Sunday, February 12, 2012

Marriage

Hello peeps..


Marriage ? Zaman sekarang ni budak sekolah pun dah rasa nak kahwin sangat dah. Kalau dah ada partner cinta tu terus set nak kahwin. Bagus lah niat nak kahwin tapi ready tak ready tolak ketepi. Persediaan mental pun takde, tak tahu lah kalau fikir persediaan dalam bilik saja.  Like even aku sendiri pun bila sebut je kahwin, terus terbayang yang indah saja. Yang tanggungjawab sebaliknya tak fikir pun. 


Bila orang sebut perkataan kahwin, idea dalam kepala...

Tu je . hehehehe

Bila kahwin, fikir hidup ini hanya berdua sahaja..
Aku rasa benda ni yang paling utama. Orang selalu kahwin ingat perkahwinan itu lah penamat segalanya asalkan korang dua bersama dan expect hidup korang berdua je. Padahal, perkahwinan itu adalah package sekali dengan keluarga si pasangan. Nak taknak, kena terima semuanya walau ada conflict keluarga di belakangnya. Baik buruk, kena terima. 

Bila kahwin, fikir yang indah saja..
Mula-mula nak kahwin, yang indah saja lah yang kita imagine. Again, hidup indah berdua. Namun,keindahan itu adalah package sekali dengan tanggungjawab .Aku ambil contoh sebagai seorang isteri lah, nak kena masak, kemas rumah, jaga anak. Kalau suami kaya, orang gaji jela yet still kau ada tanggungjawab gak untuk jaga suami. Takkan nak suruh orang gaji jaga suami pula.

Bila kahwin, fikir nak ada baby..
Kahwin, mestilah nak ada baby. Macam aku sendiri, kalau tengok baby tu rasa suka sangat. Rasa teringin gila tapi cabaran nak kandung 9 bulan dan beranak tu lah yang buat aku risau je. Plak, nak dapat anak yang elok akhlak, mak ayah pun kena lah elok akhlak. Time pregnant lah yang kena jaga betul-betul.

Bila kahwin, seronok ada anak yang jadi buddy kita setiap hari..
Seronok oh ada buddy teman kita setiap hari. Nak plak muka ada iras kita, seolah macam tengok diri kita sendiri tapi versi junior. Seronok-seronok jugak, tapi nak bentuk anak tu jadi manusia tu yang mencabar tu. Dari kain putih kosong, nak corakkan jadi manusia yang elok dan tahu agama. Cabaran. Kalau mak tak pernah solat, jangan harap ah anak pun reti solat automatically. 

Kahwin ni benda serious. Orang boleh kata kat aku, "alah, kahwin je. bedal jela". Kahwin, lepas tu tanggungjawab lepas tu ? Takpe, bedal jugak ?



Happy reading and have a nice day.


p/s : tapi aku tak suka manusia bila gaduh dengan suami/isteri lepas tu tulis kat facebook. Walau sikit pun masalah rumahtangga, kalau tulis kat facebook..sangat tak pro. sorry. 





96 comments :

  1. betul, saya setuju! nak kawen kena ade persediaan mental dan fizikal. td sy pegi melawat org baru lepas bersalin. kakak tu cakap kalau takde kesabaran nak handle budak kecik lg, jgn kawen lagi. huhu.

    ReplyDelete
  2. kawin cerai anak terbiar rosak. *sesetengah

    ReplyDelete
  3. Kahwin? Malam pertama. Eh eh.

    Tapi ada dugaan dan cabaran. Hihi. Ehem.

    Sangat straight to the point tapi sangat tepat. Sekarang ramai gila kot orang yang fikir nak kahwin je memanjang. Tapi tak fikir panjang pun.

    Terlampau ingat benda seronok sampai lupa segala benda.

    Baru baru ni ada kawan aku nak kahwin lari. Baru baru ni jugak ada kawan aku yang kahwin awal masa habis SPM dulu tapi sekarang baru je cerai pasal tekanan dugaan dan cabaran dorang.

    Its love. Harder to think when we are in it.

