Monday, November 14, 2011

Kucing Curi Ikan Kena Potong Kaki

Hello peeps..


Kaki kucing dipotong gara-gara mencuri ikan di restaurant..
Hero..

Punca dipotong kaki, hanya semata kerana mencuri ikan di restaurant. Manusia jenis apa pun aku tak tahu sebab kucing ni mana ada akal. Dah takde akal, macam mana binatang nak tahu mencuri ikan tu satu kesalahan besar. Yang dia tahu hanya nak isi perut yang kosong je. Bila lapar, cari makan dan 'meowing' minta makan. Takkan nak minta izin plak....

Mustahil lah macam ni.

Bila tengok gambar sedutan video tu pun rasa sedih , tapi nasib baik ada insan yang berhati mulia yang tolong kucing tu dan bela kucing comel tu. Serious kucing tu adorable gila. Moga Allah balas perbuatan baik tuan dia mahu di dunia dan di akhirat. 

Nah, korang tengok video ni...

Sedih bila tengok kucing tu tapi dalam masa yang sama rasa lega juga sebab dia dibela oleh manusia yang menyelamatkan dia dan kucing tu masih mampu berjalan walaupun tak normal macam meow meow lain. 

Em, serious makin banyak manusia yang bersikap zalim terhadap binatang. Kucing curi ikan pun sampai nak potong kaki kucing tu ?? Takde hati agaknya. ;'(

Ni plak kucing kat rumah aku. Kakak aku terjumpa dan bawa balik sebab kesian tengok keadaan dia kat tepi jalan. Aku rasa kucing hitam ni pun mangsa manusia kejam jugak. Kaki dia memang tak berfungsi langsung seolah macam ada orang ketuk tulang kaki and tulang belakang dia dengan hammer. 

Kaki dia memang tak berfungsi. Bila nak jalan, dia seret je kaki dia. Nak berak pun, habis kotor kaki dia sebab kadang-kadang kaki dia tersilang dan susah nak betulkan melainkan kita yang tolong betulkan. Melecet kaki dia sebab selalu diseret. 

Manusia makin takde perikemanusiaan kan ?

Have a nice day..

p/s: Mungkin antara korang yang dah tengok video tu tapi aku baru je tengok petang tadi :(
Blog Papa Hero.





74 comments :

  1. aku suka kucing dan aku sangat marah dekt mannusia berhati binatang yang zalim

    ye! aku emo ni!

    ReplyDelete
  2. agak kesian tgk kucing2 cm tu.
    manusia ni dh tak de akal kot wat haiwan cm 2..
    haish..ape nk jd la dunia skrg ni..

    ReplyDelete
  3. T_____________________T
    sekalipun benci kocen, tak perlu kot nak buat sampai cm tu sekali
    dah macam same dgn kocen jugak perangai manusia tu ..

    yg kocen hitam yg akak namee jmp tu pon sedih jugak =(

    kocen jalan terhincut2 pon dh sedih, petah lagi keadaan normal jadi cacat =(

    ReplyDelete
  4. benci manusia yang bencikan kucing... kucing tu dah la comel binatang kesukaan nabi tau...huhu

    ReplyDelete
  5. i like kucing beri2 much..sedih tgk jadi cmi:-(

    ReplyDelete
  6. come on la, kucing je kan? xkn la nak kena potong kaki mcm tu.. ish~

    ReplyDelete
  7. sian nya meow2 tu...manusia xde belas kasihan langsung je sanggup buat benda2 cm nie huhu~ sedih2

    ReplyDelete
  8. walaupun tak berapa gemar dengan kucing still then masih ada rasa simpati dalam diri.Pernah masuk berita kalau tak silap.Menangis bila tengok asalnya kucing yang sempurna jadi kurang upaya disebabkan oleh perbuatan zalim manusia.

    Ya doakan moga insan yang menyelamatkan kucing tersebut dirahmati dan diberkati Allah.Insha Allah Kucing ni nanti akan tunggu tuan dia dekat syurga if dia pergi.

    The truth is kucing sentiasa mendoakan orang yang pernah berbakti pada dia dan dia janji dia akan bantu insan yang pernah tolong dia masa kat dunia dulu utk masuk ke syurga.Rasulullah saw dan Abu bakar As siddiq adalah diantara pencinta kucing yang sejati.

    ReplyDelete
  9. knpe lah mst dyorg wt g2 ek??? xd akal kew

    ReplyDelete
  10. memang kejam. kesiannya kucing namee tu. sobss

    ReplyDelete
  11. sedih oh bila tengok kucing yang comel macam tu kena potong kaki , apa lah salah sedekah seekor ikan bagi kucing tu makan . manusia sekarang =='

    ReplyDelete
  12. sedih oh bila tengok kucing yang comel macam tu kena potong kaki , apa lah salah sedekah seekor ikan bagi kucing tu makan . manusia sekarang =='

    ReplyDelete
  13. grrrr... keroro dah la pencinta kucing.. manusia dah melebihi binatang dah ni..

