Sunday, August 4, 2013

Jantina Bayi

Assalamualaikum..hey hello :D


Serious, ni kisah benar ok.kihkih. Kan selalu kalau tengok drama tv selalunya cerita melayu kita lah...kalau perempuan tu tak dapat anak lelaki mesti akan jadi big issue, biasa lah tu scene kena halau ke pastu tetiba hujan. haha.. Mesti dipersalahkan . Yang si suami pun sama lah , menyalahkan si isteri je. Kemain background bunyi petir petir. Saya pun taktau kenapa orang macam nak sangat anak laki padahal yang beranakkan diorang dulu tu siapa ? perempuan jugak kan. T_T . For me anak lelaki ke perempuan ke sama je...takpe. Memang masing2 ada tanggungjawab and keistimewaan yang Allah bagi.

Benda ni pernah lah jadi kat family saya sendiri tapi takde la besar sangat issue nya tapi still ada issue jugak lah tapi tak la besar..kecik je. :P. Adik beradik saya 5 kat atas semua perempuan.Mama sebenarnya nak 3 anak je, deret semua girl. So takpelah, takde rezeki nak boy. then tetiba preggy lagi yang keempat. Dia pun girl jugak. Mama macam sedih gak lah sebab mestilah teringin nak boy. Dah tu girl jugak yang keluar, nak buat macam mana kan. Then tetiba pregnant yang kelima pun sama...girl jugak. T_T

Mesti lah ma stress jugak. Pastu ma and pa pun pergi lah consult kat doctor pakar. Pa tanya.."macam mana nak isteri saya beranakkan anak lelaki. pemakanan isteri saya semua"

Pastu doctor terus jawab..."tade tade ini semua bukan keja perrrempuan punya.. ini semua laki punya makan. tade kena mengena perempuan. (slank tamil sikit sebab doctor india. kekeke)

Pastu dah doctor terangkan then baru lah tahuuu."oo begitu rupanya". Doctor pesan lah macam-macam . waktu subur yang patut suami isteri beramah mesra semua tapi tak la saya nak tulis kat sini pulak kan. haha.Tak lucah pun tapi kang ada yang rasa tak selesa pulak tapi salah satunya melalui pemakanan suami. Ma n pa saya dah cuba and dapat 2 anak laki after kitorang berlima perempuan ni. Maksudnya kaedah ni berjaya lah. 

Macam ni ceritanya.....sila baca betul2....
Benih lelaki membawa kromosom X dan Y. Perempuan pulak hanya bawak kromosom X sahaja. So kalau nak dapat anak lelaki , gabungannya is X-Y , anak perempuan pulak akan terbentuk gabungan X-X . Golongan lelaki lah yang akan bagi X atau Y untuk digabungkan dengan perempuan punya X tu. Faham tak ni ?

X - jangka hayat panjang, tahan dalam keadaan berasid dan bergerak perlahan

Y- jangka hayat pendek, tahan dalam keadaan beralkali, dan bergerak laju

Para suami sekalian..

Kalau rancang nak anak laki XY
- Jauhkan diri makanan yang berasid macam nanas , limau, mangga, cuka, minuman bergas semua tu 2 bulan sebelum. Kalau boleh, lagi lama lagi bagus. Banned semua makanan gitu okay.

-Banyakkan makan makanan laut yang contain zat logam kalsium and magnesium. 

-Banyakkan minum soya, susu and protein.

Kalau  rancang nak anak perempuan XX
- Banyakkan makan benda yang berasid macam limau, nenas , oren, cuka etc.

- Kurangkan makan makanan laut.

