboys Never Lie,Never Hide ;)

    We just didnt tell the truth :P

    Contoh: Ada 3 simcard. Tell each of the girls about those 3 simcard.

    Yeah. Seriously,Namee.

    #katakataboyapencen

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah namee... bila Allah dah bagi petunjuk tu better take as positive lah kan. Buat apa nak gaduh. Tak ke buang masa nak berebut kat jantan yang belum tentu setia kat dia. Kalau suami, wajar jugak lah untuk pertahan rmah tangga kita.

    Pelik laki mcm ni, seronok ke dengan kehidupan yang tak berapa nak tersusuh. Hati pun tak de cinta suci.

    ReplyDelete
  4. lepas kak namee tunjuk benda2 playboy biasa buat..playboy tengah pening kepala nak cari cara lain pulak..hehehe

    ReplyDelete
  5. kuikuikui..playboy oh playboy, tapi kawan myra yang playgirl kat sekolah dulu pon lebih kurang gini kot, simcard lebih dari dua =.= pheww

    ReplyDelete
  6. nice info namee..nasin baiz ade 1 nset n 1 simcard je..haha..

    ReplyDelete
  7. betul! hee:P

    PLAYBOY IS EVERYWHERE #fact

    pengalamn eyka lagi besh bukn kena maki dalm sms..dlm phone pon pernh..

    dia maki maki maki..eyka diam n then
    eyka sound direct dekat dy,
    "nak ambik laa..tak nak pon bekas kau..tak berbaloi langsng gduh sebab jantn tak guna itu..buang air mate je wey..lagi pon aku dah ada pakwe pon..balak kau je tak reti jaga kau..dy yang miang sgt..dari mula dah nampk belang playboy dy..macam mne la kau bangang sangt tak sedar ek?"

    pompn itu terus diam dan terus tutp phone..sentap letew~ keh keh keh

    dy ingt dy je reti marh..dh la tgh mood merh..memng dy kena laa..padn muke! hahaha:P

    so pompn pon kena beware gak sebab palyboy always mulut nak manis jeee..kalau dah terkena jangan pndang2 kiri kanan dah..teruss clash..sebab tak guna bagi peluang kalu yang dapat last last sampah gak kan? :)

    TAK BERBALOI GADUH SEBAB JANTAN :)

    ReplyDelete
  8. hahaha,kesian awek jiran sebelah...menanti dihujung bulan,tapi okeh jugak time tu bf poket full...hehe...

    *yup tak berbaloi sampai nak bergaduh sakan,euww..ramai je yg kat luar sana,malah mngkin ada yg lebih bail lagi..matangkan diri bukan semua ikut emosi...

    ReplyDelete
  9. perempuan dahi licin? Macam mana tu? yang plastic surgery kah?

    ReplyDelete
  10. penah berkawan dgn lelaki playboy camni. Mujur Allah bagi petunjuk sikit demi sikit sampai boleh kita karang jadi satu cerita yang munasabah utk buktikan kecurangan dia... dan cepat2 beralih arah! buang masa je tunggu..

    ReplyDelete
  11. perghh menarik :)

    *benci playboy , alhamdulillah laki dila tak mcm tu -__-'

    ReplyDelete
  12. kak namee pun ada experience dgn manusia buaya mcm ni? hahaha... samalah!! cuma deeya punya lain ckit :))

    ReplyDelete
  13. memang buang masa berebut pasal lelaki, tapi ade juga laki gf 6 satu masa, tak penah jumpa lg. paling max 3 kot, min 2. hehe :)

    ReplyDelete
  14. Contoh2 di atas tu playboy bukan professional... Gerenti kantoi...

    Playboy pro mesti pandai cover...

    ReplyDelete
  15. ada banyak lagi tips nak kenal lelaki playboy...hehee..

    dkna pon pernah kenal lelaki macam nie..so beware yea.. :)

    ReplyDelete
  16. waka!nice namee.

    haha,ini mengawarekan lagi kaum perempuan supaya berjaga-jaga dan jangan berebut lelaki.

    banyak lagi laki lain yang baik2.

    tapi playboy macam ni hensem tak namee?playboy yang kau kenal tu hensem ke?

    ReplyDelete
  17. betul-betul namee..
    sy pun penah jd mangse lelaki cmni.but alhamdulilah Allah swt makbulkan doa sy.akhirnye kantoi sendiri.per lagi sy pun blah la.hehe the best way,right.

