Tuesday, November 20, 2012

Kanak-Kanak Autisme

Hello.. :)

Ini kisah tentang adik saya yang autisme. Jangan ambil lewa. Esok lusa kita ada anak juga. hihi ayat tegas konon

Adik beradik aku 5 orang straight perempuan. Ma pa aku teringin gila nak anak lelaki. Memang masing-masing usaha nak dapatkan anak lelaki. Tapi dari anak sulong sampai lah anak kelima, semua perempuan. Diorang give up juga lah after dapat yang kelima ni. Memang nak stop terus taknak ada baby dah. Plus dah semakin berusia , so rasa macam tak larat kot nak jaga anak kecik dah. 

Tapi , ada rezeki..mama aku pregnant lagi. Tahun 2002 masa tu mama umur 33 tahun. Masa tu takde la harap nak ada gender apa sebab redha jela. Kalau perempuan pun takpelah. Tapi bila scan, tengok-tengok gender dia boy. Kitorang semua excited gila lah. First boy in the family ! Mesti lah excited dan happy sangat. Tak sabar nak tengok dia keluar perut mama aku. hihi. Siap adik beradik dah pakat-pakat nak letak nama Daniel sebab orang nama Daniel selalu handsome. :P muehehhe.

So on 2002 dapat lah budak comel ni....
Daniel Hakeem


Bila Daniel umur dah 4 tahun, kitorang macam pelik kenapa Daniel masih tak bercakap. Plus suka ketuk-ketuk kepala dia pulak tu. Entah macam, ayah aku and kakak-kakak aku ada tanya-tanya doctor and kebetulan terbaca dalam suratkhabar pasal kanak-kanak autisme. Apa yang tertulis dalam suratkhabar tu semua sama macam character Daniel. Check kat doctor..em haah Daniel memang budak autistic. Happy seketika sebab dapat first boy then dugaan datang untuk ma pa saya. Kuasa Allah. 


masa ni Daniel tak selera makan langsung. Taknak makan. Kurus kering. 


Tak tahu apa itu autisme ? 

Em, tak tahu nak explain macam mana tapi kalau korang tengok cerita MyNameIsKhan, Temple Grandin tu mungkin korang faham sikit-sikit lah. Tapi budak autistic ni ada yang slow learner and ada yang fast learner. 

Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. 



Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif.

Budak autistic susah nak kesan sebab physical diorang normal, dalaman yang tak normal (fungsi otak).. Tapi ini tanda- tanda lah yang menandakan kanak-kanak itu mungkin autistic...










Semua di atas adalah sedikit / sebahagian ciri-ciri kanak-kanak autisme. Kalau sesiapa ada anak ke saudara ke ciri-ciri macam ni, baik cepat-cepat pergi check then therapy. Kalau detect awal, boleh buat rawatan awal. Budak-budak autisme yang sembuh selalunya yang pergi sekolah and therapy. Mudahan adik aku pun boleh lah sembuh. Kadang-kadang sedih bila tengok dia. Budak yang sebaya usia (10 tahun) dia dah pergi main bola dah dengan kawan-kawan kat padang tapi Daniel still macam baby lagi.  Still menangis dan mengamuk ( tantrum). 


makan apa-apa, bila dah muak campak merata-rata. Tangan kotor, lap kat rambut. haha

Kalau bawak dia keluar pergi makan, kena ada bodyguard kepung and pegang tangan Daniel. Takut dia lari sebab dia lari laju gila. Kalau bawak dia pergi makan KFC, kena kepung dia kat meja sebab nanti dia tak sabar nak makan ayam KFC, dia terkam orang sebelah table punya ayam sesuka hati dia je. 


tiap-tiap hari dia conquer tv. orang lain tak boleh tengok tv. kalau kacau, dia akan pukul-pukul muka dia and mengamuk. 

malam tengok berita sampai Subuh, bila dah pagi tidur sampai ke petang. cycle  tidur pun dah tak betul. 

