Monday, October 28, 2013

Pandai Nak Mengata Suami Orang Ehhhhh...

Hi T_T


comment dia nampak tenang tapi saya tak suka dia gelar suami saya beast. kuang ajar.

Kesian, nak tinggalkan comment tapi hide account.Tak berani tunjuk diri. Mungkin diri terlampau sempurna , segan nak tunjuk. *rolling eyes* Sorok disebalik skrin computer aje. Baling batu sorok tangan. Kalau rasa berani, tunjuk lah diri. Cantik sempurna sangat ke nk gelar orang beast beast ni? mihmih.

Entah bila masa entah suami saya hartawan. Sian sebab tak baca blog orang,tak kenal penulis blog ni siapa terus je tinggal comment entah apa2. Kesian.Mungkin juga tak reti membaca. Suami orang juruterbang @ flying instructor makan gaji macam orang lain,dia kata hartawan.. Mungkin buku ABC dulu tersalah sylibus atau buku ABC mukasurat ada yang tercabut so ilmu membaca tak sempurna. ekekeke. eh ke xtahu scroll entry lama dalam blog ni ??? Nak saya buat tutorial ke ??? TUTORIAL MACAM MANA NAK BACA ENTRY LAMA. giteww.

Masa baca comment ni x la rasa marah pun cuma rasa kesian. mihmih. Comment macam tu banyak dah dapat sebenarnya.  Kesian sebab tak boleh fikir common sense and tak faham proses kitaran manusia. Pepatah paling famous "cantik itu tidak kekal". So siapa kata husband saya masa muda dulu tak handsome ? Yang korang tengok sekarang, zaman dia 20an tak pernah tengok pun kan. Mungkin skang saya nampak menyerlah, 10 years akan datang mesti saya pun akan capai peringkat kedut2 . Sian sebab xpaham istilah kecantikan manusia tak kekal. Oh tak pernah tahu plak manusia boleh maintain muda sampai tua.  

Kesian. Ni mesti banyak terpengaruh dengan drama tv.  Pasangan jauh umur je, watak lelaki mesti kaya gila. Kalau suami hartawan,  tak payah kerja kot duit laki berkepuk2..Apalagi sambung study sampai master dan atur future. Buang masa, baik pergi shopping habiskan duit suami.  Beli handbag Hermes ke Balenciaga ke ,Chanel harga 20k tu. Tukang tinggal comment ni mesti banyak masa dihabiskan nonton drama. takde life. kesian. Saya pergi kelas pakai bag recycle percuma dari Petronas tertera tulisan 'save the earth' ...bawak gi kelas isi lecture notes...elok je. takde plak beg kelas jenama MiuMiu ke apa. 

Kat rumah ada cermin, tiap hari tengok cermin dari dulu. Tak rasa diri ni cun sampai boleh demand pasangan macam tu macam ni pun. Memang sifat azali, jenis sedar diri. Lebih banyak nampak kekurangan diri dari kelebihan yang mungkin ada. Sebab tu sedar diri. Syukur dapat partner yang jenis penyayang. Jenis yang faham pasangan macam faham component kapal terbang. Isteri sembelit, buka google and cari solution "oh Yakult elok" terus pergi beli dan make sure dalam peti ais ada Yakult tiap hari. Oh isteri cramp kaki...google "oh cuba, minum 100plus " , Isteri penat study, kerja, kemas rumah, ..terus pergi Tesco beli udang nak masakkan isteri sambal tumis udang kegemaran isteri.

See macam mana tak boleh jatuh cinta dengan orang yang paham partner dia macam paham satu body kapal terbang ni ?


Kan ? So far saya gembira hidup sederhana and i love my Isham through thick and thin.

Mungkin kat rumah, awak takde cermin...nah saya hadiahkan satu...

Silakan tatap wajah sendiri. Kalau tak tahu kisah orang, susah senang orang ,jangan nak pandai cakap eh. 

p/s : Manusia memang macam2 , kalau tengok laki tu handsome putih tapi isteri tak lawa sangat...kata pompuan tu pakai ilmu penunduk pulak kan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bifa's Charity Bazaar !! Mari beramai2 join jualan amal ni ! 10% dari pada jualan akan disumbangkan pada tabung amal .So mari membeli sambil beramal ! hehe.Nanti akan ada macam2 aktiviti seperti facial and foot spa, ada banyak jualan baju , ada orang yang boleh lukis kartun image kita , ada dessert sedap ...nyum2 boleh makan ! hehe. Macam2 lagi la. Saya pun insyaAllah akan join.Jumpa di sana okay ! :D 





131 comments :

  1. hahaha tumpang kesian sangat en @ cik anon tu kan...? takat jadik keyboard warrior tu..ape sangat la...

    elok sangat la dpt adiah cermin tu dr namee..

