Tuesday, October 8, 2013

Dulu dan Sekarang

Hai ! :D

Hai ! Mudahnya nak taip perkataan 'hai' tapi bila nak tulis something dah rasa liat. Satu benda lah yang saya perasan, kalau dalam seminggu tu jarang tulis blog...mesti pastu rasa macam hmmmmmm....taip taip hai assalamualaikum pastu tutup. hahaa. Sebab jarang praktis. Mungkin orang yang takde blog, rasa macam tulis blog ni mcm mudah je kan. Memang senang pun nak tulis apa apa dalam blog tapi kadang2 banyak benda nak kena jaga. Bahasa kena jaga..tatasusila kena jaga. Yang suami saya pesan, "Mira nak tulis blog...okay tapi jangan berlagak, jangan terlalu menonjol, ada kelebihan jgn tulis2 berlagak. biasa biasa je ok. Kalau ada kawan baru and orang nak baca anggap diorang kawan". Itu la pesanan le husband. okay Isham.

jacket and necklace dari http://thepoplook.com/ . Bag dari butik http://www.sometime.com.my/


Kalau siapa yang ikut blog saya dari dulu tahun 2011, tahu lah saya punya blog macam mana. Tak tulis pasal personal pun. Muka pun macam 2-3 keping je kot itu pun macam dah crop2 . Sebab entah , haha macam malu nak tunjuk muka. Genre blog pun lain, more to macam pendapat lah. Pasal relationship ke, pasal love love ke, pasal laki and pompuan...benda2 tu saya suka jugak nak tulis. Banyak yang saya tulis pasal relationship tu memang apa yg saya alami dengan Isham. Contoh macam post....

Tips Kekal Long Distance Relationship

Taktik Perempuan Untuk Dapatkan Perhatian Pasangan

Simple Text Yang Boleh Buat Gf Anda Senyum

Perempuan dan Gossip

Beza Cemburu Perempuan dan Cemburu Lelaki

itu antaranya lah tapi yang sy list kan dalam top post tu antara yg orang suka jugak. hehe. bukan orang suka tapi terkena kat batang idung diorang lettewww. hihi

Semua tu saya memang tulis dari hati and enjoy la buat benda tu and baca respond pembaca. Tapi skang blog saya dah lebih kepada personal pun. sejak hari tu yang saya decide nak kahwin tu...saya rasa kena share jugak pasal kisah hidup saya. Sebab taknak sorok2. hahaa. Bukan ada yang peduli pun kalau saya kahwin ke tak kan....hahaa tapi sy sendiri rasa mcm kena reveal jugak sikit. hehe. Tapi time tulis tu, macam tak sangka pulak ada sambutan..nak2 kisah saya and Isham. Sejak tu pembaca sy mcm melonjak sikit lah. Saya tak tahu kenapa. maybe pasal hubungan umur  jauh ke, atau mungkin pasal love story yg mcm hindustan ke...haahaa. i dont know. tapi sejak tu la memang mcm pembaca sy pun dr banyak background. dulu macam stock2 budak sekolah n remaja. hehe

so sejak tu la sy mcm kongsi kisah personal. tapi deep dalam hati sy nak je tulis macam dulu balik. hahaa tapi rasa susah sikit la dan tak sesuai.Tapi saya sendiri pun suka baca blog personal, seriously. blog yg saya buka selalu pun yang kisah personal. Seronok baca kisah orang. hahaa. entah la. rasa mcm krisis identiti blog dah ni. Tapi seronok la ada blog ni, byk kawan baru . siap sembang2 kat email. hehe

K tu je nak mengadu. hehe. terima kasih sudi baca karangan mengadu entah2 apa apa ni.

Yang korang ni semua suka baca pasal apa sebenarnya ? meh kongsi. review product ke...makeup ke...recipe ke....meh kongsi. 

toodles :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ads

Korang pernah dengar tak pasal product Wonder Glow Gold ni ? Produk ni untuk set kecantikan untuk pemutihan dan licin kan kulit. Seriously  memang banyak sgt product pemutihan nowadays tapi kebanyakannya tak selamat dipakai sebab guna konsep bleaching. Akan nipiskan kulit kalau guna everyday. Kesan yang tak kekal lama pun. Kalau nak pilih produk, jangan pilih yang kelupas2 kulit kita tau..akan putih sekejap je. Lepas tu kulit akan gelap balik. 

