Friday, January 11, 2013

Makeup, Tudung & Baju dan Pelamin Nikah.

Hello hey... :)

I hope this will be the last entry pasal wedding. mihmih. Kesian korang boring tapi ni nak bagi as reference. Ada yang email saya tanya pasal tudung nikah and baju nikah tu, saya kongsi sini ok. Okay, kejap lagi saya include semua dalam satu entry ni termasuklah makeup, baju & tudung nikah, dan pelamin etc. Senang, tak payah tulis banyak post.Korang pun muntah nanti.hehe

Makeup by Charms : Makeup by Anna


Masa nak pilih MUA, saya rasa susah hati jugak sebab tengok kalau mak andam biasa sealu makeup macam opera. Serik and takut bila tengok kakak saya kena makeup dulu time kahwin.   Kakak saya yang putih melepak memang color putih tu jadi kuning pulak lepas makeup.Foundation color pun salah pilih. Taknak lah jadi macam tu. :/ . Thank god bila jumpa MUA Charms: Makeup by Anna ni . Makeup dia sangat natural dan paling penting tak tebal langsung ! Best ! Tak rasa macam pakai makeup pun sebab dia makeup nipis dan tak banyak layer. 

Kak Anne tanya saya, "namee, awak suka makeup macam mana?". Saya pun forward gambar ni...

saya suka makeup yang macam pinkish sikit. muka saya keras, so elok nampak sweet sikit kot. hehe .

Kak Anne makeup nampak natural dan tak la pengantin nampak bimbo macam clown. Saya suka. Yang penting tahan lama sebab makeup tak tebal. Selalunya makeup tak boleh tebal sangat , nanti bila dah few hours majlis dah jadi merekah-rekah and nampak cair. Puas hati. Dengan layanan kak Anne yang friendly dan comel. Terkejut tengok MUA saya , comel sangat. hehe. Thank you kak Anne by Charms: Makeup by Anne ! :)


bulu mata palsu saya tak lebat pun kan ? Macam Kim Kardashian punya fake eyelashes. ecehh. 

Nah gambar full.

Sesiapa yang nak kahwin, booking lah setahun awal sebab MUA yang hot-hot ni cepat penuh. Saya hari tu nak Sue Cantik, lepas tu dia kata dia free on my date tapi bila saya kata saya nikah pagi terus dia kata aaa sorry pagi dah ada orang booked dia. sobs. Nasib baik ada Charms:Makeup by Anna ni. ! Ni pun  nasib baik ada tempat untuk saya.Petang tu kak Anne ada job lain pulak. Imagine laaa, kalau korang booking lambat. Bye bye to awesome MUA, Hello to Opera MUA. hehe

Boleh tengok Charms:Makeup by Anna kat sini.. Makeup by Anna.

Tudung Nikah
Basically tudung nikah saya ada 2 pieces. Satu shawl macam biasa , lagi satu tudung macam Siti. 

Mula-mula lilit shawl . Tapi saya tak ingat macam mana kak Anne lilitkan shawl saya ni, ada tutorial rasanya. Check kat youtube, banyak cara lilit shawl. kalau hire MUA mana-mana, diorang boleh settle kan. hehe :)

Ni lilit shawl dulu. Muka saya selama seminggu awal sebelum nikah macam ni lah. Serious je. Debar-debar sampai tak boleh nak senyum langsung.

Dah settle lilit shawl , letak tudung Siti pulak atas tu sebagai veil. Tengok gambar ni...

Okay, ini tudung Siti...
Tudung Siti tu lah yang jadi veil saya time nikah.Tapi letak ke belakang lah.

tudung Siti nak jadikan veil pakai ke belakang macam tu. tudung Siti ni custom made (tempah orang jahit). Buat tudung and tampal lace tu. Kalau nak lace macam tu, kat Jakarta banyak choice.  Ada siapa-siapa nak beli tudung nikah saya ni tak ? email saya. :) DAH SOLD

Macam ini hasil tudung Siti jadi veil...mihmih

Tudung saya semua dipakaikan oleh kak Anne! Nasib baik MUA saya ni creative sangat, selesai masalah tudung saya ! Okay, tudung dah. Baju nikah pulak.

Baju nikah

MARIE by Nurita Harith

Baju nikah saya sebenarnya adalah collection baju raya dari Nurita Harith. Saya pm dia tanya pasal design peplum dan dia terus suggest design Marie tu harga dalam seribu lebih. Ramai jugak yang tempah baju tu untuk nikah. Lepas fikir-fikir saya pun setuju nak peplum tu. Sebab pernah nampak Scha Al-yahya pakai untuk TVC Watson tapi dia pakai color green mint. Elok baju nikah beli instead of sewa sebab sewa tak selesa nanti. Nanti longgar sangat, ketat sangat. 

comel colour ni. nak tempah lagi satu colour ni gak ! 

