Thursday, February 6, 2014

Kadang-kadang Jadi Takut Pulak.

Hi !

Kalau korang ,korang buat apa kes camni ? Dulu selalu dengar kisah rumahtangga orang yang menakutkan dan macam2. Serious rasa macam taknak kahwin . Memang takut gila la. Baru2 ni ada kawan pun baru cerai ,baru kahwin beberapa bulan. Kisah dia pun menakutkan gak.T_T .

Lately asyik jumpa story yang menakutkan je kat internet ni .Cuba korang baca ni. Ni saya jumpa kat web siraplimau.com . Kisah benar . Em lepas baca terus tanya suami sendiri.."isham sayang gila kat mira kan ?" hahaa. Korang cuba baca....mesti sedih and xtau nak watpe kalau kat situasi ni.T_T

Suami tidur dengan perempuan lain atas katil aku

"Assalamualaikum, Saya telah 6 tahun mendirikan rumahtangga atas suka sama suka dan mempunyai 2 orang anak. Masalah bermula setelah mendapat anak pertama. Saya pernah tinggal bersama ibu mertua selama dua tahun. Pada mulanya, memang saya dilayan dengan baik, tetapi mungkin kerana hasutan dari adik-adik ipar, rumahtangga saya jadi semakin goyang. Masalahnya suami saya terlalu ikutkan kata ibunya sahaja. Ibu mertua saya menjaga anak saya ketika kami bekerja, atas persetujuan suami saya, walaupun saya tidak rela. Suami saya seorang jurutera dan kerjanya selalu outstation. Mulalah buka cawangan lain, bersayang sana sini, balik rumah sorok handphone, mesej malam-malam, bil telefon pun melambung-lambung. Saya pernah jumpa sendiri gambar dia dengan wanita lain dalam handphone dia, tapi dia cakap cuma kawan sahaja. Masa duduk di rumah mentua pun, pernah terkantoi mesej-mesej sayang dia itudengan perempuan lain. Bila saya bising-bising, dia senyap. Lepas itubuat balik. Saya masih boleh sabar lagi. Hubungan suami dengan ibu-bapa saya pun juga tidak baik. Saya terpaksa beritahu perihal dia kepada ibu bapa saya disebabkan saya sudah tidak tahan lagi dan tidak tahu mahu mengadu pada siapa. Suami pernah hantar mesej pada adik saya, bahawa dia mengatakan akan menceraikan saya kalau adik masuk campur urusan rumahtangga kami. Saya pernah bertanya kepada kawan-kawan sepejabat dia yang sama-sama outstation itu. Memang benar, dia kerap keluar bersama dengan perempuan itu selepas waktu kerja. Selain itu, mak mertua saya bukannya sihat sangat. Ada penyakit darah tinggi dan perlu check-up selalu. Jadi terpaksalah saya selalu ambil 'emergency leave' atau 'medical leave' (MC) kerana tiada siapa yang mahu jaga anak saya. Boleh dikatakan dalam sebulan, adalah 4-5 kali. Sampai satu hari boss saya bising kerana asyik cuti dan banyak kerja-kerja saya yang terbengkalai. Saya suarakan hasrat saya kepada suami yang selalu outstation itu, tapi alasan dia, tunggu dia balik. Sampai satu tahap, saya sudah tidak sabar, saya terpaksa hantar juga anak ke nursery. Dan dalam tempoh seminggu anak saya dihantar ke sana, berpuluh-puluh panggilan telefon saya terima dari belah mertua, suruh saya hantar semula anak saya ke rumah mereka. Saya berdegil juga. Saya ingat lagi pada hari Jumaat malam itu, saya dan anak saya pergi ke rumah mertua. Pada waktu itu, suami saya tiada di rumah mertua, keluar minum dengan rakannya. Saya masuk ke rumah mertua, suasana suram, semua orang muka masam mencuka tengok muka saya dan anak. Anak saya tidak mahu pergi kepada nenek dia setelah hantar ke nursery. Tiba-tiba adik ipar perempuan saya datang meluru kepada saya yang tengah mendukung anak saya, dan berkata saya perempuan sial sambil menolak-nolak saya , sebab buat mak dia menangis kerana rindukan cucu dia. Ditambah pula abang ipar yang menumbuk kepala saya dan mencampakkan keluar beg dan makanan anak saya ke luar rumah. Saya jadi bingung, mereka ambik anak saya. Nasib baik datang bapa mertua meleraikan pergaduhan. Saya lari ke luar rumah dan menghubungi ibu-bapa saya. Datang ibu-bapa saya, bergaduh depan rumah. Tidak cukup dengan itu, ibu mertua dan adik-adik ipar membaling kasut dan selipar ke arah saya