Habit suka kopek barang.....
Keyboard laptop, pc, handphone semua kena kopek.Semua kerja Daniel. Jangan peliklah tengok laptop ke handphone kitorang ni berlubang-lubang. Tak larat nak sorok dah,mesti dia dapat cari juga and kopek kopekkan. Beli baru pun akan jadi sama,terkopek kopek lagi.haha

Banyak habit dia yang pelik-pelik. Kencing dalam CPU. Buang air besar merata-rata. Rosakkan barang. buang astro card etc, kopek tv,handphone, laptop, kulit orang, tampal sticker and nak kopek no plat kereta orang. Sekarang Daniel dah umur 10 tahun. Kesian tengok mama papa risau. Doakan adik saya sembuh . Sejak ada Daniel, kita semua family jadi unite. tu hikmah dia. hehe. Daniel ni anak emas sebab dia special. 

Korang kalau ada kenal anak sesiapa yang macam ada tanda-tanda stated macam di atas, pergi ajak check cepat2. 

Happy reading and thank you :)


10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


62 comments:

  1. anak cousin pun ada yg autism.. pergi sek khas. tp kat sek dier tido je..

    ReplyDelete
  2. owh baru tau namee ada adik lelaki.. alhamdulillah keluarga unite, itu hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. ooo..tp kasih syg tp xbrbelah bagi kan?drh dging sndiri.

    ReplyDelete
  4. kanak2 autistik ni unik... walaupun byk cabarannya..

    ReplyDelete
  5. ada hikmah.. besar pahala jaga anak2 istimewa ni.

    sy ada sorg kawan yg anak dia autisme. mmg besar cabaran dan pengorbanan yg diperlukan utk besarkan ahli syurga ni.

    moga namee dan keluarga terus kuat..

    ReplyDelete
  6. Insya-Allah, May all the family be blessed including your cute lil bro.

    ReplyDelete
  7. setiap yg allah bg tu mesti ad hikmahnya:)

    takpe.besar pahala nya kak.:)

    ReplyDelete
  8. saya ader anak saudara sindrom down...cm awak cakap ble ader Danial damily awak unite...samalah cm family saya...kami sumer sayang kan anak saudara saya tue....w'pn die xsempurna seperti kita, tapi insan cmtue mmg istimewaaa......=)

    ReplyDelete
  9. Moga adik sis namee boleh sembuh.Insyaallah..

    Ya, macam yang kita tau..mesti ada hikmahNya.

    ReplyDelete
  10. semoga dia cepat sembuh. he so cute ^^

    ReplyDelete
  11. besarnya pahala satu keluarga dapat ...

    ReplyDelete
  12. ok, sepupu sy ada sorang mcm tu.. tp dia bisu.. bdn mmg besar.. n one more thing, dia suke jenjalan, if ayah dia xbw dia jenjalan even nek motor sekalipun, dia akan ketuk kepala ayah dia atau pukul/tolak ayah dia.. phewww, tkt jdinya.. kencing merata..kadang² mengamuk xtntu psl.. cabaran kan ada anak sakit cenggitu.. sabar ye namee, insyaAllah adik namee nanti akan sihat..

    ReplyDelete
  13. Hai kak! Baru mengenali blog akak ni then terus jatuh cinta sebab banyak benda best yg akak tulis. Bermanfaat pon ada jugak:-) Hmm semoga your family tabah menghadapi ujian ni. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Like yg akak cakap, keluarga akk bertambah unite kan. Semoga Daniel cepat sembuh. Heheh bagi nama Daniel sebab orang nama daniel ni handsome... betul la tu kak, adik akak ni look handsome taw:-) Have a nice day kakak cantik!

    ReplyDelete
  14. hope kasih sayang bercambah utk si adik..autism ni sgt istimewa dan perlukan perhatian yg sgt2 teliti..alhamdulillah..ada hikmah di sebalik dugaan

    ReplyDelete
  15. Allah kurniakan kekurangan pada seseorang mungkin ada sebab dan mungkin satu hari nanti kekurangan tulah yang akan menyenangkan kita.

    ReplyDelete
  16. stiap yg berlaku pasti ada hikmahny kan..

    smoga daniel yg comel tu cpt smbuh..aminnn

    ReplyDelete
  17. samalah macam family saya mula2 ada 5 org adk bradik pmpuan. masa mak sy umur 40-an mak mngandung lagi. risiko tinggi. tapi alhamdulillah adik saya normal sebab masa mak saya mngandung adik sy dia selalu baca al-quran. tapi adik sy pmpuan jugak :) takda rezeki ade adik bradik laki.

