Monday, October 14, 2013

Gadis Sebelum Saya. T_T

Hello  :)


Jealousy ? kihkih.entah la kalau zaman dulu sebelum kahwin saya memang jarang ah jealous. entah la. sekarang pun jarang jugak jealous sebab entah mungkin Isham pandai jaga diri kot. Kiranya macam ,kalau husband kau takde buat miang2 tu ok dah tu. Plus dia pun cakap dengan saya dari dulu 'perempuan dengan laki takleh kawan lebih2 sampai nk sembang2 sms benda tak penting'. so saya pun dari dulu la ikut cara camtu, sebab tu saya takde kenal dengan laki lain kot. hewheww. Sms dengan laki benda yang penting je tapi sepanjang masa tu takde laki yang berkenan pun...ada yang nak masuk meminang tapi dia punya kuat mendesak punya lah hoiihhh rasa nak lempang ! So bye lah. haha

Tapi satu la kelebihan kawan dengan orang berumur ni, kau boleh tahu experience dia laaa. hahaa. Nak2 bab pompuan , ex gf ke pompuan yang dia minat ke kan...sibuk nak korek jugak kann. hahaa. Pastu tanya "lawa tak ??"hahaaa. Dia mula2 taknak cerita...hewww. pastu saya tanya banyak kali dia pun cerita la sikit2 tapi cara cerita macam marah jee. Tetiba terkenang kat pompuan yang mainkan2 dia, pastu kita plak kena marah. ekekekke. tapi sebab sibuk nak tahu kisah silam kan...takpeee aaa tahan jela. 

Yang saya tahu sebelum saya ni of course lah ada perempuan2 lain kan...tipu la kata umur dah "banyak" tapi kata saya the first girl. hahhaaa..menipu sgt la kan kalau dia jawab macam tu. common sense. T_T . saya cerita yang atas dari saya je la eh. Yang sebelum sebelum lagi tuu...Isham benci sangat.siap kata menyesal kenal lah apa, .T_T kita plak yang takut. so takyah la cerita sini.hewww

Sebelum dia jumpa saya, ada lah dia berkenan dengan satu pompuan ni. Kerani (tak sure) rasanya kerja kat Putrajaya , nama dia rahsia lah kaannn.  umur time tu 28 tahun kot pompuan  tu, skang dah 35 lah kan.  hahaa. Isham ni jenis kalau suka kat orang, dia sungguh2...suka sangat2 pastu kejar yang itu je. Dari zaman dia study kat flying school lagi dia duk berkenan and nak tackle. Duk telefon la, sanggup beli simcard mahal2 time tu kan simcard mahal gila harga 200 lebih yeahhh. hahaaa.Sebab dia sungguh2 suka la dia usaha kan. Dia dapat number pompuan tu pun dari pak guard agaknya konon2 perlukan number pompuan tu sebab ada urusan la, urusan pasal flying ke apa tak ingat lah kan sebab pompuan tu kerja dalam section pilot2 kot, ye la kot rasanya. 

Tak ingat dah. 4 tahun dia tunggu nak declare hubungan serious, tapi pompuan tu selalu call dia bila nak duit je. tak cukup duit bayar bill electric ke nak handphone baru ke call lah Isham. Yang Isham pun of course lah bantu kan apa yang mampu sebab dah suka, nak tunjuk kesungguhan lah ni.Dia suka bunga, Isham blaja beli bunga. Yang tak boleh tahan tu pompuan tu suka baca novel...Isham boleh blaja baca novel !! Amagaadd. haha padahal yg sy tahu skang la dia benci baca novel. tapi dulu time nak pikat boleh plak baca novel tebal2 tu. ekekekkee. serious nak tergelak masa dia cerita. ahaaaaa. Kawan Isham ada la suh Isham backoff , perempuan tu kaki jalan tempang2 sikit sebab pernah jatuh motor dulu zaman remaja. tapi Isham kata takpela jalan tempang, hati dah berkenan. haa, baik kot . terima seadanya. 

Isham kata yang pelik tu, pompuan tu kasi telefon certain time je. Malam tak boleh. That girl taknak pun kat Isham sebenarnya walaupun dah 4 tahun Isham wait nak declare serious. Isham usaha kuruskan badan pakai smart2 koooottttt. Tapi Isham still tunggu la, sabar je dia tunggu. 