Ni ada  satu produk baru ni untuk pemutihan and licinkan kulit tanpa perlu melalui proses pengelupasan ! wonder Glow Gold nama dia. Boleh cuba. Ni antara testimoni yang dah berjaya..

°Mencerah & menyerikan wajah
°Menghilangkan pigmentasi yang tebal
°Menghapuskan jerawat dengan berkesan
°Mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit secara semulajadi
°Anti Penuaan dan Awet Muda yang unggul
°Mengandungi kombinasi hebat Vitamin C Infusions, Super Glutahione dan Sarang Burung Walet supaya kulit cerah bercahaya dan bersinar!



Tauke dia pun pakai. Gi la usha kulit tauke dia , putih gebu sangat. Kalau berminat, boleh terus usha page https://www.facebook.com/LailyBeautyCare atau instagram : lailybeautycare .Kat Laily ni banyak la jual vitamin C and produk kecantikan yang lain. Saya beli dari dia je selalu.





31 comments :

  1. saya suke baca kisah personal mira n husband mira...rasa mcm sweet2 je.. :)..n paling suke pasal product review... :)...

    ReplyDelete
  2. Majoriti memang suka baca personal blog...Salam kenal! ;-)

    ReplyDelete
  3. Best baca kat blog namee neh...nak2 baca kisah pertemuan namee dgn husband dulu.

    ReplyDelete
  4. saya paling suka baca blog personal...klu bulan puasa suka baca blog masak2 nie...kompem terliur memanjang...baca blog travel bila nak g bercuti satu2 tempat....blog ilmiah kurang sangat membaca...hehehe

    ReplyDelete
  5. saya suka baca blog namee mmg sgt humble :)

    ReplyDelete
  6. yaa... saya perasan jugak memang agak lama baru dapat tengok gambar namee... memang sentiasa tercari2 yang mana satu si namee ni... akhirnya keluar gak kat blog ni...

    ReplyDelete
  7. seronok baca penulisan namee...buat la entry macam mana pun,, i tetap support u babe :)

    ReplyDelete
  8. Bila dah masuk alam nak jadi mak mak ni kan, suke gak baca info pasal mak mak, pasal mengandung, suke baca personal blog kot hee

    ReplyDelete
  9. ok je baca blog namee. mc dlu2 pun ok, now pun ok. tapi lagi best baca pasal personal kan? hahahah.. for me bl baca pasal personal, just melalui blog, kita kenal seseorang. padahal tak pernah jumpa pun. and then mcm blg jadi kawan. kan?
    ok, jgn lupa singgah blog saya.. hihi

    ReplyDelete
  10. nak tahu cerita kamu dan kamu je.. hikhik.... pasal pendapat pun okey jugak, tapi saya prefer gelagat kamu hari2 lah. hihihi

    ReplyDelete
  11. kita suke baca blog awk.... hihihi suke baca blog personal,,,, n cre penulisan yg sempoi mcm kamu....

    =)

    ReplyDelete
  12. suka beauty tips =)

    lagi satu suka namee sebab namee jenis yg down to earth. walaupun namee cantik, pandai, anak org berada, tapi namee humble sangat. walau namee muda lagi tapi tengok cara penulisan nampak fikiran namee ni matang la jugak. teruskan menulis =)

    ReplyDelete
  13. Kita suka blog awak sebab macam-macam hadoooo.. ada tips jiwang, ada tips cantik, ada awak yg cantik. hehehe paling best, bila kita jeles tgk muka awak flawless and cantik mesti kita ckp, alaa namee cantik tapi namee cakap dia tak pandai masak. kita tak cantik tapi kita pandai masak sikit la dari nameee.. so dah balance la kat situ. HAR HAR HAR Keep writing sempoi ye namee *hug*

    ReplyDelete
  14. kita suka baca blog ni sejak akak reveal ur love story tuuh. And masa tuh tengah hot cite adam hawa. mula2 curious je, ngan adam mukhriz yg sanggup tunggu ain hawani sampai 8 tahun. tiba2 akak pun lebih kurang mcm cite adam hawa tuh. hahahah. lepastuh bila blog akak update mesti godek punya. =)

    ReplyDelete
  15. namee tulis ape2 pun kitorg tetap akan baca.. hehhe ;)

    ReplyDelete
  16. akk nie lepas kawen makin cantek pulak sye tgk hehe..
    pape pon blog akk simple tpi entry best!