    FREE lak tuu...

    tak cukupp..??

    suh dia cari kat Nilai 3..melambak2 byk..ckp jer nak saiz ape..

    p/s: syukur apa ada pada kita.. utk org tu...cepat2 la belajar balik setat dr darjah 1... ehhehe

    ReplyDelete
  2. Teringat cerita pekerja KFC yang tiba2 menggedik suruh namee ni jangan stay dengan suami dulu2. Boleh pulak dia cakap "Eeeee" ?? Orang yang tengok luaran ni biasanya tak bahagia sangat...

    ReplyDelete
  3. Kak Namee ignore je dia tuh. Love is something that we feel not something that can be judged physically based on financial status, beauty, etc. Saye memang panas hati kalow ade yg pertikai pasangan based on paras rupe la pangkat la. Sibuk je orang tu. Dia bukan in our shoes yg rase disayangi, difahami and dijage bagai minyak yg penuh. His/her comment is very offensive . Dia cume menunjukkan bahawe cinta dia berdasarkan rupa/ harta semate2 bukan attitude and responsibility. Stay strong. Insha Allah Kak Namee and Isham bercinta sampai ke syurga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju ! lagipun , saya tengok Kak Namee dengan Isham tu comel and bahagia je . as long as kita tau partner kita sayang kita , who are they to judge

      Delete
    2. wah sokong komen Husna Mubin :)

      Delete
    3. siapa dia nk tntukan jodoh kita,.dok kacau hdup dia ker,.mmg 'sakit'org cm ne,.hdup sndri x thu bgaimana sudahnya,suka sgt amek thu hdup org,.ignore jer makhluk mcm ne

      Delete
  4. Stress bagi pihak Namee bila baca komen macam itu (nak kasi sokongan tapi saya jenis tak tau nak kasi ayat best hihihi)

    ReplyDelete
  5. muja dah baca entry namee dari first entry hingga ke latest. rasanya tak de yang tinggal. i know how you met your hubby. orang yg cenggini dia diserang phd: penyakit hasad dengki. nak wife lawa cam namee tak dapat. jelez ngan isham lettew.. tak yah layan. buang karan je,, huhuu

    mujadafewa.my

    ReplyDelete
  6. Kdng2 org nie kak nmpk dr org lain jew.gumbira jg kain org lain kak lupa kain dia tercarik.

    Huhhh smoga org mcm tue akn sedar dr.

    Jdoh rezeki ajal maut urusan allah kn.

    Peace (;

    ReplyDelete
  7. wow good one kak namee! pretty or not dah jodoh kan? dont care what people say.as long as you happy. people takde lifemmg suke sgt buat drama. kesian kan? mihmih.

    ReplyDelete
  8. biasala manusia kn lg suka sibuk hal org lain drp hal diri sndiri.huhu.ignore je org mcm tu.

    ReplyDelete
  9. haa.... biasa laa mulut manusia mana boleh tutup..

    ReplyDelete
  10. itu lifeless people namanye. tak pun meroyan tak tentu pasal. hahaa

    ReplyDelete
  11. Bagi anis, cukup la laki tu jujur dan ikhlas terima kita, sayang kita sampai bila2.. Rupa tu tak penting sbb ianya tak kekal. Bila2 masa Allah boleh tarik nikmat tu.. Anis pun sedar diri anis tak cantik, dan rasa diri ni tak layak utk lelaki2 handsome.. Hahaha :D

    ReplyDelete
  12. abaikan je nami, aib org nk dibuka, aib sdr pun agaknya tak terjaga kan...lebih baik tilik kekurangan diri, dari tilik hidup org...

    ReplyDelete
  13. sabar je k.namee
    mungkin org tu sangka yang dia lagi lawa lagi kacak dri org lain kot . haha

    dia lupa yang manusia ni tak ada yang sempurna,
    dan dia tak tahu yang perkhawinan itu adlah cantuman 2 kekurangan menjadi 1 kesempurnaan <3
    sabar tau k.namee :D

    ReplyDelete
  14. chill kak. orang bangang memang macam tu 😊

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Namee...mgkin orang tu ade rasa cemburu dlm hati dia..sampi snggup keluar kenyataan mcm tue...

    ReplyDelete
  17. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Paras rupa, fizikal tu semua tak penting la. Apa yang penting adalah hati budi. Sabar ya Namee. Biasa la manusia. Huhu.

    ReplyDelete
  18. Salam puan...
    Che mat rasa pengkomen tu nak kan perhatian dan cara terbaik dengan menulis komen yang melambangkan ke bongok kan siri sendiri...sabar dan bertenang ok..

