Sunday, June 24, 2012

Ciri-ciri Kaki Kikis

Hello peeps...

Lately banyak keywords carian "orang kaki kikis" masuk blog aku. Ke dia masuk blog aku sebab aku kaki kikis. haha. Tak kikis ok. So , aku ada lah beberapa contoh yang aku rasa reminder awal untuk korang jauhkan diri. Kalau tak duit melayang. Kaki kikis ni tak semestinya sesama kekasih je, antara kawan pun ada juga terjadi kikis mengikis ni. Kikis mengikis ni banyak situasi dia.

So, ini beberapa situasi yang kau patut beware dan pergi lari jauh-jauh dari mendekati mereka si pengikis ni...

Situasi 1 : Kau minat kat perempuan tu dan baru je berkenalan dengan perempuan tu tak sampai sebulan atau setahun pun, tapi di awal perkenalan dia dah berani buat macam ni...
Lelaki pun ada yang buat macam ni. No good.

Okay, kalau dah awal-awal macam ni..sila lari dulu. By the way, lelaki pun ada perangai macam ni. Kawan aku pernah kena, lelaki tu suka minta macam-macam. Kalau tak belikan dia kata, "oo patut la you tak belikan I seluar tu hari tu, you ada lelaki lain rupanya!!". Nasib baik kawan I dah pergi tinggalkan dia. Fuhh. Keluar dating pun , si perempuan yang bayarkan semua. Si lelaki lenggang-lenggang je kikis duit awek. No good no good.

Situasi 2 : Kau pergi keluar makan ramai-ramai dengan kawan dan memang sepatutnya masing-masing pay sendiri lah tapi end up begini....

Sama-sama makan dan seronok berbual time makan. 

Tapi bila time nak bayar, semua buat tak tahu dan hope salah sorang keluarkan wallet untuk settle kan semua for them. Semu senyap tinggal bunyi cengkerik "krik krikk krikkk" when it comes to bill.

Bila dah nak balik just cakap, "thanks for the meal" padahal orang yang kena buli tu tak kata pun nak belanja. Tak baik buat kat orang macam ni, kita tak tahu keadaan kewangan dia. Kot dalam bank tinggal RM15 je ke, kita suka-suka je tricked orang suruh bayar bill kita pulak. Mana boleh. Kita patut faham la, pandai-pandai lah bawa keluar duit untuk pay sendiri punya makan. Tinggal je kawan macam ni, tak guna.

Situasi 3 : Setiap kali keluar mana-mana dengan kawan...

"Eh,pakai duit kau dulu eh. Wallet aku tertinggal dalam kereta la."

"Eh, pakai duit kau dulu eh. Aku belum keluarkan duit dalam bank lah."

"Eh,pakai duit kau dulu eh. Duit aku cicir la. sian aku."

"Eh pakai duit kau dulu eh. Nanti aku bayar balik"

Lepas tu tak bayar. Buat-buat lupa nak bayar.

atau....

Naik taxi sama-sama,lepas tu salah sorang wakil tolong bayarkan taxi dulu sebab masing-masing takde pecahan duit. Lepas turun taxi, sorang pun tak ingat nak bayar balik. 

Situasi 4 : Kau nak jual barang kat dia dan dia setuju untuk bayar dengan harga itu dan secara cash. Tapi bila dia dah dapat barang tu, dia taknak pay by cash pulak.Dia nak deal dengan cara lain. Nak buat pertukaran barang macam system barter pulak. contoh, kau jual handbag kau dengan harga RM200 tapi dia nak bagi kau barang lain macam baju ke, belanja kau makan ke untuk dijadikan pertukaran wang RM200 tu. 

Kalau dia bagi baju pun, duit lebih penting dari baju tu rasanya. Ada duit boleh beli susu anak ke, barang dapur ke. Kalau dia bagi baju nak buat apa ? Baju yang dah ada pun memang dah tersedia banyak. Dah deal dengan cash tapi tiba-tiba nak buat barter system pulak.

Mana boleh macam tu. 
ni barter system barang tukar barang. takpe jugak untuk jiran tetangga. Nak gula, jerit je kat orang sebelah "hey orang sebelah, nak gula! aku bagi kau ikan sekor"

Mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri itu semua dikira sebagai kaki kikis juga tu terutama yang melibatkan wang. Buli secara halus untuk wang. No good no good.Mudahan kita semua jauh dari mengambil kesempatan kat orang lain dalam apa jua cara pun. situasi mengikis memang banyak dan ia tak berlaku sesama kekasih saja tapi dalam persahabatan pun banyak terjadi. So, be careful okay :)

Thank u for reading. Have a nice day :)







68 comments :

  1. alkisah selalu berhati hati dengan orang kaki kikis..