    ReplyDelete
  17. kite guna wonder glow.
    memang berkesann! Heee

    ReplyDelete
  18. Hai Namee...saya sangat suka blog awak, siap tepek link awak kat blog kita, so that always update bila ada entri baru. Saya suka kalau awak post tentang make up and skincare review, dan personal stories of u and ur hubby...sweet sangat. Keep blogging ya,.

    ReplyDelete
  19. blog mama lak byk meroyan psl kerja... haha... jiwa kacau beb... :-)

    ReplyDelete
  20. Hee.. kak namee tulis je pape pun, mesti ada orang baca.
    Nad dah lama tak update blog pasal taktaw nak tulis ape dan rasa bosan plak bila baca apa yg dah ditaip. Hehe..

    ReplyDelete
  21. Hee.. kak namee tulis je pape pun, mesti ada orang baca.
    Nad dah lama tak update blog pasal taktaw nak tulis ape dan rasa bosan plak bila baca apa yg dah ditaip. Hehe..

    ReplyDelete
  22. review mekap dan produk kecantikan. girly-girly punya stuff kekekekeke :)

    ReplyDelete
  23. akak suka personal blog sbb personal blog ni mcm santai2..so kita baca pun mcm dah kenal lama padahal tak jmpa pun hahaha..mcm skrg ni kisah namee preggy..perangai comel korang hubby and wife..yes suka baca hahaha..

    personal blog ni kan dia more pada sharing..dari situ sebenarnya kita share dgn readers kita..yg kita tau so lepas ni org pn blh applykan klu suka..

    psstt..yer klu sminggu tinggal blog..mood tu swing skit..rasa malas2 hahaha..sbb pernah rasa dlu masa ngandungkan abg ngah..haishh smua pun tak de mood..namee nmpak seri..ish kuat pulak rasa girls ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  24. kadang bila baca blog tentang pengalaman seseorang tu boleh bagi new experience kat kita jugak.. mungkin tak pernah alami tapi bila dah alami automatik akan teringat tentang kisah yang kita baca kat blog orang tu..so mungkin juga bila dalam situasi tu akan praktikkan apa yang dikongsi..secara tak langsung kita membantu dalam tak sedar walau tak kenal.hehe btol tak ?

    cuma kadang kena had kan tentang life kita sekarang ni sebab bila terlalu open pun tak bagus jugak..orang kata berjaga-jaga :)

    ReplyDelete
  25. a'ah. saya pun perasan yang blog namee sekarang lebih kepada personal. tapi tu tetap buatkan saya tetap jenguk kat sini. cuma macam yang namee katakan nak menulis blog pun bukannya senang sebenarnya dan saya jugak jarang berblog dah.huhu. dan kalau namee perasan jugak akhir2 ni dunia blog x berapa nak happening sangat. x macam tahun 2011.

    kalau tanya saya, saya suka pasal apa dah tentu saya akan cakap pasal resepi masakan. hehehe. teringat cheesecake yang namee buat :)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum yanggg, macam kita lah juga. mula2 tulis ntah pape. lama2 nak nikah, baru reveal sikit2 pasal relationship. hehehe. pastu dah kawin, update cerita suami isteri. tapi depa suka. mostly kengkawan semua ramai yang dah kawin, ada anak. tak kurang juga anak dara. yang penting, tak sombong. jangan lupa balas komen, sekali sekala terjah blog kawan. insyallah. blog pun boleh cari kawan yang best best, kan?

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. salam hai. sy pembaca setia blog namee. hehe. setia sejak bila tau. sejak terbaca post pasal hubungan cinta terhalang. sy pun berkawan with a guy yg berbeza umur jauh jugak la, 13 tahun beza, cuma berbezanya kita, dia duda anak dua. persamaannya, cinta terhalang. mihmih T_T thats why saya suka 'stalk' blog namee, kadang2 memberi inspirasi pd sy, cinta terhalang pada awalnya boleh mendatangkan bahagia juga akhirnya. bila dah selalu baca, tertarik pula dgn post2 namee yg lain. huhu. but mostly sekarang suka baca pasal tips2 kecantikan. hee.

    ReplyDelete
  29. Zai suka bace post personal dan pendapat especially ttg relationship la. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...