dan ibu saya, sambil berkata ‘perempuan sial’ dan ‘menantu tak guna’. Suami saya balik dan hanya duduk di dalam rumah. Selepas pihak polis sampai, barulah dia keluar. Ayah saya sudah naik angin dan berperasaan tidak keruan, sambil menyuruh suami menceraikan saja saya. Ini kerana dia sudah tidak boleh melindungi isteri dan anak sendiri. Oleh kerana sayangkan suami, saya teruskan juga. Selepas peristiwa gila itu, kami berpindah ke rumah sewa lain, kononnya untuk menukar angin dan melupakan kisah suram itu. Saya mengandung anak kedua. Kisah tidak habis disini, suami saya kerap keluar malam. Berkawan dengan budak-budak kereta yang bujang-bujang, sambil melepak tidak tentu arah. Saya balik lewat sebab banyak kerja pun dia bising, tapi kalau dia keluar, balik pukul 3-4 pagi, saya bising, dia akan marah saya balik. Lagi satu, selepas khawin dengan dia, hubungan saya dengan saudara mara langsung renggang. Ini kerana suami tidak suka melawat saudara mara, baik ada kenduri-kendara atau tidak, tidak pernah dia menjengah. Seingat saya, ada 2 kali saja dia pernah ikut saya selama 6 tahun berkahwin. Selebihnya, saya pergi bersama anak saya, dan terpaksa berkata kepada kawan-kawan atau saudara mara saya, suami saya tidak dapat hadir kerana bekerja, padahal dia hanya duduk melepak rumah mak dia. Memang dia ini anak mak, apa-apa hal pun, mak dia akan cari dia, sedangkan ada lagi abang-abang yang lain. Berbalik kepada cerita dia selalu keluar malam dan mula bekerja waktu malam. Saya mula terhidu SMS yang berbau cinta semula antara dia dengan skandal baru pula. Bila saya cakap pada dia, dia kata cuma kawan-kawan saja. Sampai satu hari itu, saya terbaca SMS dia kata ‘I mahu peluk you tadi'. Bila perempuan itu menghubungi suami saya pada waktu malam, dia kata dari pejabat. Ada server breakdown dan macam-macam lagi. Hidup-hidup dia tipu saya. Sampai satu tahap, saya tension, stress dan banyak kali pengsan di pejabat dan di rumah dalam bilik air. Keluar masuk hospital dah biasa sebab pengsan dan dalam keadaan mengandung. Pada hari minggu saya disuruh duduk rumah mak saya, sebab dia kata dia kerja, risau pada saya tiada orang jaga, kerana masa itu saya sarat mengandung. Saya pun turutkan saja. Namun, Allah itu Maha Kaya, saya doa minta petunjuk kalau suami saya curang. Pada pagi bulan puasa 2 tahun lepas saya yang sarat mengandung 7 bulan, pulang ke rumah kami untuk mengambil selipar anak saya sebab saya tidur di rumah emak. Alangkah terkejutnya saya melihat suami saya sedang enak tidur bersama seorang perempuan di atas katil saya. Ya Allah, mahu pengsan saya masa itu. Saya kuatkan hati saya. Saya terima dia balik, sebab fikirkan anak dalam perut ini lahir tiada berbapa. Saya sabar lagi dengan perangai suami saya dan saya langsung tidak buat laporan polis atau pejabat agama. Saya sedar, itu silap saya kerana terlalu sayangkan perkahwinan saya. Saya korbankan semua. Bukan itu sahaja, tunjuk ajar agama pun kurang, apa yang wajib pun susah mahu tunaikan. Kalau saya tidak kuat, dengan saya pun hanyut juga agaknya. Peristiwa demi peristiwa berlaku. Sampai sekarang, saya dah punyai 2 orang anak dan perangainya masih tidak berubah. Dia masih bercinta di pejabat dan bersayang-sayang. Kami sudah pergi ke pejabat agama untuk kaunseling, tetapi saya rasa hati saya sudah tawar untuk dia. Jiwa saya kosong. Urusan rumah, anak-anak kebanyakkannya saya yang uruskan. Bila saya pulang lewat dari pejabat, macam-macam spekulasi dia tuduh saya ada lelaki lain. Saya mahu pegi company trip setahun sekali pun dia tidak izinkan. Dia kata saya mahu menyundal, perempuan sial dan tidak pandai jaga suami. Sampai bergaduh besar. Saya sudah dua kali minta cerai cara baik dari dia, tapi dia sibuk ugut mahu ambik anak-anak. Inikah balasan yang sepatutnya saya terima? Tolonglah beri pendapat. Kalau ikutkan hati saya, memang penceraian adalah jalan yang terbaik."


