Thursday, July 11, 2013

Rasa Nak Nangis Peluk Isham. :(

Assalamualaikum..hey hello... :''(

Saya baru terbaca, jatuh air mata saya. :( Kalau korang baca pun, korang akan menangis kot. 

Andai ini takdirku.
---------------------

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 ken
a keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!

Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.

Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk
mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.


Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...

P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mudahan kita semua jauh dari keadaan macam ni. Sedihnya .:( Ni bukan aib tapi ambik lah sebagai pengajaran. :''/ sedihnya. Terus call Isham n tanya "Isham saya girl tak ?" "Sayang sampai tua tak?" . Al-fatihah untuk arwah. 

Toodles.. :/

p/s: sumber facebook Suami Isteri Bahagia Rumahtangga Sempurna





71 comments :

  1. sangat2 kejam kan suami die.. hm... die xmenghargai ape yang isteri die pernah lakukan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum yangg, sheila dah baca kat fb tadi. sedih kan.. kasihan allahyarhamah. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yang beriman. mommy to be jangan sedih2 tau. take care dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sheila. mudahan roh tenang2 je. al-fatihah. namee pun tadi baru baca kat facebook mama namee. kami sama2 menanngis. :(

      Delete
  3. Sedih baca kisah nie..semoga dapat pengajaran drp cite nie..Al-Fatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  4. namee tak mo sedih sedih yer..akak nampak article ni tadi kat FB tapi tak baca sbb tkt emosi terganggu huhu..klu blh nak happy2 jer..

    dah dah lap air mata..b happy..nnt bb pn happy kat dalam ;)

    ReplyDelete
  5. tu la suami yang tak berguna, jelas2 arwah isterinya dah banyak tanggung dia.. tak sedar diri betul..hmmm alfatihah buat arwah.. :)

    ReplyDelete
  6. al-fatihah untuk arwah semoga syurga menjadi ganjaran. Allahurobbi...sebak hati bila mengenangkan kisah suami yang tak ambil peduli bila isteri dah sakit. Allahurobbi...semoga Allah pelihara anak-anak kecil dan terhindar dari sifat buruk ayahnya.

    ReplyDelete
  7. sye pon bru bace stori ni tadi..so sad..jgn la ade lagi orang yg perangai kejam macam ni kan..

    ReplyDelete
  8. Sedih sangat2 baca...sampai x tertahan air mata tiba2 nangis kat depan pc opis...Al-Fatihah umtuk arwah....

    ReplyDelete
  9. ada jugak manusia kejam macam ni T__T hmmm

    ReplyDelete
  10. sedihhh...wuu..tibe2 ase takut nak kawin.

    ReplyDelete
  11. ya allah...smpi mcm tu skali husbnd dye buat dkt arwah wife dye..sgt2 x bersyukur..kesian dkt anak2 dye...mule air mate ni menitik ni...
    semoga rohnya dicucuri rahmat..sgt besar pengorbanan wife dye.kene halau pon masih bertahan lgi..ya allah kau lindungi anak2 mereka semoga menjadi manusia yg berjaya..
    namee..jgn sedih2 sgt yer...take care of ur pregnancy.. :)

    ReplyDelete
  12. tadi sedang baca kat FB pasal ni..sedih..sebak.. :(

    anyway..
    Salam Ramadhan utk Namee sekeluarga.

    ReplyDelete
  13. sedih..semoga kita semua dapat ambil ikhtibar...al-Fatihah untuk arwah...semoga tenang di sana

    ReplyDelete
  14. luls, sikit air mata nak jatuh ni. isk~ jauh jauh lah dari kita semua. aminn~

    ReplyDelete
  15. Sedih nye namee. Mulanya x nak nangis gak but part anak 3 tahun tu nangis Mira dah x bole tahan. Kita patut bersyukur dengan hidup kita coz ramai kat luar sana di uji Allah s.w.t semoga arwah memasuki syurga Jannah Al- Fatihah

    ReplyDelete
  16. sobs.thanks Namee sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  17. moga suatu hari nanti si suami menyedarinya..sedih btl rasa..

    ReplyDelete
  18. sedihnya..sampai hati suami bt camtu kat isteri dan anak2..cam tak ada rasa kasih..ini lah akibatnya bila suami dah hilang iman dlm diri..nafsu mguasai..nauzubillah..

    mak kawan sy pon bru meninggal pg semalam..sakit sbb kne buatan orang..masa sembang gn kwan sya..dia menangis..smbil tu bcerita adik dia yang kecik slalu tanya mak pergi mana..sdih sgt..budak2 apa la yg dorg tahu..yg dia tahu hanya dia nak bsama ibu yg sentiasa setia mnemani dia selama niee..:(

    sme2 la kita sedekahkn al fatihah..

    ReplyDelete
  19. Sedih, kejamnya suami dia tu. Moga dpt pembalasannya

    ReplyDelete
  20. Tak sangka sampai sanggup halau isteri pertama
    yg banyak tolong si suami.. huhu.. Semoga roh dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  21. tengok gambar tu je dah bergenang airmata.. tu belum baca lagi..
    moga arwah tenang di sana dan moga suami arwah sedar dan insaf dengan perbuatannya itu.. juga kepada isteri muda itu, jagalah suami anda sebaik2nya supaya beliau tak cari lain..

