Wednesday, January 16, 2013

Kucing Kurap Extreme

Hey hello... :)

One day saya shopping sakan dan rasa bersalah sebab membazir. tapi Allah bagi saya keinsafan jap kot. Bila pergi kedai saya nampak satu kucing ni, gila comel. Meow meow dekat depan kedai Cosway tengok orang Cosway tengah makan mee. Sedap kot nampak, sebab tu kucing tu meow meow macam teringin. Meowing macam minta sikit la mee tu woiii "meoow meooowwww" (translate bahasa kucing "hulur la sikit mee tu woi"). Lama dia meow, saya perhati dari dalam kereta je, about 20 minutes macam tu saya wait mama saya pergi kedai sambil saya perhatikan kucing tu. 

Terus dalam hati ni rasa insaf sikit sebab shopping membazir. Kucing jalanan susah sangat nak cari makan. Meow meoww harapkan simpati. Saya sedap je shopping bazir-bazir. Hmm, so saya terus keluar dari kereta pergi 7 eleven nak beli Whiskas tapi dia taknak makan. Dah tu dah usap-usap bulu dia dah terasa sayang pulak, last-last angkut dia bawak balik rumah. Saya angkut senyap-senyap sebab papa saya mesti marah ni kalau tahu sebab kat rumah dah banyak kucing.

Masa dukung and usap-usap dalam kereta , tengok kulit dia macam banyak kurap je.Berkerak-kerak. Esok lusa tu, tengok bulu dia makin lama makin gugur dah macam ayam yang gantung golek-golek kat Kenny Rogers Roaster tu... :B. Dah botak semua dah.

macam ni lah rupa dia...

Tak percaya ? Tengok ni..
Tengok bulu dia, dah botak. Colour hitam hitam kat seluruh badan dia tu adalah kepingan kulit kurap. Kesian dia. Kurap tebal sangat sampai ulat-ulat kutu ke apa entah makan kulit dia sampai nampak daging. 

Semua orang suruh saya buang dia kat pasar sebab kurap dia extreme sangat.Menakutkan. "Buang kat pasar la. Nanti jangkit kurap tu.Namee dah la nak kahwin dah ! Tak pasal kulit penuh kurap" ...sobs. Dah kutip dia lepas tu nak buang balik. Tak sampai hati lah. Macam kejam gila je.

Bila nenek saya datang rumah, nenek saya bagi tips.Dia pesan "lumur lah kucing tu dengan minyak yang digoreng ikan". Maksudnya minyak yang dah kita pakai goreng ikan. Lumur minyak tu kat kurap-kurap tu. InsyaAllah elok. Saya tak yakin tapi takpelah kita cuba. At least ikhtiar sebelum buat keputusan.

minyak yang dah diguna goreng ikan.

Lumur di kurap-kurap kucing tu. Macam ini. 
kesian dia. terpaksa kurung dia sebab dalam proses pelumuran minyak. 

tapi seminggu lepas tu, kurap-kurap yang teruk tu semua mula hilang....Kepingan kurap tebal tu  tercabut and gugur sendiri. 
Tenuk ke tapir tak tahu lah ni. hehe. kat bahagian hidung je ada kurap sikit-sikit lagi. kesian tengok dia.botak . Nak hantar Yun Nam hair  care mahal sangat pulok. Walaupun nampak menyedihkan tapi saya teruskan lumur minyak tu sepanjang 2 minggu terus everyday. Sian dia tak selesa tapi untuk kebaikan dia jugak. mihmih. Tengok tu ekor dia dah macam gubahan sirih junjung je.haha

Finally ! Penantian dan usaha tak sia-sia...Kini si kurap sudah sembuh dan sexy. Tengok ni...

TADDDAAAAAA...lebat dah bulu dia...