Haihh macam mana la boleh jumpa web siraplimau.com ni.kalau korang baca kisah luahan orang yang lain kat web tu pun korang akan rasa..eh ada gak cerita macam ni. Web siraplimau.com ni macam tempat luahan perasaan la then macam minta pendapat but of course la identiti dirahsiakan. Kalau korang ada kat tempat dia...apa korang buat ? T_T Rajin gak baca sebab emmmm macam pengajaran gak la kisah2 diorang ni. Pastu sambil baca boleh dapat rewards point dari web ni pastu boleh redeem hadiah. lol tetiba.

Rasa macam tengok cerita desperate housewives plak. Em serious banyak kisah luahan orang yang macam takut ada sedih ada kat siraplimau.com


:( berat dugaan kakak ni.mintak jauh la dari kita semua. InsyaAllah. Amin.




27 comments :

  1. fuhhhh... rigid jugak masalah ni.. more better dia dapatkn nasihat dari yg pakar kalau betul nk bercerai la.. tentang hak penjagaan anak.. aku rasa dia lebih berhak.. tapi risau jadi benda lain pula lepas tu.. kot laki tu meroyan tetiba ker lepas cerai..

    ReplyDelete
  2. Sedihnya ..
    Dugaan dan cabaran perkahwinan sekarang sangat berat Namee.
    ;(

    ReplyDelete
  3. haishhhhh..sampai camtu skali punya sayangkan suami..agak² laa kot ye nak sygkan suami pon..kes lebey kurang kes saya tp kes saya, bekas suami kaki dera...sarat ngadung 7 bulan penah dia sepak terajang, tumbok mata sampai pecah darah...btahan lg sbb sygkan suami, kununnya yelah masa tu..sampai satu tahap, dia hunus parang kat leher sbb saya spot check hp..ghupernya ada skandal dgn betina kat satu workshop...terus sy mtk cerai, wat repot polis, g spital amek gambaq suma, amek parang tu buat bukti...& now saya bahagia dgn suami skang...sy doakan wanita tersebut mempunyai kekuatan utk meninggalkan suaminya yg x layan digelar suami...

    ReplyDelete
  4. ya Allah..sedihnya..takut sgt2 rasa..mcm drama..tp ini realiti..huhu..ape pon ini ujian Allah pd hamba-Nya yg amat Dia sygi..moga kita sume dipelihara dr sume ni..ape2 pon kene jaga hubungan kita dgn Allah dulu..check mcm mane hbgn kita dgn Dia..insyaAllah..Dia akan jaga hbgn kita dgn yg lain.. =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum yangg, masyallah. sedih sheila baca! Tak sanggup nak fikirkan realiti nasib wanita tu.. haaa nak nangis T______________T

    ReplyDelete
  6. Takutnya kalau jadi camni.

    Saya sayang suami saya. Semoga takdela benda2 cmni berlaku.

