Wednesday, May 15, 2013

Beza Umur Saya dan Hubby #Part 2

Assalamualaikum...well hello...:)


Vahvahvah kemain ada part 2 bagai. T_T. Taknak buat part 2 pun sebenarnya tapi yang siapa tanya soalan kat email tu, sorry sangat tak dapat nak jawab semua. Ada yang jawab lambat. Bukan sombong , tapi kalau nak jawab berjela jawapan .Kalau 20 email...20 karangan kena tulis ni. Pastu al-maklum tiap2 hari ni banyak sangat budiman nak bagi kita duit sejuta. Bercampur2 email korang. Spam tak sudah.2. Tapi takpe, kita dah baca balik dah email2 yang tanya tu...saya compile sekali terus jawab ok. Mace mace, ada yang wat kita tesengih sorang depan lappy ni. haha. tapi rupanya ramai gak yang hadapi situasi macam saya ni. ohoohoihh.



1) Macam mana nak bagitahu mak/ayah  yang kita ni dah berkenan dengan orang berumur pastu nak kahwin ?
T_T. Aaaa masa kita baca soalan ni, macam ni lah reaction kita. "T_T" *mata kita tukar jadi huruf T. haha. Sebab saya pun pening kepala nak bagitahu macam mana. Soalan paling debar2 sekali kalau diorang tanya umur, taktahu nak bagithau yang betul ke yang muda sikit. ekekek. Even sekarang dah kahwin pun masih lagi jadi sensitive question bab bab umur ni. Soalan ngeri *eh umur dia berapa sebenarnya. Macam saya lagi lah debar sebab umur dia nak dekat umur mak saya dah pun. Mak saya muda sangat lagipun.

Tapi kita dulu bagi jawapan macam ni...
"Entah la ma. Bukan memang niat nak orang berumur ke apa, cuma selesa dengan perangai dia je. Senang nak bincang. Benda kecik pun memang tak gaduh. Selesa lah. "

Kita tak lah compare yang muda dengan berumur, cuma kita rasa selesa sebab dia matang lah. Tak kuat desak, pastu bersungguh. Ada je yang muda perangai matang tapi tak sampai kat kita kot. heheheheheh. Depa tak minat kita pun. hahaaa

2) Namee memang suka orang berumur ke ?
Em dulu minat kumpulan Backstreetboys tu, saya paling suka Brian tu , pastu macam suka Altimet yang rapping tu. hahaa. Ma pa memang ingat bf saya jenis yang rock2 rambut panjang pakai seluar koyak lah sebab saya pun jenis yang pakai jeans koyak2 kat lutut punya. Rasa macam cool . T_T. So kesimpulan, memang tak kot minat orang berumur ni sejak azali. 

Jodoh lah semua ni. Kita tak pernah kutuk pun orang yang kahwin berumur ni. Macam Siti n Datuk K dulu pun saya tak kutuk cuma macam pelik je. T_T. 

Pernah lah, masa saya form 1 , suka ah tengok jiran Cina sebelah ni. Umur 40 tahun kot time saya form 1 tu. Sebab dia jenis tua yang smart. Isteri dia pun lawa.Tapi tak sangka lah dari suka tengok jiran sebelah, terkena kias pulak. Jodoh pun yang berumur. weheee. Takpe, Isham baik comel suara lembut kuat majuk kuat makan suka wat lawak suka beli air Yakult kat kita tiap hari.

3) Reaksi family, friends semua?
Macam biasa mesti lah ada yang positive, ada yang negative. Tapi rasa macam negative lagi banyak . So far family terdekat ok sebab memang dah tahu. Yang family baru tahu ni, biasalah mesti banyak soalan. macam wartawan Melodi.

"macam mana kenal"
"memang namee suka orang berumur ke"
"kerja apa ?"
"Kenal kat mana"

Pastu reaksi muka memang muka terkejut. T_T. 

Diorang nak terkejut takpe, kita faham. Tapi kalau jenis kawan yang mengejek tu memang tak boleh diterima lah. Tunggu time diorang ke, anak diorang ke...we will see. Kadang2 percakapan kita kena hati2 sebab mungkin kena kat anak kita esok lusa..kita tak tahu. time kita single, mungkin lahkita boleh demand macam-macam and angan nak laki macam ni macam tu..nak yang handsome, kaya, kerja bagus, segak pakai kemeja slimfit, suara sedap....kemain demand. Tapi seriously, kena cermin diri gak sebelum nak demand lebih2 sgt. Kita tak pernah pun demand apa-apa asal perangai elok dah cukup dah. Dah syukur dah .