    ReplyDelete
  19. people is always judge other without think how other will feel....jodoh pertemuan di tangan Allah..xkisah la tua or muda if da jodoh yang da tertulis sejak azali nak elak ke mane pun xleh jugak,....hope sis happy with ur life....wish that the one that say that to you will get taufiq n hidayah from Allah...hope that this kind of mentality in our community should diminished...

    ReplyDelete
  20. Tak baik seyy nak mengata orang macam gituk biadap namanya

    ReplyDelete
  21. Fkirkn org yg sygkn kita lbih baik dr fkir org cmni. Suh hisham crkn pmdu bas udara ( pilotairbus) yg ska kucing sgt2 mcm dia satu ..adee :)

    ReplyDelete
  22. Ayoooo. sian sis. it's okay. da nama pon jdoh. and kdg2 mata org nmpk org tu xansem/xcntek tp mata kte nmpk abis cntek/ pling hnsem la tuh. ahaha. act sume tu subjektif ! betul idoppp.

    ReplyDelete
  23. eee busuknya mulut tukang komen tu! takpe kak, dia jeles lah kot takde husband baik macam husband akak. kesiannn..

    ReplyDelete
  24. 'anak cicit?'
    dia tertinggal cucu...

    tak perlu layan orang macam tu. dia jeles kot!

    ReplyDelete
  25. org mcm ni pun ada? relax namee kita kat blkg jer support ni :)

    ReplyDelete
  26. jahatnya tukang komen..abaikan je..
    ur husband sweet sgt! yg penting hati baik :)
    klu hensem pon hati busuk tak guna jugak

    ReplyDelete
  27. Sabar Namee..biar la diorg..mmg wujud org2 mcm ni...

    ReplyDelete
  28. Sabar jelah kan dg org mulut cenggini..setiap psgn tu saling melengkapi, ada kekurangan n kelebihannya,..we are same, sy xda la lawa mna pun tp alhamdulillah dpt suami yg punya rupa paras menarik. jodoh kita hanya Allah yg tau.

    ReplyDelete
  29. biasela tu namee...kite x blh nk jgka org pikir ape pasal kite....sabor je la.....

    ReplyDelete
  30. Byk tengok sinetron tu... hhehee buat penambah dosa2 kering. Apa da...

    ReplyDelete
  31. 1st time rasanya tgk namee marah..hey isham mmg hartawan..hartawan kasih syg kannn..drpd apa yg akak rasa stelah folo blog namee ni..isham ni jenis caring, sweet, suka nasihatkan namee..penyabar..well itu yg perempuan nak kan..

    as long kalian bahagia cukup namee..org tak tido sebantal..tak tinggal sbumbung jd mereka mungkin tersalah nilai..cukuplah namee yg mengenali isham dari sgala sudut kan..suami akak x ensem tp manis ada bahahaha..tiba2 nk puji laki sndiri..

    saper lg nk puji klu bukan isteri kannnn..perkahwinan bkn untuk kita seorang tp menyempurnakan pasangan kita dalam sebuah kekeluargaan..wahh gituuu

    ReplyDelete
  32. huhuuu...sometime people main judge tanpa amik tau kisah sebenar nyer kan :)

    ReplyDelete
  33. sabar la namee. manusia memang macam tu. jenis takleh tengok orang lain senang. jangan emo2 ep. happy2 sokmo neh. :)

    ReplyDelete
  34. Kesian Namee... Tak baik dia mengata suami awak, saya yg membaca pun sedih. Setuju, PENGKRITIK tu tak de life sebab asyik tengok dramaaa yg berangan dapat suami kaya raya jenis menghabiskan duit parent tu, sampaikan terpengaruh ke dunia realiti. Hakikatnya itu semua Fairy Tale saja, 1% pun tak sampai utk 28 juta rakyat Malaysia. Dreaming! wekkk

    Namee, saya suka sangat awak ni humble, suami awak pun apa kurangnya? Both of u deserved each other ok! Jangan ambik hati apa diorang cakap, anggap je diorang jeles ok

    ReplyDelete
  35. Saba ye Namee.

    Orang tak akan faham, kenapa kita pilih suami kita.

    Orang pun tak akan tahu, apa kelebihan suami kita, yang buat kita jatuh hati.

    Orang selalu judge dari rupa paras. Tapi tak nak judge dari sikap,kelebihan orang.

    Rupa paras, kerjaya yang bagus, bukan pengukur kebahagian kita, kan.

    Dan siapa kita nak menolak qada' dan qadar Allah SWT. Allah beri yang terbaik buat kita. Untuk pinjaman kita di dunia ni.

    Selamat berbahagia Namee dan suami. Tak lama lagi nak ade baby dah. Jangan selalu stress tau.