Detail. tapi baju saya memang simple betul-betul punya simple.

hehe, baju ni nak buat baju raya lah nanti. Walaupun Isham tak percaya yang saya akan buat baju raya. "elehhhh yela tu nak buat baju raya. Isham sikit pun tak percaya. nanti nampak baju lain fashion raya baru mesti mira nak beli. cayaa lah cakap Isham. haha. SI gadis rambang mata tak boleh tengok baju"... jahatkan Isham tak caya saya .cis. =.=

Banyak bridal design by Nurita Harith . Boleh tengok kat sini. Nurita Harith : Bridal Collection

Pelamin

Pelamin by DeClassaflora



Dari dulu memang saya dah bookmark dah DeClassflora ni sebab bunga dia cantik. Bila bual dengan kak Nanie, barulah tahu yang kak Nanie ni asalnya florist ! Patut lah bunga-bunga yang digubah cantik. Mak saya pun suka sangat dengan bunga-bunga fresh flower tu. mihmih. Kak Nanie and sekeluarga peramah dan senang nak berurusan. Terima kasih sangat kat kak Nanie. 

Hiasan meja makan dan backdrop pun by DeClassaflora jugak.
Semua fresh flower sepanjang meja. Suka backdrop panel lattice tu. hehe . Gubahan bunga sangat cantik.

ni dekat pelamin.

fresh fower sepanjang meja makan. (dari page DeClassaflora)

Semua deco by DeClassaflora semua saya suka dan puas hati. Cuma kecewa sikit bila orang khemah guna kain hijau alas meja tu. Color hijau tu  macam hijau yang striking. Rasa macam cacatkan meja makan tu. Dari nampak mahal , dah jadi nampak murah. :/ Saya kecewa pasal kain hijau tu. tapi takpela, dah lepas pun. mihmih :/ (kalau ikut yang tak puas hati memang rasa macam nak turn back the clock kot) .Khemah dan catering package sekali. Ayah saya yang uruskan. So tak boleh nak buat apa lah kalau scallop khemah dapat warna yang tak cantik. sobs. Ok takpe dah lepas dah pun usah dikenang. tapi terkenang jugak kadang2. 

Design yang lain semua cantik dan ada yang modern. Boleh tengok design yang lain kat page DeClassaflora.

Pianist

Okay .Ini cousin saya Akmal Hariri. Dia pianist & gitarist. Abang dia Arif Kashani pulak main violin & piano too. Diorang memang minat music .Tapi on my wedding day hanya Akmal je yang mainkan lagu sebab Arif busy flying and dont have much time to practice. Pm lah kalau berminat  meriahkan event dengan dendangan instrument mereka. :) mihmih

Em, rasanya takde apa dah kot.Ini jelah.Hope membantu korang yang bakal pengantin ni. InsyaAllah.:)

p/s: gambar semua saya pinjam dari photographer MU , page DeClassaflora and kawan-kawan punya gambar.Terima kasih. :)

Happy reading and thank you... :)




53 comments :

  1. Nak jugak majlis kawin camnie nanti. hehehe =p

    ReplyDelete
  2. coklat mencurah2 ke ladang marshmallow yg daku rindukan. awrrr

    ReplyDelete
  3. Serius cntik baju kahwin. Mekap natural... nice!

    ReplyDelete
  4. tak terlambat lagi onie ucapkan selamat pengantin baru buat namee dan isham :)

    ReplyDelete
  5. heeeee wonderful wedding! suka macam ni.. biar simple ajeee :)

    ReplyDelete
  6. wah..byk tips mcm ni..tq sis!
    ske tgok make up n bju kak namee..cntik!

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua...:)

    shawn..haha.coklat tu ada lagi kt umah namee.nak datang rumah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ad lg ke.. sori x dpt dtg aritu.. drver xdk plak..

      Delete
    2. coklat!! congrate namee.. sori xdpt dtg aritu.. driver xdk plak.. smoga bhagia ye..

      Delete
  8. sorry tak dapat datang masa wedding tu. tapi adik meuz dh datang kan? hehe

    ReplyDelete
  9. cantik sangat namee, semuenye cantik.. comel je ayat namee yang bye2 to awesome MUA.. dija adik sendiri yang jadi MUA, tapi puas ati la sebab tak macam opera..hehe creative la jadikan tudung siti sebagai veil, lain dari lain :)

    ReplyDelete
  10. u are so cantik.. :)

    suka la makeup yg nampak natural.. nak tempah la nnt if nak kawen.. hehe

    ReplyDelete
  11. cantik baju nikah namee tu... mmg semua cantik la... hehe... selmat pengantin baru.... smg bahgia kekal, diberkati... :-)

    ReplyDelete
  12. Pelamin Namee serius cantik fie pun ada ambil gambar pelamin nie nak tunjuk dekat wedding planner. Heee. Maaf ambil gambar tak minta izin dulu.

    ReplyDelete
  13. untungnye namee dapat semua yg memuaskan hati...

    selalu mst dgr makeup xok, baju xok, pelamin xok...

    eh,semualah...

    and congrats utk namee & hubby... =)

    ReplyDelete
  14. tak sangka Namee pilih koleksi baju Nurita Harith yg menjadi pilihan saya untuk majlis saya nanti. hakhak.. sangat cantik baju tu. harga pun b'patutan. suka fresh flower. lebih2 lagi bunga ros. very nice.