    ReplyDelete
  14. i do wonder la apasal org boleh potong kaki kucing yg x berakal ni bile kucing ni mencuri.

    kalau org yg berakal mencuri bukan sebab lapar x cukup makanan, tapi saje nak bergaya mewah..tak dipotong tangannya?

    padahal yg berakal ni lagi la kita wajib potong tangan..sbb die mencuri bukan sebab terdesak..

    n for sure takkan ade lagi org yg akan mencuri lagi lepas video org kn potong tangan keluar dkt utube kan?

    ReplyDelete
  15. aien dah penah tgk video tuh. menangis aien kowt ! tp kucing tuh sgt2 tabah kan. cerdik lak tuh :)

    ReplyDelete
  16. cerita hero ni hari tu kluar kat buletin utama kan?

    ReplyDelete
  17. Itulah manusia yg berjiwa binatang namee...Sad but true..Sy pnh nampak depan mata sy sendr ada org campak anak kucing ke luar tingkap kereta&anak kucing mati kena langgar dgn kereta yg lalu di belakang kereta org yg campak anak kucing dari luar tingkap tu.Benda tu berlaku terlalu pantas&sedar2 anak kucing tu mati.....rs mcm nk belasah je pemandu yg campak anak kucing tu....

    ReplyDelete
  18. tahu pasal video ni dulu.tapi tak snggup nak tgok.huhu.kesiannnnn..

    ReplyDelete
  19. yup! manusia skunk sgt2 kejam..
    dah byk kes da psl kucing neyh..
    kucing pown makhluk tuhan jugak..
    hhmm..
    kalo yea pown nak buat hukum hudud,jgn la sampai kat kucing!
    yg manusia melambak mencuri merompak sumer tue, asal tak pototng jer tgn doang.. hukuman yg setimpal, rite!
    sorry to say, bodoh pya manusia yg snggup buat kucing cam tue!

    ReplyDelete
  20. tempoh hari ada kisah kucing masuk tv3...kes sama jugak..maybe kucing pon sama kot...

    glamor orang yang amek kucing tu..

    ReplyDelete
  21. siyesly.sedih tengok kucing tue.zaty pon ad 7 ekor kucing dekat rumah nie.xlarat sangat nak bela.tapi nak buang lagi xsampai hati :(

    ReplyDelete
  22. suka kucing ya...
    x pernah bela kucing/binatang2 lain... malas nak jaga... diri sendiri pun x terjaga...

    ReplyDelete
  23. akak pun dah tengok video tu...sedih sangat!

    memang kejam manuasi yang buat tu, moga dapat pembalasan..

    ReplyDelete
  24. manusia akhir zaman mcm ni lah....

    ReplyDelete
  25. ughhh! sedihnye tengok kucing-kucing yang kena dera macamni.. aku rasa perangai orang yang mendera tu lagi teruk dari perangai kucing yang curik ikan.. hati mati dah agaknya tu :(

    ReplyDelete
  26. Dah la kau cat lover. sama macam watak Julie. Tapi badan Julie habis bercalar balar sebab selau dukung kucing mcm anak.

    Manusia dah hilang sense of humanity. depa ni hanya ingat sense of humor

    ReplyDelete
  27. kesiannye.. .. x sanggup nak tengok namee..

    ReplyDelete
  28. x sampai hati tgk kucing tue
    :(

    ReplyDelete
  29. makin canggih n maju dunia ni, makin tak bertamadun manusia.. kejam+bodoh!!

    ReplyDelete
  30. dah penah tgk video tu..blog dia baru je jengah last week..mmg pun xfhm la mcm mana dorang blh tergamak nak potong kaki kucing tu sedangkan dia masih bernyawa..sedih sgt bila fikir-fikr balik...

    ReplyDelete
  31. uit kejam sangat la ..nape la..orang tu dah same tak de akal kot..

    ReplyDelete
  32. siannyer kucing hitam tu...
    bertuah dia dpt tuan mcm kamu..
    sya pun da bela kucing jgk...
    manja sgt2... tp klu mkn mmg cerewet..

    ReplyDelete
  33. uhh..sedihnyaaa..tgamak mereka wt cmtu kt kucing..mudh2n dptla blsn..

    ReplyDelete
  34. manusia skrg makin kejam..x der hati perut..x der prasaan..sanggup perlakukan binatang camtuh..

    ReplyDelete
  35. sekarang ni namee, manusia pun orang sanggup cincang..apatah lagi kucing macam ni..sy pun tak taulah kenapa dorang tu kejam sangat..kucing tu mane ada akal nak fikir segala..apa2 pun harap kita sume dilindungi dari perangai kejam macam ni..amin..

    ReplyDelete
  36. eyyyyy sumpah kesian gile dengan kucing tu.

    sedih je tengok.

    nasib baik org tu sanggup bela +_+

    ReplyDelete
  37. ala kesian..kejam betul..mentang2 lah kucing tu haiwan lemah..