    ReplyDelete
  36. pedulikan org mcm ni namee..sy berfikiran mcm namee jgk..rupa paras xkn kekal lame, sy sndiri tgok kriteria org tu..bukan paras rupa sbb semua tu xkn menjamin kebhagian kite pun..dpt husband handsome sgt pown ssh jgk, nnt ade pompuan lain berkenan, kite jgk yg makan jantung makan hati..arghh !

    ReplyDelete
  37. kak nameeee..sy adalah org baru yg agak rajin baca blog akk taw..selama ni mg xrasa nk komen..tp yg ni rasa nak komen!!!!hahahhaha..boleh kan ;)
    dear kak namee :)
    sep sep tom tom sket apa yg akk ckp ni..sesungguhnya betul!!
    yg cantik dan mahal itu akhlak dn hatinya
    yg itu akn nmpkkan insan tersebut chantek sgt
    ALLAH MAHA ADIL
    siapa kita nk judge org itu begini sesuai dgn org begini..xgituu..kann
    akk doakan la org yg comment begitu begini agar dpt hidayah dn mjadi lebih baik lg.
    moga kak namee sentiasa bahagia hingga jannah sana :)
    *go kak namee go!!^^

    ReplyDelete
  38. my dear sis , awak buat saya bersyukur dengan apa yg saya ada :')

    ReplyDelete
  39. Namee, sabar lah. biasa la tu. orang mengata sebab jeles ngan ur life. senyum je. doakan dia tak lagi cakap camtu kat orang lain :)

    ReplyDelete
  40. biarlah Namee.. orang hanya pandai berkata-kata.. dia takkan tahu susah kita, senang kita.. dia hanya tau nak amik kesempatan, peluang biar kita sakit hati.. walhal itu tak menjejaskan hidup kita pun.. ;)

    psstt: kalau cermin tu bagi kat akak jelah.. hehehe..

    ReplyDelete
  41. Setuju sangat Namee. Apa guna kehenseman yang tak kan kekal abadi pon. Yang mengata tu kalau dia lelaki agaknya dia hensem tahap aaron aziz kot, atau kalau dia pompuan maybe laki dia macam muka adi putra ke?? tak sedar kot yang dia mengata tu bukan kita cipta sendiri , kurniaan Allah semua. Eh, terceramah pulak. Hehehe.

    ReplyDelete
  42. sabar la dik..yang penting hepi & bahagia :)

    ReplyDelete
  43. kurang ajar sebenarnya komen macam tu.. yang penting siapa kita nak pertikaikan jodoh Allah dah bagi kat kita semua manusia ni.. Allah dah kata laki tu baik utk kita.. baik lah.. Allah dah kata nsem utk kita.. nsem lah.. yang kita ni siapa nak pertikai jodoh kita.. apatah lagi jodoh orang lain..

    ReplyDelete
  44. banyak sangat tengok drama kot mamat tu.. hailah..

    takpe namee.. hanya kita yang kenal pasangan kita.. hensem tapi hati kotor nak wat apa.. baik pilih yang biasa2 saja janji happy till jannah.. betul tak??

    bila due ni dear? tak sbar nak tunggu namee & Isham Jr *winkkkkk*

    ReplyDelete
  45. hahahaha.. lawak la komen tu. lagi lawak bila baca entry namee.. sabaq jelah. org mmg macam tu, suka buat kesimpulan padahal xtau apa2..

    ReplyDelete
  46. kita baca pon sentap..just buat tak tahu je namee..org mcm tu tak pyh nak dilayan..otak kurang sehat kot..kehkeh..
    btw, kita mmg suke tgk namee and husband..saling melengkapi..susah utk punya seorang lelaki yg amik berat pasal kita nowadays ni..rupa apalah sangat..kalau dpt suami yang hensem muda bergaya tp 24 jam buat org sakit hati nak buat apa..
    papepun, jangan stress okeh..nanti bb dlm perut kerut-kerut jek muka dia..=p

    ReplyDelete
  47. Astaghfirullah...Macam mana la dia boleh tergerak nak tulis komen macam tu. I suka tengok you and your husband. Masa entry yang dia pegi rumah lama sebab nak bagi kucing makan tu I terus faham kenapa you jatuh cinta dengan dia. I am your silent reader tapi bila baca komen tu, I pun terasa sama.

    Kenapa kesah kalau orang lain bahagia dengan pilihan dia. Dia je nampak apa yang kita tak nampak. You are the only one yang lalui semua tu so you yang tahu sebenar-benar keadaan. You explain macam mana pun orang tetap takkan nampak macam yang you nampak.

