Wednesday, October 31, 2012

Takutnya Lelaki Macam Ni

Hello...

Ish, jadi sakit hati pulak baca message si suami ni . Gila kejam dan aku rasa tak patut langsung dia hina isteri dia sendiri ! Benda ni lama dah kot tapi aku baca dalam 2 minggu lepas lah. Seriously kejam gila si suami ni. Nah korang yang tak baca lagi, baca lah luahan hati "seekor" suami yang yang kejam dan tak sedar diri kot. Message ni dihantar pada seorang perempuan yang sexy dan hot gila.


This evening,I received a very long message thru Facebook(he is not in my friendlist by the way).Tapi pelik,dalam facebook account dia ada few friends.Profile photo pun pakai picture 'Edward Cullen'.Under account 'Lovely Father'.

''Assalammualaikum Puan Stephanie..Recently,I came across your Blog and FB.And I saw u once in KLCC with your lucky husband and hansome Ryan.What can I say is..'wow!All men are dying for u!Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt!Okay,let me introduce myself.Im a married guy,ada anak...Actually saya dah lama memerhatikan awak since terjumpayour blog add dari blog isteri saya..I love reading your blogs,enjoy viewing at your photos..U really had a beautiful life..Jeles saya..Entah kenapa.Mungkin isteri saya tidak seperti awak.Dia biasa saja..Yelah,mungkin lelaki seperti saya memang tidak layak untuk memiliki isteri seperti awak..



Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar ..



Menurut pakar,wanita berbadan gempal bawah agak longgar berbanding wanita seperti awak..tidak gempal tidak kurus..Apatah lagi,when I met you in person,wajah awak yang cantik,bahagian dada dan punggung awak adalah penambah selera semua lelaki.Isteri saya?Apa saya perlu buat?Saya tiada selera langsung..Kadang kadang saya fikir,masturbate lebih memuaskan.Kalau saya tiada anak,pasti saya sudah menceraikannya..Kadang-kadang malu nak memperkenalkan dia sebagai isteri saya pada kawan-kawan.Apakan daya...Apa yang membuatkan saya lihat pada isteri saya,dia terlalu mengongkong saya,pemarah,tidak pandai bergaya,tidak expert bab-bab memuaskan nafsu saya sebagai suami dan tidak cantik.



Sebelum berkahwin dulu saya selalu mengimpikan wanita yang cantik,bergaya walau dah beranak dijadikan isteri.Tambahan pula,dia terlalu mengharapkan saya.Sekarang ni,saya seolah-olah berserah dan kesunyian.Kadang-kadang di ofis,saya selesa berborak dengan wanita yang cantik,bergaya,bijak dan bekerjaya seperti awak..Kadang-kadang juga saya terpaksa menipu isteri saya,meeting tetapi dating..Saya tahu saya berdosa tetapi..dia tidak menjaga nafsu saya..Selama ini saya cuma mendiamkan diri dan cakap macam-macam untuk menjaga hati dia.Takkanlah saya nak cakap dia buruk/kurang menarik?Tak cinta dia?Main tak sedap?Saya tertekan.Tolong jangan sebarkan mesej saya k.Ini hanya luahan hati saya.Thanks''


At the first place, kenapa sebagai suami...dia kena luahkan masalah nafsu dia kat orang lain ?Kejam gila kan suami macam ni ? 90% of the luahan hati tumpu kat nafsu dia je. Dah tu compare pulak tu isteri dia dengan perempuan lain. Dia tengok tak dari sudut minah yang dia adore ni character dia macam mana ? Nak ke isteri sendiri, sifat liar dan pergi club semua gesel2 dengan lelaki lain, sondol-sondol breast tu kat sesiapa pun ? That kind of character ke yang dia nak untuk dijadikan sebagai isteri ke? Sedih gila bagi pihak isteri dia yang dihina teruk tu. 

Dia fikir tak dari sudut "sakit beranak" tu ? Nak jaga anak, masak, kemas rumah semua ? Mesti laki tu tak fikir , sebab tu dia boleh keluarkan statement macam tu. Ingat beranak ni senang ke ? Mak aku kata sakit gila kot. Okay, sorry. Aku emo sikit sebab aku rasa sedih gila bila baca bagi pihak sang isteri. Maybe si isteri pun silap sebab tak titik beratkan bab penampilan tu tapi ini boleh bincang maaa. 