Dah sembuh sepenuhnya. See tak payah bayar ribu-ribu gi Yun Nam Hair Care pun.mihmih.Pakai minyak second hand je. Dah elok.


before and after. Speech dari Pelanggan "setelah meggunakan produk minyak ikan ini,  rambut saya bertambah lebat. makin ramai orang mengorat saya. terima kasih Ikam Hair Care"

Kalau hantar doctor ,mesti akan kena inject ni. Tapi masa bawak dia balik berkurap tu takde siapa pulak yang willing nak bawa dia pergi clinic sebab nak pegang pun masing-masing takut. Teruk sangat kurapnya. Dah takde rupa kucing. Sekarang dah cute, semua orang berebut-rebut nak dukung. ceh. :B . Dah sihat ni kena bawak inject vitamin. 

Nama dia ? Hmm, saya panggil dia mak je sebab dia meoww bukan bunyi meoww pun. Bunyi "mak mak" . So panggil dia mak je la.haha. Kucing ni betina, habislah tika musim mengawan semua nak ajak dia date. No way, Mak masih bawah umur..kena minta izin saya dulu ye kucing jantan sekalian.

Okay, Mak dah cun boleh berangan nak ada pakwe macam Adam Mukhriz .. :P

Oh by the way,korang kalau ada kucing kurap tu jangan lah tendang ke geli ke. Sarung glove dan cuba sapu minyak. Berkesan. Jangan geli ok. Keluarkan simpati dari hati. 

Happy reading and thank you.. :)


10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


101 comments :

  1. Aloooo dah chumel dah kucing kurang nie....geram plak tengok

    ReplyDelete
  2. whoaaa bagusnya tips ni ! cantiknya bulu dy . :)

    ReplyDelete
  3. heee baiknye namee!!! tak rugi kita buat baik dekat kucing kan.. see kucing namee dah comellll ^_^

    ReplyDelete
  4. ...comel...kucing tu, moga Puan juga akan dikurniakan anak2 yang comel juga...che mat doakan.. (^___^)

    ReplyDelete
  5. comelnya dia.. hee nnt kan kalau kak namee ada masa bawak la dia kat veterinar kerajaan. kasi vaksin dan vitamin semua.. mesti lagi cantik dan sihat dia lepas ni.. murah pun murah.. baru rm 10 sekali pergi..

    ReplyDelete
  6. yay! mak dah sihat... tambah plak kucing tu makan whiskas, lg la bertambah cantik bulu kucing tu.. :D

    ReplyDelete
  7. alooooo geram.namee..mmg kucing kalo berkurap sapu minyak goreng ikan...

    dah comel daaaaaaaa

    namee baik hati
    sbb tu isham suka namee sbb isham pun baik hati suka kucing

    ReplyDelete
  8. sepatutnya namee kena letak gamba dulu ngan sekarang sebelah2. alaa mcm model yun nam kat tb tu haha baru nampak macam wahhh gitu haha

    ReplyDelete
  9. a;hamdulillah... kucing dah comel! tak sangka ea boleh sembuh balik..

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah..namee baik hati bela kucing tuh..dulu kt ada anak kucing mcm tuh juga, dia termasuk dlm enjin kete ayah kt, ntah camne leh termasuk, badan dia penuh minyak dan luka2 n melecur sana sini.

    kitaorg kesian sgt..tp ble dh jaga..nw skrg dia dh gemuk dan sihat sgt..sampai terlebih aktif asyik nk mainnn jer kejenya.kalo kt baling brg,mesti dia kerjar n amik blk, pastu bg kt suh baling brg tuh balik..lol :)

    ReplyDelete
  11. ya Allah comelnya.....rasa cam nak menitis air mata terharu ngan namee...hehe..kalau diri sendiri ni tatau la sanggup dak buat cam tu kat kucing...=D

    ReplyDelete
  12. baiknya kak namie!! terharu la.. thump up!

    ReplyDelete
  13. besar pahala awak :)

    tak sangka ye.saya pun baru tau tentang penggunaan minyak yang dah dibuat goreng ikan tu,betul2 mujarab ye.. dah comel dah dia sekarang.. terima kasih tau awak sebab berkongsi tips tu..hehehe.. memang tak perlu dibawa ke yun nam hair care..

    apa kata nama dia awak letak cikrap.. hehehe.. sebab asalnya dia berkurap..