    Jangan risau, masih ramai orang yang mendoakan kita bahagia. Abaikan je picisan2 ni. :)

    ReplyDelete
  48. tak patut ada manusia macam ni..dia lupa ke Allah Maha Pencipta? harap dia sedar kesalahan dia menghina ciptaan Allah.

    sakit hati lettewww x dpt ngorat namee :P

    ReplyDelete
  49. huhuhu
    aduhai...cian nameechannn..
    apolaaaa...

    begitu la mulut org kan..biokan aje la deme nak berkata2 kan, as long we know ourself, more than enough already ^_^

    ReplyDelete
  50. mulut orang memang tak henti berkata . yg penting , kita & family tahu apa yg kita buat . Allah sentiasa ada .

    ReplyDelete
  51. kadang2 kan klaka jgk jenis org mcm ni kan namee...mcm die perfect sgt...org cantik mesti pasangan same cantik..org tak cantik kene same2 tak cantik...ape ni...xpaham jenis org mcm ni....bende ni sume kan ketentuan Allah...sape kite nk judge ye dak... :)

    ReplyDelete
  52. wahahahah
    terbaiklah entry for haters tu..
    manusia biasalah name..
    kalau kahwin ngan yg hensem pon masalah, x hensem masalah..
    ada je bnyinye..
    jauh umur x hensem je pasal harta...
    hensem je pandang rupa
    x sama pdan..
    typical mind of malaysian or malay only ups!

    what everlahkan as lon as we happy kan name?
    ignore je mereka2 tu, yg penting namee bahgia ngan isham..
    n jaga diri name n future baby tu..
    namo emo2.. ok! chill beb!

    ReplyDelete
  53. sy baca blog namee and ikuti kisah percintaan korang *ecewah hihi*.. 'prof emeritus x' tu buat assumption sendiri je, mana boleh macam tu. dalam cerita ni, nmpk mcm 'prof' adalah sorg yg mementingkan luaran je. shallow sangat. -_-'

    ReplyDelete
  54. abaikan jela namee bunyi2 lalat tu...dia jeles sebenarnya..yg penting kita happy! =)

    ReplyDelete
  55. HIKHIK ... I'M THE ONE UR SILENT READER .. FIRST TIME RSE NK KOMEN SBB LIKE 1000x DGN ENTRY NIE ... SAYANG PUAN NAMEE .. EKEKEKE

    ReplyDelete
  56. sapa la mulut longkang sangat tu Namee...macam tu pulak judge orang...sabar ye Namee...kalau hidup ngan apa orang cakap memang lama dah kita ni x maju...

    ReplyDelete
  57. ala rupa tak jamin apa. budak-budak sekolah je memilih ikut rupa. janji hati baik kita pun senang peduli apa dengan org punya opinion. silap-silap dia yg belum kahwin. tengoklah bakal dia mcm mana nnt mengata kat orang je lebih. *emo*

    ReplyDelete
  58. hahaha maybe dia secret admire awk dari dulu kot, jeles kihkihkihkih

    ReplyDelete
  59. Kak Namee, saya sokong kata-kata Kak Namee 100% ! :)

    ReplyDelete
  60. keyboard warrior.. kenapa la nk ckp cmtu.. maybe die jeles kot? sabar eh.. pregnant lady tak boleh stress n marah marah.. hihi.. keep smile dear. :)

    ReplyDelete
  61. org gitu..kurg kasih syg pn ye gak..mihmihmih...
    so true what u said dear..smga kekal hga hjg nywa dn hpy always k..

    ReplyDelete
  62. Kak Namee, saya sokong kata-kata Kak Namee 100% ! :)

    ReplyDelete
  63. Sabar ye kak..kalo sy pn prefer lelaki yg mcm suami akk ni. Biarlah xhensem pon..asal die boleh bahagiakan kite. Penting sgt ke nak carik suami hensem? Hmmm

    ReplyDelete
  64. tak payah layan orang macam tu, macam perfect sangat je..

    ReplyDelete
  65. sbr je. manusia ni kadang2 gemor mengata kisah hidup org padahal kain sendiri tercarik2

    ReplyDelete
  66. beselah Namee. orang camtu jeles letew ngan you. pape pon you ngan ur hasben ttp sweet.:)

    ReplyDelete
  67. amboi bahasa orang tu..baik sangat la tu ckp mcm tu..its sokey mommy to be..xpayah hirau lah orang ni..just go on with ur life...insyaallah..lagi banyak keindahan.. :)

    ReplyDelete
  68. Jangan layan orang macam tu Kak Namee. Biarkan dia dengan dunia dia. HAHA. Kesian betul orang macam tu kan. Semoga Kak Namee, suami dan bakal baby bahagia sampai bila-bila. AMIN. :)

    p/s: Take care Kak Namee ! :D

    ReplyDelete
  69. huhu.. biarkan ape orang nak kata.. diorang jeles sebenarnya.. juz love to see both of u :) sama padan sama cantik. semoga bahagia ye Namee ;)

    ps : jodoh yang terbaik adalah dari Allah swt.