    ReplyDelete
  15. one word to describe all. PERFECTO. awak sangat bertuah namee. ni lah orang kata jodoh direstui mak ayah, everything going well. really adored your humbleness and idk, never feel yang you over atau menunjuk2. kalau sesetengah blogger tu, bila cerita pasal kahwin, konon-konon nak humble tapi still rasa impact 'belagak' dia!!! good job namee. moga isham and you cepat dapat baby. baby comel macam kita. ehhhhhh tibaaaa!!! hahahahaha.



    pssst: tanyakan isham ada tak trainer yang single lagi. wink-wink. hahahahahaahaahah!!!!

    ReplyDelete
  16. Tahniah sekali lagi Puan Namee.. =)

    ReplyDelete
  17. Namee nampak cantik sgt and suka sangat baju nikah namee. ya Allah simple tapi CANTIK sgt. suka sgt2 suka haaa.

    ReplyDelete
  18. Alaa...kak namee..
    takkan ni last entry pasal wedding..
    best baca cerita2 kak namee tau,
    tahniah untuk kak namee dan partner .. ^^v

    ReplyDelete
  19. fuzah.... hehe.last lah. pasni cerita lain plak. hehe

    dhiya..terima kasih :)

    api...hehe. terima kasih :)

    ReplyDelete
  20. namee pakai 1 persalinan jer yea?

    veil namee color putih tau krim?

    ReplyDelete
  21. dkna...namee takde respsi. namee just nikah je and majlis makan je. sebab tu takde tukar2 baju. :) color off white :)

    ReplyDelete
  22. berkenan betul peplum nikah namee tu, yep sbb tgk scha pakai utk TVC Watson. nampak sweet je..

    Akhir MUA berjaya dptkan apa yg namee nak, pinkish gitu, sweet jugak..

    eh, dari baju, make up, pelamin, etc semua sweet! sukaaaaa :))

    ReplyDelete
  23. namee... honestly awak nampak sweet sangat bila bertudung..hehehe..

    entri ni buat saya rasa tak sabar nak kahwin.hehehe

    ReplyDelete
  24. cantik sangat baju kahwin! makeup simple lg bgus ape =)

    ReplyDelete
  25. wah namee... cayalah sbb guna satu je baju untuk wedding. jemput menantu x nanti?

    ReplyDelete
  26. congratzz namee.sangat cantik!

    ReplyDelete
  27. cantiknya nikah attire u by nurita harith and your pelamin is totally gorgeous,,!! pilihan yg tepat.. ;)

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  28. baju k.namee cantik sgt..even simple tp cantik :)

    ReplyDelete
  29. semua cantik namee. mekap namee pun ok x tebal sangat. just suit with u dear :)

    ReplyDelete
  30. CANTIK SMUA!!!
    paling Na suka pelamin awkkkkkkkk AWESOME!

    ReplyDelete
  31. memula tgk baju nikah namee, dh fall in love dh.. simple, but so nice!!

    ReplyDelete
  32. baju peplum skang tengah trend. hehe. tu yang pakai juga tu :Dhehe

    ReplyDelete
  33. thanks all for congratulating me . :D

    ReplyDelete
  34. btw,,nurita ada design peplum lain juga :)

    ReplyDelete
  35. cantik2 sume, tp mahal. kita xckup bajet nk buat mahal. hihi simple2 jep. :)

    ReplyDelete
  36. patutla makeup cantik gila! anna is the best! she did my reception makeup too;))

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum namee. lawa dan manis sekali muka awak. tak terlambat kan nak ucapkan selamat pengantin baru buat korang berdua. hee.

    ReplyDelete
  38. namee, can i get the pianist contact no? tq :)

    ReplyDelete
  39. boleh terus ke fanpage diorang je. hes my cousin :)

    ReplyDelete
  40. salam sis pls email sy katyieja@gmail.com
    sy nk sewa veil sis.color off white ke white ?bp ye ?

    ReplyDelete
  41. mcm mana nk dptkan fake eye lash mcm you pakai ni? Nice tak too much.. sweet... just being you ja kan

    ReplyDelete
  42. hye..i nak tanya ur veil,,u seriously nak jual ker?how much? lemme know if u nak jual, email i pun boleh at aien_esfa@yahoo.com...i love ur veil so much.=)

    ReplyDelete
  43. resepsinya keren sekali gan.....
    nak pengen deh kyo g2...

    http://caradaftarmemberacemaxs.com/pantangan-penyakit-diabetes-kering/

    http://obatpenyakitginjalbengkak.wordpress.com/

    ReplyDelete
  44. sumpah akak cantik sangat!

    salam perkenalan ya, jom join segmen ni

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/wang-tunai-rm5000-untuk-blogger.html

    ReplyDelete
  45. Series......memang cantik.....make up soft jek....

    ReplyDelete
  46. hi dear, nak tny kain chiffon ape yang u gune as lilit shawl and how many meters u gune and also the width?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...