    ReplyDelete
  14. you are such a kind-heart person babe. Subhanallah. semoga Allah melindungi Namee :)

    ReplyDelete
  15. wahhh sangat berubah kucing tu.namee,kalau org pregnant,jangan kasi dekat dengan kucing kurap sebab biasanya ada toxoplasma gondii yg menyebabkan keguguran spontan.tapi tak salah kalau kita dah jaga dia sampai cantik macam mak ni nak main2..

    ReplyDelete
  16. akak terharulah baca cerita namee ni.. namee macam arwah mak akak! pantang tengok kucing sakit ke kurap ke mesti dia akan ubat dan jaga sampai sembuh! huhuhuu

    ReplyDelete
  17. berkesan ek minyak ikan tu? wuuuu.

    ReplyDelete
  18. kucing saya pun pernah kena kurap dulu. bawa g klinik, kena inject pastu vet bagi krim kaler hijau. dah la dia putih, sapu krim hijau dah mcm berlumut. haha. tp dalam seminggu dah hilang dah kurap.

    pasni kalau ada kcung kurap, boleh try minyak goreng ikan pulak. yay! :D

    ReplyDelete
  19. Owh. Elie takut kucing. Takut segala binatang. :D

    ReplyDelete
  20. namee dah belajar rasa kasih kat kucing dari isham ;)

    ReplyDelete
  21. Wah! Si kurap dah comelll! Nasib baik kak Namee tak buang dia kat pasar, kalau tidak apalah yang jadi kat dia sekarang nie. Kucing-kucing Arol pun asalnya kucing jalanan dan berkurap, bawa pergi veterinar dan jaga elok-elok, sekarang semua dah gebu! :)

    ReplyDelete
  22. alo hensemnye dia. saya pon bela kucing.. :)

    ReplyDelete
  23. Ya Allah, bagusnya namee bela kucing tu jadi cantik macam tu..Kalau orang lain mesti tak sudi dah nak jaga kalau dah kurap camtu sekali..
    Semoga Allah membalas jasa namee :)

    ReplyDelete
  24. ni mesti kucing kesayangan cik kan hehehehehe.. nak try wat jgk la... sungguh berkesan...

    ReplyDelete
  25. niza pernah bawa balik kucing kena langgar. tapi sebab niza duk hostel, tak boleh bela. tapi mujur kawan niza sudi jagakan. kucing tu dah hengsot-hengsot sebab tangan dia patah.
    sekarang dah ok, lepaskan lah.

    kak namee baik :)

    ReplyDelete
  26. BGS PETUA GUNA MINYAK TU..FIRST TIME DGR..

    ReplyDelete
  27. betui2..kami org kampung memang pakai minyak goreng ikan..lagi2 hat yg dah kaler nak hitam sbb byk kali recycle..lagi mujarab kesan nyer kat kurap kucin n arnab..try la..

    ReplyDelete
  28. ehh lupa laks nak g tau...sbb dlm minyak tuu ada garam n kunyit yg akan secara tak langsung act as antiseptic..tapi jgn bubuh direct la garam n kunyit kat kucing yer...kang lain jadi nyer..

    ReplyDelete
  29. bertuah kucing nie dapat berjumpa dgn org yg penyayang dan sayang kucing mcm namee...smoga kucing yg diberi nama mak nie akan sihat selalu...

    sedih tgok gambar dia yg mula2 tue...seriously sy baru tau pasal petua utk sembuhkan kurap pada badan kucing..thanks sbb sudi share info..

    ReplyDelete
  30. wah.....baguslah... pandai namee jaga kucing. orang kata orang suka kucing ni penyayang..