    ReplyDelete
  4. kalau yg dah kawin pastu gaduh2 tulis kat fb, mmg x pro..tapi kalau yg setakat couple je, pastu war2 pulak gaduh dgn bf kat fb, ouh...annoyed abes..haha..

    ReplyDelete
  5. setuju tu cik namee... kawin tu bukan penutup segala cerita.. tapiii lebih kepada pemula kepada kehidupan yang baru... menanti adalah episod2 suka duka yang kalau masing2 tak bersedia, kecundanglah akibatnya...

    sebelum kawen, persiapkan diri dulu.... bile bersedia... baru boleh fikir...

    hmmmm... tu la pasal...

    ReplyDelete
  6. betul2. kena ready segala macam.

    ada jugak tgk status gaduh laki bini. tak tahu malu ke. gua yg jadi malu kdg2.adeh

    ReplyDelete
  7. kawen bukan perkara kecil kan...

    part yg last skali tu.. Bagi aku,bukan pasangan yang dah kawen aje la,pasangan couple pun kalau gaduh tak perlu kot nak kecoh2 kat facebook. Nampak sangat tak matang.

    ReplyDelete
  8. budak2 muda zaman skrang sebok nak kawen awal..kdg tu kawen sbb nafsu je...tnggungjawab dorg x pkir pon..ngan keadaan ekonomi zaman sekarang ag..susah kalau xde kewangan yg kukuh..kalo mak ayah kaya bole la support walapon kawen mude..hehe...kalo ikut hati mmg nak kawin..sape xnak kan kak..haha..tp bile pkir tnggunjawab..terpkir lak..dah sedia ke nk pikul tanggungjawab tu..haih..pening2..kne pkir masak2..=)

    ReplyDelete
  9. Hehe namee macam bg hint je nak kahwin?hehe...:p

    *perkahwinan itu pelengkap,satu tanggungjawab dan amanah untuk dipelihara...

    ReplyDelete
  10. wan tak berkenan mana tengok orang kahwin awal.

    sekarang ni, kahwin awal dah jadi trend.
    nampak tak matured lagi.
    tak matured pasal "macam yang namee sebut di atas".

    macam macam tanggungjawab ada.
    boleh ke orang yang baru lepas SPM, atau umur 19-20 nak bertanggungjawab?

    mungkin pasangan tu kaya.
    tak ada masalah dari segi kewangan.
    tapi macam mana pula dengan anak anak.

    pengalaman hidup didunia ni tak berapa nak matang lagi, pastu nak corakkan anak?.

    susah susah..

    cousin wan, ada yang kahwin lepas SPM, lelaki pun muda lagi.

    sekarang ni, cerai.
    kesian.
    muda dah jadi janda.

    ReplyDelete
  11. memang tak pro bila tulis di fb. masalah couple pon muak nak baca, ni kan pulak masalah rumahtangga

    ReplyDelete
  12. kahwin datang ngan tanggungjawab,
    itu jer yg pocket buleh sebut..
    tanggungjawab of not going to search for other woman out there.. even if u are the hottest bloke on the block:D

    and the same goes to the ladies of course :D

    ReplyDelete
  13. banyak cabaran yg mendatang,,..
    tapi itulah yg menjadikan kita lebih matang

    ReplyDelete
  14. Setuju. X suka la org ramai tau hb n wf ada prob. Mmg sangat x pro...

    ReplyDelete
  15. masih seperti dulu!
    mantapppp!

    high five in the air!

    ReplyDelete
  16. banyak cabaran dan dugaan nak kena tempuh bila kahwin ni...bukan main bedal je...

    ReplyDelete
  17. aku nak kawin jugak,

    tak kira, tak kira !



    HAHAHAHAHAHAHHAA

    ReplyDelete
  18. setiap perkara ada pro dan kontra :)

    kena pandai balance XD

    ReplyDelete
  19. setuju dengan part yang last tu..
    masalah rumahtangga hendak dihebohkan kenapa?
    sangat tidak pro..