    ReplyDelete
  18. a'ah lah namee, kalau lelaki jenis gatal mengeyam tu mmg susah nak berubah..buat sakit hati je ;p

    ReplyDelete
  19. oh ms zaman ingusan dulu akak penah jumpa lelaki camni..


    sama mcm namee cakaplah..nk jumpa akak ada jadual waktu (jumpa kt libray jer sbb masih studi kat U)..


    tp satu hari akak pegi jerla library x ikut hari yg dia ttpkan..kalinya hahah kantoi dia tgh dgn awek lain..


    apa ada kesah..akak x marah dia pon..just ignore dia jerla lps tu..

    ReplyDelete
  20. eiii tolonglah lelaki playboy nie...

    harap dijauhkan dengan lelaki playboy mcm ni...

    tapi sepandai tupai lompat,satu kali dia mesti nak jatuh jugak....

    ReplyDelete
  21. tergelak baca entri u..btw beware of buaya darat!!

    ReplyDelete
  22. untunglah jadi playboy
    pernah rasa nak jadi.

    ReplyDelete
  23. perfect! terbaek!!
    mmg ulasan yg sangat2 betull. geram ngan player2 neh...

    ReplyDelete
  24. Info yg bergua,Elok utk dikongsi.Macam2 ragam sekarang ni baik lelaki atau pun perempuan.Apa2 pun kita semua doakan semoga kita bertemu dgn jodoh yg soleh&solehah&jjr&ikhlas dlm percintaan

    ReplyDelete
  25. hahahahaha..nice..byk betul helah budak laki ni sebenarnyee..hahahaha

    ReplyDelete
  26. aku tak pernah macam tu. sebab pertama kali bercinta pun tahan sampai sekarang. kalau tak mesti dah putus kan? :D

    ReplyDelete
  27. namee, keroro yang alien ni pon pakai 3 sim jek. tu pun 2 jek yang aktif.

    1 celcom, major.

    1 digi, family and neko-chan :P

    1 maxis, errr.. twitter mobile XD

    p/s : yang pakai simcard tu bukan tahap alien eh, tu out of this world. #terasaDenganSemuaTagAlien

    hehe ;p

    ReplyDelete
  28. jgn terlalu percaya bulat2 di awal perkenlan. tips Namee ni ble di jadikan panduan

    ReplyDelete
  29. akak pun pernah alami hampir terjatuh cinta dengan playboy! dalam satu masa dia cuba ngorat akak ngan adik akak..

    terkantoi sebab tiba dia cakap "saya tau langsir rumah awak warna biru" akak pun peliklah sebab akak tak pernah cakap ngan dia pun!

    terus tergagap2 dia nak jawap! bila akak siasat rupanya dah banyak kali dia call rumah masa akak takde dan ngorat adik akak!

    ReplyDelete
  30. i pun pernah terlibat. nasib was smart enough to detect alhamdulillah.

    ReplyDelete
  31. Dasar laki playboy. Memang begitu. Semua dia nak sapu. hehe

    ReplyDelete
  32. errr...jap nak pikir pernah ke tak terlibat dgn playboy ni..hik3..;p


    sebenarnye dr awal perkenalan lagi kite boleh detect kan laki tu playboy ke idak dr cara die..ye ke tak?

    ReplyDelete
  33. Ahaha.Awesome entry sis.Kalau dah ada experience mmg senang nak share dgn orgkan? Saya agak tak berkenan if kwn yang tolong kita match-match dgn pasangan.Kalau dpt yang baik x pe jugak.Kalau perangai mcm..Ah nevermind forget it tak ka naya.hee

    ReplyDelete
  34. laki zaman 2011 ni,

    tak macam laki zaman 1963 dulu.. -_-"

    ReplyDelete
  35. huwm , dah pernah kene dah . dan sakit sangat rase nye

    ReplyDelete
  36. Wei aku ada satu sim card ja. kau percaya tak? kah kah kah

    tapi kan playboy is better than gayboy hahaha

    ReplyDelete
  37. same case with yours.

    malam malam kena maki dgn ada pompuan nie.pumpang pumpang kata goda bf dia.padahal bf dia yg gatal mengeyam.lastly,baru tahu bf dia mmg byk sparepart.so,gudbyee :>

    ReplyDelete
  38. owh baru tau... nak cari lelaki baik.. cari lelaki yg slalu gune public fon.. hehe..