    ReplyDelete
  31. actually, mengikut pandangan dan firasat hamba berserta kajian saintifik y telah dikaji sendiri.. sebenarnyer air liur kucing tu sendiri menjadi penawar pada kurap tu, that why la letak myk goreng ikan, kucing tu berselera nak jilat2 bdn2 dia, x gitu?? huhu

    ReplyDelete
  32. actually, mengikut pandangan dan firasat hamba berserta kajian saintifik y telah dikaji sendiri.. sebenarnyer air liur kucing tu sendiri menjadi penawar pada kurap tu, that why la letak myk goreng ikan, kucing tu berselera nak jilat2 bdn2 dia, x gitu?? huhu

    ReplyDelete
  33. wah x sangka minyak tu berguna. besar ganjaran namee tolong kucing tu

    ReplyDelete
  34. sukanya entry ni, cakap pasal kucing! Go kak namee! jom join club pencinta kucing sedunia :3

    ReplyDelete
  35. hahaha... hai mak.... jum dating.. =p

    ReplyDelete
  36. wow! Amazing... good tips Namee! Good Job too.. :)
    Jemput singgah

    ReplyDelete
  37. syukur sangat dia dah elok.kalau tak, semua nak buang dia. sobs

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah
    msh ada yg peduli kan

    salute sama nameeee.

    ReplyDelete
  39. Xsangka berkesan jugak minyak ikan... hahahah. Macam baru lepas makeover, comel gila! Baru2 ni ada juga buat pasal kucing i. Kecik lagi dah ada yang nk kt dia -.-"

    ReplyDelete
  40. owh sapu minyak ikan eak nnt ley try la kat kucing2 blakang umah tu..

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah. Ya Allah baik hatinya namee sanggup jaga kucing ni dari dia tak sihat sampai sembuh. tersentuh kejap. Perihatinnya! Nak contohi namee jugak insha Allah :D

    ReplyDelete
  42. salute dgn namee! xramai yg sanggup ambil kucing jalanan yg kurap pastu jd kan dia comellll..huhuhu..

    syg namee <3

    ReplyDelete
  43. owhh! itu erk petuanya? nak suruh my hubby cubelah kat kucing dia, hehe~~

    ReplyDelete
  44. nanti cuba lah kalau ada kucing sakit kurap ni :D

    ReplyDelete
  45. kite ingatkan makpak kite je gune petua ni kat kucing kurap. haha. ade geng rupenyee. tapi siyes berkesan. mak kite panggil minyak tu as minyak jelantah (minyak goreng ikan) hihi.

    ReplyDelete
  46. nenek saya bagitau cara ni. saya cuba la. hehe. tengok2 berkesan. hihi

    ReplyDelete
  47. betul laa.. dulu ina ada kucin kurap, then mak suruh letak minyak kat badan dia.. thenn tross bulu2 dia tumbuh elok balik.. mihmihmih.. lehhh la kucin ina ngorat kucin namee.. same2 dilumur minyak.. mihmihmih :D

    ReplyDelete
  48. heheh..elok sangatlah tu.boleh kahwin depa ni.hihi

    ReplyDelete
  49. mesti kucing ni sgt2 berterima ksih kat namee sbb mnyelamatkan nyawanya dan bulu2 nya sama..kucing takkan lupakan tuannya...

    ReplyDelete
  50. ha kan da comel meoow tu ..
    dlu sy pn prnh ad kucing kurap .. dpt mana tah .. abh x sapu dgn minyak goreng ikn .. tp minyak afiat .. masa tu fmily kmi mmg slalu gne mnyk tu, mcm mujarab gak la .. tp da sapu kt kucing kn, dy rsa pns cket .. so tiap kali pas sapu je, msti dy lari2 slmtkan diri .. jilat2 bdn dy .. mnyk tu x bwa maut if tertelan pn .. hehehe .. last2 kucg tu jd kesygn kakak sy .. hri2 stiap mlm tdo dgn kakak sy .. ble kucg tu da sht .. abh lg suke belai2 dia .. msa msh ad kurap tu, abh sorg je yg belai2 dia .. hehehe .. kami pgil kucing tu "KURAP" je .. hehehe .. tp dia da xde skrg .. da lma mati .. sy x prnh lupakan dia .. apatah lg kakak sy .. itu la satu2 kcing kesygn dia time zmn skolah ..xde pgnti smpai skrg wlau sy da bela kucing bru kt umh ..