    ReplyDelete
  7. takutnye..kdg2 kawin suka sama suka pun bleh jd curang. sbb ape ye?huhu

    ReplyDelete
  8. hmmm.semoga wanita itu tabah dan kuat:)

    ReplyDelete
  9. Kesiannya die kan... huhuhu... tumpang simpati.... harap dia diberi petunjuk dan kekuatan untuk menempuh dugaan Allah ini... pasti ada hikmahnyakan...

    ReplyDelete
  10. Memang penceraian bukan yg terbaik.. tapi dh bbrp kali bg peluang buat jugak. Itu sudah melampau. Klu hak penjagaan slalunya mahkamah lebihkn kepada so isteri. Diharap kakak tu tabah..

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan mira..kita selalu brkunjung ke cne.suka baca entri2 mira.kekadang takut juga nak kawin bila dgr mcm2 kes sekarang nie.so tawakkal je la

    ReplyDelete
  12. sedih! taknak baca. mmg klu cerita2 mcm ni sy avoid utk baca. tp dh terbca jugak ;(

    ReplyDelete
  13. Sedih nya baca :(( Takut pulak nak kahwin huhu. For me, its better dia mintak cerai la kak namee kan.. Coz macam dah teruk sangat tu. Hopefully saya dapat jodoh yang baik baik je :)

    ReplyDelete
  14. omg!!! mintak sesangat dijauhkan benda2 macam ni lam rumahtangga.....

    ReplyDelete
  15. T_T

    kesedihan cerita ni akhirnye tersengih dgn ayat name "lol tetibe"

    hehee..

    Tapi tulah..kita menyangka kdg2 hdup kita sedih amat,
    walhal ada mereka yg lbh2 dan lebh sedih kan..

    emm..
    moga kita semua mampu mghdapi apa jua dhadapan kan

    amiinn ;)

    ReplyDelete
  16. memang menyedihkan.ni lah yang buat saye takot nak berumahtangga..smoga akak n kite semua di jauhkan dr perkara seperti ini..InsyaAllah.Amin :)

    ReplyDelete
  17. alahai sedihnya... kena kumpul bukti suami dia macam tu, so nanti suami dia tak akan dapat hak penjagaan anak2. yer lah, perempuan akan lebih pikirkan anak2.. semoga dia dilindungi Allah SWT.. sedih sgt baca kisah dia dengan perangai mertua dan ipar duai... lama jugak dia boleh bertahan...semoga semangat dia jugak kuat....suami yang macam tu sepatutnya dah lama ditinggalkan sejak dia berkongsi katil dgn perempuan lain...gerammm sangat...sungguh tak dapat dimaafkan, sudahlah kesalahan lain pun wife dia pejam mata sajaa...

    ReplyDelete
  18. akak selalu baca macam2 kisah kat blog tu dulu...sampi seriau nak baca semula...hehehehe.....tp memang ada lebih teruk dari kisah yang kat atas tu...

    ReplyDelete
  19. laki macam ni elok dijodohkan dengan bini garang je..hahahahah

    ReplyDelete
  20. sedih..nak ckp /komen banyak pon xboleh gak..sebab kita pon bru setaun jagung kawen...besar dugaan akak tu..
    moga ade penyelesaian la hendaknya.

    ReplyDelete
  21. Sebab tu, ada satu pelakon dalam drama tv3 cakap: Suami akan meninggalkan kita, anak tidak akan.

    http://biglovehome.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. seriau baca... huhu... kuat sungguh wanita nih... semoga beliau beroleh kebahagiaan yg hakiki selepas diuji sedemikian rupa

    ReplyDelete
  23. dari pemerhatian saya..lelaki yg keje 'macam' best, tak menjaga solat/hubungan dgn Allah dan lelaki ANAK MAK. memang selalu rumahtangga jadi macam ni.


    ReplyDelete
  24. wtfff... kalau aku dah lama mintak cerai hoi. jadi ibu tunggal pun takpe

    ReplyDelete
  25. Boleh lagi dia tahan bila suami buat dia macam tu..?
    Buat apa buang masa bertahun-tahun hidup dengan suami macam tu..
    Buka mata hati, kalau sayang sekalipun bukan dengan cara mendiamkan diri bila suami buat macam-macam pada dia.. seolah-olah tak kisah bila suami dah buat macam tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...