Thursday, January 10, 2013

Recipe# Juice

Hey hello... :)

Adira AF tu cakap kalau nak putih nampak berseri banyakkan minum juice macam ni. (strawberry + blueberry). Amalkan tiap hari. 

Entah kenapa semalam saya macam tiba-tibe teringin nak minum juice. Tengok astro ada rancangan pasal kecantikan. Katanya kalau nak nampak berseri , awet muda and bibir sentiasa pink, kena makan banyak makanan yang mengandungi antioxidant.  Banyak kebaikan antioxidant ni. Kalau bab-bab nak cantik, memang saya berminat and laju je. mihmih (gelak anjing  cartoon 3 ninja).

Tapi kalau nak minum juice, elok buat sendiri. Juice yang jual kat kedai tu tak elok sebab banyak gula sangat and ada bahan pengawet. So, baik buat sendiri je. Bukan susah pun cuma nak basuh blender jela "ala malasnya". haha. Takpe berbaloi cuci fruit processor tu sebab nak cantik kan? mihmih..Apa la sangat basuh blender everyday compared to cantik blink-blink. hehe

Semalam saya saja lah experiment , cuba buat juice. Sedap pulak jadinya ! mihmih. Ni yang excited nak share ni. 

Simple sangat juice ni tapi sedap.Bahan-bahan pun sikit je.

2 buah apple
Kupas kulit apple. Tak kisah la kupas macam mana asalkan appletu takde skin. naked. Malu nak tunjuk hasil kupasan saya.gila buruk apple tu jadi. haha. Then potong dadu apple tu.


1/2 cup of blueberry
Basuh blueberry. 


1/2 cup of strawberry
Basuh strawberry.


1 buah peach
Kupas kulit dan potong dadu.


Dah settle potong memotong, masukkan semua dalam processor laaa. Macam ini !

Blend sampai semua benda dah hancur. Masukkan setengan cawan air suam. Sukahati lah air suam ke air sejuk tapi air sejuk tak elok untuk perut.Nanti perut buncit, usus kembang. Muka dah lawa berseri-seri tapi perut buncit pulak.Tak best pulak. mihmih. Might as well  boleh ubah habit, amalkan minum air suam ! :)

Dah blend, kalau blender takde tapis, tapis lah sendiri guna penapis. Ambil air tu je. Tapi yang saki baki tu makan pun bagus gak sebab banyak fibre !

Kalau saya, saya minum air tu je.hehe.sedap.

Ni recipe Adira jugak ni. Adira kata makan banyak buah yang banyak antioxidant kalau nak putih melepak. Macam dia lah ! Geram tengok kulit dia, cantiknya ! :B

Apakah yang AntiOksidan boleh lakukan untuk anda?
(1) Melambatkan proses penuaan.
(2) Merendahkan paras kolesterol.
(3) Mengurangkan risiko atherosclerosis.
(4) Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok.
(5) Mengurangkan risiko segala jenis kanser.
(6) Bantu mengurangkan progres penyakit Alzheimer.
(7) Melambatkan pertumbuhan tumor.
(8) Bantu badan untuk detox carcinogens.
(9) Bantu kesihatan mata, elak masalah penglihatan.
(10) Melindungi badan dari kerosakan yang berpunca dari hisapan rokok.
(11) Melindungi badan daripada Chronic Obstructive Pulmonary Piseases(COPDs) - athma, bronchitis, dan emphysema.
(12) Melindungi badan dari pencemaran alam sekitar.


Tapi yang utama,sebab nak muka berseri. mihmih

Cubalah. Happy reading and thank you :) 


10 Rahsia Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu !


44 comments:

  1. namee tapi kan adira putih pucat lah. macam orang sakit pulak tgk... eheheeh

    ReplyDelete
  2. simple dan sedap..semua barang senang nak dapat dan senang dibuat,hee..thanks share namee..;)

    ReplyDelete
  3. innanie...putih macam hantu kan. hehe

    ReplyDelete
  4. adira bukan makan beuatyskin tu ke? tu pasal putih die dah macam mayat je. kihkih. putih sangat pun pelik nanti.

    ReplyDelete
  5. http://wanwidget.com/

    saya benda benda ni memang teringin nak cuba, cumanya malas nak beli blender dan alhasil xda la juice, asik jol kat kedai jer pastu sejuk plak tuh, adehhh

    ReplyDelete
  6. xlarat pule nk mmbeli buah2 ni slalu..mahal..hahaha....cntik itu memerlukn pengorbanan kan...hihi..adira mmg putih melepak...namee pun putih jugak...pas minum jus tu lg putih la..hihi

    ReplyDelete
  7. taknak putih..bio la hitam pun..hehe..tapi saya suka minum jus buah..cumanya tak rajin nak buat..kui3..