    ReplyDelete
  51. bgus la namee sgup bela kucing kurap tu smpi jd kucing cumil... :)

    **owh....ade petua rupanya utk kucing kurap..bolehlah pasnih klu nk bela kucing2 tbiar cmni...

    ReplyDelete
  52. hehehe..dh comel plak kucin tu...skjp je dia membesar..dh gebu2 kulit dia..

    ReplyDelete
  53. assalamulaiakum namee....dah cute nyer dia...;)

    ReplyDelete
  54. kalau nak buang, nanti kesian and sedih pulak. bila sembuh dah comel...semua orang sayang dia. hehe. so yang mana suggest nak buang pun kata takyah buang dia pulak. hehe

    ReplyDelete
  55. korang jangan lupa cuba ok kaedah lumur minyak ni. mihmih

    ReplyDelete
  56. Kejap dah besar kucing ni . Comel gila .

    ReplyDelete
  57. ieda dan iena...laa melecur kucing tu ?? lepas tu awak letak ubat apa sampai dia elok? boleh kongsi2 cara ubatan kucing. hehe :)

    ReplyDelete
  58. serius kelaka , tergelak baca . now dah tahu lahh , sbb kucing kat rumah ni semuanya dah berkurap wlau tak extreme :)

    ReplyDelete
  59. wah...comel dah kucing tu..hebatla kak namee..thanks for the tips..first time dgr guna minyak goreng ikan utk ilangkan kurap kucing..tp sy xbela kucing..sy bela rabbit :D

    ReplyDelete
  60. Namee baik..Namee Baikk! Sayang Namee (^_^)

    ReplyDelete
  61. such good heart you have Namee....terharu plak tgk perubahan "mak' tu....dah seksi, tapi nama x seksi la....hehe

    ReplyDelete
  62. Hahahahaha~
    Lawak lak nama kucing ni.
    Mak.
    Ok. Nak nanges sebab teharu.
    Pahni sy akan kutip seme kucing kat jlnan.

    Overkhen~

    ReplyDelete
  63. ada yang nak masuk meminang mak tak ?? hehe

    ReplyDelete
  64. Kisah yg hampir sama... Kucing akak Chelsea pn dulu mcm tu, masa kutip xada bulu, perut bengkak mcm nk meletup, akak lumur minyak gamat...
    Sekarang Chelsea dah comel + cun hihihhihi

    ReplyDelete
  65. tak tahu lak ada cara camni., bagus²., dah elok kucing tu jaga lah bebaik yer.. :)

    ReplyDelete
  66. nice tipsssss Nameee.....!!
    boleh nasihat kat kekwn yg lain weeeeeeeeee =D

    ReplyDelete
  67. ternangis tengok kucing ni, n finally gebu sihat montok gila. tahniah namee! :)

    ReplyDelete
  68. tak tau pasal ni until now,tq namee :)

    ReplyDelete
  69. mak dah pandai posing eyh...kak namee bg laa mak kawen cpt2..hehe :P

    ReplyDelete
  70. eh menjadi betul minyak tu eh . bella nak try jugak la . sebab kucing kat rumah ni dah nampak macam nak berkurap aje . cis .

    ReplyDelete
  71. trima kasih krana mmberi hrapan kehidupan kepada kucing tu , semoga di berikan kebaikkan yg amat besar kerean kucing kn binatang ksayangan rasullullah .. u have special heart.. 1 in 1 million.. wasalam

    ReplyDelete
  72. Alhamdulillah awk dah buat 1 kebajikan, Allah akn member ganjaranNya! Saya pun mcm org lain yg simpati sgt dgn nasib kucing2 yg tak bertuan. Jumpa d pasar rasa nak ambk setelkan kesihatannya n nanti lepaskan dah syg pulak!

    ReplyDelete
  73. Kucing sy kitten, persian. Ada kurap ckit kt tepi2 telinga dan kt badan2 dia dh tggl kesan2 hitam. Tp takut merebak. Doktor ada bg krim warna hijau(rumpai laut), kata doktor. Hemmm..risaunya kalau kurap tu merebak. Bole baik ke pakai krim tu?