    ReplyDelete
  70. biasalah kebanyakan perempuan...ermn~...
    tak tahu erti syukur kn~....
    semoga selalu berbahagia ye puan~...

    ReplyDelete
  71. biarla namee org nk kata apa..asalkan kite sendiri tau luar n dalam pasangan kite.. klu btl isham tu hartwan, mcm namee ckp la, duk goyang kaki n shopping sokmo.. xyah susah² keje.. n klu smbung master pun, rsnya suh je hubby namee bayar, xyah penat otak study.. skang perbezaan umur xperlu dipertikai.. Allah dah tentukan dia adalah jodoh yg terbaik utk kite.. go namee!!!!

    ReplyDelete
  72. oh my...xde adab org ni...mmg jenis terlalu byk tgk drama smpi terpengaruh bwk pi real life...haha kesian~~

    ReplyDelete
  73. kita pulak yang panas bca komen dia. ntah sape2 dia nak tentukan kak namee tak sesuai dgn pasangan, padahal bahagia dah kawin pun, Allah tu lagi Maha Mengetahui, mmg jodoh dah, maknanya mmg u all sesuai sepadan sedondon lah. iskkk. manusia mmg, tgk yang laki lebih ckp pompuan blablabla, tgk yang pompuan lebih ckp laki plak blablabla. takpe kak namee, abaikan. Janji awak bahagia bersama abang Isham yang cute ape.. kan. hikssss :)

    ReplyDelete
  74. Wah..bekeng namee marah..haha..padan muka tuk yg kena marah..

    ReplyDelete
  75. huhu sabar...mulut manusia memang macam tu.. suka pandang status...rupa dan "poket"...sebabkan tu sume la diorang smpai sekarang tak jumpe jodoh..rasenye la...duk sibuk hal orang tp diri sendiri tak perasan..hebat kah dia tuh? hahaha.. Jodoh bukan kite tentukan..itu urusan Yang Maha Esa.. :)

    ReplyDelete
  76. yup betul tu namee, apa ada pada rupa tak kekal mana pun, and one more thing rupa tak menjanjikan kebahagian :) chill beb, anggap je orang macam tu jealous dengan apa yang kita ada.

    ReplyDelete
  77. Kurang aja sungguh orang tuh. Tak berbudi dan tak civilized. Huh. Geram plak saye.

    ReplyDelete
  78. Hehehe... stuju sangat, nampak sangat dia 'tak kenal' you macamana orgnya. Tak baca entry2 lama. Akak 'nampak' you ni humble n sweet sangat. Sbb tu Allah temukan jodoh dgn suami yg caring, matang dan sweet jugak. Bersabar jela... org yg xbahagia memang suka sibuk2 carik keburukan org lain.

    ReplyDelete
  79. Ish. teruk betul perangai orang tu.. Cinta tak mengenal rupa.. Kita cinta sebab tertarik dengan sikap die yg caring, baik hati and penyayang. Kalau stakat rupa, baik takyah,, sbb rupa tak kekal . Just chill Kak Namee. Dia jeles tuhhh :)

    ReplyDelete
  80. tak baik tau orang yg tinggal comment tu. jodoh dah mmg Tuhan tentukan. entah orang yg tinggal comment tu dah jumpa jodoh dia ke nk cakap2 kt jodoh orang.
    Kadang2 Tuhan bagi sesuatu mungkin tak special luaran tapi special dalaman macam Kak Namee cakap lah. walaupun appearance suami akak x menarik di mata orang tapi dia jaga akak dan memahami akak dengan baik.
    sabar je lah dengan orang2 dengki mcm tu.

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum..salam ziarah!!

    Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  82. tah2 orang tu dengki dengan akk..akk cantik,semua perfect lah..
    kesian betul la dia tu..tah spe2 la tu kan kak..

    ReplyDelete
  83. People wif their narrow mind...-rolling eyes too-

    ReplyDelete
  84. kesian kak namee :(
    mulut orang tu xde insurans hihi

    ReplyDelete
  85. hahahaaaa....memang kesian orang yang macam ni... Dia tak tau nak bezakan kecantikan dalaman dan kecantikan luaran... Sabar je la namee..
    Apepun...mommy to be kena cool okay :D

    ReplyDelete
  86. biar dia namee. macam dia gud2 kalau gud2 tak nyorok2 camtu. bagi kita en somi awak muka dia sweet3 paling best dia putih melepak.. kita suka lelaki putih melepak. dulu laki kita sebelum tunang pon putih tapi bile keje berpanas hari2 kalah bangla tapi kita cayang somi kita poreber haha. kita pon bukan cantik mana. cantik tu tak kekal. sekadar pinjaman. hehehehe.