    ReplyDelete
  39. yana pernah dapat laki yg selalu dok lenyap2 tu.. bila yana siasat punye siasat.. kantoi jugak yg dia ade pompuan lain.. even laki tu bukannya ada rupa pun.. pffttt

    ReplyDelete
  40. Ko ade kenal ke playboy?haha

    Meh aku tambah.takkan bg awek add fb die.tu baru playboy sejati

    ReplyDelete
  41. dari ciri2 kat atas ni, memang dah terang lagi bersuluh la lelaki camtu playboy.
    nasib baik Allah dah tunjukkan awal2 kat awak perangai sebenar lelaki tu.

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  42. dear! boleh tak nak setuju 2000%..setuju sangat2 la tu :D
    seriously ada pengalaman jugak mengenai lelaki PLAYBOY ni..bukan nak tuduh semua laki PLAYBOY kan..tp ada jerk..mmg ciri2 kat atas tu mostly macam tu lah..lelaki macam tu tak kemana jugak..lastly terkantoi jugak.so, dia tak bijak mana lah..hik3 =D

    ReplyDelete
  43. nasib tak penah jumpe lagi playboy! :D

    ReplyDelete
  44. yes..definitely..
    senang sangat nak cari

    ReplyDelete
  45. hahahha..lelaki memang tak guna.rasa hebat boleh curang.

    ReplyDelete
  46. toink2!
    nameeechan punye entri sokmo beshh
    hehehee

    wuwuw
    arap nye laki nnti x cm nilah

    aihhh...kene serap segala dlm entri ni buh dlm pale
    hehehehe

    ReplyDelete
  47. namee, u're totally rite.
    agree!!!

    ReplyDelete
  48. rejam je kalau jumpa playboy mcm ni. -.-

    ReplyDelete
  49. em betul tuh...jgn sedih sebab lelaki..tp sedih kalau dia adalah suami kita sendiri..

    ReplyDelete
  50. ahh namee, i hate playboy. hope tak jumpa dan rapat dengan lelaki hidung belang.lol:DD

    ReplyDelete
  51. Eh..i pernah terkena dgn sorg playboy.. sakit je rasa. Thought i could change him tp mmg x lah...

    ReplyDelete
  52. setuju dgn entry ni..
    dah sah mcm tu la prngai play boy..hurm...

    jom singgah blog ieyza,nk mintak pndapat ckit,,perempuan mcm tu akan ditinggal bf ke ?

    ReplyDelete
  53. i rasa dekat 'Routinely' you tu patut letak; 'kecuali pelajar yang mahukan masa depan cerah' ini terbukti dimana lelaki jugak nak time untuk study bkn perempuan aje yg dok pikiaq lagu tu. btw namee bila first bercinta ? kenaapa takawin lagi ? :P

    ReplyDelete
  54. selalu tersilap panggil tu memang geram cangat..my ex dulu playboy! grrrr

    ReplyDelete
  55. hahahaha.. susahnye hidup playboy.. ada jadual segala.. haish idup bkn happy pun. kene lari lari dan memenatkan. huh..

    ReplyDelete
  56. haha. nice one. lelaki mmg. sume dye nak. most of guys -.-

    ReplyDelete
  57. spandai2 tupat akhirnya jatuh ke tanah juga..

    kdg2 pelik..bknnya diorang happy sgt jd playboy..byk je problem dtg..kantoi, penat nak layan, money, time..=='

    ReplyDelete
  58. hahaha terbongkar rahsia si playboy..sila create aksi lain yerh playboy..hahaha

    ReplyDelete
  59. Sangat setuju Namee..Dulu laily pon pernah kenal dengan sorang mamat bajek playboy besar,dari awal kenal dia dah banyak benda kantoi sampai la one day masa raya pertama gf dia yang dah dia couple 6 tahun call laily..

    Start dari situ laily and gf die start plan something untuk buatkan dia kantoi besar..Macam macam benda kiteorg buat sampaikan life dia jadi serabut sebab semua benda kantoi.. sampaikan dia cakap : "U all ni memang sengajakan buat hidup I rasa down?? " Haha Plan baik punya sebab laily dengan gf dia boleh comunicate dengan baik..

    Buat apa nak sakitkan badan sendiri sebab laki kan? Baik la think something yang boleh bagi dia kesedaran :)

    ReplyDelete
  60. nice one! *stres je dgn playboy kan. kadang tu tak hensem pun tapi perasan hensem so dia ingat boleh dapat semua perempuan :D

    ReplyDelete
  61. bagusla kalau beringat..kadang2 remaja macam namee ni butakan mata je semata2 takut x berboifren...