Tak faham, kalau buruk sangat lah isteri tu, kenapa kahwin dari dulu? Kalau isteri gemuk lepas beranak, hulur lah credit card untuk isteri pergi treatment and spa? atau bagi moral support supaya isteri boleh pergi jog? Sebab diri sendiri pun tak berduit kot dan pentingkan diri, sebab tu he put all the blame kat isteri dia je. Tahu nak complaint je. Nafsu semata-mata. Kena lah bekerjasama. sobs. Moga dijauhi lelaki macam ni. :/ Sobs, sobs. haha . Cuak pulak rasa walaupun belum kahwin lagi. Tapi yela, perempuan kena jaga penampilan dan kecantikan...kalau takkkkk..... sobs :/
kalau cantik macam ni, confirm lelaki tak complaint. 


tapi kalau lelaki macam si suami ni, perempuan macam ni pun dia tak layak dapat kot. sobs. _i geram ni



Happy reading and have a nice day..




Monday, October 29, 2012

Cinta Tanpa Restu Finally Approved

Hello peeps...

Ini dah masuk Part 2 (terpanjang pulak, i am so sorry!), Part 1 tajuk "How We Met" . 

Sebenarnya dari 2006 aku kenal partner aku Isham, mama aku restu kejap je aku berkawan dengan dia. 3 bulan awal tu okay then lepas tu tak okay. Langsung tak okay, tak restu langsung. Berkawan tu maksudnya sms, call bual-bual ke, tu semua mak aku tak restu. Memang mak aku halang 100% . Mak aku halang tiba-tiba je, aku pun tak tahu kenapa. andaian aku mungkin Isham ni ajak kahwin cepat sangat, Isham ni memandai sangat ke, aku rasa mungkin sebab dia memandai kot. Ayah aku pun terkejut tiba-tiba mak aku tak suka pulak sebab mula-mula dia yang excited.. Tapi nak buat macam mana, dah ditakdirkan jadi sebegitu. Tapi masa tu aku rasa macam renyuk juga lah hati aku, aku dah suka tapi dah tu kena halang pulak. Macam hati kau ni takde perasaan , orang boleh tarik dan buang hati kau macam tu je. Control dengan remote on off "love button" tu. 

Memang mak aku halang gila-gila punya halang, handphone aku memang kena rampas and campak kat dinding. Sampai aku kena belasah teruk dengan mak aku and aku deman 2 minggu. 2 minggu aku taknak makan langsung, aku tidur je. Time tu ayah aku lah banyak back up aku and aku rasa ayah aku lah hero aku time tu. Masa aku demam tu, aku countdown nak masuk foundation UIA. Tak sabar nak step out dari rumah. Nak rasa free and berdikari.  Mungkin lah time tu aku rasa macam renyuk sangat sebab itu lah first love aku wey. Pertama kali aku ada feeling macam tu wey. Lelaki pertama dalam hidup aku wey. Aku nangis teresak-esak. choi macam drama. Aku pun over emotional. Maybe sebab aku dah suka kat Isham . Dah la aku susah suka kat lelaki, memang la aku rasa macam tu .

Tapi aku rasa mak aku buat macam tu mesti bersebab, aku tak blame mak aku pun dan dah Allah catit dan takdirkan begitu. Sepanjang aku study, aku jadi senyap dan pendiam dengan family. Aku banyakkan habis masa aku kat campus je. Bagus lah aku ambik course architecture, so memang busy sebab banyak benda nak kena buat. Isham pulak transfer kat MasWings Sarawak. Masa tu aku sedih jugak lah sebab kami dah kena berjauhan. Kalau dia kat semenanjung, balik flying dia hantar kfc. Masa tu aku dah get ready dah in case kalau Isham dah tak sayang kat aku and mungkin kalau terpikat kat stewardess ke kat sana. Aku dah redha dalam hati. Aku pun memang banyak kali aku macam nak backoff and taknak sms dah. tapi....hmmmm. macam susah je. :/

