Thursday, March 14, 2013

Being Transparent atau Tak Percaya ?

Assalamualaikum....well hello... :)

Kalau simpan password partner kita ni kira macam tak percaya kat partner ke ? 

Sejak dah kahwin ni, memang saya bagi je semua password social account saya kat Isham. Facebook, email, twitter, nuffnang semua lah saya bagi. Eh nuffnang pun bagi juga ke password nya ?Haah lah bagi jugak.Kalau dia berminat, tengok lah. hahaa. At least dia tahu saya buat apa depan laptop ni, bukan online mengada je tapi dalam masa yang sama ada income masuk. Tapi, dulu kawan kepada kawan saya pernah cakap ..Isham ni kongkong saya sebab tu saya tak keluar dengan kawan lelaki lain pun.

Yang sebenarnya, saya memang lah tak keluar dengan lelaki. Tak selesa. Isham jela lelaki yang saya keluar pun. Then diorang kata orang yang simpan password partner ni jenis yang tak hormat pada pasangan. Maksudnya tak hormat pada privacy partner tu and maksudnya dia tak percaya kat kau pun namee. Lepas tu terus terfikir "eh Isham tak percaya kat saya ke?". Tertanya-tanya kat dalam hati lah tapi tak pulak tanya kat Isham pulak "Isham tak percaya saya yeahhh?"

At the same time, saya pun tahu segala password Isham. Kiranya saya tak percaya kat Isham juga ke selama 7 tahun kita ni ? Tapi password dia saya tak minta pun, tak pernah minta tapi dari mula kenal Isham yang bagi semua.Dia kata dia nak tunjuk kesungguhan and takde rahsia. Masa mula-mula dia bagi tu saya macam pelik lah jugak *eh kenapa mamat ni tetiba bagi password email segala ni. Adakah dia nak suruh saya reply kan email dia semua ke. Walaupun saya tahu segala password n pin number semua, tapi saya tak pernah buka pun. Email sendiri pun jarang buka apa lagi nak buka email orang lain. =.=

Sikit pun tak gentar nak bagi password email and social network sebab takde apa pun dalam tu. Kalau kat facebook antara 4 ribu lebih dekat 5 ribu friends tu hanya few je yang betul2 interact dengan saya. Itupun clicks uia , kawan blog dan budak2 lelaki yang muda dari saya. Saja tulis lelaki muda sebab saya jenis tak minat lelaki muda and sebaya and sikit beza dari saya.so no harm lah kalau Isham buka facebook saya n tengok saya ada balas2 comment sebab dia tahu saya jenis suka laki at least kena tua 7 tahun dari saya. Kalau takat 1 2 tahun, memang anngap macam adik. 

Walaupun kita dua tahu password masing-masing tapi kita dua tak pernah pun siasat masing-masing. Sebab dah berdua sempoi sempoi je "haaa ni password saya. kalau boring boring tengok lah. ". hahah. tapi dua2 kita memang tak buka pun. Sebab dengan cara macam tu dah nampak dah kesempoian tanpa rasa takut sikit pun. Tak macam ada muslihat lah. Seriously kalau kita takde rahsia dengan partner kita, lagi lah kepercayaan tu kuat. Ya, itulah system transparent yang Isham cipta. vehehhee

So rasanya takde lah istilah nak mengongkong ke kalau kita tahu password partner kita. Tapi ni highlight untuk orang yang dah kahwin lah.Kalau waktu bercinta nak share semua pun bahaya juga tapi janganlah ambil peluang masa bercinta tu untuk scandal ramai pulak. But untuk pasangan yang dah kahwin, kalau partner macam liat-liat nak kongsi benda  remeh macam facebook, email ke, tak bagi pegang handphone segala tu......errrrrrr . tu memang horror.:P mihmih

Hari tu terdengar pakar motivasi kat tv cakap macam ni "jangan sesekali syak wasangka kat pasangan sendiri sebab itu adalah doa" Maksudnya kalau kita call partner kita pastu partner kita  tak angkat then mula lah dalam hati *eh dia ni keluar dengan pompuan mana ni sampai tak jawab call nih !!!. Terus jadi doa, maka lama kelamaan syak wasangka kita yang tak wujud tu bakal jadi kenyataan =.= . 

