Tuesday, April 2, 2013

Cara Pilih Makeup Pengantin

Assalamualaikum...well hello...


Kita selalu nak pergi kenduri sebab nak tengok pengantin je. ekekke.Makan taknak sangat pun. kihkihkih. Nak tengok dia pakai baju apa, makeup dia, pelamin semua lah. ekekke gila busybody tapi sian jugak kat pengantin kalau dia punya makeup tu teruk. Kadang-kadang tukang makeup pengantin ni asal boleh je makeup.Siap foundation tak sama dengan warna kulit pengantin pun.tskkk. Dah la hari wedding tu semua orang nak tengok pengantin. tsskk. Ini salah mak andam lah ni.

Kalau nak ambik makeup artist memang mahal sikit harga atas 800 untuk makeup saja. Kalau korang ambik package butik yang sekali sewa baju n makeup n pelamin andaman sekali tu memang murah tapi dia punya hasil tu mendebarkan. Macam kakak saya, tak dapat pun baju yang dia nak. Sian dia. Masa nak bayar tu kemain janji macam-macam sangat. Bila time wedding tu entah apa-apa pulak jadinya. Kena survey betul-betul lah utamanya makeup lah sebab berjam-jam wedding tu. Beribu orang pulak tu datang nak tengok pengantin. mihmih. retis sangat. hihih

Kalau nak pilih MUA, ni benda-benda yang korang memang kena tengok dengan serious lah...

Jangan pilih MUA yang makeup tebal sangat. Sebab kalau tebal sangat nanti korang dah jadi orang lain. Dari muka asli melayu tak pasal dah jadi opera cina. ekekke. Nanti tetamu pun confused eh aku kat mana ni .persembanhan opera ke kenduri kahwin ni.mihmih. ok tak lawak. Benda ni serious tau. T_T. Kalau makeup tebal nanti tak sampai 2 jam makeup akan merekah-rekah macam bumi yang tandus eh ke gersang. sorry kita tak pandai bahasa melayu betul2.  krekkkk kreekk kreeek.*bunyi bumi merekah. hihih. macan tu lah bunyi time makeup tebal merekah. T_T

Foundation flawless.Cuba tengok testimoni yang ada kat tukang makeup tu.Kalau berminyak-minyak tu, jangan lah ambik kalau taknak jadi orang minyak. mihmih. Ok , zerious. Walaupun muka customer jenis minyak gila,as mak andam mesti dia tahu nak buat macam mana. Kalau untuk muka minyak, kena pakai makeup based dengan foundation yang water based. Gituuu, the  only makeup akan tahan. 

Foundation sesuai dengan tone kulit. Kalau kulit cokelat, foundation jangan tetiba putih. Pastu ada yang nampak kelabu. Bila wedding photoshoot memang nampak pelik. T_T . So korang yang bakal kahwin ni time nak pilih jurumekap tu pilih betul2 ok.Banyak je tukang makeup yang murah tapi makeup cantik sangat. Tak semestinya makeup artist je. Sebab dia makeup artist sebab tu boleh charge mahal.itu je bezanya. 

Cara dia handle kening customer yang tak cukur kening. Banyak customer yang memang strict and taknak cukur kening. Kan haram cukur kening. hihi. So mak andam memang kena hormat permintaan customer. Cabut bulu hidung takpe. ekekke. Pastu ada orang bulu kening pacak2 macam  pokok paku pakis. Dah sikat pun dia pacak-pacak lagi. Tu memang cabaran untuk mak andam lah macam mana nak lukis bagi nampakelok tanpa potong. hooooohhh ! Contoh macam ni...


kening tak cukur tapi MUA lukis kening tu cantik.

Gitu. Contoh jurumekap yang foundation dia ikut tone and flawless...






Semua gambar pinjam dari sini FarizSha D'Touch sebab ni salah satu contoh makeup pengantin yang sesuai untuk describe ciri-ciri pilih makeup pengantin yang betul.. Sorry tuan tanah kita pinjam banyak gambar dari page uolss untuk buat contoh. mihmih.  Jenama makeup yang dia pakai is MAC /Kryolan/Giffarine/FCC. mihmih. Ingat ok, time kahwin pun kena nampak natural tau. Lagi nampak proper dan manis. hehe. Sesiapa yang nak kahwin tu, pilih jurumekap yang elok ok. Nanti menyesal.  Alang-alang kalau berminat dengan FarizSha D'Touch ni boleh usha kat fanpage terus...




29 comments :

  1. i masa kawen pilih MUA yang i pernah tengok hasilnya depan-depan. lepas nampak pengantin tu lawa terus i booking readzul dah tak survey lain dah walau dia mahal sikit hihi. yela kebetulan masa tu husband (tunang) masa tu pun puji cakap mekap tak hover sume. tapi MUA i dah meninggal. al-fatihah to arwah Zul (Readzul) :'(

    ReplyDelete
  2. cantek!..tp den kawen dolu mekap sendiri jo...sempoi, xdo mak andam bagai....hik!hik!