Tapi sepanjang 3 tahun Isham kat Sarawak, dia tak pernah langsung buat hal. Sepanjang masa dia call dan contact, video call aku untuk update dia buat apa semua. time nak fly pun dia akan call aku dalam cockpit dan update waktu dia akan mendarat.  Daily routine semua dia update kat aku walaupun aku tak suruh. Dia pun minta aku update activity aku kat dia gak. Dia kata dia nak kenal aku dan bersungguh nak aku jadi isteri dia. Sampai dia kena transfer kat Florida, USA pun dia still buat yang sama walaupun USA tu jauh gila. Dia cari option untuk contact dan tak pernah ada alasan untuk tidak contact dengan aku setiap hari, setiap saat.

Waktu 6 tahun tu berjalan dengan pantas. Tup tup dah 6 tahun pun dan aku risau sebab mak aku tak restu dan mak aku tak tahu pun yang aku contact dengan Isham ni. Dah tu macam mana nak kahwin ?? Kahwin lari ke ? Aku taknak kahwin lari dan aku tak terfikir langsung untuk buang keluarga terus. Aku rasa macam aku derhaka kat mak aku dan mak aku pun memang pernah claimed "Kalau namee contact dengan dia, hang anak derhaka". Serba salah aku sebab aku dah la derhaka dah tu aku hope sangat Allah buka hati mak aku untuk terima Isham. Selama 6 tahun tu aku jadi passive. bila cuti je aku senyap je and buat kerja sendiri dalam bilik. 

6 tahun wey, hubungan berjalan tapi tak boleh kahwin. macam main tikam-tikam pulak. Mencuba nasib. 

Tanggal April 2011 . Mak aku sendiri tanya kakak aku...

Mama : Namee tu takde boyfriend ke ?? Takkan takde bf langsung. Jarang mama nampak dia sms. Takkan takde sesape berkenan kat dia. takkan takde budak class ke ngorat ke pikat dia ke??! 

(soalan "namee takde bf ke ??" tu dah banyak kali dah mak aku tanya sepanjang 6 tahun tu kat aku sendiri tapi aku jawab "haah takde bf lah ma. takde orang minat adik pun. Muka adik paling buruk dalam university. takde siapa pandang." lalu mak aku pun diam)

Kakak aku slumber dek jawab...

Kakak: Kalau kakak bagitau ni, mama jangan marah eh. Sebenarnya namee dengan Isham masih contact. 

Time tu, kakak aku cerita mak aku macam nak naik angin jugak lah masa tahu aku contact dengan Isham . Dah tu kakak aku explain satu persatu dan nyatakan perangai baran aku yang selalu marah dan buli Isham. Isham je kot lelaki yang paling sesuai dengan aku agaknya. Isham ni character dia macam mak mak pun ada. Lembut sangat. Dia akan jaga kau macam seorang mak jaga kau. Gitu la. Bila aku lapar, bila aku sakit, bila aku sedih, bila aku gembira, bila aku kena buli, dia tak pernah tinggalkan aku. Sama macam mama papa aku juga la sifatnya.Lagi satu dia humble, aku tak pernah tengok dia berlagak dengan apa yang dia ada, pelajaran dia, harta ke kemewahan ke dia senyap je. Kerja dia sengih je. Tak pernah look down on others. 


Thats my Patrick Star aka Isham

Masa kakak aku revealed kat mak aku tu, aku takde kat rumah. Aku duduk kat asrama kawan aku. Masa tu aku nak tenangkan fikiran je , tu yang aku tumpang bilik kawan aku tu. Kakak aku beriya-iya call "namee namee !! balik lah rumah !! ada berita gembira ni ! berita gempak gila ni !! Balik tau !!" .

Aku macam malas je nak balik time tu. Tapi on the next day aku balik la. Dah kakak aku kata ada berita penting. Berita pentingnya, mak aku yang sampaikan sendiri. Gini dialog mak aku....

"mama dah tahu dah ! Pasal namee dengan Sham tu " - dengan muka slumber.