Toddles... :)




41 comments :

  1. Assalamualaikum namee. setuju dengan ur last statement! heheh. tak baik fikir yang bukan2. sayangilah pasangan anda seadanya! hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun selalu avoid dari syak wasangka. kang dari takde terus ada..eh mati saya. haha

      Delete
  2. KAK BUI DGN HUBBY PUN SAMA,MASING2 TAU SEGALA PASSWORD NI..BUKAN X PERCAYA,TP INCASE TERLUPA,PARTNER BOLEH INGATKAN...^_^

    PART SYAK WASANGKA TU,TAKUT JUGAK..SBB KAK BUI SLL SYAK WASANGKA DGN HUBBY..HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kak bui,..perempuan memang lumrah suka syak wasangka. takpe, kita ramai2 jauhi sifat syak wasangka ok. :) saya suka kalau isham tahu password saya...baru lah dia tak macam ayam berak kapur. hehe

      Delete
  3. laa,,, patut pun si dia curang ngan saya,, sebab saya salu 'doa' dia curang rupanya,, hehe,, tapi tak pe,, saya yakin yang lebih baik sedang menanti,, kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. petunjuk tu.petunjuk yg awak akan dapat lelaki lebih baik ! :D jangan risau ok :)

      Delete
  4. Tak mengongkong lah mcm tu. Klau anything happen, ada back up. Penting jgak lah bgi tau password dkat org yg blh dpercayai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan.as back up ! :) bagus jugak at least we come clean dengan partner kita :)

      Delete
  5. masa memula dulu ade jugak share..tapi dah lupa dah passwordnye..hak3.."lantak le kamu..kalau kamu buat hal kite boleh rasa tau!" ugut saya kat encik kesayangan..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. Tak lah sha. encik tunang takwat hal tu.:) isnyaAllah . dah nak kahwin pun kome ni.hehe :)

      Delete
  6. seramnye...

    jangan buruk sangka sebab tu adalah doa...

    nak tau tak, kalo ade sesuatu msg yang mencurigakan. kite mesti curiga lebih dari tindakan pasangan kite.

    padahal die jujur dengan kite. macam mane tu?? huihui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. rasanya pernah jadi kat saya ni. tapi dia lah curiga kalau ada number tak kenal message saya. mula lah dia tanya2 sebab takut lelaki ngurat padahal no kakak saya punya suami ehhehe

      Delete
  7. akak sama cam namee.. semua password husband tau dan akak pun tau password dia.. pin number kad bank pun kami saling mengetahui.. nak syak wasangka apanya dah berbelas tahun kenal dan dah 10 tahun hidup bersama.. yg penting saling mempercayai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. kena saling percaya and come clean. takde rahsia so pasangan pun tak lah rasa macam syak pulak. :)

      Delete
  8. setuju dengan namee ! tak perlu nak rahsia2 bila dah kawen...barulah namanya saling percaya, saling cinta, saling sayang menyayang... ehhhh over plak...

    tapi oshin tak kawen lagi...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah oshin. hehe. tak lama lagi dah nak kahwin lah tu. hehe :D

      Delete
  9. betul betul..dalam hubungan kena ada kepercayaan..itu sayang namanyer..

    kalau dia sayang kita..tak perlu nak kongkong..chill sudeh..jgn stress nak pikir..eh dia buat apa time ni..eh ni mesti sesuatu ni..

    ooh come on..sakit kepala kalau camtu huhu..hidup terlalu singkat utk nak fikir yang bukan2..ecehh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kena sentiasa positive je. plus kalau asyik nak syak je,pening kepala. mudahan kita semua jauh lah dri perkara macam ni. :)

      Delete
  10. system transparent..okey jugak kan..mengurangkan syak wasangka & cembuta buta dengan pasangan..huhu lumrah manusia ada sifat syak wasangka semua ni tapi kn control jgn smp lebih2..kan?kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. setuju. memang lumrah kalau gadis syakwasangka dan cemburu. :)

      Delete
  11. wajarlah kalau nak derma pasword kat suami/isteri kita sebab dah kawin kan. kalau yg belum tu beragak lah kalau nak syak wasangka pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum kahwin nak share, bahaya gak. buatnya tak kahwin,lepast pasangan pedajal pulak. :O

      Delete
  12. kak namee , how akk buat header blog ni ? ekslusif n gempak ! bgitau pliss

    http://cek-chiqa.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. eqa,,,,namee guna paint je . hehe. dengan photobucket. :D

      Delete
  13. Berkongsi segala rahsia dengan husband/wife kita termasuk pasword/no pin bermakna kita dan dia dah jadi satu. Takde kena mengena langsung dengan syak wasangka/tak percaya. Org yg x kwin takkan faham. Kalau ada pun yg perlu berahsia, adalah kisah silam kita yg memalukan dan kita taknak dia tahu kerana jika dia tahu akan menyebabkan hubungan terganggu :-) pasni namee bolehlah share dgn kwn2 psl benda ni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mummy icha. kalau dah kahwin tapi banyak rahsia dan muslihat memang susah lah.kira aniaya pasangan kira. saya pulak dari awal lagi suami saya pesan benda ni.