    ReplyDelete
  18. leh tahan hensem gak.. :) kakak2 daniel pun sure cantik2

    ReplyDelete
  19. ooo baru tau... tapi saya ade tengok drama pasal sakit ni.... happy ending story...

    ReplyDelete
  20. awak..saya doakan yang terbaik buat awak dan keluarga tau...semoga adik awak akan sembuh..amin....

    ReplyDelete
  21. Temple Granding juga seorang autisme. Belajar sampai universiti.

    ReplyDelete
  22. saya ada anak sedara autisme,tapi sekarang dah 15 tahun la.dah macam budak normal je.cuma bezanya dia tak nak cakap bahasa melayu dan addicted dengan komputer.

    ReplyDelete
  23. sabar namee. tu semua ujian ada hikmah. insha Allah akan sembuh nanti

    ReplyDelete
  24. hmm sabar k. dia boleh bawak korang ke syurga.

    actually, habit dia boleh ubah kalau dilatih. :)

    ReplyDelete
  25. semua tu ada hikmah..ada kelebihanya tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  26. Dugaan allah, mst ada hikmah kan. Kagum sgt tgk family namee sabar gila.

    ReplyDelete
  27. besar pahala yg ahli keluarga namee perolehi sebab jaga daniel dengan baik..semoga daniel cepat sembuh..

    ReplyDelete
  28. salam...
    akk ada kwn fb yg anaknyer pun penghidap autisme...dia join kelab tuk parents yg ada anak2 istimewa camni...cuba check kat fb kelab autisme tuh...

    ReplyDelete
  29. akk ada kwn fb yg anaknyer pun penghidap autisme nih...dia kata dia ada join kelab autisme special tuk parents yg ada anak2 istimewa camni...cuba check kat fb pasal kelab tuh...

    ReplyDelete
  30. Daniel selalu follow up dkt mana? Tp good la sbb ada supportive family :-)

    ReplyDelete
  31. dia comel sgt..

    semoga dia boleh sembuh...

    semua ada hikmah semua ini

    ReplyDelete
  32. insyaALLAH danial sembh...xpa tu dugaan dari Allah...da hikmah napa dia macam tu...hrp brsbr :)

    ReplyDelete
  33. stiap yg blaku ader hikmahnye kan...insya-Allah, kehadiran Daniel dlm kehidupan namee skluarga mst ade sbbnya....

    ReplyDelete
  34. tiap yg kurang pasti ada kelebihannya... tp siyes Daniel sgt comel.... =)

    ReplyDelete
  35. adek kite syndrm down. tapi active and kuat makan ayam, suka milo ais and paling sula megi goreng SEDAP. hehe. KFC tu nak drumstik je tapi 2 ketul. tarik2 tgk kite tu biase dah la. hehe. :)

    ReplyDelete
  36. Yela namie.. Kekadang Allah bagi ujian kat kita , then ujian tu mestia da hikmahnya...


    Buktinya sekarang keluarga makin united... :)



    Semoga adik namee cepat2 sembuh ok..

    ReplyDelete
  37. tak kenal lagi ada sapa2 yg kena.tp mmg sgt sedey lah kan. tp tu semua hikmah bak kata namee, supaya kita lebih menyanyangi kan..

    semoga daniel cpat sebuh..

    ps: hensem tu, leh jadikan menantu tak??..kikiki (nak ke daniel ngn ikha garang kat umah nih..untunglah kalau nak..kuikui)

    ReplyDelete
  38. saya ada sepupu autism...
    dah 12tahun umurnya...
    dari kecik smpai besar...
    tidak tak boleh cakap betol...
    nak apa2, guna tangan kita...

    tapi yang best, dia layan lagu Jacklyn Victor n Anuar Zain je..

    Suka mkn coklat Cadbury je..

