Monday, October 29, 2012

Cinta Tanpa Restu Finally Approved

Hello peeps...

Ini dah masuk Part 2 (terpanjang pulak, i am so sorry!), Part 1 tajuk "How We Met" . 

Sebenarnya dari 2006 aku kenal partner aku Isham, mama aku restu kejap je aku berkawan dengan dia. 3 bulan awal tu okay then lepas tu tak okay. Langsung tak okay, tak restu langsung. Berkawan tu maksudnya sms, call bual-bual ke, tu semua mak aku tak restu. Memang mak aku halang 100% . Mak aku halang tiba-tiba je, aku pun tak tahu kenapa. andaian aku mungkin Isham ni ajak kahwin cepat sangat, Isham ni memandai sangat ke, aku rasa mungkin sebab dia memandai kot. Ayah aku pun terkejut tiba-tiba mak aku tak suka pulak sebab mula-mula dia yang excited.. Tapi nak buat macam mana, dah ditakdirkan jadi sebegitu. Tapi masa tu aku rasa macam renyuk juga lah hati aku, aku dah suka tapi dah tu kena halang pulak. Macam hati kau ni takde perasaan , orang boleh tarik dan buang hati kau macam tu je. Control dengan remote on off "love button" tu. 

Memang mak aku halang gila-gila punya halang, handphone aku memang kena rampas and campak kat dinding. Sampai aku kena belasah teruk dengan mak aku and aku deman 2 minggu. 2 minggu aku taknak makan langsung, aku tidur je. Time tu ayah aku lah banyak back up aku and aku rasa ayah aku lah hero aku time tu. Masa aku demam tu, aku countdown nak masuk foundation UIA. Tak sabar nak step out dari rumah. Nak rasa free and berdikari.  Mungkin lah time tu aku rasa macam renyuk sangat sebab itu lah first love aku wey. Pertama kali aku ada feeling macam tu wey. Lelaki pertama dalam hidup aku wey. Aku nangis teresak-esak. choi macam drama. Aku pun over emotional. Maybe sebab aku dah suka kat Isham . Dah la aku susah suka kat lelaki, memang la aku rasa macam tu .

Tapi aku rasa mak aku buat macam tu mesti bersebab, aku tak blame mak aku pun dan dah Allah catit dan takdirkan begitu. Sepanjang aku study, aku jadi senyap dan pendiam dengan family. Aku banyakkan habis masa aku kat campus je. Bagus lah aku ambik course architecture, so memang busy sebab banyak benda nak kena buat. Isham pulak transfer kat MasWings Sarawak. Masa tu aku sedih jugak lah sebab kami dah kena berjauhan. Kalau dia kat semenanjung, balik flying dia hantar kfc. Masa tu aku dah get ready dah in case kalau Isham dah tak sayang kat aku and mungkin kalau terpikat kat stewardess ke kat sana. Aku dah redha dalam hati. Aku pun memang banyak kali aku macam nak backoff and taknak sms dah. tapi....hmmmm. macam susah je. :/

Tapi sepanjang 3 tahun Isham kat Sarawak, dia tak pernah langsung buat hal. Sepanjang masa dia call dan contact, video call aku untuk update dia buat apa semua. time nak fly pun dia akan call aku dalam cockpit dan update waktu dia akan mendarat.  Daily routine semua dia update kat aku walaupun aku tak suruh. Dia pun minta aku update activity aku kat dia gak. Dia kata dia nak kenal aku dan bersungguh nak aku jadi isteri dia. Sampai dia kena transfer kat Florida, USA pun dia still buat yang sama walaupun USA tu jauh gila. Dia cari option untuk contact dan tak pernah ada alasan untuk tidak contact dengan aku setiap hari, setiap saat.