Aku blur dan terbayang ni..."eh nak kena belasah lagi ke" is this a kind of prank ?"

dan juga ini..."adakah aku bermimpi ???"

Sebenarnya bukan mimpi ! yippie !!! Tapi peringkat permulaan walaupun mak aku dah tahu dan tak marah tapi still pertikaikan dan tanya apa kelebihan Isham. aku tak jawab soalan tu dan aku tak back up pun Isham. Sebab aku tahu sifat positive Isham dan biarlah Allah sendiri yang buka hati mak aku. Aku taknak back up Isham sebab aku tak suka nak argue.

Since then, mak aku makin boleh terima dan sekarang dah terima terus ! Oooo sekarang kalau  aku marah Isham, aku yang kena marah balik nanti dengan mak aku. Isham dah jadi anak emas pulak. hehehehehwahh ! alhamdulillah. Isham memang deserves disayangi pun sebab dia sayang kucing, kanak-kanak dan orang tua dan hati dia yang penuh kelembutan.
saja letak gambar ni sebab comel dan adorable. hehe

Alhamdulillah. Counting days...

Apa-apa pun hubungan tanpa restu sangat lah tak digalakkan. Walaupun aku dalam situasi hubungan tanpa restu, tapi still aku terima karma. Esok lusa aku pulak tak suka kawan anak aku, anak aku degil macam aku juga. Benda tu karma. so, aku kena terima karma. gulp. Kadang-kadang sesuatu benda tu jadi ada hikmah jugak. Sejak dari case tu, aku rapat dengan ayah aku. dulu aku tak rapat dengan papa aku , memang tak bercakap pun. Lepas jadi hal macam ni, baru aku kenal ayah aku dengan rapat dan baru tahu ayah aku walaupun nampak serious tapi sebenarnya sporting habis.  Dengan mak aku pun, dah rapat makin rapat. Yang buat aku kuat sepanjang 6 tahun tu sebab aku ingat janji ayah aku. Ayah aku kata "jangan sedih lah. Esok lepas degree habis, papa pujuk lah mama." . So dengan berbekalkan semangat dari ayah aku tu, aku kuatkan diri lah.


Isham tu bestfriend . Kita selalu work as a team dalam segala situasi. Beza umur takde masalah pun dalam family aku . even mak ayah aku pun beza 10 tahun. Counting days, January tahun depan 7 tahun. sobs 

Terima kasih sudi baca entry panjang. :)




Saturday, October 27, 2012

Lokasi Kamera AES (Automatic Enforcement System)

Hello peeps..

Aku dah kena saman on AES sebab speed time aku ke kenduri kawan in Perak. Sekali saman RM300. Fuhh. Dengar cerita before ni satu saman RM150 je ? Oh sekarang RM300. sobs sobs. sedih. Sia-sia. RM300 boleh beli kasut baru. Takpelah, salah sendiri. Siapa suruh bawa laju. Kalau tahu ada spontaneous photoshoot AES ni , ceq dah makeup tebal-tebal dah standby nak buka tingkap lambai-lambai...heh

Surat akan sampai ke rumah terus. Memang salah sendiri lah kan. Bagus gak kerajaan buat macam ni, takde lah ramai yang terbabas and takdelah golongan-golongan yang suka race kat highway ni. Modified kereta macam-macam enjin turbo lah apa lah lepas tu lumba haram. gulp. AES one of a way lah pupuskan mereka. yeeehaa.Jangan sedih uols, lepas ni nak race pergi tempat yang sepatutnya okay. 

Bagi sesiapa yang tak tahu AES tu apa, Aes tu adalah Automatic Enforcement System diletakkan di sepanjang jalanraya untuk tangkap gambar kereta sesiapa yang posing lain macam. eh yang laju gila. Sekarang limit max boleh drive 110 je kot setahu aku. :/ sedih. sobs. Sebab rasa macam lambatnya lah. haha

Banyak gila kat sepanjang highway. Selepas tol pun banyak. So, korang hati-hati lah.Ada je yang drive dari johor ke KL, dapat 10 saman terus. Mana nak bayor tu.. :/

Bawah ni senarai lokasi kamera AES yang ada...