    ReplyDelete
  38. nak cakap apa eh..
    org yg potong kaki kucing tu macam tak reti nak fikir.
    Hukuman mcm tu utk manusia yang berakal tapi nk rembat hak orang. kecuali lah kalau org tu tak berkemampuan dan memerlukan brgan yg dicuri dan brang tu tak disimpan dengan baik...

    Ini dah sah2 tau kucing tu takde akal, lapar nak makan ..apesalah yg kejam macam takde hati perut!!

    sangat2 kejam!!

    ReplyDelete
  39. kena panah petir baru taw la si zalim

    ReplyDelete
  40. sedih namee buat kat binatang macam ni,ayie pernah tgk jugak orang dok seksa kat anjing jugak..walaupun kita tak boleh sentuh anjing,tapi seksa benda bernyawa ni kan satu dosa...sedih tgk...

    ReplyDelete
  41. sangat kesian, dan mereka yang lakukan sangatlah kejam...nangis tengok video tu :(
    kesian meow meow

    ReplyDelete
  42. mmg benci org yg kejam kt binatang..akak ada pengalaman kucing keayangan diracun org..sedih smpi sekarang..

    ReplyDelete
  43. skang ni orang anggap binatang tu dah x de hati da

    ReplyDelete
  44. Betul tu manusia sekarang semakin kejam binatang yang comel macam tu pun mereka sanggup wat macam tu. Kalau lah ada undang-undang untuk haiwankan bagus, potong tangan kucing penjara 2 tahun dan sebat 12 kali kn bagus, bawu mereka akan sedar dan syg akan hidupan lain..

    ReplyDelete
  45. ni hero yg masuk dalam mastika dan tv3 kan?
    seriously, this is not human being.
    so ridiculous manner.

    ReplyDelete
  46. haishhhhh! geram btol.. kucing kita kna curi pun kita dh marah2. apatah lg kalo yg siap2 potong kaki meow tuh? sangat kejam manusia tu kan. even meow i kna strok pun i tolong balutkan kaki blkg dia yg terseret2 tu taknak kasi luka2.

    ReplyDelete
  47. dari dulu elie salu tnye, kenapa ada manusia yang kejam kat dunia ni? tapi bila pikir balik, namanya pun manusia..1001 ragam kan? :)

    ReplyDelete
  48. kucing pula kene hukum hudud...

    mmm..

    ReplyDelete
  49. walaupun cik semut mmg takot pada sang meow.. tapi kalau dia mintak makan, cik semut bagi je... tapi tetap tak smpai hati dengan video2 n gambar2 yang ramai org sharing2 kt fb tu... seriusly! manusia makin hilang keperimanusiaannya.... apa nak jd dgn dunia hari ni... huh....

    ReplyDelete
  50. kesian gila kucing tu. sebab ikan je. tak sampai hati nak tengok sbb sayang sangat dengan kucing. huuu, orang tu takde hati perut kot.

    ReplyDelete
  51. haiwan pun ade jugak perasaan walaupun dia takde akal nak berfikir.. ape la nak jadi dengan dunia sekarang.. hmm..

    ReplyDelete
  52. pelangi mmg xleh tgk video tu...sedihhhh sangat.dh mmg peminat meowww..uhuk3..kenapalah ada manusia xpuas hati pada seekor kucing...

    ReplyDelete
  53. haihhh org sekarang makin tak berperikemanusiaan btol. hmm =.=

    ReplyDelete
  54. gigih je kucing yg kena potong kaki tu kan. huhu..

    namee ni sweetlah :')

    ReplyDelete
  55. Cube balut ngan kain supaya kaki die x melecet masa die seret2 kaki die..
    tp kena tukar selalu la..

    ReplyDelete
  56. kesian plak kucing tu tak cukup sifat... terharu rasa...

    signature saya: http://nukeufo89.blogspot.com

    ReplyDelete
  57. mereka tak takut dosa kke ? :'(
    doa makhluk yang teraniaya sng dimakbulkan tahu.

    ReplyDelete
  58. kesian kucing. even saya tak suka kucing and tak pernah nk dekat-dekat dgn kucing, sy belum pernah lagi nk sakitkan mereka. mmg ade certain manusia yg dah hilang keperimanusiannya tu. sbb tulah jd begini.

    ReplyDelete
  59. Yang tak de hati dengan haiwan yang bernama kucing tu memang tak layak dipanggil manusia pun. Mereka2 tu semua adalah syaitan.

    ReplyDelete
  60. Yang tak de hati dengan haiwan yang bernama kucing tu memang tak layak dipanggil manusia pun. Mereka2 tu semua adalah syaitan.

    ReplyDelete
  61. Kak Namee :(
    Hero dah mati........ Keluar nasi lemak kopi o pagi ni :(
    Kesian owner tu. Menangis2 tengok tv haih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...