    ReplyDelete
  87. cool akak :) akak kan tgh pregnant.. biasalah.. mulut orang mana boleh tutup.. tak tahu hukum ALLAH kot.. ALLAH yang jodohkan.. :)

    ReplyDelete
  88. Namee sabar banyak2 ye. Ida pun rasa pelik kenapa perlu dia komen macam tu. Biasalaa manusia. Orang macam ni dia bukan kurang ilmu sahaja tapi kurang kasih sayang yang sebenarnya. Jenis tengok hidup orang lain lebih baik mesti nak cari silap. SAbar ye Namee

    ReplyDelete
  89. Hai namee. Sakit pulak hati kitew baca komen tu. Mesti dia tak belajar fasal qada dan qadar Allah SWT.. Sendu la hidup dia.

    ReplyDelete
  90. Hai namee. Sakit pulak hati kitew baca komen tu. Mesti dia tak belajar fasal qada dan qadar Allah SWT.. Sendu la hidup dia.

    ReplyDelete
  91. Suka sgt ngn kak namee.. very humble.. ^_~

    ReplyDelete
  92. Xsuka org yg judge bdasarkn luaran shj...
    Lek nameee lekkkkk

    ReplyDelete
  93. Kita sama. Orang pernah kata suami saya gemuk. Now suami saya dah kurus, hari-hari workout and eat healthy, yang mengata dulu semua diam.

    Sabar je Namee. Manusia mcm tu tunggu balasan dari Allah je. :)

    ReplyDelete
  94. sabar Namee, org mmg mcm tu.
    macam akak sebaya dgn my Jek tp sbb Jek is bold maka kdg2 ade yg panggil beast.

    orang-mmg-suka-ckp-sedap-mulut.
    takpe, Allah turunkan org2 mcm tu utk uji kesabaran kita.
    teruskan bersabar ya :D

    ReplyDelete
  95. no worries kak namee. i still think you are among the lucky ones dapat husb baik macam Isham. cakap orang tak bagi kesan ape2 pun dekat kita. yg penting you know your husband, BETTER. chill kaknamee ! :)

    ReplyDelete
  96. ihh ihh sedapnya mulut mengata.. haa kak namee sabo je la eh. nak buat camne kan kalu dah dengki, macam2 dia cakap. bior je la manusia camtu. takde pekdah. hihi anyway akak, bila due date? tak sabo nak nengok baby nye :D

    ReplyDelete
  97. biasalah mulut orang kak.. dia sebenarnya jeles tu.. ehe

    ReplyDelete
  98. kita tengok entry dulu2 suami akak tu ensem je.xde la beast pun.tapi xkisah la janji baik dan sayang akak kan.kita suka tgk part dia sayang kucing tu.memang terbaek

    ReplyDelete
  99. kecian orang macam tew kan....sabar je lah

    ReplyDelete
  100. orang macam tew tak tau apebenda pon...yang tau nak cari ketidaksempurnaan manusia lain je keje dia..

    ReplyDelete
  101. suya pun pernah kena jugak namee. Yelah suya gemuk kan.. sesuka hati kata tak pdan dgn suami.tp biasalah, abaikan je la.. xde life diorg ni. mcm namee kata.. Hidup hari-hari tengok drama melayu kot :p

    ReplyDelete
  102. terima kasih bg moral support :') sakit hati tapi bila dah dengar komen mebina korang terus rasa lega :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar banyak2 ye namee.
      i have been there.
      truly understand ur feelings. rasa sakit bila orang pandang rendah pada orang yang kita cinta,sayang. yg terbaik,tanamkn lagi cinta dan sayang utk si dia.abaikan apa orang kata.may Allah bless both of u,and ur baby.;)

      Delete
  103. namee banyakkn bersabar.. that kind of human is really rude.. orang xkn faham apa yang kita rasa sebab dia x alami.. dan dia juga xpnh fikir qada dan qadar yg telah ditentukan Allah... sy doakan namee dan suami bahagia selamanya.. =)

    ReplyDelete
  104. sebenarnya org yg comment tu jeles. tu je conclusion dia :) take care namee

    ReplyDelete
  105. Allahurobbi! manusia ni bukan takat mulut je jahat, pesen gini lagi kronik! Kenapa la mesti compare hubby orang ngan beast. Memang kuang ajo, nak kene cabai mulut tu! Bersabar la namee, tu je yang kenit boleh katakan disini. We support you no matter what.

    ReplyDelete
  106. hoih....kuang ajar sangat tangan die...kite dulu penah kena sound ...mase tu kapel2 lagi..lalu sebelah diorang...sekali budak pompuan tu cakap, pakwe leh tahan muka, awek muke pecah umah...terus kite kecik ati..jalan jauh2 ngan encik bf....tapi alhamdulillah skang dah jadi suami...