    ReplyDelete
  20. ada dugaan, ada cabaran, ada pening, ada lah peningkatan :)

    ReplyDelete
  21. perkahwinan suatu yang dituntut dalam islam. sudah tentu banyak cabaran dan dugaan yang kena tempuh. maka pengorbanan amat diperlukan dalam mengukuhkan rumahtangga. Korban masa, tenaga, wang ringgit adalah lumrah tak kira lelaki atau perempuan.

    ReplyDelete
  22. setuju dengan namee! jangan ingat kahwin tu nak seronok je... tanggungjawab banyak tau, dia mula kita berkahwin sehingga kita mati nanti...

    jangan kahwin hanya kerana nafsu je, yang lain tak fikir dah!

    ReplyDelete
  23. tula..sbb tu kn sedia mental n fizikal sblm buat keputusan nk kawen.. mcm² dugaan n cabaran..


    pssst, mmg xsuke laki bini yg duk luahkan kt pesbuk bl ada masalah.. apa daaa

    ReplyDelete
  24. kalau nak anak yang akhlak nya baik, kata ustaz yang masa belajar dulu, kena jaga hubungan dengan pasangan sebelum kahwin lagi. kalau kita tak nak akhlak anak kita tercemar akhlaknya, jangan cemarkan pergaulan kita sedari kita single lagi.. =)

    ReplyDelete
  25. hehe..kahwin memang impian tapi tanggungjawab tu perlu...kan...hehe..saya nak kahwin!!!fullstop..hahahaah

    ReplyDelete
  26. agree with u, semua nya ada pros and cons.. Tapi part indah adalah apabila suami dan isteri saling melengkapi, memahami satu sama lain. dan tolka tepi anasir2 luar. then, all be fine ! :)

    ReplyDelete
  27. best lah namee..i like ur view bout it..lebey kurang sm lah kalo da umo sebaya kita ni kot..tambah musim org kawen..tp tulah, terpk gak tanggungjawab yg menggunung tingginya..kalo diri sndr pn tunggang langgang, nk hrpkan suami je bimbing kita pn mslh jugak..the best way is perhaps readykan diri sendr dlu before kawen lah agaknya =]

    ReplyDelete
  28. huhu..betul tu..bagus la...memang betul semuanya...itula yang akak rasa sampai takut nak kawen dulu...memula dah engaged umur 23 sebab mak paksa..dia kata dah lama sgt kawan...tapi sebenarnya x ready lgsg!..last2 2 kali tangguh..sampai umur 25 x tahan beban..mintak putus..pastu cakap ngan mak akak, xmau pikir pasal kawen..biar jodoh tu dtg sendiri tanpa dipaksa...last2 umur 29 kawen lepas jumpa x sampai 6 bulan kenal...abis cerita..

    ReplyDelete
  29. sebab tu kene fikir banyak kali sebelum nak kawen :')

    ReplyDelete
  30. marriage is beautiful.

    but not all the thing beautiful. and its not about two people only. when we married someone we married all what she/he had. and responsibility,if responsibility to ourself still cant control,how to control others pulak kan? hehe.

    ReplyDelete
  31. yeah!!!! sokong3... betul tu namee :D

    ReplyDelete
  32. Kahwin itu satu tanggungjawab, islam galakkan kia kawen awal untuk mengelakkan maksiat, fitnah dan nafsu yang tak terkawal.

    Kawen bukan terletak pada majlis yang diajurkan, tetapi ikrar semasa akad nikah yabg disaksikan wali perempuan.

    Majlis kawen atau hantaran yang terlampau pun boleh jadi haram kalau terlampau menyusahkan.

    Tapi bagi orang mcm aku, aku belum ditakdirkan untuk bertemu dgn jodoh walaupun aku rasa aku dah bersedia. Mungkin itu isyarat Tuhan pada aku untuk memperbaiki kelemahan yang aku ada sebelum memegang tanggungjawab dan gelaran sebagai seorang suami.

    ReplyDelete
  33. like entry ni..

    orang selalu fikir nak kawin tapi tak pernah fikir benda yg jadi lepas kawin...

    kena sedia mental..fizikal..