4) Beza ke lelaki berumur dan muda?
Em nak compare lebih2, saya tak pernah lah kenal lelaki muda ni sebagai soulmate. Kawan2 biasa studio tu ada lah. Yang tengok pengalaman kawan banyak lah. Ada je yang kaki kelentong, call susah nak jawab, pastu kuat desak, tipu belakang etc. Sebenarnya sifat ni bukan terletak pada umur, tapi attitude masing2 sebenarnya. Ada je kawan yang bf laki muda, okay je.Matang je tengok. Depends kat attitude diri laki tu macam mana lah.

Tak boleh nak kata 100% lelaki berumur memang perfect.Manusia,lain2 perangainya.Buatnya dapat lelaki berumur yang jenis miang keladi pantang tengok perempuan tak kelip mata.Lagi rasa geram kot kalau macam tu. Dah lah tua gatai pulak tu. hehe.

So as a conclusion, terpulang pada individu. 

5) Apa yang buat Namee jatuh cinta kat Isham ?(dia tanya soalan ni sebab nak try kat perempuan lain)
Haha, soalan ni pun saya sengih gak. Ni dah macam nak bagi tips mengurat gadis dah ni. T_T

Paling utama is,kesungguhan lah..

Kerja jauh, tak pernah tak contact. Mesti call tanya khabar.Sehari more than 100 sms's dia bagi update dia buat apa semua even kalau saya tak reply.

Tak pernah bagi alasan busy untuk tak contact. Jauh macam mana pun mesti dia cari initiative nak contact. Email, pastu siap belajar macam mana nak ym.Comelnya. haha.

Bila kita demam ke, sibuk lah nak bawak gi clinic. nak bawak ubat semua.Dia tunjuk lah yang dia care. 

Takde buat hal orang ketiga ke apa walau jauh. Kalau suka satu, satu je dia pandang. 

Pastu kalau orang buat saya nangis, memang dia marah lah orang tu. mihmih. Kita plak cuak sebab beruang comel nak mengamuk.siap call lagi.

Kalau gi kedai, dia ingat lah kat saya. belikan yogurt drink ke apa sebab saya sembelit.Benda kecik macam ni lah yang buat selalu saya suka.Sebab nampak lah macam dia selalu ingat kat saya kalau gi mana2 pun.Even kedai runcit. gi kedai buku nampak buku building design , beli kan untuk saya refer. 

Macam tu lah cerita macam mana kita cair.haha. Sebab dia lembut and romantic. Yang penting dia ingat lah kat saya ni selalu. 

6) Perspective Namee towards Isham macam mana ?( tertanya sebab pelik macam mana Datuk K and Siti tu mesra macam mana?
Soalan ni pun buat saya gelak.T_T. hamboihh hamboihh kemain nak imagine orang tu mesra macam mana. Tapi eh yela kita pun fikir jugak dulu .macam mana orang yang kahwin beza usia ni nak bergaul. 

Sama je la.T_T. takde beza pun. Isham tu walau jauh berumur dari saya tapi dia sensitive jugak tu. Kuat merajuk jugak tu. mihmih. Kita yang muda ni lagi kena beralah. mihmih. Sama je umur macam mana pun.

7) Macam mana korang biasakan diri?
Em, saya and Isham memang senang lah.Dia pun walau berumur tak lah ego pun atau act macam tahu semua benda.Kalau buat salah,dia cepat2 minta maaf. Saya yang muda tak ambik kesempatan, kalau saya salah..saya cepat2 minta maaf. so tak la gaduh panjang. So far takde lah gaduh lebih 3 jam kot selama 7 tahun ni. Merajuk2 jap pastu masing2 minta maaf n ketawa. 