    ReplyDelete
  22. Jahat ,kejam gila suami dia . time bercinta dulu i love bagai bila isteri sakit dia buat mcm tu. kesian arwahh . Al-Fatihahhh

    ReplyDelete
  23. teringat arwah kakak ipar yg meninggal kerana barap payu dara... sedihnya dapat suami yg tak tahu membalas kebaikan

    ReplyDelete
  24. Sebagai seorang isteri, Menitis airmata saya saat ini. Tuhan berikan 7 pintu syurga buat wanita yang soleh untuk memasuki syurga. Doa saya moga Allahyarhamah merupakan salah seorang darinya. Aminn..

    ReplyDelete
  25. lelaki macam ni tak layak galas tanggungjawab sebagai suami. tak kenang jasa isteri. semoga kita kaum perempuan dijauhkan dari mendapat jodoh seperti lelaki ni. Ya Allah. Kejam! :'( Tapi jangan risau. Hukum karma itu ada :')

    ReplyDelete
  26. memang tak patut la. dah la si isteri tu yatim piatu. nak mengadu kat sape. anak kecik2 lagi. syukur ada abg, kwn2 & jiran2 yg sgt baik. semoga arwah tenang di sana.

    ReplyDelete
  27. sedihnya..semoga Allah S.W.T memberi pembalasan yg setimpal utk suaminya..semoga anak2 arwah menjadi anak2 yg soleh dan solehah..Amin..

    ReplyDelete
  28. al-fatihah..semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua..

    ReplyDelete
  29. Sedihnyaaa. *teardrops* Moga dijauhkan semua tu dari kita semua

    ReplyDelete
  30. suami jenis apa macam tu , habis madu sepah dibuang . sedih pulak carl baca entry kaknamee.

    ReplyDelete
  31. semoga kisah ini jadi pengajaran dan iktibar kepada para suami di luar sana.. termasuklah saya sendiri.. saya taknak jadi suami yang kejam macam ni. mohon dijauhkan.. amin :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah boni tak buat mcm tu kat isteri nnti. mudahan.orang kata jaga solat...akan terhindar dr bnda mcm ni. emmm

      Delete
  32. Sedihnya...al-fatihah untuk arwah...

    ReplyDelete
  33. sedihnya namee... :'( besarnya dugaan perkhawinan isteri pertama tu huhu

    ReplyDelete
  34. sedihnya.. kejam betul suami dia. :'(

    ReplyDelete
  35. Namee,

    Mula-mula siap ckp kat diri sendiri, "no cry. I won't cry"
    But at the end, mengalir juga air mata ni...

    This is about life. Tak semuanya kekal manis.
    Ambil ceritabni jd pengajaran.

    Tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. namee pun sama. masa mak namee cerita kan kisah ni semalam namee rilex je dengar. dah nak hujung cerita...taktahn sebak dah.

      Delete
  36. Harap tak jadi macam tue juga kepada Bro :( dan Namee...

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah bro. bro tak buat mcm tu punya. :)

      Delete
  37. kakNamee nanti cari ssuatu jgk utk gembirakan hati time ngandung2,
    balancekn sedih dan hppy tu..
    Takpe, kisah yg boleh djadikn pngajaran..
    Ngam ngan lagu Yuna Lelaki tu, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. insyaAllah. harini mood ok dah. semalam emo sgt sebab sedihnya lah kisah ni. mcm takde perikemanusiaan.

      Delete
  38. Kak Namee, why you make me cry. :'(
    Kak Namee jgnla bace cite sdey, nty baby sdey jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..ok dah ceria dah. semalam lah mcm emo bila baca. sedih.hehe

      Delete
  39. serious sedih...minta2 kita di jauhkan dari itu semua hendaknya...

    p/s : btw abg isham mesti lah syg kat kak namee yg comel..hikhik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. mudahan kita semua jauh dr keadaan mcm ni. sedih sgt. :(

      Delete
  40. doakan arwah ditempat orang2 beriman dan sentiasa dilimpah kurniakn pahla berganda atas kesabran dia menghadapi dugaan dari sikap suaminya yang lahanat..
    laki mcm tu la namee.. bila x tahu erti tanggung jawab..
    insyallah kuat agama dan tanggungjawabnya kuat semuanya

    ReplyDelete
  41. kesian dekat wife pertama dia. dan kesian dekat anak2 dia :( moga kita dijauhkan dari benda macam ni..

    ReplyDelete
  42. Al Fatihah. Semoga ia menjadi satu iktibar bagi kita semua. Allah maha mengetahui setiap hati hamba nya itu. Allahurabbi.

    ReplyDelete
  43. Al-Fatihah . Semoga arwahamah bersama orang2 yang beriman & para shuhadah. Semoga ia memberi suatu iktibar bagi kita semua . In'shaAllah.Allah maha mengetahui segala nya.

    ReplyDelete
  44. Sy yg masih belum mengalami alam rumah tangga bce crita ni pun menitis air mata. Sampai hati suami dia buat mcm tu dekat arwah sedangkan arwah byk bkorban demi dia. Semoga arwah sentiasa ditempatkan dikalangan org2 beriman. Al-fatihah.:'(

    ReplyDelete
  45. ya allah.. kesiannya arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. dan semoga suaminya cpt sedar insaf.. amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...