    ReplyDelete
  34. terbaik! apa yg di fikirkan saya dah terluah melalui entry ni hehehe besh saya baca ! :D

    ReplyDelete
  35. yeah yeah. sangat sangat sangat setuju !

    time tengok dorang akad nikah seronok la. wahh! bestnya, jelesnya, itunya, ininnya. tapi kitorg tatau apa dorang kena tanggung selepas akad nikah tuh.

    ReplyDelete
  36. kahwin dapat mengelakkan maksiat :)

    ReplyDelete
  37. betul..kahwin tu tanggungjawab..saya sendiri ngeri bila fikir pasal kahwin..sbb tanggungjawab tu tersangatlah banyak...

    ReplyDelete
  38. bila nak khawin ni kene bersedia dari segi mental dan fizikal.. takkan nak khawin cerai khawin cerai kot.. penat la macam tu.. huhu

    ReplyDelete
  39. family war memang x patut tulis dekat facebook. sangat childish dan stupid!!

    ReplyDelete
  40. That's why kalau nak kahwin kena ada persediaan dari sego mental & fizikal. K, sokong sis namee :)

    ReplyDelete
  41. kalau dah kahwin pon nak gaduh2 kat fb, twitter, mmg sgt tak matang la. mcm budak2 cinta monyet je.

    kahwin ni mmg besar sgt tanggungjawabnya. dan akan dipersoalkan kat akhirat. kita laksanakan tak amanah semua. ibu bapa lah mainkan peranan penting utk didik dan bimbing anak2. so that nanti anak tu boleh ajar anak dia pulak mcm tu.

    p/s: saya paling takut nak mengandung dan bersalin tu. err.gerun. yg lain, okay lagi kot.

    ReplyDelete
  42. hehe..betul ah sgt apa namee tulis nih..sbb tu sementara single nih enjoy lah dulu..tp enjoy yg x memudaratkan dirilah :)

    ReplyDelete
  43. sokong 100% semua kat atas tuh. mmg besar tanggungjawab. kene fikir banyak kali. dan bayak syarat sebelum nak kahwin nih. bukan perkara mudah.

    ReplyDelete
  44. keh3...kahwin mmg syok kalau kena pada masa dan tempatnya dan jadi fobianya bila baca status laki bini bergaduh di FB ...sejam pertama bunyi macam potong leher dan sejam kemudian boleh pulak ber ilefiu...

    kadang2 rasa terpukau juga...!

    tahun bila dapat aku tunaikan kewajipan ini?

    keh3!

    ReplyDelete
  45. marriage is a big serious thing which is we all can't make it fooling aroud us. think before marrying unless kita sudah fikir masak2 dan berani berhadapan dengan risiko serta hal2 yang bakalan kita tanggung when be getting married sooner or later. i must always agreed on all the points that you've mentioned...:)

    ReplyDelete
  46. technically memng byk cbarn pon..sb 2 smpai ni tak kwen2 lgi..takot! haha:P

    kwn eyka ade yg kwen first utk suke2..la ni hbis..cerai berai..ape pon tak boley..haha-.-

    ReplyDelete
  47. haha tahu takpe... im not ready yet.. seriusly. kene buat persiapan dari segi fizikal dan mental.. susahhh !

    ReplyDelete
  48. thats true namee:)
    kadang kala kita fikir yg seronok dan gembira jer.tak fikir yg cabaran dan dugaan yg akan kita hadapi nanti:)
    Heee:)

    ReplyDelete
  49. definitely! best reading this...
    ramai orang buat persiapan untuk hari perkahwinan, berbulan2 buat hanya untuk majlis satu hari.. tapi tidak untuk kehidupan selepas itu yang lebih lama...hurmm

    ReplyDelete
  50. love this entry..ramai orang fikir seronok nak kawen je..dorang mane ade fikir semua menda ni namee..janji dapat kawen..kawen muda lagi bagus..boleh elakkan maksiat katanya..tanggungjawab kalau dah kawen nnt pandai sendiri la fikir..tapi kebanyakannya takde nak fikir pun..tu yang gaduh tulis kat fesbuk..dah lama2 nnt tak tahan cerai berai je..realiti kan?