Banyak lagi, boleh refer kat website ni terus dan download semua lokasi....http://www.mdanif.com/2012/10/senarai-lengkap-lokasi-pemasangan.html#axzz2APbxF48U

Macam mana nak elak AES ni ???? Oh ada caranya ! Download aplikasi pengesan kamera AES, so that kalau lah korang terlajak tekan paddle minyak tu terlebih, bila ada detector ni jadi macam alarm la. Warning suruh slow, kalau tak kamera dapat lah tangkap gambar kereta korang tu. Download kat sini aplikasi itu....DOWNLOAD APPLICATION AES DETECTOR

Aplikasi tu sangat berguna ! Cara nak download boleh refer kat sini juga LOKASI KAMERA AES / CARA DOWNLOAD

Hati-hati semua. have a nice day.. :)




Wednesday, October 24, 2012

Siapa Akan Kahwin Dulu ??

Hello peeps..

Korang dalam geng ada tak buat countdown ke , tilik nasib ke siapa yang akan kahwin dulu ? Haha. Dulu antara kami 5 orang ni ada lah main target-target siapa yang macam akan kahwin dulu. You know, aku number satu ok calon yang akan kahwin dulu. Ceeeh. Tapi dah 2 tahun grad pun aku tak kahwin lagi pun. Jodoh tak sampai lagi. haha. 

Ini geng. dari foundation UIA kat Petaling Jaya sampai lah graduate UIA Gombak....
Okay,saya calon number 1 yang bakal kahwin after grad . Tapi......na'ah....sampai sekarang belum lagi....hehe.

Tapi Dalila dah kejar dulu....weee. Jodoh dia sampai dulu...Alhamdulillah ! :'D
Alhamdulillah... :) Dalila nampak cantik sangat. Partner named Shafiq Hashim pun sama sama studio dulu. Dari first year sampailah 3rd year ! Architect kahwin architect lah ni kiranya. hehe. So seronok lah sebab kitorang memang tahu la detik-detik / bibik bibik percintaan (eh yeke bibik? bibik tu bukan orang gaji ke? sorrry spm aku dapat B for BM). hehe. tengok senyuman Dalila, terus hati berpaut..gituuu . How sweet. !

We came all the way to Perak ! eh mestilah datang, kawan baik kahwin ! Excited nak mai ! walaupun aku sampai lambat sebab rasa gelabah takut salah jalan, tapi akhirnya sampai juga ! Rasa macam confused sikit sebab dari satu tempat ke satu tempat quite a long distance. hehe. Biasa drive kat KL and Seremban je. Satu tempat ke tempat lain macam seciput. Kat Perak jalan panjang-panjang tapi jalan lurusss...senang nak faham ! 

Finally, sampai juaaaa...sempat jumpa kawan-kawan geng ! Tadddaaa ! 
Ila, Shafa, Dalila, me :D and Tini yang sweet...kawan yang sangat best dan baik. aku untung sebab dapat kawan-kawan yang baik. Tak sia sia aku masuk UIA yang aku berat hati nak masuk sangat dulu tu. Tapi sekarang , aku rasa syukur gila sebab tak gaul dengan budak-budak pelik.Semua jenis yang proper dan baik. :) Takde yang kaki kaki club ni. Memang not in the list. 


Ila (roommate yang sangat concern) and the bride.. pretty Dalila... :') . Seronoknya berkawan lama . dari zaman study, then habis belajar masuk next stage is kahwin ..lepas tu masing-masing ada anak ... :'') 


Le pelamin... hehe .perfecto. 


si cantik sebelah aku baju oren tu pun bakal pengantin lah tu...eh Shafa ? :P


Jelitawans. :)


Kitorang mula rapat bila aku tengok minat kita dua ni banyak yang sama. Opinion pun selalu sependapat, satu haluan. Kalau dalam studio, aku selalu tengok design dia.haha. Kemas dan banyak idea. Dalila ni kalau minta tolong, dia tak pernah said no.Selalu cakap yes dan tak berat pun nak menolong. Kalau ada apa nak luahkan masalah kat dia, dia tak pernah bagi negative respond. Selalu positive je dan sedapkan hati kita. sobs sobs :')

Walaupun sekejap je dapat pergi sebab sampai lambat tapi rasa puas jugak lah sebab datang wedding bff. yippie !