Saya and Isham sangat lain, politik je sama kot. haha. Selera semua lain tapi kita boleh lah suit each other. Kalau keluar makan saya selera western,fast food...selera dia makanan melayu berlauk, nasi ayam...usually kita akan take away food saya and pergi makan kat tempat dia selera. Tak big deal sangat benda macam tu. Kalau saya shopping, saya suka sorang2 sebab tahu Isham tak suka shopping banyak kedai so takyah lah paksa benda yang dia tak suka. Pastu kalau dia tak suka dengar membebel, saya tak bebel....saya diam je. bila pillow talk baru saya bagitahu apa yang saya tak suka. mihmih.

Ok, ni je soalan yang kita boleh jawab dulu. Yang lain nnti kita compile lagi ok. Then lagi satu soalan, serious sikit soalan dia sebab terjebak dengan suami orang....

 Macam mana kalau terjebak dengan suami orang ?
Em minta maaf sangat ...pendapat saya, kalau boleh suami orang jangan lah. Fikir isteri dia and anak2 laki tu lah. Bayangkan kita kat tempat isteri dia. Memang lah boleh laki kahwin lebih satu tapi fikir juga hati remuk si isteri tu. Janda/Duda takpe lagi . Tapi kena terima lah masa silam laki tu. Jangan lah nak ungkit2 n sekat nafkah . Ada orang terdekat yang dah terjebak dengan suami orang tapi nak buat macam mana dah jodoh dia. Kita yang tengok ni, jangan lah kutuk2 and pertikaikan . 

Ok dah tu je yang kita jawab. hehe.Kita ni dah macam pakar counselling dah tapi tak bertauliah.sobs. Takpe, sama sama kongsi pendapat.mihmih

Toodles.. :)




59 comments :

  1. Assalamualaikum yang. comelnya gambar kawin. suka tengok namee pakai baju kawin tu. heee. yang, whatever people's said, buat rileks. cool. insyallah you feel better. lagipun tak salah, jodoh kan ketentuanNya. siapa kita nak demand2 kan :)

    ReplyDelete
  2. wah..dh mcm retis kak namee mnjawab..hehe
    hope akak bahagia n perkhwinn yg berkekalan hgga akhir hayat..aminnnn..:)

    ReplyDelete
  3. Bagus namee bila menulis sgt berhati2 dengan perkataan :-)
    Selalu dengar orang kata, Allah beri apa yang kita perlu, lbh daripada apa yang kita mahu. Kadang2 ada dlm diri kita tu soft spot yang menjurus bersesuaian dengan pasangan kita. Tak timbul soal umur pun. Lgpun, umur cuma angka. Ada yang dah berumur perangai tak matang. Ada yang muda bersikap matang. Semua ni dipengaruhi latarbelakang dan sejarah hidup masing2 :-) *Semoga you all kekal happy forever, ameen*

    ReplyDelete
  4. Dorang tanya Namee ni sbb curious ni nak tahu mcmane Isham blh dpt Namee, Yelah Namee kn muda dan cantik :)

    ReplyDelete
  5. UMUR TAK PENTING EKCELI..YG PENTING KENA TOLAK ANSUR DGN PASANGAN..KAK BUI DGN HUBBY SEBAYA,DH 13 TAHUN KITA ORG KAWEN..WPUN HUBBY ANAK BONGSU TP DIA MATANG..ADA MASANYA MANJA TP BERTEMPAT THEN HUBBY KAK BUI NI RINGAN TULANG,SUKA TOLONG ISTERI..SBB DIA TAU,MASING2 KERJA,SO MASING2 PENAT..ADA PART YG DIA BOLEH BANTU,DIA AKAN TOLONG..SBB TU KAK BUI KATA TOLAK ANSUR SGT PENTING DLM SATU2 HUBUNGAN..^_^

    ReplyDelete
  6. So sweet la husband kak namee.. Happy selalu :)

    ReplyDelete
  7. wow Namee...very good answer...part soalan last tu paling akak setuju ngan jawapan Namee...

    ReplyDelete
  8. hmm hmm .. banyak nasihat kat sini .. pengalaman dan kisah benar yang dialami namee boleh bagi pedoman ..

    kita ni hanya mampu merancang, yang tentukan apa yang bakal terjadi hanya Dia ..