Kalau nak rancang jantina, si suami cuba amalkan pemakanan yang sepatutnya 2 bulan sebelum buat isteri pregnant la.Kalau boleh, lagi awal lagi bagus. Ma n pa saya cuba kaedah pemakanan ni...ayah saya memang tukar diet dia. Dia banyakkan minum soya, pastu makanan laut...Sebelum ni pa saya memang gila benda masam macam oren,nenas, buah2 asid lah. Alhamdulillah anak yang keenam memang dapat boy. Masa nak scan tu memang debar2 gila, mak saya tak tahu pun yang ayah saya tukar diet. Dia buat senyap2 je. Pastu bila ma pregnant, dia macam risau juga lah kot dapat girl lagi. bukan tak suka girl tapi hati teringin nak anak laki. Pastu bila scan memang boy. Lepas tu dapat lagi adik sorang sebab ayah saya nak anak laki lagi sorang, dapat lah 2 adik lelaki yang annoying gila. 

Sekian.

Apa-apa pun,semua ni kerja dan rezeki dari Allah. Manusia hanya boleh mencuba je. Ni antara petua and tips yang doctor pakar bagi and so far 75% boleh percaya. Selebihnya tips....macam susah nak explain. haha. Tapi kaedah pemakanan ni memang menjadi kat ma pa saya. Doa jangan lupa. But for me anak laki ke pompuan ke takde beza, ada keistimewaan masing2. Anak saya ? hehe. Kita tungguuuuuuuu. tapi isham ni fav dia makan makanan laut and protein tapi kadang2 ada jugak order orange juice, pineapple juice la... T_T . xdapat nak agak. haha

Tergoda La Tengok Ni !!!! Ish !



Toodles. :)




50 comments :

  1. entry yang sopan!! i likeeeee.. suka kak namee punya style.. ok.. simpan untuk masa depan.. HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. wah.... tak sabar la nak kawin... nak anak laki banyak2... petua dah ada nie.... hehehehehe :P

    ReplyDelete
  3. haha.. senang citer dapat kembar 2. seorang perempuan dan seorang lelaki. hehe..:)

    ReplyDelete
  4. entahlah ramai yang nak sangat dapat anak lelaki bila berkahwin..
    mak n ayah sy pun mcm tu jugak...diorang happy bila dapat ank lelaki - adik saya...tapi sayangnya umur dia tak panjang.. :(

    sy doakan semoga namee dan baby sihat selalu..
    jangan risau2 k..
    semoga ank namee itu nanti membesar menjadi anak yang soleh, bijak pandai, comel dan berbakti buat mama & papa dia.. :)

    ReplyDelete
  5. Namee... kita adik beradik semua perempuan. Tapi takde jadi isu pun dalam keluarga. Alhamdulillah sebab ayah kita memang nak semua ank perempuan...

    actually kan namee, pendapat kita, anak lelaki ke perempuan semua ada rezeki masing-masing. as long as dia dididik dengan baik, insya-Allah akan bagi kebaikan dan berguna pada mak ayah.

    btw, bila ayah kita sakit ada pihak yang cuba jatuhkan semangat kiteorang cakap anak perempuan ni tak boleh jaga orang tua, tak kuat macam anak lelaki... kita memang marah betul. itu semua terpulang... ank lelaki ke perempuan ke, kalau tak guna... tak guna jugak kan!

    kita doakan namee dan isham dapat anak yg soleh!

    Selamat Hari Raya namee.... :)

    p/s: namee kita selalu jeles bila namee selalu komen blog orang lain.. namee jarang datang blog kita... heeheh :(

    ReplyDelete
  6. Memang betul, jantina anak bergantung pada gene si bapa bukan ibu,. Tapi masyarakat kita ramai yang tak tahu...

    ReplyDelete
  7. lagi satu namee, kalau nak anak perempuan, masa suami nak ejakulasi mani dia, kena lah pancut jauh sikit.. maksudnya jangan masuk dalam-dalam.. sebab lagi jauh dari rahim, lagi lama sperm tu nak berenang.. bila lagi lama, sperm yang bawa kromosom Y tu akan mati dulu sebelum sperm yang bawa kromosom X.. bila sperm Y dah mati, tinggal lah sperm X.. bila bergabungnya X dgn X. maka terhasillah anak perempuan.. *LOGIC

    ReplyDelete
  8. alah tak kisahlah baby boy ke girl...janji sempurna kan...:)

    ReplyDelete
  9. dah lama sangat tak nampak namee post entry menarik macam ni.. ;)

    ReplyDelete
  10. Ooooo, patotla la adik beradik sy smpi lapan org lelaki n sy je sesat sorg perempuan. Abah sy mana suke makan masam masam ni ...and abah sy memg suke mkanan laut ... hmm

    ReplyDelete
  11. tq for the info namee!
    sgt2 berguna nih utk yg sedang merancang nak baby girl/boy

    ReplyDelete
  12. owhhh..mcm tu..bru tau.. thanks namee...