    ReplyDelete
  8. Adira kan makan beutskin pills tu. hiks!

    ReplyDelete
  9. haah, adira memang makan beutskin tu tapi dia kata tips dia, dia banyakkan makan buah and juice yang banyak antioxidant macam strawberry, blueberry, blackberry and buah2 yang banyak antioxidant ! :) antioxidant memang untuk kulit ! :)

    ReplyDelete
  10. Wahhh...boleh share kat blog DTS ni..

    ReplyDelete
  11. tapi perasan tak Adira tu putih macam sakit je...

    pucat..

    namee.. sedap la tengok.. tapi ras anak makan sebiji2 je semua buah2 tu.. kikikikikiki

    ReplyDelete
  12. haah eka. macam hantu. tpi suka sebab licin. hehe

    ReplyDelete
  13. nice tips..hehe kena cubala nak cantik jgk :)

    ReplyDelete
  14. janna...kat tesco banyak !! :D

    rerama..try la. hehe. :) sedap.

    ReplyDelete
  15. hehe good2, jaga tuk suami..hehe :D

    btw bkn adira tu mkn ubat ke? klu tak salah la, sowi klu salah info

    ReplyDelete
  16. hari2 minum jus macam ni memang sedap. :D

    ReplyDelete
  17. ASAL JANGAN PUTIH MACAM KAIN KAPAN SUDAH..HAHAHAH

    ReplyDelete
  18. start rini Na minum juice bebnyak..;D tq for sharingg Nameeee

    ReplyDelete
  19. next time namee try la buah delima..it hav lot lot of antioxidan too!..and sedap!!

    ReplyDelete
  20. wah mase hadiah kawin haritu dapat fruit mixer, tapi tak gune lagi, bolehla rasmikan ni :) nanti bile dija dah try, dija share kat blog dija boleh?:) adira pucat sangat pun tak cantik, tapi kulit dia licin la..:)

    ReplyDelete
  21. dija ! u must try.hehe. sayang kalau tak guna fruit blender tu. mihmih.. :D share lah kt blog plak nnti :)

    ReplyDelete
  22. wah...bestnya... siap ada strawberry lagi... saya nak cuba lah nanti..hehehe

    ReplyDelete
  23. hehe..rajin giler..kalau aku jenis suke mkn buah..mls nk kupas kulit n blend buat jus..

    ReplyDelete
  24. alaa...
    sis namee mmg dah cantik pun :)
    xpe2. pasni lebih cantik utk en. hubby.
    hikhik

    ReplyDelete
  25. adira tu putih sangat tuh. nampak pucat gitu..wah wah wah! macam sedap je. nanti nak try buat jugak la...yummy~~

    ReplyDelete
  26. nampak mudah je ni namee? tapi yg mudah ni jugak yg selalu malas nak buat..hehe..

    ReplyDelete
  27. semua buah masam tu, must try!

    ReplyDelete
  28. NAK TRY! sebab nampak sedap. kulit tak cantik mcm adira pun takpelah hehehehe

    ReplyDelete
  29. melambatkn proses penuaan tu plng best!!!

    ReplyDelete
  30. eh ape rasa kalo dh cmpur mcm2 buah tu.huhu..masam manis ke?

    ReplyDelete
  31. rasa manis apple and peach tu ! :)

    ReplyDelete
  32. Kalau nak antioxidant segera boleh amik Vitamin C, Vitamin A dan Vitamin E. Dan pastikan dr sumber semulajadi, bukan main beli je tau. Karang terbeli yg sintetik

    Mcm mana nak tau vitamin sintetik jom baca blog saya.

    http://myultravitamin.blogspot.com/search/label/Vitamin%20Sintetik

    ReplyDelete
  33. mamazara...insyAllah... :) thanks for the info.

    ReplyDelete
  34. org kata dekat kulit apple tu la byk khasiatnye.. so, patut blend skali dgn kulit nye or kupas? hehehe

    ReplyDelete
  35. patut la akak cantik...kiter suka makan epal jer...malas nak blend

    ReplyDelete
  36. pearl....banyak fibre semua isi nya. kalau rela, makan la keladak2 tu.

    nyamuk...hehe.namee pun dah malas tp paksa diri.hehe

    ReplyDelete
  37. namee, yup2..setuju..buah2 mcm itu mmg elok utk kulit..cuma mahal sket lah dr buah2 tempatan kan..tp kitaorg mmg suka sgt minum air2 buah mcm ni..sbb tuh kalo g klcc mmg akan wajib ble minum ait juice fruit..hehehe :D

    ReplyDelete
  38. nampak sedap...klu hari2 blh bankrup nak beli buah

    ReplyDelete
  39. kalau minum jus selalu blh jadi awet muda .. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...