Waktu 6 tahun tu berjalan dengan pantas. Tup tup dah 6 tahun pun dan aku risau sebab mak aku tak restu dan mak aku tak tahu pun yang aku contact dengan Isham ni. Dah tu macam mana nak kahwin ?? Kahwin lari ke ? Aku taknak kahwin lari dan aku tak terfikir langsung untuk buang keluarga terus. Aku rasa macam aku derhaka kat mak aku dan mak aku pun memang pernah claimed "Kalau namee contact dengan dia, hang anak derhaka". Serba salah aku sebab aku dah la derhaka dah tu aku hope sangat Allah buka hati mak aku untuk terima Isham. Selama 6 tahun tu aku jadi passive. bila cuti je aku senyap je and buat kerja sendiri dalam bilik. 

6 tahun wey, hubungan berjalan tapi tak boleh kahwin. macam main tikam-tikam pulak. Mencuba nasib. 

Tanggal April 2011 . Mak aku sendiri tanya kakak aku...

Mama : Namee tu takde boyfriend ke ?? Takkan takde bf langsung. Jarang mama nampak dia sms. Takkan takde sesape berkenan kat dia. takkan takde budak class ke ngorat ke pikat dia ke??! 

(soalan "namee takde bf ke ??" tu dah banyak kali dah mak aku tanya sepanjang 6 tahun tu kat aku sendiri tapi aku jawab "haah takde bf lah ma. takde orang minat adik pun. Muka adik paling buruk dalam university. takde siapa pandang." lalu mak aku pun diam)

Kakak aku slumber dek jawab...

Kakak: Kalau kakak bagitau ni, mama jangan marah eh. Sebenarnya namee dengan Isham masih contact. 

Time tu, kakak aku cerita mak aku macam nak naik angin jugak lah masa tahu aku contact dengan Isham . Dah tu kakak aku explain satu persatu dan nyatakan perangai baran aku yang selalu marah dan buli Isham. Isham je kot lelaki yang paling sesuai dengan aku agaknya. Isham ni character dia macam mak mak pun ada. Lembut sangat. Dia akan jaga kau macam seorang mak jaga kau. Gitu la. Bila aku lapar, bila aku sakit, bila aku sedih, bila aku gembira, bila aku kena buli, dia tak pernah tinggalkan aku. Sama macam mama papa aku juga la sifatnya.Lagi satu dia humble, aku tak pernah tengok dia berlagak dengan apa yang dia ada, pelajaran dia, harta ke kemewahan ke dia senyap je. Kerja dia sengih je. Tak pernah look down on others. 


Thats my Patrick Star aka Isham

Masa kakak aku revealed kat mak aku tu, aku takde kat rumah. Aku duduk kat asrama kawan aku. Masa tu aku nak tenangkan fikiran je , tu yang aku tumpang bilik kawan aku tu. Kakak aku beriya-iya call "namee namee !! balik lah rumah !! ada berita gembira ni ! berita gempak gila ni !! Balik tau !!" .

Aku macam malas je nak balik time tu. Tapi on the next day aku balik la. Dah kakak aku kata ada berita penting. Berita pentingnya, mak aku yang sampaikan sendiri. Gini dialog mak aku....

"mama dah tahu dah ! Pasal namee dengan Sham tu " - dengan muka slumber.

Aku blur dan terbayang ni..."eh nak kena belasah lagi ke" is this a kind of prank ?"

dan juga ini..."adakah aku bermimpi ???"

Sebenarnya bukan mimpi ! yippie !!! Tapi peringkat permulaan walaupun mak aku dah tahu dan tak marah tapi still pertikaikan dan tanya apa kelebihan Isham. aku tak jawab soalan tu dan aku tak back up pun Isham. Sebab aku tahu sifat positive Isham dan biarlah Allah sendiri yang buka hati mak aku. Aku taknak back up Isham sebab aku tak suka nak argue.