    ReplyDelete
  13. Wah.. baru taw nie,serius bru tahu!! Thanks Namee.. hehe~

    ReplyDelete
  14. anak lelaki atau perempuan adalah amanah Allah yang perlu dijaga dengan baik. Kalau anak lelaki tetapi jadi perompak besar pun tak guna jugak kan.

    Tapi, jika anak perempuan yang solehah selalu mendoakan kedua ibubapanya itu adalah lebih baik dari segala harta yang ada didunia ini, tak gitu? hehehe

    Semoga baby namee tak kira la boy or gurl dapat menjadi anak yang soleh/solehah yang akan mewarnai kehidupan namee dan husband selepas ini :)

    ReplyDelete
  15. As salam akak name... dulu masa saya mula2 preggy, rasa hati mcam nak anak lelaki, jap2 nak anak pompuan plak sebb baju baby girl ni cantik giler dan banyak perhiasan plak tu... geram saya dibuatnyer... Tapi bila scan boy... Nampak jelas bebird nyer... hehe

    ReplyDelete
  16. yang penting ibu dan baby selamat.. ;)

    ReplyDelete
  17. dear,,dah scan gurl k boy nih.. ??

    ReplyDelete
  18. Namee betul la drama melayu memang sebok nak anak lelaki kan. Adik beradik dija semue perempuan jugak, cucu pun dah dua perempuan, sekarang tgh tunggu cucu ke 3 dalam perot dija dengan cucu ke 4, dalam perot kakak dija. Dah scan dah, jeng jeng jeng jantina dirahsiakan. Tak kisah gugurl ke boboy tu kan rezeki, tapi suke tgk baju gugurl byk yg cantik2♥

    ReplyDelete
  19. Tp dlm internet ni ade yg ckp sebaliknye tau nami. Nk bb girl kne byk mkn daging, ikan n bb boy kne mam buah2... Terbalik. Reason, buah2 ni luar bdn mmg berasid tp ble masuk sistem bdn jd alkali. Daging, aym or seafood plak mmg alkali di luar tp jd asid di dalam..

    ReplyDelete
  20. sy teringin nk anak perempuan..sb sy dh ada 3 hero, lps ni nk sruh hubby mkn benda masam2 la

    ReplyDelete
  21. Namee!

    ade jgk yg ckp nk tentukan jantina anak tgok kalendar kuno cina..hehe..ce tgok kt sini

    http://mama3heroo.blogspot.com/2012/12/cara-tentukan-jantina-bayi-dari-carta.html

    Klu kira2 mmg kene jantina tu.tp mungkin kebetulan..


    jgn lupe follow blog saye eh :) http://pnutzlotpi.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. salam,

    hahahhha betulla namee kdg2 tak phm apsal org lbh beratkan anak lelaki pdhl kan yg beranakkan tu perempuan. klu sume je laki kt dunia ni sape pulak nk beranak, kan?

    apap pun jantina baby Ai doakan agar ibu dan baby sihat ye

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum sayanggg, thanks sharing. insyallah. usaha tangga kejayaan kan. hihihi

    ReplyDelete
  24. info yg bermanfaat kak..thanks 4 sharing..;)

    ReplyDelete
  25. Thank you Namee for the info..boleh praktik kalau nak anak lelaki or perempuan..hehe.. (after kahwin lah..)