    ReplyDelete
  51. saya pun ada rasa nak kawin tapi bila fikir cabaran n kesanggupan utk memikul tggungjwb yg sgt besar tu rasa takut pula..hehe

    ReplyDelete
  52. Kahwin tu bunyinya macam mudah tapi penuh dgn cabaran & tanggungjawab....

    ReplyDelete
  53. tu lah kan.

    i have many friends yang tak sabar nak kahwin but have they think betul-betul and semasak-masaknya? o.o

    it's not just about the happiness and pleasure.it is also about living together and facing the obstacles together.

    ReplyDelete
  54. hahaha. part last tu awin suke. ape lahh memalukan diri sendiri nak gaduh2 lepas tu tulis dekat fb. nt diri sendiri yg terbukak aibnye.

    ReplyDelete
  55. indah alam perkahwinan jika memahami akan konsep perkahwinan tersebut...:)

    ReplyDelete
  56. tak mampu nak kawin..ehhehe

    #entry sy pun pasal nak kwin..gatainya ai ^^

    ReplyDelete
  57. kena fikir berjuta2 kali dulu bfore kawin. kne fikir lama2, whether its a good or bad decision. :)

    ReplyDelete
  58. perkahwinan bukan benda main-main <-- ayat drama.

    ReplyDelete
  59. org skrg mslh kain dlm pun nak bwk masuk social network. adoi

    ReplyDelete
  60. ramai je zaman skrg ni dok publish masalah pcintaan + rumahtangge kat fb. pastu siap kutuk lagi pasangan masing2.,.ape pon tak boleh..

    ReplyDelete
  61. wow..
    perfect entry..
    mmg bnyak pahit manis ni bila kawin..
    tp maybe itu yg kita nak.
    selagi x dpr pahit manis tu rasa cam x perfect jer idup:)

    ReplyDelete
  62. kahwin??

    tak kawin pun dah ramai yang hidup macam dah berkawin sekarang ni...

    sedap sementara untuk akhir zaman.

    cakap pasal tanggungjawab, kapel sekarang memang senang nak cerai berai.

    ReplyDelete
  63. kawen indah..haha
    pepndai je ckp..

    ReplyDelete
  64. yup..semuanya ada dugaan....harus tabah dan sbr hadapi utk dapat terbaik

    jom baca ni..panas2
    6 Pasangan dicekup berkhalwat pada Malam Valentine

    ReplyDelete
  65. dugaan lagi byk kalau x sedia better jgn la ambil risiko lagi..

    ReplyDelete
  66. like seriously, kalau hal rumah tangga dibawa ke facebook, mmg sgt x pro...umpama buka pekung di dada sendiri.

    ReplyDelete
  67. like seriously, kalau hal rumah tangga dibawa ke facebook, mmg sgt x pro...umpama buka pekung di dada sendiri.

    ReplyDelete
  68. seronok kalau dengar nak khawin kan,macam2 dah berangan,tapi hakikatnya banyak benda kena fikir kan.

    ReplyDelete
  69. cakap pasal kahwin,trpikir satu je,kahwin masa belajar. shud we call it trend or what now. tah la kan. tapi skrg ni ramai kahwin time belajar.

    for me,good.sokong je.but,depend jugak.yang mampu dan betul2 ready utk pikul tggnjwb tu,bagus la.tapi if yg tak betul2 ready tu,baik tak payah.

    ReplyDelete
  70. betul tu namee..kalao sedang hangat bercinta dunia bagaikan aku yang punya..

    tapi bila tengok sekeliling kita dengan pengalaman orang lain rasa macam takut nak kawen...

    kadang2 terpikir lebih rela couple dari kawen sebab banyak dugaan lapas kawen..banyak tanggungjawab kena pikul..


    mak ayah kita satu hal..mak ayah pasangan kita? adik beradik? ipar duai? semua tu kena pikir..anak2 lagi kan..

    ermmm...tapi kita kena yakin dengan ketentuaan darinya..kun fa ya kun :)

    ReplyDelete
  71. uh uh.

    bagus kau ubah persepsi masyarakat terhadap perkara kawen -kawen ni,bukan main tibai je ye dak.