Sampai lah tanggal January 2006, Isham bertemu dengan satu gadis kat Mid Valley.Gadis muda sangat2 lah. Muda gila babeng lah .siapa tewww ? Saya lahhh ! hahhaa. Dia kan jenis kalau dah berkenan , terus nak serious kan.Dia terus hantar email kat perempuan yang sebelum ni kata "I dah jumpa satu girl ni. Rasa macam suka kat dia tapi dia terlalu muda.Shes only 18.tengah proses nak kenal dengan mak ayah dia". Pastu perempuan tu balas "ooo yeke. ok lah tu". Tu je dia balas. 

Pastu dia bagi email lagi satu "hati2 budak tu muda. selalu yang muda ni kaki kikis". Taktau Isham reply apa tapi saya dah read lah email2 dia semua. The reason saya cerita ni bukan sebab apa,perempuan2 kalau ada laki yang nampak kesungguhan dia...jangan lah main2 kan.Kalau dari awal tak suka, cakap tak suka . jangan main tarik tali. Kesungguhan nombor satu,kalau tak handsome pun takpe. Laki ni boleh tahan hati halussss. heheee

Isham kata saya the simplest woman/girl yang dia pernah jumpa. Adakah itu satu pujian ?? hahaa. Yela, memang la simple....sebab sy tak banyak cakap kan. hahaaa.tp kalau marah siap la. 

saya the simplest girl ? ok. tapi dalam hati macam2  nak bebel sebenarnya. hahaa.ni gambar photoshoot haritu. first time buat rambut camni. hehe

Tapi bila saya dengar cerita2 silam dia, at least sy blaja something la and tak la ikut macam yang gadis2 pernah sakiti dia. cehhh sakiti. hahaaa. Saya cuba la jadi yang terbaik. cehh poyo. tapi kadang2 tu saja gak usik dia..."isham untung kan dapat mira sebab isham laki pertama and the only laki dalam hidup mira. bersih suci murni giteww" :P hahaaa. Sebenanya tak untung pun, saya banyak je kelemahan. hewhewww. Saja acah dia. hahaa
perangai dia, kalau suka ..suka sangat tapi bila dah fed up memang teruk la.hohh. takut. dia passive sikit kadang2. 

T_T

kalau korang, korang jealous ke kalau buka cerita pasal ex masing2? ekekekke. tapi geram gak bila dengar orang main2kan , sakitkan hati partner kita dulu. emo emo. hahaa.

Toodles. :)




65 comments :

  1. Tp sm la mcm kita jgk...kita nk tau tp jeles...soalan feveret msti "lawa x dia?" Tp dlm hati tau dah...msti lg lawa dr aku ni ha sbb ex wife dia serani...huhuhu so x mau korek cita zaman silam dia nnti mula la nk wat aksi hindustan menghempas muka ke bantal smbil airmata meleleh di pipi kuikuikui...apapn namee, wishing for your happiness. Karekter isham lbh kurang mcm karakter hubby i jgk..tp i rs lebih happy dgn suami lebih berusia berbnding couple dgn laki seusia. Apa2pn jnji x kebas laki org ^_^

    ReplyDelete
  2. laila..hehe. actually apa yg lepas,,,is lepas lah kan .tapi kita perempuan ni mmg suka sibuk nak tahu pun.hahaa. sebab tu kita tanya kan. hehe. even me....selalu gak tanya2 kisah hidup lampau dia. saja je nak tahu and at least kita alert lah. :D kan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...definitely..well at least we got a point ^_~

      Delete
  3. untung isham kan, alhamdulilah.. semoga awk jaga diri ye.

    salam ukhuwah dr nanie

    ReplyDelete
  4. actually tak untung pun. saja usik2 dia. hehe. sebba saya byk kekurangan. :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh kalau saya mesti dah jealous..mesti nak tau pompuan sebelum saya tue camne..cantik ke,,cerdik ke..kerja apa..belajar amik course apa..haha punya lah nak perfect di mata dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa...selalunya perempuan camtu lah.padahal dah ex dah pun.hahaaa..tapi saya fikir positive je..saya tanya sbb nak tahu sebab apa dia putus asa.so that saya hati2 lah. hihihhhh.