    ReplyDelete
  26. ok lepas ni boleh suruh hubby akak makan yang more pada girls hahahaha..ada hati lagi nak beranak..halamak..yg ada pun belum kuar lg..dah plan utk akan datang..pitaammm

    ReplyDelete
  27. wah.. terima kasih untuk ilmu ni tau.hehe. tak sangka pemakanan lelaki rupanya main perasanan besar ye.. hehehe

    ReplyDelete
  28. Bila nk check jantina bby..hehehe

    ReplyDelete
  29. bagus info nie namee....agak2 nak tambah baby girl nanti kena suruh suami makan masam2 la..hehehe...sekarang dah 2 boy

    ReplyDelete
  30. dlu masa belajo de amik subjek bio.cete psl benda ni la..hikhik..comey pou tuh

    ReplyDelete
  31. masa first time pregnant mmg nak lelaki tp sebab anak pertama redha je dpt lelaki ke perempuan. yang kedua dapat lelaki lega dah sepasang. yang ketiga klu leh nak lelaki.. klu perempuan pn ok jer...

    ReplyDelete
  32. ooo, macamtu ke. pemakanan juga ya..hmmm.

    ReplyDelete
  33. laa,,, ingatkan dah tau jantina anak namee,, hehehe,, tapi this entry is so much interesting,, hebat,, tak tahu lak kita boleh rancang jantina bayi,, hee

    ReplyDelete
  34. TAK KISAH JANTINA ANAK,ASALKAN ANAK SIHAT WALAFIAT DAN SEMPURNA BILA KELUAR NNT..:)

    TAKE CARE NAMEE & SELAMAT HARI RAYA..

    ReplyDelete
  35. Amboi, dh start Bio.. Haha! Apa apa pun, itu semua rezeki.. Ada hikmah disebalik kejadian~ berdoalah bnyk2 .. Salam lebaran :)

    ReplyDelete
  36. nampaknye
    kene tukar diet jugak nie..
    ni tak main tibai jer.. semua jenis makanan semua sapu..

    ReplyDelete
  37. NAMEEEEEEEEEEEEEE!!!
    na belum bace lagi ape yg namee post ni..but surely na akn bace..
    just drop bye to say i missss you so much n missh you badly MUAX!!! TC!!

    ReplyDelete
  38. Wahh...mcm tu ke kak namee..leps no bole la kwal pemakanan hubby..kmi bru 3bulan berkahwin..lpas ni bole rncg2 sbb da tahu..hehe..klu nak dpat anak kembar lak,cne ea?huuu..tringin..sape2 yg tahu cne nk dpatkan twins,gtau balqis ye;
    http://balqisjasni.blogspot.com/

    ReplyDelete
  39. Kak namer pleasr update blog. Hari hri kita bukak blog akak for update. Huu..

    ReplyDelete
  40. whoaaa really nice info ni..baru tau ngeh3..wishing u dapat anak comel..tu je tak kisah la laki or gegirl :)

    ReplyDelete
  41. pernah baca kaedah merancang jantina ni melalui pemakanan, tapi tak pernah cuba & alhamdulillah 1st boy, 2nd gurl & 3rd boy balik, so pasni kalau nak keempat gurl boleh lah try, cuba² je kan, tapi kalau dapat boy pon xpe, rezeki juga anak tu, asalkan sihat kan namee...

    ReplyDelete
  42. alhamdulillah yg penting dapat anak..ehee :)

    ReplyDelete
  43. wahhhh xpe namee . lelaki ke perempuan ke. anak jugakka. semoga semua nya selmat^^

    ReplyDelete
  44. I want twins. So, agaknya kena amalkan kedua-duanya ke? hehe

    ReplyDelete
  45. mintak izin nak share kat blog.... :)

    ReplyDelete
  46. wah... akhirnya terbukti gak yg lelaki patut di[pertanggungjawab dalam jantina anak tau hehe. Namee nak anak kembar pls bg tips...

    ReplyDelete
  47. huhu..akak x pernah kisah pun girl ke boy ke..tapi macam ma namee la..nak gak merasa girl..tapi nanti dulu la..yang 2 ni pun dah x fokus dah....huhu

    ReplyDelete
  48. Nice tips...boleh apply untuk 3rd kalau yang 2nd ni pun girl...hehehe

    http://mysweetyzara.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...