Since then, mak aku makin boleh terima dan sekarang dah terima terus ! Oooo sekarang kalau  aku marah Isham, aku yang kena marah balik nanti dengan mak aku. Isham dah jadi anak emas pulak. hehehehehwahh ! alhamdulillah. Isham memang deserves disayangi pun sebab dia sayang kucing, kanak-kanak dan orang tua dan hati dia yang penuh kelembutan.
saja letak gambar ni sebab comel dan adorable. hehe

Alhamdulillah. Counting days...

Apa-apa pun hubungan tanpa restu sangat lah tak digalakkan. Walaupun aku dalam situasi hubungan tanpa restu, tapi still aku terima karma. Esok lusa aku pulak tak suka kawan anak aku, anak aku degil macam aku juga. Benda tu karma. so, aku kena terima karma. gulp. Kadang-kadang sesuatu benda tu jadi ada hikmah jugak. Sejak dari case tu, aku rapat dengan ayah aku. dulu aku tak rapat dengan papa aku , memang tak bercakap pun. Lepas jadi hal macam ni, baru aku kenal ayah aku dengan rapat dan baru tahu ayah aku walaupun nampak serious tapi sebenarnya sporting habis.  Dengan mak aku pun, dah rapat makin rapat. Yang buat aku kuat sepanjang 6 tahun tu sebab aku ingat janji ayah aku. Ayah aku kata "jangan sedih lah. Esok lepas degree habis, papa pujuk lah mama." . So dengan berbekalkan semangat dari ayah aku tu, aku kuatkan diri lah.


Isham tu bestfriend . Kita selalu work as a team dalam segala situasi. Beza umur takde masalah pun dalam family aku . even mak ayah aku pun beza 10 tahun. Counting days, January tahun depan 7 tahun. sobs 

Terima kasih sudi baca entry panjang. :)


10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


91 comments:

  1. akhirnyaaaaaaa...selama ni jadi silent readers blog namee je. hari ni terdetik nak komen sebab namee dah update part 2. Happy for u namee :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kan dah agak. Akhirnya mak sis namee restu.
    Tak lama lagi entry wedding pulak.hehe.. :)

    Semoga hubungan sis namee dengan Isham terus berkekalan ya.. ;)

    ReplyDelete
  3. akak namie so sweet... hehhhehe.. smoga jodoh akak dgn isham akn berkekalan... Amenn.. ;)

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Allah datangkan kesusahan dulu, lepas tu kesenangan. sy doakan kak namee dan isham bahagia. and May Allah give me a nice and good husband to-be, like Isham but not him.hihi. he's for kak namee. ^_^

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Allah datangkan kesusahan dulu, lepas tu kesenangan. sy doakan kak namee dan isham bahagia. and May Allah give me a nice and good husband to-be, like Isham but not him.hihi. he's for kak namee. ^_^

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..akhirnya namee & isham akan bersatu jugak..mmg x dinafikan, setiap yg berlaku ada hikmahnya..sy pun percaya cinta dgn restu org tua itu lebih berkat ^^

    sy doakan namee & isham kekal bahagia dunia & akhirat :)

    ReplyDelete
  7. story kita lebih kurang la kak namee :)) wehehehehe since form 1 saya kwn mama kita TENTANG & HALANG gila. now saya dah second year dkt U ,she's open and okey to talk bout him. sikit2. moga2 mama kita dapat approve jugak utk kahwin one day :')

    ReplyDelete
  8. Gila la.....

    Erm.. dalam hidup bro xpernah rasa mcm nie..

    Ada gak banyak mak org yg nk kenenkan bro dengan anak dorang...

    Tapi...

    Tapi.....

    Tapi......

    Banyak yang bro tak berkenan... Maybe time tue xnk ada komitment dengan sapa-sapa kot...

    Sebab mak dorang je yg beria-ia... dorang...?? mcm xde perasaan je...

    So... xpyh je la..

    Wah... baru nk masuk line dengan Namee... xjd la

    ReplyDelete
  9. ehem ehem...jeles kite....hehe....