    ReplyDelete
  107. yg komen cm tu jeles ler tew....msti dh biasa komen blog gossip artis ....eheheh...
    btw : comel la u ni....msti baby kuar nnti comel cgt...take care ....n Tahniah...dpt Nuffnang’s Featured Blogger of The Month for November 2013 tuuu...
    www.notashalimar.blogspot.com

    ReplyDelete
  108. yg komen cm tu msti jeles...n dh biasa komen kt blog retis,,,
    comel la u....baby nnti comel jgk tu....take care n tahniah yer... Nuffnang’s Featured Blogger of The Month for November 2013 tuuu..
    www.notashalimar.blogspot.com

    ReplyDelete
  109. mihmih.kelakarama. kan dah kene sembor.mihmih.

    ReplyDelete
  110. Boleh tahan celupar jugak ye si pengomen tu.. Ate, muka dia hensem or lawa sangat ke pun.. Jangan dilayan sangat la namee orang macam ni.. Busuk ati.. Dengki kat orang.. Eh, kite plak teremo.. Hehehe
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  111. Saya tengok suami awak comel je :) Semoga bahagia sampai anak cucu ye ;)

    ReplyDelete
  112. eee teruk la pengomen tu ckp ..emm memang kat rumah dia x de cermin.. kalau ada mesti dah retak haha haha gelak golek2x =)=)

    ReplyDelete
  113. kenapa lah mulut dia pun mcm teruk sangat tu :O
    suka hati jer nak kutuk beauty n the beast ar ape.. ish2.. =__="
    maybe dia perasan dia tu perfect sangat kowt..
    biarlah mulut org mmg mcm gtue namee...
    yg penting awk happy ngan isham, n isham happy ngan awk..
    awk pun dah nak ade baby..
    yg penting isham tu kaya dgn sikap penyayang, caring, bertanggungjawab..
    maybe dia jealous kowt, sebab itu comment mcm tu..
    semoga awk bahagia sentiasa, dan semoga bertambah murh rezeki.. :)

    p/s: org yg betul2 cantik, takkan senang2 nak kutuk org lain beast / ugly...

    ReplyDelete
  114. biasa org yang selalu cakap macam tu dia kurang kasih sayang. ignore

    ReplyDelete
  115. but in beauty and the beast, the beast turned into a prince after beauty gave him a kiss of true love. given the fact that you've already kissed isham with true love, it's only reasonable to conclude that now, isham is a prince. :)

    ReplyDelete
  116. namee, i love you! saya pun ada masalah yang sama dengan namee. punyalah pening fikir, tanya pendapat, baca info sana sini, doa mohon petunjuk, dan alhamdulillah Allah temukan saya dengan blog namee dan menguatkan perasaan saya terhadap jodoh ni. which is my future husband also lebih matang dari diri ini. beza 13tahun kottt. bila kita jumpa someone yang sangat sangat faham dan sangat caring, kita akan terima dia seluruh hidup dia seadanya. kan? moga namee dan isham hepy dunia akhirat besama future anak[s]. eheee :)

    ReplyDelete
  117. Salam Namee,

    Saya silent reader Namee. Baru hari ni tergerak hati nak bagi komen.

    Saya pun pernah alami benda yang sama.

    Cuma bezanya saya yang dikutuk bukan suami.

    Lagi-lagi saya berkahwin dengan lelaki asing.

    Orang mengata saya kahwin kerana rupa paras suami.

    Sanggup tinggalkan negara sendiri kerana gila wajah suami.

    Itu semua orang kata. Yang orang tak tahu, hanya kita sahaja yang tahu.

    Mulut orang tak boleh nak tutup.

    Yang penting kita tahu siapa pasangan kita.

    Rasa pelik kerana manusia ini suka mengutuk.

    Yang dikutuk itu ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  118. Kesian betul si empunya komen. Kesian kerana ceteknya akal. Kalau dia Islam, lebih kesian kerana tidak faham konsep 'jodoh' itu urusan Allah. Namee tak perlu ambil port lain kali dan bagi orang-orang sebegini ruang untuk tampil glamour. Saya boleh faham kerana, me and my husband are 17 years apart. Siap waktu konvo, budak yang ambil gambar studio tu cakap, "ok, bapak berdiri kat belakang ye" dan saya dengan tegas jawab balik, "ini suami saya ya, bukan bapak saya", kemudian kita akan dapat 'weird look'. Tapi mereka tak faham, macam mana sebenarnya, kita sangat-sangatlah bahagia dengan 'orang tua' yang pemahamannya terhadap wanita lebih dahsyat dibanding dengan lelaki-lelaki sebaya ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...