    ReplyDelete
  3. masa kawen dulu tak sempat nak pilih2...lagipun kat Raub tu ada seketul dua jer kedai perantin.

    ReplyDelete
  4. klu salah pilih mekap mmg tak nmpk dah seri dye
    org kata mak andam yg terbaik adalah org yg bley mekap buat muka pengantin berubah..

    ReplyDelete
  5. Oh....i like makeup2...teringin nak makeup muka sendiri cm retis2 hahahhaha verangan jom!

    ReplyDelete
  6. kite paling riso la masa kahwin nnnti.. hahaha
    mana nak cari MUA yg superbbb

    ReplyDelete
  7. biler pilih MUA yg suka mekap tebal sangat..nnt tkt ternampak kelabu hikhikhik..

    nak nak kulit yang mcm akak ni..kategori 'putih lah sangat' ;p

    ReplyDelete
  8. memang saat mekap laa saat mendebarkan sbb kite nak nmpk cantik kan.. kalau kite, kite prefer buat test mekap dulu :D tak cantik pegi carik lain.. heee

    ReplyDelete
  9. jangan cukur kening..lawa je make up tk cukur kening kan.. :)

    ReplyDelete
  10. Kesian pulak kat pengantin kalau salah pilih mak andam... Lagi2 yang tak reti make up sgt mcm saya. Dah sampai masa nanti, main tadah je muka 100% percaya ;)

    ReplyDelete
  11. bumi merekah?mekap tertanggal eh maksud namee?hehe...

    suka tgk yg mekap simple,yg lebih2 hasilnya nampak lain sgt dr muka org asal..err

    ReplyDelete
  12. Hi Namee , perenggan nombor dua tu kan buat saya geram, memang betul , masa nk bayar mcm2 diorang jnji, baju pengantin mmg cntik,kes ni kena kt cousin saya, baju pengantin yg dah kena tempah dibagi pnjm pd pelenggan lain even cousin sya dah tempah baju tu awal2.. memang berasap la kalau teringat peristiwa tu, dh la bayar mahal.. huhu~

    apa2pun, thanks tuk entry ni ^^

    ReplyDelete
  13. Hihi Mmg Kne Btol2 Pilih makeup ms Nk Bsanding Tkut Nti Mcm Bcapuk.. Hiii klw Nk Try Vit wassap 018 2178984 yee

    ReplyDelete
  14. Salam namee...last time masa you kawin tu you pakai mak andam mana? cantikkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ...ada kat sidebar namee. semua perihal wedding hari tu ada kat sidebar :)

      Delete
  15. ada guide utk majlis akan datang :)

    ReplyDelete
  16. kena pilih betul-betul makeup pengantin..sehari dalam seumur hidup tuu..jangan lak nanti macam opera cina di hari bahagia, naya! ahha :p

    ReplyDelete
  17. mekaseh namee... leh rujuk page tu utk mekap akak nt.. hehehe

    ReplyDelete
  18. kalau naby mekap pun cantik..natural sgt =)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum namee. bestnya. natural beauty itu penting kan. hehehhee

    ReplyDelete
  20. thanks sudi share info & bagi tips..:)
    sy lmbat lagi nk kahwin2 nie..ehehehe..
    tapi at least tips2 awak nie sangat membantu sy dimasa depan..thanks..:)

    ReplyDelete
  21. MMG PENTING PILIH MEKAP YG BERSESUAIAN MS KAWEN SBB BYK MATA AKAN TENGOK..KALAU MEKAP X CANTIK MMG XKAN BERSERI LA WAJAH PENGANTIN..

    ReplyDelete
  22. muja suke amat make up but i dont how,, hee

    ReplyDelete
  23. kalau kita kawen kita nak namee yg mekapkanlah. nampak macam namee tau je selok belok mekap ni. hehe

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,
    tumpang mnecelah entri Namee. Apa yang Namee tulis tu ada betulnya. Saya sebagai make up artis lebih suka mekap yg nampak natural muka client. Kecuali atas permintaan client yang mahukan kelainan. Seeloknya tempah awal jurumekap a.k.a MUA (makeup artis) & berbincang teknik solekan yang bagaimana yang anda idamkan. Tapi jangan pulak minta MUA ubah wajah korang jadi muka artis ye. Kecuali lepas mekap tu muka ada iras artis.... haaa.... itu bonus buat korang.

    ReplyDelete
  25. hye.. kalau nak custom made veil.. boleh tgk blog saya http://gobokchermin.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...