      Delete
  14. ada saya terbaca tentang ni dulu tau. eh, sebelum tu. hai namee. lama gila tak terjah ke sini..hehe. sorry..ok, sebelum ni terbaca tentang bagi password ni. rasanya ni perkara yang baik. dan boleh mengekalkan keharmonian rumah tangga kerana suami tak berprasangka buruk kepada isteri dan begitu jga isteri tau. saya kalau dah kahwin nanti pun takkan berahsia apa2 dengan isteri saya tu. henpon pun boleh letak merata2. itu tandanya, kita tak sorok apa2 kan?hehe. yang tentang syak wasangka tu memang tak dapat dielakkan sebenarnya. lumrah manusia pasti akan ada perasaan tu. tapi kita lah yang kena kawalnya. bila dah datang perasaan tu,kena buang jauh cepat2. jangan biar ia kuasai emosi dan fikiran kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya comment boni dah cukup info dah untuk orang faham kenapa benda tu perlu sebenarnya dalam hubungan. thanks boni . jarang kot lelaki yang support benda ni.

      Delete
  15. ye...setuju sangat2! bab2 doa tu penting sangat.kita mesti lah elakkan diri dari syak wasangka coz ia boleh mendorong perkara tu untuk lebih terjadi..hehe (apa betul ka ayat aku nie.) btw, saya suka sangat lihat hubungan antara sis namee and husband. sweet gitu.... <3

    ReplyDelete
  16. totally agree :)
    kami pun xberahsia password,pin number,henfon blablabla..alhamdulillah :) and yes,jgn bersyak wasangka dgn pasangan :)

    ReplyDelete
  17. smlm je gaduh ngan tunang coz rply msg fb kawan2 perempuan dia.. dia x caya saya pulak igt sy nk seledik hal dia padahal saja je syok2 rply msg diorg nk kenakan diorg x de pon tuduh dia apa2.. sobkh2 sedih nii hmm...

    ReplyDelete
  18. mmg ada semua pw en suami sbb semuanya koi yg tolong createkan.

    ReplyDelete
  19. perengggan yang akhir tue..kwn2 dya selalu reminder kan dya..tu yg penting...kene ambik prihatian..true..!!

    ReplyDelete
  20. tapi dija ngan hisband kan kitaorg tahun ni kira bersama 9 tahun kahwin je baru bape bulan kqn sblm kahwin dh tau pswrd abb pswrd dija related ngan diq pswrd dia related dija, tpi x bukak pun.. dah kawin ni pm kalo guna hp hubby baru tgk fb dia tau :) dija kalau diq x qngkat cqll risau lain je sbb tu dija pesan sb blk keje cqll la dlu skurg2nya kita tau dia otw :)

    ReplyDelete
  21. in my line of work, rasanya x boleh share email password dgn anyone kot. byk bende yg PnC, trade secret company etc.

    i rase ni hanya applicable kalo the guy is involved dgn keje yg x libat bende confidential. :)

    ReplyDelete
  22. Memang kene percaya je and jangan syak wasangka kan...Tu amalan buruk. Tp kita dulu tak pernah syak wasangka, start tau seseorang tu tipu, terus je asyik syak wasangka..aissshhh.
    Takboleh jadi ni. mesti hilangkan syak wasangka ni even perkara lepas menghantui..hihi

    ReplyDelete
  23. Kc tak pernah pulak berprasangka pada asben tp kc ada kawan yang ada prasangka gila pada sesapa sahaja. memang gila la dia tu.

    ReplyDelete
  24. me dgn husband, dlu b4 kahwin pun tau jugak password fb dia sbb dia mintak tolong tuaikan tanam2an kat farmville dia kalau dia outstation AHAHA kelakar je. tp until now pun, even tau password tapi xde nak check2 ke apa. sbb dr dulu sama je passwordnya sejak kes penuaian farmville tu :DD password my mom pun sy tau jugak sebab ada tolong dia beli tiket flights etc. tp xde la sy salah guna password tu utk korek harta HAHAHA. it's all about trust and respect others' privacy :)

    ReplyDelete
  25. betul tu namee.. ape2 hal pun kepercayaan tu adalah penting. so kalau dah percaya kenalah jujur juga. baru boleh ngam :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...