    High Taste kan... TApi kami semua sayang dia sgt!!! =)

    ReplyDelete
  39. hai....sy fresh graduate occupational therapy...mase praktikal kt hosptl dlu mmg byk kne berdepan dgn knk2 autism ni....mmg byk cabaran...tp ade jugak yg senang nk handle...semoga adik awk cpt sembuh....rajin2 hntr dia wat therapy ye...yg plg penting, make sure dia xde hypersensitivity...kalau dia, bgtau dekat therapist...nnt diorg akan tlg reduce hypersensitivity tu...semoga keluarga awak tabah....:)

    ReplyDelete
  40. sy doakan smoga daniel makin ok dari sehari ke sehari.. namee dan family pun makin kuat hadapi dugaan macam ni..insya - ALLAH ganjaran pahala dah sedia ada menanti utk namee sekeluarga :')

    ReplyDelete
  41. namee, same with my broter! sebijik! 10tahun jugee. hensem! kalah abg2 beliau :)

    ReplyDelete
  42. Salam... Jangan risau sangat ye, Michael Phelps legend Olympic tu pun ada autisme..... Anak pompuan saya umur 2 tahun lebih ni pun mcm ada autisme...nenek dia tgh makan ayam goreng selamba je amek makan, pastu abih key board laptop hampir semua nak tertanggal, pasal makan pun sama... kalau x suka main campak je merata-rata...., kopek kulit orang tu memang ada, TAPI PALING DASYAT ANAK SAYA TU CABUT SEBATANG GIGI KAKAK DIA GUNA PEMBARIS JER!!!!! bukan gigi yang dah longgar, gigi yang memang firm takde masalah!!! saya belum bawak lagi jumpa doktor... baru hari ni saya baca pasal autisme dalam blog ni... thank you very much for sharing.... apa-apa pun dengan kanak-kanak special ni memang lebih ceria hidup kita sebab benda tak terjangka pasti akan berlaku.... by the way salam perkenalan daripada saya azman rosman dan isteri... Norhayaty Shari....

    ReplyDelete
  43. salam. adik saya syndrome down. masa umur 2-3 tahun mak saya dapat tahu yang dia syndrome down sbb dia lambat merangkak. Sama macam daniel, bila keluar, semua kena kepung dia sebab dia ni suka lari2. kena banyak bersabar nak jaga dia ni. umur sekarang pun dah 11 tahun tapi tak boleh bercakap sangat. just words yang simple je. kalau lapar cakap lapar, kalau kenyang pun cakap lapar. hahaha. mak saya hantar dia ke sekolah khas tapi tidur je manjang kat sekolah. hahaha. dulu, masa awal2 tahu dia syndrome down, mak ada bawak dia pergi kiwanis tapi tak lama sbb mak pun kerja. tapi dia lah penghibur hati kami semua :)

    ReplyDelete
  44. Tp mesti bnyk keistemewaan dye kan Namee??

    #awk tp serious dye handsome!

    ReplyDelete
  45. ramai yang bagi respond baik. terima kasih atas ilmu yang dikongsikan. sesiapa yang ada pengalaman, kongsi lah kat sini. mama saya nak tahu pengalaman yang lain.

    ReplyDelete
  46. nie hensem boy tu...hope boleh jadi budak baik one day :)

    ReplyDelete
  47. betul2 menguji kesabaran utk autisme yaya ada baca juga dekat Utusan dulu.. Allah nak uji sebab nak bagi saham akhirat kat family namee. insyaAllah nanti daniel sembuh. Amin.. :)

    ReplyDelete
  48. semoga daniel cepat sembuh. aaminn.

    btw, daniel memang hensem. SO, maybe betul jugak biasa orang nama daniel hensem.. =)

    ReplyDelete
  49. autisme ni dia hidup dengan dunia dia. dia suka sendirian, main sorang2. tak boleh sembuh tapi boleh dirawat untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

    Insyallah masalah ni dpat dikurangkan jika dia belajar di sek pendidikan khas supaya dia bergaul dengan rakan2 dan xtvt yang dapat meningkatkan kualiti kehiduapan dia :)

    ReplyDelete
  50. maybe it may help u

    https://www.facebook.com/groups/autisme.malaysia/

    byk sangat info yg berguna dr pakar perubatan/parents yg ade ank autisme etc

    ;)

    ReplyDelete
  51. hensemnya daniel!suka tgk dia...
    btw cucu jiran sy pun lbih krg mcm ni la.
    more to syndrome down la kot.
    dia suka bgun sensorang tgh2 mlm time sume org da tido then pegi bkk semua lampu.bukak la suis ape2.
    pstu dia suka main kt dapur gas.
    dia suka ludah2 dlm api kt stove tu.bahaya sgt.so mmg kna jagaa sgt dia..

    ape2pun suka bca blog namee.