    ReplyDelete
  62. ahahaha..nk tergelak plak baca entry sis..sbb teringat zaman2 ke'playgirl'an dlu..bab simkad tu mmg btol..hehehe..=p
    tp skrg dh setia pd yg 1 dh..aminn..=)

    ReplyDelete
  63. bagus gila namee buat entry ni. biar other girls beware skit. bukan main redah layan perasaan lovey dovey je

    ReplyDelete
  64. lelaki yang beridentitikan playboy ni lebih kepada nak test market tapi bila dah kantoi pelbagai alasan diberi.. maklumler idea banyak.. kalau tak.. takkanler simcard kena ada lebih dari satu..

    ReplyDelete
  65. playboy oh playboy.
    playboy tetap dipanggil playboy walaupun mereka dah berusia.

    tahu kenapa?

    sbb mereka masih tak matang (boy), dan tak sedar2, love tak ada dalam play

    yang suka entri ni,
    FahmiMahat

    ReplyDelete
  66. hahahaha entry namee mampu memberikan tawa pada akak..yesss i suka!

    tak suka playboy..lagi lagi yang bajet macho..euwww~

    bila dah nampak tanda tanda dia playboy..sila jauhkan..ada yang baik menanti di depan..sentiasa percaya padaNya ;)

    ReplyDelete
  67. saya pernah kapel dengan lelaki yang pada masa yang sma kapel 12 org lagi.. last2 smua klash, pilih saya :)

    ReplyDelete
  68. aduhai,nak baling kasut lah dengan laki macam ini.

    ReplyDelete
  69. ahaha..so true..member2 sy ade yg mcm ni.nk test market konon.

    ReplyDelete
  70. semua ni mmg betul betul. playboy kuang ajiaqqqqq ! grr

    ReplyDelete
  71. "Namee. Ahahaha. Professional Playboys Never Lie,Never Hide ;) "


    eh.betul ke?hahaha.ada kategori pro n xpro jgk yeee.hahaha

    ReplyDelete
  72. semua tips yg namee tulis nie mmg betul..dan sy setuju..sy paling anti dgn lelaki yg playboy..mcm mana pun temeblang diorg akn pecah jugak 1 ari nnti..huhu..

    ReplyDelete
  73. hahaha .dah biasa tengok , memang btol pun .

    ReplyDelete
  74. haha., betul ni namee.

    kalau da terlampau byk simkad mmg kene hati hati.

    takde la susah sgt nk detect playboy. perempuan ade gerak hati yg kuat. so boy,watch out. nnt mesti tau jugak :)

    ReplyDelete
  75. haha biasalah org laki ni.. x ckup 1.. pastu ckp leh kawen 4 la ni la.. hishh

    ReplyDelete
  76. Sorry I Pengsan 2 Hari.. <- Mcm pelik je ??

    ReplyDelete
  77. Kenapa mcm banyak kepada playboy ja?
    pasal nak kenali playgirl xda ka?
    berat sebelah ni.
    haha.

    ReplyDelete
  78. saya perempuan...so saya buatlah pasal play"boy". tp point untuk playboy and playgirl sama je. tactic sama. LOL

    ReplyDelete
  79. Sy ade 1 je simkad... N i'm truly single... Haha...

    ReplyDelete
  80. penh kena ngn laki cmni...bila kantoi kn, bleh plak dia ckp, "klu u nk bersyg2 dgn org lain pn i x kisah, tp jgn smpi ke dalam hati...just fun je"....huh...siot je lelaki cmni kn...sy xtngu lama, angkat kaki lg baik...skrng seng hati sebb single...hahaha...

    ReplyDelete
  81. hahaha...bila baca entri ni mcm terkena kat sy....sy pon ade gak 3 sim card...tp bukan untuk mengurat hehehe....nak kenekan kawan yg suka berhutang tp tak nak bayar....hahaha

    ReplyDelete
  82. sy pon ader banyak simcard gak....tp bukan tujuan untuk memplayboykan diri....nak kutip hutang punya pasal....hehehe

    ReplyDelete
  83. meragukan... kenyataan yang memberatkan kaum adam. Senang je, nak taw pasangan macam mane, ukur diri sendiri dulu.. Surah An-Nur kan da bagitau..Allahualam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...