      Delete
  6. kak namee. saya pun cuba korek2 macam2 tentang masa lepas dia, saya tak tanya direct, saya tgk2 zaman friendster dulu, mmg ada la komen2 dgn gf dia waktu tu. Since tu, saya dah kenal ex dia tnpa dipinta. skrg rasa menyesal pulak tahu, sebab kdg2 rasa diri sendiri yang nak membandingkan. hahaha. padahal pasangan takde kisah pun hal silam dia. itula, pompuan tetap pompuan. hehhh.

    tapi kak namee ni baik la orangnya, bertuah abg isham. Jaga dia baik2. :) semoga bahagia akhir hayat... aminnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa fiqaaa. takpe...jangan rasa down sbb ur patner pilih kamu sbb kamu lebih baik dr sebelum. kan kan :) jangan bandingkan diri. sebab banyak kelebihan kamu yg buat partner kamu pilih youu :))

      Delete
  7. heee. that's the same answer from him kak namee. kalau tak, kenapa dia pilih kita kan, hehehe... thank you sistaaaa. Fuhh, dapat semangat ckit from your entri. hiksss. :) lagipun ex dia kawin da, lagi kita rasa selamat arrr. kekekeke.

    ReplyDelete
  8. Hehe tak mau jeles2 sangay ya kakak.. jeles sikit2 je..hehehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum yanggg, before sheila dengan suami nak declare, kami kawan rapat. always bercerita pasal ex2.. hehe. so lepas dah declare, masing2 dah tahu cerita lama. sampai skrg takda nak open balik cerita. past is past. yang pasti, masa lampau mematangkan kita, kan? babe, sheila ada minta no awak kat instagram.. ada benda nak tanya2. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sheila...sepatutnya macam tu lah. tak payah ungkit hal lama. kan. benda dah lepas pun. hihi. namee pun tanya dr zaman dulu lg time berkawan. dia plak taknak share sbb sakit hati. hehee

      Delete
  10. suka baca cerita namee :)
    namee beruntung dapat isham
    dan isham beruntung ada namee
    semoga bahagia sampai jannah ok ;)
    really inspiring love story both of u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zana...terima kasih. hehe. cerita kita n isham ni typical je. terima kasih sudi baca :'))

      Delete
  11. heheheh kisah ex ni law dikorek2 akan mnimbulkan rasa jelos dlm hati sendiri tnpa disedari.. so... ambil tahu yg simple sudah wkakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa...namee tanya "kenapa putus?". ekekke. sebab nak tahu la reason. sbb sham ni nampak mcm easy going...mcm mana boleh pompuan2 sebelum ni putus. hehe. :P cehh sebok je namee nak tahu. hahaa

      Delete
  12. takmo amik tau yang dah lepas, nanti akak jugak sakit hati.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.betul. namee pun amik tahu yg kelemahan je.so that namee tak ulang perkara yg sama.ekekeke

      Delete
  13. sokong dengan pendapat kak namee n suami tentang perempuan laki tak boleh kawan lebih sampai nak sembang benda tak penting.. Bila partner kita tak endahkan soal pergaulan, anis rasa macam dia tak hormat perasaan kita ni.. anis punya lah jaga tapi dia slumber je buat macam tu, tak rasa bersalah langsung.. akhirnya putus juga.. hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nanti akak wujud perasaan suka kan walaupun sikit.sikit pun mana boleh sebab dah ada partner.kan kan. namee pun hati2 dalam hal ni.taknak terlalu mesra dengan laki. isham pun sama jaga2. sbb kalau start..nnti byk pulak lg salah faham.

      Delete
  14. soalan "lawa tak?" tu antara soalan wajib ditanya. hahaha.

    ReplyDelete
  15. dlu jeles jugak, tapi benda dah lepas kan? but husband sy mmg xsuka la klau nak tanya2 pasal yg dah lepas tu. dia crita skali je, pastu dah jgn nak tanya2 ungkit2 dah, kang tak pepasal gaduh.. hihi.. kita tanya bukan sebab jeles, saja nak tau jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sebab dah kahwin...sebab tu takmau ingat2 dah yg dah lepas. seeloknya camtu la. hehe. sama la mcm namee...namee tanya skali pastu takleh tanya dah.nnti kena marah. hehe. kadang2 tanya saja jeeee bukan niat apa pun. hihih

      Delete
  16. hehe..soklan feveret..akak pun tanya gak..pastu bila dengar part tang puji cantik ke style ke hape tu terus tension...lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pastu tanya camna muka dia?? ahaha.. tak menahan soalan. ekekeke

      Delete
  17. Namee. Eka kan, sepanjang dah 5 tahun lebih, sampai dah nak kawen ni, eka tak pernah tanya siapa gf dia dlu ke apa. Memang tak pernah. Eka tak akan tanya. Tak tau kenapa, tak minat nak ambik tahu.