Ni konon nak ejek budak sore eyes 5 days MC lah ni. Beriya muncung. Tapi aku rasa Allah  murka la sebab aku duk mengejek-ejek..Esok tu terus aku jatuh toilet sampai kena jahit...


terus dapat mc. muka bengkak

Taknak ah ejek ejek 5 days mc...

Happy reading and have a nice day... :)




Sunday, October 21, 2012

Kena Jahit

Hello peeps..

Kening terbelah, gigi patah , rahang muka senget.

Hmm, dengan mata bengkak sebelah dengan gigih menaip entry kena jahit. Nak pesan kat semua hati-hati lah. Pagi tadi aku sakit perut so pukul 830 pagi terus pergi toilet dengan mata kabur. Dalam toilet tiba-tiba nakpitam dan mata terus black out. Tengah berdiri, terus tumbang.  Kepala hentak dinding. Yang aku ingat masa aku 20% sedar tu aku panggil "mama". Tekanan darah rendah, memang senang pitam.

Tapi kuatkan diri jugak keluar lari dari toilet terus jatuh atas lantai. Semua orang blur-blur kenapa aku tumbang tiba-tiba. Aku macam 10% je sedar, yang aku dengar semua cemas "amik kain" amik Kain". Aku pelik kenapa diorang kena ambik kain..nak buat apa...

Oh, kening aku terbelah... :/sobs...masa kepala terhantuk kuat, dahi aku terhantuk kat tile dinding...macam pisau belah daging. so tile tu macam pisau la..
Serious, tak rasa sakit. ini time darah dah stop. sebelum sangat meleleh. sebab aku pitam tak sedar jap. so macam tak tahu apa jadi.

Aku pelik gila kenapa mama aku macam tak sanggup nak tengok dan tolong cuci kan luka ni. Sambil lap luka aku, mulut "eee" ehhh" "mama tak boleh tengok ni". Aku pun mintak mak aku cermin, aku nak tengok sendiri.Bila tengok, punya la besar belahan luka.Dalam sedalam 6mm. Luas jugak lah.gelik tengok sebab dah macam nampaktulang kening pun. sobs :/


Aku tak rasa sakit sangat. Tapi semua macam cemas lah takut berparut dan bertanda. Pergi clinic, doctor kata better pergi plastic surgeon sebab takut parut kalau jahit biasa. Tapi dalam Seremban memang takde plastic surgeon. Kalau nak pergi, pergi KL.tapi as for safety, better refer kat hospital kerajaan dulu untuk check.

tak mandi pergi hospital

Majority suruh aku wait sampai esok dan jangan jahit hari ni sebab takut parut kalau jahit biasa dan esok pagi nak bertolak ke Melaka jumpa pakar. Semua suggest aku pergi plastic surgeon pakar sebab plastic surgeon akan jahit luka tu dari dalam so tak lah nampak parut tu nanti. Mak aku memang  tak bagi aku jahit tadi sebab takut parut. tapi doctor kata luka aku dalam sangat, takut kena infection dan akan ada selaput atas luka tu yang akan membuka luas lagi luka aku tu. Lagi teruk kalau tak jahit. sobs:/

Tapi, perangai aku kinda annoying lah tadi sebab time kat hospital, aku tanya semua staff/ doctor/ nurse semua aku tanya.."sakit tak jahit" .."sakit tak jahit" ..."sakit tak jahit" .."sakit tak jahit" . Tapi diorang jawab elok-elok je. Aku macam nervous sangat sebab first time kena jahit dah tu luka yang dalam sangat. Daging terbuka. eee. Macam mana lah orang yang accident tu. :/ .Kesian diorang sebab aku tanya banyak kali soalan sama. :/ Maaf lah semua doctor dan sesiapa yang aku tanya soalan "sakit tak kena jahit" tadi tu. :/