    ReplyDelete
  72. betul tue sangat setuju dgn entry nie...
    perkahwinan memerlukan komitment yg tinggi.. ia bukan sekdar seronok2 sjaa tapi juga tanggungjawab besar yg bakal menanti..

    semoga namee cepat bertemu jodoh dan mendpaat jodoh yg baik...(^_______^)

    ReplyDelete
  73. naluri sesama manusia kan, nk idup bpasangan. aku pon camtu jgk. aku nk pikul tggjwb, wpun aku takut aku tak mampu. tapi sape tau, aku mampu galas kan..tp betul la, kawen jgn nk pk love2 sgt la kan..love tp tggjwb takmo laksana ape guna. yg gaduh nk tulis kt fb,, seiyes nymph. ada plak tulis takde ketan, tp mngundang persepsi salah dpd pembaca...

    ReplyDelete
  74. byk dugaan dan tanggungjawab :DDD

    ReplyDelete
  75. Saya punn nk.kawin.tp tgh pk pnjang laagi.hmmm

    ReplyDelete
  76. Saya punn nk.kawin.tp tgh pk pnjang laagi.hmmm

    ReplyDelete
  77. wlwpun duit bukan segala2 tp 70% kes cerai brpunca dr masalah pengurusan kewangan..

    ramai org mampu batin tp xmmpu zahir..

    tapi mmpu zahir sahaja mungkin lbih ok dari mmpu batin.. kenapa?

    sbb klw lemah tenaga batin boleh ikhtiar dgn belanja pegi berubat. klw xde duit, usahkan nak berubat, nak belanja dapur pun susah.. jd fikir2kan..

    ReplyDelete
  78. nice enty boleh share pndapat sy skali mengenai kahwi ni??

    http://nurcheda88.blogspot.com/2012_07_29_archive.html

    singgah ke blog cheda :)

    ReplyDelete
  79. kalau kawen ikut nafsu mcm tu la,kalau kawen berlandaskan syarak,insyaallah,kita dah bersedia mental dan fizikal.

    ReplyDelete
  80. NAK KAWIN MUDAH TAPI NAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB PERKAHWINAN TU TAK SENANG

    ReplyDelete
  81. tu la...rmai org anggap mudah..,bg ak la ak nak kukuhkan segala persiapan zahir dan batin,ekonomi kne kukuh,ilmu agama kne ckup baru dpt bimbing isteri dan anak2...,dlm keadaan ak skrg byak yg ak kne perbaiki lagi...~~

    ReplyDelete
  82. tu la rmai yg anggap mudah jea..,bg ak,ak kne kukuhkan segala persiapan zahir & batin,ilmu agama kne ckup baru dpt bimbing isteri dan anak2..,dalam keadaan ak skrg ak rase msih terlalu byak yg perlu dibaiki..

    ReplyDelete
  83. Sebab tu pentingnya mencari lelaki soleh atau wanita solehah. Bagus kahwin muda nie. Tapi, make sure ready mental n fizikal. Kalau dah rasa ready n prepare so go on jelah. Soal rezeki, janganlah bimbang. Urusan Allah rezeki tuu. Sabda Nabi SAW,”tatkala dua anak adam berkahwin muda maka akan menjeritlah dan meraunglah syaitan dengan berkata ‘anak adam ini sudah kahwin! aku belum sempat rosakkan mereka di usia muda ini!’” (syaitan meraung).

    ReplyDelete
  84. Saye ni budak lagi, tapi selalu gak dok pike pasal kawen ni. Bukan apa, tapi dah jadi tabiat pompuan agaknya pike yang indah-indah. Oh, suka je kalu sebut pasal kawen muda, tapi masalahnya, dah bersedia ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...