    ReplyDelete
  10. nameerah,hehe sajer nak panggil nama penuh...cepat2 kawen namee...:')

    ReplyDelete
  11. sangat panjang jodoh akak dgn die ! inshaAllah sampai ke syurga la tu kan ^_^

    ReplyDelete
  12. hee..gud luck, semoga berpanjangan hingga ke anak cucu cicit sumer..

    part isham suke kucing, kanak kanak n orang tua..har3

    menganjeng abes..

    ReplyDelete
  13. oh maybe january tahun depan tu namee akan terus kahwin? no one knows :)

    ReplyDelete
  14. akhirnya direstui.alhamdulillah...
    perit rasanya cnta xda restu nih..ida dulu pnh jgk ada situasi gni...tp dlm kes ida laki tu mmg bkn calon yg baik...last2 ida terkena alik..frust berbukan2...hik3:)

    ReplyDelete
  15. yipeeeee, yebedabedu..olalala. syok bca, alhamdulillah. klu da jodoh, musti bersatu punya. klu tader restu ibu bapa lagi teruk, takot2 kita tak bahagia. biarlah slow2 pon, yg penting, pulangannya, membahagiakan..

    nma pon mak, lma2 musti lembut ati gak. cm akak ngn ikha..mrh teruk2, pastu peluk2, cium2 balik..motip??? kikiki

    ReplyDelete
  16. wow...nice love story nameee <3 <3
    untunglah dpt pkwe pilot heheheh..
    i wish i can get a pilot too hahahahah..
    i'm happy for u namee..u deserve to get him.. n ur mom knows the best for you..mybe at the first die nk uji namee punye ketabahan aty dlm hbgan kalian..last2 who knows kan akn jd mcm ni..asekkk bangaeet hehehe..
    May Allah give u happiness yeah..
    aamiin..

    ReplyDelete
  17. semoga disatukan :)
    semoga dijodohkan..

    tak lama dengar bunyi kompang lah ni kan...ngee

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. finally, kak namee kite ni akan kawen dengan insan tersayang ^^ im happy for you ,sis! semoga segalanya berjalan lancar. kesihatan jaga ye sis :)

    ReplyDelete
  19. tahniah namee... moga berjodoh la dgn isham.... happy ending....

    ReplyDelete
  20. Im happy for you :-)
    Sangatttttt, entah kenapa.

    Kak name, how old is him? Nak tahu, nak tahu!

    ReplyDelete
  21. wow bestnye story~
    hehe macm fairy tale la pulak~

    ReplyDelete
  22. sweetnye namee! moga berpjg hbgan korang..murah rezki,leh kawen cepat2 ye? :)

    ReplyDelete
  23. namee..gigihnye isham..kagum dgn smangat tak putus asa dia..rasa mcm nak tgk jer muka isham gigih itu..eh terlebih sudah hahahaha

    ReplyDelete
  24. Wah ! Best crita namee :) alhamdulillah insyaAllah akan disatukan , tahniah namee :)

    ReplyDelete
  25. :') waaaa.... terharu dgn both of you. sabar gila and ianya memberi ganjaran yg best :D

    ReplyDelete
  26. wah..bertuah isham memiliki awak.hehe..apa2pun saya doakan yang terbaik buat awak dengan dia ye..amin..

    ReplyDelete
  27. wahh,terharunya.
    tu lah,tanpa restu ibu bapak pun tak boleh jugak kan.
    tahniahh=)

    ReplyDelete
  28. whoaaaaaaaa...sgt bertabah dlm tempoh nk msuk 7tahun.. gud luck namee..

    ReplyDelete
  29. wow mencabar lah namee..

    tapi alhamdulillah mama namee terima isham..

    namee..semoga berbahagia..

    pak kepak kebum kebum bum bum

    ReplyDelete
  30. insyallah klu da itu mmg jodoh namee x kemana la....penantian yg berbaloi,kesabaran ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  31. insyallah klu da mmg jodoh namee dgn isham x kemana....