    ReplyDelete
  2. hahaha...nasib baik kawan2 saya tak macam ni...dan dorang siap mrah kalo nini asyik sibuk nak belanja...haha...=p

    ReplyDelete
  3. namee, t kita makan kat mamak je la, klu ada sale bru kita singgah, n klu ada tiket wayang free baru kita tengok..hehe

    ReplyDelete
  4. Sm paling x suka kawan dengan owg yg kaki kikis...serius x suka..:))

    ReplyDelete
  5. Situasi 3 tu sngat la rajin berlaku kat i! pastu buat dek je -_-"

    ReplyDelete
  6. situasi 3 banyak kali jadi masa sekolah dulu. Bila time nak bayar boleh pulak dia ckp i ada hutang lagi dengan dia. Tolak hutang la kira. Selalu kena dengan dia dulu. I yg lurus x reti nak defend diri sendiri ni pun ye kan jela. heih.. hopefully dia x buat lagi kat sapa2 dah skrg.

    ReplyDelete
  7. Kaki kikis ni merata ada nampaknya. Kalau si lelaki yang asyik kikis duit gf dia, memang hilang respect terus dekat dia ni. Nak buat jadi suami? Time kasih jela. Tak pasal nanti sapa tanggung sapa.


    Alhamdulillah setakat ni takde lagi kawan kaki kikis. Pernah jumpa lelaki kaki kikis je. Dia engat kite ni muka cop duit ke apa. Haih -..- tak jantan langsung!

    ReplyDelete
  8. no good no good kalo buat camtu kat org.

    kalo pon nak tricked mcm situasi 2 tu rasa cam kesian kot. nak2 zaman study. bape lah sangat member tu ada.

    kesian ouh. have mercy lah people. :)

    ReplyDelete
  9. situasi sesama kawan tu pun namee pernah kena dulu tapi takpelah kita halalkan je :)

    ReplyDelete
  10. kreative la name..banyak idea..keep it up..

    ReplyDelete
  11. sistem barter??okey kalau tukar dgn jongkong emas...tp kalau takat tukar dgn barabg2 peribadi terpakai... pelangkong ajer...

    ReplyDelete
  12. xde pulak jmpa org mcm ni^^ alhmdulillah la xde

    ReplyDelete
  13. situasi no 3 tu selalu terjadi..sabar jelah bila ada yg buat2 lupa -.-'

    ReplyDelete
  14. haha, kalau tukar dengan jongkong emas berbaloi lah jugak kan!! hehe :)

    ReplyDelete
  15. ni jenis yang kulit buaya memang la, sebab die tak tau malu..

    ReplyDelete
  16. cousin dylla penah dpt bf yg kaki kikis. 5tahun couple last last putus jugak. nasib baikkk tak sempat kahwin, cousin dylla dah sedar pasal true colors laki tu. kalau x mst suffer skrg.

    tgk pun takut, tkut dpt lelaki mcm tu. huhu

    ReplyDelete
  17. nasib baik dia tak kahwin dengan laki tu. lelaki kalau kaki kikis memang susah sbb dia akan guna kuasa dia sebagai suami nnti. hmm.

    ReplyDelete
  18. kaki kikis ini payah dibentuk kalau pada mulanya dia bersifat camtu tahap kritis.

    tetapi lama kelamaan kalau masih berkawan dengan kaki kikis, confirm bankrup tiap-tiap bulan. ckckckckck

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum namee ape yg kamu tulis berkenaan org yg suka kikis tu memang banyak betulnye dan situasi yg ke-2 dan ke-3 selalu terjadi kpd sy... sesama kwn plak tu...huhu kekadang fedup jugak tp sy ni kurang pergaulan so xde banyak sangat member kalo ade pon x semua suka lepak2 dgn sy sbb sy ni pendiam skit hhehe but at the same time sy sebenarnye nk jugak lepak2 dgn kwn2 tp pasal xde benda nk ckpkn jd sy just diam je huhuhu...sorry ye just luahkan perasaan :P

    ReplyDelete
  20. wohoooo~ naseb Shasha daa tglkn kaki kikis. . . huahua

    ReplyDelete
  21. hutang tetap hutang. jangan sampai dah mati baru nak bayar hutang. lagipun, tak baik perangai macam tu. makin ramai tak suka.

    ReplyDelete
  22. kaki kikis, macam ada satu kawan Lia yang kaki kikis..hurmmmm

    ReplyDelete
  23. eiii kalau pompuan xpe la jugak ini lelaki pun? puiiii... geli la laki mcmni..

    ReplyDelete
  24. nak komen cmne ye..saya pun kadang2 ada juga 'ter'kikis duit kawan, tapi dalam situasi yang betul2 urgent. tapi bayar balik a.s.a.p la..

    kaki kikis ada je kat mana2..diri sendiri pun ada sikap pengikis sebenarnya...tak percaya? tipu la masa kecik-kecik tak pernah menangis tergolek kat lantai supermarket sebab nak mainan dari parents..

    yang penting, ingat 1 benda, tak suka orang buat kita, kita dulu jgn buat orang.

    ReplyDelete
  25. hahaha.. segan2.. jnganlah buat cam gini.. menganiaya nih.. heee.. ><

    ReplyDelete
  26. sekarang nie tak kira lelaki atau perempuan ramai yang kaki kikis. so beware dengan semua orang.

    ReplyDelete
  27. zaman skrg kaki kikis ada dimana2...x kira laki ke ppuan ke..kalau boleh jauhkan diri...