Dah fikir punya fikir, aku rasa taknak la wait sampai esok.Nanti luka aku kena bacteria ke apa lagi sedih...Parut pun parut lah. Takpe. :/ 

Alhamdulillah nurse lelaki tu jenis lelaki yang proper dan lembut. Dia jahit elok-elok. Bila kau sakit tercakap ouch time dijahit dia siap say sorry lagi. Siap hantar sms lagi pesanan jaga luka elok2 nanti dah baik luka cari ubat hilang parut . Hospital kerajaan okay gak eh. Sangat okay all the staffs. Doctor chinese comel gila and kind. Ni first time aku pergi hospital kerajaan,. Overall diorang best . Baik je.Tak macam yang orang selalu kata garang pun. :B Maybe certain places kot. :/


Yang buat aku terharu, tiap kali aku jatuh sakit.Mak aku tak pernah sisihkan aku .Dia selalu ada angkat aku pengsan, suap aku makan tadi, suap makan ubat, time aku tengah jahit tadi aku mintak mak aku duduk sebelah katil aku and aku genggam tangan mak aku kuat-kuat. Sobs. Sayang mak dan ayah saya yang selalu ada. sobs. Mana nak dapat mak ayah macam ni...gila best. Siap concern parut kat kening anak lagi.Contact sana sini cari pakar plastic surgery. Padahal aku macam tak kisah pun parut tu. 

Nanti nak kena pergi check gigi pulak. Gigi patah, nak makan pun rasa tak best dah sebab ngilu gila. Rahang muka aku pun dah macam senget ni.Nak kena X-ray and check.Aku tak boleh nganga besar pun. Sakit. sobs :/ Jatuh toilet, macam-macam boleh jadi. Korang hati-hati lah. Pakai helmet next time. Nasib baik aku tak lupa ingatan walaupun terhantuk kuat.kalau tak, password blog tak ingat dah. hehe

Happy reading and have a nice day. Sayang ma pa. 





Friday, October 19, 2012

Tabita SkinCare

Hello peeps...

Antara korang ada tak masalah open pore kat kulit muka ? Selalunya masalah kulit muka ni punca nya sebab kulit muka berminyak / over oily sampai kulit jadi kotor dah tu bila kulit berminyak, liang roma akan terbuka sebab tersumbat minyak dan kotoran. Aku ada masalah yang sama, tak tahu lah nak buat macam mana lagi. But then kawan aku suggest aku cuba guna product TABITA dengan intention untuk hilangkan pore je ! Plus, sebab katanya famous jugak dikalangan artist Indo dan Malaysia. Aku pernah dengar tapi tak pernah try. Aku memang tengah runsing pasal liang pori terbuka pun kat muka ni. Nampak buruk gila kot bila muka ada lubang-lubang. Sedih. :(
my open pores. :(

after tabita. gambar tak makeup yet pore lubang memang tak nampak.

Aku tengok Ayu Raudhah kata Tabita ni elok sebab dia pakai...So, aku yang cepat terpengaruh dan nak hilangkan pori ni pun....hmmmmmm....cuba lah jugak ! hehe

Aku cuba Tabita Skin Care ni, Alhamdulillah pori aku semakin tertutup. Yang utamanya, Tabita ni tolong keringkan kulit aku. Reduce kan minyak dan seterusnya kecilkan pori-pori tu. Jerawat jangan haraplah nak ada. hehe. Nah tengok gambar ni....

Yang best nya , Tabita ni guna bahan semulajadi. Memang elok sangatlah kat kulit aku yang sensitive sangat ni. Kalau guna pencuci muka yang banyak bahan kimia, mesti jadi merah-merah dan pedih. Bahan utama nya adalah estrak papaya, yang juga mengandungi vitamin A, C & E. Vitamin A dapat membantu untuk mengeringkan jerawat. 

Harga Tabita ni mahal sikit lah tapi aku rasa worth lah dengan keberkesanan dia dan fungsi nya yang menyeluruh....

* Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat
* Menyamarkan & menghilangkan bintik - bintik hitam & putih di wajah
* Mengecilkan pori - pori
* Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata
* Memutihkan & mencerahkan warna kulit
* Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya
* Menegangkan kulit muka, sehingga anda kelihatan lebih muda
* Menghilangkan parut di wajah
* Menghilangkan kedutan
* Mengatasi masalah jerawat
* Mengatasi masalah jeragat
* Meyerikan kulit yang kusam

Ni pengguna Tabita jugak ni...


Kalau rasa nak try, boleh order kat sini ... Biar mahal tapi berkesan. :) Sekarang saya dah tak guna tabita. Tapi takde kesan sampingan pun. cuma kulit dah tak glow sgt. 

Happy reading and have a nice day.. :)







Monday, October 15, 2012

Sangat Kagum !

Hello peeps...

Hari tu saja google nak cari DIY untuk hias rumah sikit. eheheh. OMG, terjumpa benda ni pulak. Ini sangat mengkagumkam. Seriously teruja tengok creative DIY macam ni. Teringin nak buat cuma jadi tak jadi lah. Kagum gila tengok semua creativity DIY kat bawah ni. Jom tengok !

1) Fashionable bag ?
Laa, tak terfikir pulak nak main gabung-gabung sampai jadi beg macam ni! hehe. Syok juga. Tahan lama. hehe. Sesiapa yang suka ber-fashion, sesuai sangat lah cuba buat beg ni. saya nak try ! We'll see,jadi ke tak. :B
cun gak handbag macam ni. kalah LV Gucci Prada semua. haha

2) Planter ? Candle Holder ?
Bahan-bahan tin kosong dengan pengepit macam pengepit spender baju je ?



Dah tu terus boleh jadi candle holder?

Planter box ? :D
Woah, nice . Okay, yang planter ni memang akan buat sebab bahan-bahan dah ada kat rumah ! Okay. nak buat !

3) Lampu Sudu



Okay , ini memang awesome gila tapi yang jadi pertanyaan...boleh tahan panas ke botol plastic dengan sudu plastic tu ? :B Tapi kalau buat sekadar lampu perhiasan sangat awesome gila kot. :D

4) Toilet Paper Roll Wall Art
Oh pakai toilet roll punya gegelung tu, penyek sikit bagu ada edge dan potong-potong, gabung-gabungkan sampai jadi bunga....Tadddaaaa ! Jadilah wallpaper 3Dimension ! 


Smart ! 3D .

5) DIY Wishing Card
Selalu kalau nak beli card kat Memory Lane pun harga RM10 ke atas. Kalau  nak buat card sendiri , asyik-asyik buat concept collage je main tampal-tampal kertas warna. Tak pun main tampal-tampal tulisan yang potong dari magazine. haha. betul tak ?

Haa, buat macam ni sweet jugak !

Guna sayur je. ?
 Hasilnya...
Oh buat card cinta cinta untuk kekasih elok jugak ni. Sayur membuktikan cinta sejati. gitewww. Birthday card pun okay what...i like.

6) Lampu Effect TetraBox Gempak
Gabungkan segitiga, macam main puzzle je. bentukkan globe yang besar. Ikut sukahati nak globe besar mana. Tapi effect dia....gulp..


7) Penyapu / Recycled Bottle Broom

Senang lah macam ni.Botol-botol yang kat rumah tu dah tahu dah nak buat apa.. wee :D . Gila best. Nak plak penyapu kat rumah macam dah ada tanda-tanda macam kena hantar pergi Yun Nam hair care. heh

8) Lace Lamp / Accessories
White glue dengan lace :D

Ini sangat good idea, ceiling yang kosong tu elok sangatlah letak benda ni. Tiup belon, then tampal lace. Tapi kena beli belon yang tebal sikit lah. Cantiknya. tak sabar nak hias rumah sendiri.

9) Loket Bunga
Seriously ni cantik gila...kalau pakwe kasi ni memang saya dah sengih-sengih dah sepanjang dekad...

This is spoon /sudu ?

Letak kat api bagi panas melecur plastic menggeliat -menggeliat sikit..

Then jadi lah, taddaaaaa ! Gabung-gabungkan kelopak plastic, jadi lah dia...WOW.

Gulp,ok excited nak buat semua ni. :D heeee

Happy reading and have a nice day...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...