    ReplyDelete
  32. sangat menyentuh perasaan. semoga kekal jodoh ke akhirnya hayat. amin :')

    ReplyDelete
  33. sweet..akhirnya direstui..alhamdulillah..bila nk kepak2 kebum ni? :P

    ReplyDelete
  34. So sweet namee oi!

    Hati kental habes lah pasangan nih salute lah, harap berkekalan hingga ke syurga la yeah :)

    ReplyDelete
  35. Whoahhhhhhhh! selamat pengantin baru lah kak namee & abam isham! kihihkih :P

    ReplyDelete
  36. Isk....dasatnya cite Namee....terharu akak baca....Alhamdulillah la ye sekarang mama Namee dah restu dah....baguslah kalau dah ada restu tu...bole la start pikir next step pulak...or dah pikir kot sebenarnya....hehe

    ReplyDelete
  37. tahniah namee huhu excited jgk bca...xsbr tggu thn dpn huhu...t upload picture erk lau kawen huhu...

    alhamdulilah awak dapat jodoh yg baik huhu 6 thn bkn skjp tu cm2 dugaan tp still go on...laki yg baik laki yg suka kucing huhu

    ReplyDelete
  38. yeayy!i just met you! hahaha namee ni i..kt kaunter Sains td tu :)

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah, akhirnya mak Namee restu jugak kennn, walaupon 6 tahun berlalu. 6 tahun bukan sikit2 jangka masa tu! hope namee jaga perhubungan, jgn buli2 Sham, hehe. ke jinjang pelamin, insyaallah :))

    ReplyDelete
  40. semoga happily ever after dan cepat sembuh

    ReplyDelete
  41. waa seronoknya baca entry namee ni! semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga.. sekarang ni susah nak jumpa lelaki yang macam tu,harap2 dapat jodoh yang baik2,aminn~~ :)

    ReplyDelete
  42. wah. alhamdulillah. bolela proceed for the next step namee. hehe. nnt jangan lupa jemput tau.
    suka lah tu

    ReplyDelete
  43. hehehhe..

    macam drama.
    sedih jugak namee.
    tapi alhamdulillah.
    kesudahan yang awesome.

    wan pon berbeza usia dengan shuhada.
    dia lagi berusia dari wan.

    hehehe.

    counting days tunang ke kahwin terus ni namee?.

    tapi takkan counting days tu tunang kan.

    hehehe.

    moga kekal ke syurga.
    amin!

    ReplyDelete
  44. wah byk halangan tpi masih bleh bertahan...hbat la akk

    ReplyDelete
  45. leh buat novel citer ni namee..selama ni silent reader je..tapi kalau dah jodoh tak ke mana..yup papa is the best friend forever, mama pula is the best guardian forever.. once u dah jadi mama, u akan tahu kenapa parents terlalu menjaga..

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah. Hampir 7 tahun. Semoga bahagia sampai syurga dear. =)

    ReplyDelete
  47. Alhamdulillah. :) happy for u. seronok kan bila cinta direstu. restu tu penting sgt. semoga namee bhagia dgn isham.kalau dah plan nak kahwin,jgn lupa jemput.hihi..

    ReplyDelete
  48. salam kenal.. already follow.. follow me back ye.. jodoh pertemuan semua ditgn Allah... hepi blogwalking..

    ReplyDelete
  49. Walaupun panjang cerita ni, tapi best membacanya... Bertuah Isham.. Bertuah Namee... :) . Harap terus berkekalan ye..

    ReplyDelete
  50. oh am geee.. :) thank u all for the positive comments. will reply each of you. sobs :''') terima kasihhh.

    ReplyDelete
  51. alhamdulillah..happy for you namee!! :) redha Allah terletak pd redha ibu bapa kan. sabar namee tu berbaloi akhirnya. semoga kekal sampai syurga.