    ReplyDelete
  28. jmpa kaki kikis lelaki.. mintak topup mcm sy keje kt kedai topup.. haremmm.. pastu rs diri ni bodoh sbb ikutkn je.. WTF!!

    ReplyDelete
  29. top up tu nampak simple tapi kalau kita kumpul2.banyak kan !

    ReplyDelete
  30. memang larii laa kalu jmpa kaki kikis.diri sendiri pun tak semestinyaa cukup duit.hee.

    ReplyDelete
  31. kadang2 dalam brkawan pun banyak sangat jadi macam ni. jadi tak seronok bila kawan ambil kesempatan. sedih pun ada.

    ReplyDelete
  32. kiter biasa kena kot...asyik suh tpup jer knon nk tpup blik tpi hampeh

    ReplyDelete
  33. kaki kikis...mmg bahaya orang mcm ni..macam xde perasaan..ikot dan die je nak kikis orang....

    ReplyDelete
  34. mmg byk sgt dh jumpa org mcm ni..nak tego takot nnti sentap plak..last2 kita yg sentap sorang2..hihi sabo je lahh

    ReplyDelete
  35. hubby akak haritu pon ada cerita..ada sorang opismate dia tu bila beratur mesti buat-buat lupa bwk wallet lsp tu mintak kengkawan lain bayarkan..semua org dh pernah kena dgn dia

    ReplyDelete
  36. ok banned kaki kikis..
    teruk nye perangai

    ReplyDelete
  37. hmmmm. nasib baik ain tak pernah kena lagi macam ni. macam mana nak selamatkan diri kalau terjatuh dalam situasi ni. hishhh.

    ReplyDelete
  38. ye..ye..betul...akak selalu kene macamtu...dulu la...selepas dah x berapa bodoh lagi...akak berani je sound...jangan harap dapat suka2 nak treat orang macam tu...

    ReplyDelete
  39. pernah rasa di kikis..tahan..tahan..tahan..last2 blah trus.. x pusing2 balik. no way man. mmg bukan a true man.kikis pompuan saja. adeh.

    ReplyDelete
  40. kalau lelaki kaki kikis..memang peliklah. takde tanggungjawab mungkin.kalau perempuan pun bahaya jugak. hehe

    ReplyDelete
  41. kaki kikis vs kaki kedekut...memang sesuai sangat...bagai buku dengan ruas. Kan!

    ReplyDelete
  42. macam kawan saya (U lain) punya geng..sebijik...malang plak kawan saya tu la yang selalu jadi mangsa, sian...hai perempuan....

    sesiapa yang ade minat2 bace novel cinta boleh la tengok2,huhu. : http://bloodmajesty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  43. Perempuan kaki kikis? Memamg good bye la :) hehehe

    ReplyDelete
  44. Perempuan kaki kikis. Memang goodbye la :)

    ReplyDelete
  45. tak baik ada sikap macam tu.. kalau mangsa tu tak halalkan kan ke susah..

    ReplyDelete
  46. betul jugak tu kak, kalau dia tak halalkan..memang ssh la. hmm.

    ReplyDelete
  47. wm Nameeee.. nak kikis satu benda jeee dari Nameee.. nak kikis nasi minyak Namee nanti! bolehhh? kikis sampai licinnn.. hahahha.

    ReplyDelete
  48. ala namee no 3 tu kadang2 terbuat jugakkk.


    tapi bayaq balik tawww. hehe. nice2 awrrr

    ReplyDelete
  49. soooooooooooooo true! should avoid this kind of attitude.

    ReplyDelete
  50. sangat tak manis mereka buat macam tu...tambah2 situasi 3...

    ReplyDelete
  51. tak sukanya onie kalau terjadi macam kat atas tu,lagi-lagi pasal bil,semua buat dek je lepas makan,huhu....

    ReplyDelete
  52. saya selalu kalau b'depan dengan orang2 macamni, diri terus b'ubah jadi ceti yg garang, haha...

    ReplyDelete
  53. ada sorg kawan yg selalu wat mcm situasi 3. mula2 tak perasan taktik dia.tp lama2..paham sgt dah..sakit hati jugak tp layankan aje..:)

    ReplyDelete
  54. suka sgt entry ni.. those kind of people mmg ada kt sekeliling i. nak tinggal, berat hati..nak kepit, susah hati....duhhh

    ReplyDelete
  55. Elie senang bg pinjam duit kat orang.. bila nk mintak dia byr balik duit, memang tak pandai! ahhaha

    ReplyDelete
  56. nak sepak LAKI yang KAKI KIKIS..

    ReplyDelete
  57. sangat tak professional org mcm ni.. HAHA so Malaysian -_-

    ReplyDelete
  58. dah biasa jumpa kawan-kawan gini. Time bayar semua senyap. Kita berniat bayar apa yg kita makan, nak taknak bayar ajelah utk semua. Halal. Tapi ramai jugak yg pandai makan pandai bayar. Tak semua kaki kikis. Mcm tu baru best. Kita pun tak 'segan' nak ajak kawan keluar hahaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...