    ReplyDelete
  74. azlinda.....taktahu lah krim tu macam mana tapi kalau letak minyak yang dah goreng ikan tu memang sgt berkesan. tengoklah kat kucing kat dalam post ni. kurap dia teruk sgt2. memang sampai orang suruh buang sbb geli sgt. hehe. tapi alhamdulillah dahelok. :)

    ReplyDelete
  75. Lepas letak nk kene mandikan ke? Byk sgt yg kne dkt umah tu

    ReplyDelete
  76. Dearest namee..sy pn ada stray cat nih yg slalu cri mkn kt umah ni.tiap ptg dia ada.pastu kurap dia sgt extreme.ingt nk try ltak mnyk grg ikn nih. amik msa bape lma ek utk kurap tu ilang kt mak dlu?nway..gud job!besar pahala awk..

    ReplyDelete
  77. Dearest namee..sy pn ada stray cat nih yg slalu cri mkn kt umah ni.tiap ptg dia ada.pastu kurap dia sgt extreme.ingt nk try ltak mnyk grg ikn nih. amik msa bape lma ek utk kurap tu ilang kt mak dlu?nway..gud job!besar pahala awk..

    ReplyDelete
  78. Dearest namee..sy pn ada stray cat nih yg slalu cri mkn kt umah ni.tiap ptg dia ada.pastu kurap dia sgt extreme.ingt nk try ltak mnyk grg ikn nih. amik msa bape lma ek utk kurap tu ilang kt mak dlu?nway..gud job!besar pahala awk..

    ReplyDelete
  79. budi awak seindah paras rupa awak .. of u made with such a gold heart namee... :)

    ReplyDelete
  80. budi awak seindah paras rupa awak namee...

    ReplyDelete
  81. kak namee, kurap yang kat hidung nnt tu hilang sendiri ke ?

    ReplyDelete
  82. kurap kat hidung kak namee buat mcm mane ?

    ReplyDelete
  83. wah! tips yg bagus ni! terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  84. wah, menjadi petua nenek awak ye namee. lain kali kalo jmpe kucing kurap yg lain kite akan gune petua tu pulak. dulu pon ade sekor kucing kurap (jantan) ni slalu ikut akak kite balik. tak hensem, tua plak tu. pastu kite bw pi klinik sbb tak tau ade petua yg sgt berkesan tu. ;) alhmdulillah tak lama lepas kene injek terus dia jadi hensem dan comel. :)

    ReplyDelete
  85. untung kucing2 ada cat lovers mcm u tau namee. kawan2 i pon rmi cat lovers...tapi i takut kucing..:(
    darihatibella.blogspot.com

    ReplyDelete
  86. A very useful info. So happen blk dr beli tanah for gardening ader kucing kurap depan umah, kesian nk halau. Bg makan friskies and ikan cencaru rebus, nampak kekenyangan dia..minta jd lah baik mcm your Mak

    ReplyDelete
  87. Boleh ke guna minyak bekas goreng ayam ayamas?

    ReplyDelete
  88. Alolololo comelnyaaaa. Gebu siap pakai Ikam Fur Care. Kekekeke. Tula , kita selalu kena marah kalau pegang meow meow tepi jalan. Eh ! Tapi kita marah jela orang yang marah tu balik. :P

    ReplyDelete
  89. alllooo..terharu jap.....thanks sebab buat kucing tu mcm tuh...x ramai yg sanggup....

    ReplyDelete
  90. Namee, thanks sebab bagi tips ni.

    Haritu mak mentua I jumpa kucing kurap lepastu I cakap kalau mak nak hilangkan kurap

    tu, guna minyak masak.

    Lepastu mak mentua I tanya mana Nurul tahu? I cakap baca belog Namee.

    Lepastu alhamdulilah memang berkesan. Kemain gemuk gilaa kucing tu.

    ;)

    ReplyDelete
  91. nak try kat oyeng ahhh... dah lari dari rumah balik2 kena hiv (kurap) kesiannn....!!!

    ReplyDelete
  92. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...