    #ur new reader:D

    ReplyDelete
  52. ank buah kite nama danial amar hakeem. autism jgk. so kite phm apa yg awak rasa. :)

    ReplyDelete
  53. pernah jumpa face to face dengan buak autisme time belajar kat Indonesia dulu. mereka ni sangat istimewa. mereka seolah menciptakan dunia mereka sendir. dan tak berapa nak suka berinteraksi dengan orang luar.

    keep strong Namee. insyaallah semua ini akan ada hikmahNya. kirim salam kat Daniel comel :)

    ReplyDelete
  54. KAK BUI KERJA DGN BUDAK2 KHAS NI..ADA SEORANG AUSTISME
    DIA X SUKA ORG PEGANG DIA TAWW
    TP DIA SUKA PEGANG2,CUCUK2 KAK BUI

    PASTU TIBA2 PANDAI CAKAP DAN GELAK SORANG2..

    TP DIA BAIK,WALAUPUN AGAK KASAR TP YALAH BUDAK2 SPECIAL,TAKDER MAKNANYA KITA NAK AMBIL HATI KAN...

    DANIEL X SEKOLAH KER NAMEE?
    SEMOGA DIA AKAN SEMBUH ONE DAY...INSHA ALLAH

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. Hai Namee,

    Saya ada anak yang mempunyai persamaan seperti anak-anak autisme. My suggestion is, parents Namee bawalah Danial ke NASOM (kalau belum) untuk diagnos dan mereka akan bagi suggestion ape yang perlu dibuat.Dan bawa Danial ke kelas terapi khas (biasanya ada untuk autistik,down syndrom and etc). Kene google untuk cari yg dekat dgn tempat family Namee. Macam saya, dah bawak anak ke kelas terapi, Alhamdulillah perkembangan dia semakin baik dan of course, doa ibu sangat mujarab untuk perkembangan positif anak. Minta mama Namee doa selalu Danial cepat sembuh ya.
    Yang penting, mereka istimewa :)

    ReplyDelete
  57. ada fb fan page baru buka untuk kanak2 ibu bapa atau adik beradik kongsi pengalaman diorang. yang punya fb page tu pun ada anak autism. jadi blh kongsi2 pengalaman biar org tahu yang anak2 autism ni memg special sangat2.

    ReplyDelete
  58. ada satu fb fan page baru ditubuhkan..Memahami Kanak-Kanak Autisme. yg buat fan page tu pun ada anak autisme. jadi boleh la like page tu then comment utk kongsi pengalaman dan sebar kat orang ramai baru mereka tahu ang kanak2 autime ni sangat istimewa.kesedaran tentang autisme kat malaysia masih lagi peringkat rendah..so, jomla like fb nih.. https://www.facebook.com/pages/Memahami-Kanak-Kanak-Autisme/512231058820083

    ReplyDelete
  59. Anak-anak ni mmg sgt speacial,ramai jer dr kalangan mrk ni capai satu tahap luar biasa hingga boleh menjadi orang-orang hebat contoh elbert einsteins, pelukis asal kartoon pokemon,dan ramai lagi. Alkesah, jiran saya anaknya juga austism tp deme kesan lambat,, anaknya tuh satu hari penah menghadap tv channel neckelodeon dr pg hingga malam, mengamuk kalu ada yang kacau tp yang menariknya after incident tuh anaknya tuh tadi totaly bertutur dlm english. habis satu family kene tukar bahasa komunikasi. Satu bab ni jer yang bagus tp habit still pelik2..main sorang2...pantang jumpa pensil warna.. leni ibunya yang jaga sendiri..

    ada sek khas utk anak2 khas di petaling jaya FAKIH kalu tidak silap. exactly belakang universiti Malaya. Pendidikan dan rawatan secara islam. Ada anak yang autism high level yang dihantar disana telah pun berjaya ke matrikulasi.. masih ke FAKIH untuk rawatan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...