    ReplyDelete
  9. panjang explain namee.. tak pernah cheida terpikir la ada yg sanggup tnya name pasal benda ni hehehe.. salute la namee cool jawap.
    bg cheida semua dah ketentuan jodoh yg allah tetapkan.. kenapa nk pertikaikan..
    laki yang berumur ni orang selalu fikir diorang matang dalam berfikir, cool, tak cepat melatah tapi sebenarnya ada stgah tu sensitive lebih bila kurang perhatian dr orang dia sayang hihihi.. (pengalaman dari kawan yang bakal suami dia berumur juga :))
    Dalam relationship ni kena ada tolak ansur, give and take.. pendek crita saling melengkapi la..
    mcm cheida ngan tunang, cheida ni berangin lebih dia akan diam je bila cheida marah or bebai.. hihi ala terpanjang komen nnt buat entry mcm name gak la boley? hahahah copycat plak..
    nice entry la name :)

    ReplyDelete
  10. bila kita tengok mudah benar kita 'judge' orang tu sedangkan kita tak tau realiti sebenar..
    Kalau Tuhan nak balas cepat atau lambat je.. ;)

    ReplyDelete
  11. Eh eh eh.. mcm same je pulak kes kite ni. Kite pun same dpt tunang yang mcm tu jugak. Jenis cool je. Kalau gaduh pun kite je merajok sorang2 sebab die tak suke layan mende kecik2 ni. Hihihihi...

    ReplyDelete
  12. apa yg peliknya suami berusia sikit? haishh...kira oklah tu...biasanya lelaki yg berusia ni family man sebab masa muda mudi riang ria telah berakhir.

    ReplyDelete
  13. hehhehhe, jawapan nama best sgt..btol2, jodoh ni di tangan tuhan kan..kalau lari pon , ke situ jugak akhirnya. apa yg penting, jujur memasing la kan..

    ReplyDelete
  14. Wakakaka
    Nice sharing ye namee.

    Umur jauh x patut jadi pghalang. Asal ada n nampak bsungguh. Yup agree with this.

    Sbb x semua mampu nampak penilaian y mcmtu.

    Ada part 3?huhu

    ReplyDelete
  15. yg penting kita suka kat org tu, and dia buat kita rasa selesa bila together.. xkisah umur muda ke tua kan :)

    ReplyDelete
  16. Saya setujulah dengan point2 namee tu. Keserasian memang salah satu faktor yang utama buat kita suka dengan seseorang :) Itulah kan namee, lelaki lambat sangat matang dari perempuan. Perempuan pun macam tak ada feelings sangat bila nampak sekumpulan lelaki yang good-looking. Tapi perangai macam adik-adik kita sendiri je. Nak buat jadi suami pun ragu-ragu :D

    Apa pun ketentuan jodoh je semua tu. Tak perlu pun cakap orang itu ok ke tak. Yang penting sama-sama perbaiki diri sendiri. InsyaAllah ada pasangan yang sesuai untuk kita dan membahagiakan kita :)

    ReplyDelete
  17. Ye umur tak penting...Yang penting keserasian, sefahaman...jangan peduli org cakap ape...yg penting diri kita sendiri bahagia...Kalau diorg mengata balas je ADA AKU KISAH? hahaha :)

    ReplyDelete
  18. hehhe, so sweet laa jawapan2 namee neh... ^______^ Semoga berbahagia selalu ye sis.. ;)

    ReplyDelete
  19. namee..

    hai..sy suke bace enteri awk..if tgh sedih bnde first sy bkak blog awk..wlaupon da bce bnyk kali..tetp x bosn..huhu
    but, sy ad satu question la..ape pndpt namee kalau couple ngn tunang org..even die b'tunang pon atas dasar family..

    pls assist..huhu ^_^

    ReplyDelete
  20. walaupun bukan muja yang email tanya segala benda ni,, tapi muja baca satu satu tau,, hehee.. muja tak de sape2 pun,, single but hoping to get one like your hubby punya atttitude, paling penting part dia suka gitau semua benda kat kita. hope sangat orang yang jadi ngan muja suke sangat cakap ngn muja,,, amiiin :D

    ReplyDelete
  21. orang matang kan best...kalau org berumur rasa macam tua la pulak...hehe

    ReplyDelete
  22. alahai sweet nyer kak namee ni..
    jodoh ni dgn sape2 pun boleh..
    xkire berumur or x.. sbb perasaan itu Allah yg pinjamkan.. tugas kita bersyukur...
    tabik lah dgn kak namee.. xpernh feel down dgn kutukan org malah buat org rasa u are more tough than others.. good job sis.. may had beautiful marriage...amiinnn ^_^