    ReplyDelete
  52. how sweet :) umur sis bape ea ? hehe

    ReplyDelete
  53. anak derhaka. aku rasa boyfren ko mesti tipu ekau! dia tu jahat sebenarnye.

    lol! sume komen positive je.. aku letak satu komen negative.. gyahahaha!

    ReplyDelete
  54. kalau makan nasi minyak jangan lupa JEMPUT ya......ya......

    ReplyDelete
  55. alhamdulillah. akhirnya direstu jugak. nanti kak namee sambung la cerita. kite nak baca lagi. hihi :)

    ReplyDelete
  56. sweetnye namee .semoga berbahagia smpai syurga :)

    ReplyDelete
  57. kenapa mama namee x suka isham ye..pernah tanya x kenapa?

    pastu muka namee paling buruk kat universiti? oh namee kamu dahla cantik mcm bidadari..kalau kamu paling buruk akak x leh bayangkan camno hehe


    ekceli akak penah lalui situasi sama mcm namee..cinta dihalang..tp akak x sekuat namee..akak putuskan hubungan dan buang dia dr hidup akak..tp akak redha sebab dah jodoh akak dgn suami sekarang :D

    ReplyDelete
  58. kak rina...pernah tanya kenapa....tapi entah dia just kata dia benci gila je.

    ReplyDelete
  59. kak rina...pernah tanya kenapa....tapi entah dia just kata dia benci gila je.

    ReplyDelete
  60. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Long Distance gak for a while rupanya!!!!!! And tak drestui! Saya pon long distance gak! Tapi I kat Sarawak, si dia kat Semenanjung. Best nyaaaaa entry u! Menitis dah air mata ni

    ReplyDelete
  61. alhamdulillah kesabaran tue pasti ada hikmah..tahniah2 :)

    ReplyDelete
  62. alhamdulillah...nameeee, cerita awk ni macam cerita cinta sy laa hahaha...end up mama sy pun restu secare tibe2 time tu sy kt penang, nenek call bgtau :) da 2thn kahwin and ade baby boy sorg :)

    ReplyDelete
  63. suke bace blog sis ! btw sy pown cinta tak direstui jugak .. tataw cane nak bagtaw parents :(((( sy jd pendiam jew skg nie ...:(

    ReplyDelete
  64. aishh..nak nangis bace part ayah..yg last tu.. :') congrats!! :D

    ReplyDelete
  65. lebih kurang sama macam cerita kami... :)

    ReplyDelete
  66. Kak Namee, nak tanye sikit...kakak sy pn ada mslh mcm tu jgk..kakak sy skrg tgh pursue degree kt unikl...umur 23...skrg ni die ada mutual relationship dgn kitorg pnye sepupu tiri (tak couple pun)...tapi masalahnye mak sy tak bagi kakak sy kwn dgn abg tu...sebabnya mak sedare kitorg (mak tiri abg tu) suka merendah-rendahkan org...dh la kakak sy ngan abg tu dh 10 thn diorg pnye relationship...mcm mne tu kak namee...sy yg tgk pn kesian kt kakak sy...

    ReplyDelete
  67. Hai namee. i pun dlm situation yg sama mcm awak dulu.
    hopefully dapat happy ending macam u guys.
    happy alwayss.. peace.!! :)

    ReplyDelete
  68. sangat2 sweet ini story walaupun gula sudah nai harga...hihihi

    ReplyDelete
  69. Interesting and touching stories... salam perkenalan Namee! :)

    p/s: btw you're sooo pretty!

    ReplyDelete
  70. baru baca entry namee y ini..berlinang2 air mata ..hahaha.. namee anak y baik,gadis y baik,allah kurniakan lelaki y baik. kami doakan namee n isham bahagia smp syurga. amin.

    ReplyDelete
  71. mcam mana u hadap semuanya dalam masa 6 thun? saya dalm 3 tahun hubungan tak restu ni banyak gila msalah. susah gila, sampai nak jadi gila. please tell me how you did it. perlukan motivasi untuk teruskan hubungan yang tak direstui ni,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...