    Dia plak, masa memula kenal je dia suka tnya pasal ex eka. Tapi eka tak suka nak jawab.

    Hehehhe

    namee tetap cantik la. tah2 gurl. hehehehe

    ReplyDelete
  18. Betul cakap Namee...kalau dah tak suka ckp tak suka...jgn main2 perasaan orang...uish untung Isham dpt Namee..

    ReplyDelete
  19. Salam.
    Saya dgn suami baru masuk 2 bulan lebih jadi suami isteri. Sblm kahwen masing2 dah cerita kisah2 silam. masing2 dah tau jalan cerita. Dan janji lepas kawen ni takmo ungkit2 balik. Dia terima kekurangan sya sma mcm sya terima kekurangan dia. Dan paling penting bila dia bersungguh nakkan sya. Rasa mcm sya sgt berharga walaupun sya byk kelemahan.

    Moga namee dan suami bahagia selamanya. :-)

    ReplyDelete
  20. sejujurnya, tak mau lah ungkit balik kisah lama. but at the same time, dalam hati ni ya Allah. macam nak korek dari awal sampai akhir. paksa paksa bagai. lepas dah cerita, then barulah rasa macam hati kena cucuk-cucuk. and at the end, sendiri juga merana. hehe..

    for me, kalau nanti nanti dah kahwin. sebolehnya nak elakkan dari mengungkit kisah lama. past is past. yang penting NOW! :)

    ReplyDelete
  21. x encem pon xpe..asalkan baik budi pekerti...kalu nak pilih rupe smpai mase kerepot gak..hehehe...

    ReplyDelete
  22. My husband tak suka cerita pasal ex dia but saya still korek jugak. Sampai satu hari saja google nama dia, maka terkeluarlah gambar dia dengan ex dia dulu. Hahah! Mula-mula ofcoz la jeles. Then bila fikir balik, alaa.. benda dah lepas. Tak payah nak jeles pun sebenarnya. ^_^

    ReplyDelete
  23. Haha perempuan.. Sikit banyak msti nk tau, tapi pd mase yg same, ade sikit jeles..-tipu kalau x-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol2...i agree tp better +ve ja bcoz we need to face the future with him jgk.. jgn smpai gaduh sudah la kan..kan... hihihihi

      Delete
  24. haha.. tiba-tiba rasa macam buat benda yang sama bila psngn sy tnya psl ex.. mula-mula tak nak cter.. bila da cter , mcm nak marah-marah. Then serba salah. haha

    ReplyDelete
  25. Akak plak kan. ..x suka nk ungkit2 pasal ex akak or ex dia....

    ReplyDelete
  26. kalau ayu better tak tau apa2 rather know pasal ex-gf boyfren..pls...sakit hati membawa diri tu nanti :p

    ReplyDelete
  27. muja pun suka kalau bf citer pasal ex tapi tak suka berkawan dengan ex sendiri dan ex pasangan,, hehe

    ReplyDelete
  28. nameeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee cantik

    ReplyDelete
  29. mai pun suke gk korek cter ex dye..tya pasal apa ptus and itu ini..sronok dgr..hehe..tp sbnrnya dr c2 kte dpt amik smething apa dye suka n ape x..jgn ulang apa pnah berlaku

    ReplyDelete
  30. till jannah namee..hehe lama gak zuan tak kunjung kemari..hehe sowi

    ReplyDelete
  31. Erm, tak tau nak komen apa sebab takde experience. Agknya future sy tu pun beruntung kot sebab dia lelaki pertama. Putih bersih, suci, murni gitew....hehe

    ReplyDelete
  32. u know my ex fiancee dulu, mmg langsung tak boleh nak cerita pasal ex..terus mengamuk.. nasib baik laki skrg ok je..kalau cerita pasal ex, dia cam xde perasaan je... katanya yang dah lepas, lepas la..hihihi..so dr situ, i belajar la kalau dia citer pasal ex dia, kita pun x boleh la jeles.,.. tapi kan satu yang pasti...kebanyakan lelaki mmg tak suka cerita pasal ex...