    ReplyDelete
  23. hehe..so sweet walaupun umur berbeza..semoga bahagia hingga akhir hayat..(^_^)

    ReplyDelete
  24. Bila baca entry kak namee rasa sedih plak..
    huhu..rindu dan
    teringat kat ex-bf..
    jarak umur 10 tahun.
    tapi matang sangat..
    tak berkira.. tak kuat merajuk..
    faham situasi kita yang tak berapa nak matang..
    dan sangat jauh beza ngn bf skrg ni..
    tapi terpaksa lepas kan.. sbb dia suami org.. isteri dia tak bagi..so sy ditinggalkan..
    sedih.. T_T

    ReplyDelete
  25. Very good entry Namee....opss....Puan Namee... (^___^)

    ReplyDelete
  26. jodoh tidak mengenal usia..Usia hanyalah angka..

    ReplyDelete
  27. setiap jodoh, ialah rahsia Allah..saya dapat yg sebaya, baru sebulan lebih tawen =) ..

    pon pendapat yg sama, seelok2, seboleh2 elak la berniat nk kawen ngan suami orang..tp klw dah elak, dah layan buat u-turn, dah nyorok2, masih dia..mungkin dah tertulis begitu..tp kita masih boleh usaha untuk elak, walau keputusan hak Allah..


    selamat melayari rumah tangga =)

    ReplyDelete
  28. terima kasih namee. dalam entri ni sebenarnya banyak yang saya dapat belajar untuk jadi seorang lelaki yang baik buat pasangan sebenarnya. hehe. terima kasih tau namee :)

    ReplyDelete
  29. gila2 fantastic..hebatnya anda

    ReplyDelete
  30. yes akak pilih husband pun sebab kesungguhan dia..orang lain kawan mcm tu jer..tapi dgn dia..mula2 dia terus cakap..org kawan dengan awak sbb nak jadikan teman hidup bukan nak main main...masa tu waaaaahhh..rasa nak terbang tp sila control..hahaha

    alhamdulillah walau kami memang tak sama..tapi kami bahagia..gaduh itu biasa ekekeke

    namee..air gula tu mmg tak sedap tp sila positif masa minum..mcm akak pening skit sbb amik darah kot sebelum dan selepas minum tu..tp nak jadi mama kena kuat dari mula mula lagi hehehe...

    ReplyDelete
  31. tu semua jodoh ketentuan Allah kan name :)

    ReplyDelete
  32. Comel je jawapan namee.. memang boleh jadi kounseloe.. tapi kan orabg cakap lelaki berumur ni lebih caring kab, sebenarnya bergantung ada individu gak kan..hee dija doakan namee bahagia selalu :)

    ReplyDelete
  33. kak Namee >.< you guys are made for each other, saye doakan both of you bercinta smpai ke jannah.wee.. btw, how to contact you? puas cari emel Kak Namee, tak jumpe.. uhuk2

    ReplyDelete
  34. jauh mana pun jarak x kisah yang penting hati tu kan namee.

    ReplyDelete
  35. itulah jodoh namanya..dah tertulis di azali..

    insha Allah, akak doakan moga namee n hubby kekal bahagia di dunia hingga akhirat :)

    ReplyDelete
  36. hai namee sorry lama tak datang sini busy T__T

    kalau mak i kan dia memang suruh carik lelaki yg lagi tua huhu. sebab dia kata perempuan ni cepat nampak tua dr lelaki haha sabar jelah mak i tapi i dapat yg sebaya cuma husband i tua 2 bulan je hewhew :p

    alaa takpela u beza umur pun. mulut org memang tak boleh tutup. asalkan u bahagia sudahla. chill ok :D

    ReplyDelete
  37. Namee macam pakar kaunseling keluarga dah..hihi Btw,suka semua jawapan Namee tu :)
    Semoga kasih sayang antara Namee dan Isham sentiasa mekar dan bahagia sampai syurga.Jodoh pertemuan tu tak kira umur kan dear, kalau Allah dah takdirkan kita dengan orang yg lebih berusia/lebih muda, tu semua yang terbaik untuk kita. Allah akan temukan orang yang terbaik untuk kita. Isham sentiasa muda bila dengan Namee, takde istilah tua. Dont worry still cute..Hehehe~

    ReplyDelete
  38. itu namenya jodoh yg dha tertulis, siapa kita nk persoalkan jodh insan lain kan...?
    pd sy umur tu hanyalah angka..
    yg penting org tu brtanggungjawab, ikhlas sygkan kita, memahami kita, penyayang, penyabar ...