    ReplyDelete
  33. tak jeles pun walaupun ex suami ku boleh tahan cun...gelak je kadang2 hahaha. tapi laki kadang2 taknak cite. agaknya nak lupakan kot? n taknak ungkit kisah lama. ehehehe nice story u share ni :)

    ReplyDelete
  34. Betul tu tak kira laki ke perempuan jangan la mainkan perasaan. Kalau tak suka cakap tak sukakan. jahat jugak perempuan tu. Tapi yang esham gila sampai 4 tahun sanggup tungu dan tak syak apa2.

    Semoga korang bahagia ye.

    ReplyDelete
  35. ok rase cam kena batang hidung sendiri plak..akekeh...
    tak kisah kalau bf cte psl ex gf die tp jelous sbb diorg still contact kononnye atas urusan penting..
    sabar jela... T_T

    ReplyDelete
  36. saya penah tanya suami pasai ex dia dulu sebelum ni... just nak tau je... bila dia citer pasai ex dia saya jadi jelaous plak... padahal saya yg nak dia citer kan....

    ReplyDelete
  37. Hehe. Lepas kawin penah jugak tnya dia pasal ex dia.sama2 share stories.haha. Kita pun sama tanya dia cantik x ex.haha.dgn harapn dia ckp "syg lawa lg la" :-P

    ReplyDelete
  38. kita tak boleh tanya exssss pakwa. konpem bom atom meletop haha. so better tak tanya :p

    ReplyDelete
  39. akak mmg akan sebok nk tau..tp ujung²nya nt, jeles xmemasal.. hahaha

    ReplyDelete
  40. kaki tempang?? kikis duit laki??? kalau kaki tempang x pe lagi.. kalau bab kikis duit laki tu mmg awal-awal REJECT !!!! hihihihihihi =p

    ReplyDelete
  41. tapi akak jenis yg menjeles..duluuuu laaa hahaha..pastu skrg ni bila pikir balik..eleh tak handsome pun aku nak jeles wakakaka jahat pulak kan..

    ReplyDelete
  42. dulu b4 kawen i kuat jeles tau..hahaha pas kawen mcm kureng sket la kejelesan tu...cuma...i kurang suka bila jmpe kwn2 lama asben..then kwn2 tu kepoci ungkit psl ex gf dia segala..kemon la...plis move on..org dh ada life...mcm x respect i pulak bila dorg duk bukak cite lama dpn i... :)

    ReplyDelete
  43. Depends jgk lah namee..tgk cara diorang citer tu mcm mane...kalau cara die citer tu mcm teringat sbb rindu or gaya mcm still ade perasaan kat ex die...or puji lebih2..or ade unsur2 compare dgn kite sure jeles punya...hehehe...

    ReplyDelete
  44. Post ni..hmm..mmg jeles la kankankan.. Lgi la siap tgk pic yg meletop gitu. Pastu kita dah kwen pun ex still nak kacau. Mmg meleleh lah. Wlupun hubby kata, dah xde apa2 pun, tp ttap ada kebas2 kat hati tuh.. Akhirnya hubby bwk lari dduk hjung cruk dunia kat utara nun. Hehe..

    Btw, singgah ke blog sy, hzinnirah.blogspot.com ada busana muslimah cun!

    ReplyDelete
  45. Saya pernah gak la tanye kat die. hahahah. nak kate sakit entah la. sakit kot! sbb dalam hati die tu masih ade sisa2 ex die tu. paling tak boleh compromi bila die suka bandingkan sye ngn ex die! huii.. jahat gile!

    ReplyDelete
  46. Kak Namee, sy sangat3 jealous kalau dia cerita pasal ex. Bukan dia saja2 cerita, sy yang curious suruh dia cerita pastu jealous. Mesti nak tahu ex tu cantik ke tak. Pastu stalk kat fb/twitter. Kesian pulak kat dia sbb kena layan sy punya jealous. Hihi

    ReplyDelete
  47. Betol..setuju sgt dgn suami akk. Laki dan pompuan tak boleh lebih2 sampi sms bende tak ptg

    ReplyDelete
  48. suka entry ni..macam cerita saya, ex nak balik kat ijam.
    geram tapi kena yakin dengan dia kan.
    kalau ada jodoh inshaAllah hehe

    ReplyDelete
  49. kalau saye ni lain sikit, suka betul dengar kisah pasal ex .. haha .. x tau nape, teruja sgt. kalau ngan kwn2 yg pernah bercinta.. suka sgt tanya pasal ex.. xtau nape suka sgt dgr cerita psl ex2 dorang tu.. XDDD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...