    ReplyDelete
  39. Hai namee...lama dh stalker blog awk..but today baru first time komen...ok what beza umur jauh...i pn dgn asben jauh lh juga beza..dlm 10thn...but ALHAMDULILLAH bahagia...and the best part ialah blh nmpk comel je bila berdiri sebelah asben...yelh wife lg muda...hehehe...btw...moga bahagia smpai ke syurga... :)

    ReplyDelete
  40. Dulu pun saya macam pelik kenapa namee pilih isham...bila dah selalu baca blog namee..saya rasa namee orang paling beruntung dapat isham.....semoga korang bahagia sepanjang hayat....

    ReplyDelete
  41. sweet..semoga namee dan isham kekal sehingga ke akhir hayat..

    nanti bile saya dah kawen, saya share pulak pengalaman bercinta dengan orang muda dari saya ni..kui3..:P

    ReplyDelete
  42. puan namee kita dah jadi mcm dr love dah sekarang. hehe

    ReplyDelete
  43. jodoh kan namee,tu semua rahsia Allah...yang penting sekarang namee dah bahagia bersama dengan suami tercinta..moga kalian kekal hingga ke janna...inshaAllah Ameen...

    ReplyDelete
  44. ya Allah! sumpah sweet. hahahah, btw kak namee. you are my new idol. keep it up. :)

    ReplyDelete
  45. good write up. ikhlas. all the best.

    ReplyDelete
  46. yang best lelaki kalau dorang busy but still dapat curi masa untuk contact kita,,rite? semoga bahagia hingga ke syurga namee love your love story.. :)

    ReplyDelete
  47. Darling namee, baru 2 hari buka blog awak. Entry bila ntah ni, tak perasan sbb saya baca tanpa tengok tarikh. Dah takde expired date, baca je lah kan? Walaupun gitu, masih nak komen sbb... dari aspek ini, kita sama. Bila jumpa org sama, teruja lebih. Abang D saya 13 tahun beza dgn saya.

    ReplyDelete
  48. Assalam
    ur explaination is very clear
    hahahha
    suka baca blog awak
    saya firsttimer enter ur blog
    takpe kah?
    selamat menggenal each other ^___^

    ReplyDelete
  49. Namee, hai. Assalamualaikum... Akak baca cerita namee, ari ni dok ngadap blog namee je. Lalai seketika. Tak blogwalking blog kawan2 pun ari ni. Haiyoo... Drpd cerita namee ni yang akak nampak, bukan pasal isham jugak yang baik. Tapi namee jugak yang menyenangkan hati dia, sebab tu dia sanggup buat semua tu utk namee. Part yang beli air yakult tu buat akak tergelak je sebab... suami akak pun suka beli air yakult kat akak. Hahah... Tapi takde la tiap2 hari. Biasa beli 2 peket tu terus tahan le 2 minggu.

    ReplyDelete
  50. haaa da kawin ke??huhu.punya la lama tak jenguk. tahniah sis!

    ReplyDelete
  51. beza umur saya dgn suami 25 thn.. mase kitorang kawin umur saya 25 thn.. heee.. terfikir mase tu jodoh suami saya dilahirkan mase umur dia 25 tahun.. mihmihmih...

    ReplyDelete
  52. namee kisah hidup awak sebijik macam sy. its ok, just smile. biar ia berlalu macam angin

    ReplyDelete
  53. gud luck namee. kisah hidup awak sama macam sy. bila sy baca semua entry, sy tergelak..

    ReplyDelete
  54. age is not a big deal..cuma cara kita menghadapi perkahwinan tu mcm mana...dan pupuk sifat fhm memahami...sejujurnya saya pun merasakan mcm awak namee, bezanya sy lebih berumur dr hubby, beza 7 thn...mmg mula2 saya byk merasakan kami tak byk persamaan tapi sy terima dia seadanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...