Tuesday, March 25, 2014

Be Realistic.

Hi.

Bila dengar kes Hanez Suraya kacau suami orang tu, automatic saya sendiri pun sedih nak nak bila si Romie tu siap fight isteri dia and backup Hanez Suraya ni. sigh. Kita sama sama perempuan ni mesti la sedih, musykil pulak Hanez Suraya tu pompuan ke tak sebenarnya. Tapi sebenarnya kes macam ni banyak je berlaku even kalau bukan dunia artis. Bab Hanez Suraya malas nak comment apa sebab dia pun dah kena bash teruk sangat tapi yang penting dia memang makeup tebal. ekeke

Si suami kalau curang mesti samada perempuan tu lebih bergaya, lebih muda bergetah , tapi lebih lawa tu kadang2 tak pun...isteri lagi lawa. behee .Surirumah selalu jadi mangsa.Saya surirumah,tetiba rasa gerun plak.bahaa. Kat rumah kita sibuk uruskan rumah, uruskan anak,kadang2 nak uruskan diri pun tak sempat. Nak bergaya apatah lagi, tahap paling bergaya pun mandi and sikat rambut and pakai baju kemas je la tu pun tahap t-shirt je. Saya baru anak satu. , kalau anak dua tiga ? Memang buang tebiat la tetiba kat rumah nak pakai dress macam nak pergi event tu. 

Sebenarnya banyak je yang instant fake beauty tapi lelaki tertipu and ingat benda tu real pastu curang padahal isteri jauh lebih cantik. Yang bezanya kecantikan isteri tersorok dan tak terserlah sebab tak pakai benda2 instant fake beauty ni. 

Makeup ? Memang tak payah cakapla makeup ni sangat lah merubah rupa orang. Even kalau kita apply lipstick pun memang dah naik seri apalagi bila apply mascara semua. Hidung penyek , boleh highlight nampak mancung. "nampak" je mancung tapi sebenarnya hanya ilusi. Tapi lelaki tertipu dan prefer ilusi padahal isteri kat rumah punya hidung mancung dah.

See Kim Kardashian.Tengok macam mana makeup boleh bentukkan structure muka.
Kim Kardashian without makeup pun nampak lawa juga tapi ada juga imej seorang surirumah tu. Begitu juga isteri2 anda di rumah. Nampak pale tapi sebenanrnya lawa hokayy,






Kita juga ada fake eyelashes dan contact lens yang boleh buat mata nampak lebih besar dan galak




Kita juga ada padded underwear ya.Underwear yang ada span atau dipanggil bontot palsu.





kita juga ada push up bra ye untuk ilusi dada lebih tinggi. T_T perkataan tinggi lebih sopan didengar.
takyah refresh. ekekeke. memang akan loading sampai bila bila.




Kita juga ada corset ya di mana lemak lemak boleh disorok untuk nampak pinggang lebih rapi bila mengenakan baju .

See,sebenarnya banyak instant fake beauty yang ada untuk enhance lagi beauty .Memang la semua orang tertipu tapi masalahnya bila kalau lelaki tahap tertipu sampai lupa kat isteri tu yang kurang awesome tu. Sampai tahap lupa hati budi isteri,lupa susah senang sama sama masa susah sebelum ada Ferrari. *eh bukan kisah Hanez Suraya pun. kofkof. Padahal isteri jauh lebih lawa cuma tak apply benda2 fake instant beauty ni je. Memang lumrah la laki suka pada kecantikan tapi at least be realistic. 

Surirumah memang buang tebiat la nak pakai semua ni di rumah sebab busy dengan hal rumah. T_T lepas tu kita dituduh tidak bergaya dan kurang menarik. hoi T_T apa kehe nak jemur kain pakai bengkung corset tu. berpeluh2. T_T. 



--
-
-
-
time event instant fake beauty
serious bila guna contact lens mata akan nampak lebih  besar, apply mascara pekat kan bulu mata, lipstick, blusher..nampak impact.


----
-
-
-
-

lumrahnya surirumah bekerja dari rumah. dengan nak buat kerja clients and buat assignment dengan nak kendong anak. terkejar2 apa lagi nak makeup tebal2 sangat. Most of the time saya ber imej zombi saja. Memang betul surirumah perlu nampak kemas n cantik jugak tapi kalau tahap nak pakai bulu mata palsu tu emmmm agak mengarut lah. Asalkan kemas, bersih dan pakaian cantik untuk surirumah dah memadai. 

Apply lip balm yang ada warna kasi kurang nampak pucat. itu apa yang saya buat setiap hari lah. beehee. lipbalm tu tepek2 kat pipi sikit bagi nampak effect pinkish macam omputih. kekkkekek . Lelaki memang suka pada kecantikan cuma kena tahu beza  apa yang ilusi dan realistic jangan sampai terlepas benda yang bernilai dan lebih berharga. itu saja.

Syukur husband lebih prefer imej hantu begini. hehe. harap sampai bila2 dia suka imej zombi,insyaAllah. harap jodoh sampai bila2. Saya tahu ramai juga lelaki yang tak ikut nafsu sampai lupa . Syabas. Yang pemandangan kabur tu..jangan terkejut lepas kahwin dengan isteri baru beranak pinak pun akan serupa zombi juga. Zaman bercinta yela sebab "most of the time" berjumpa imej makeup tebal dan bergaya..lepas kahwin hari2 ngadap diri masing2 kat rumah..larat ke nak tidur pakai makeup tebal bulu mata pelesuu. kofkofkof

ni bukan kisah hanez suraya la. kofkofkof

T_T

toodles :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Review : EGG WHITE MASKER

Dulu zaman study kat UIA, bukan main pakat2 satu roommate tu sama2 pakai mask telur. haha. Sebab mask telur putih tu yang paling berkesan untuk tarik blackhead. Sampai bulu roma muka halus2 semua tercabut sekali. Pecahkan telur, asingkan teluar putih. Amik kapas atau tisu yang paling nipis lalu rendamkan dalam putih telur tu then terus tepek kat muka. Tunggu sampai kering, then cabut perlahan2....phewww memang tercabut segala bintik hitam kat muka ! Geram tengok blackhead pacak2 kat tissue/kapas tu. behehe

Tu jela cara yang paling berkesan untuk buat blackhead tercabut! Tapi selalu malas nak buat , satunya sebab telur bau hanyir.T_T weksss loya. 

So sekarang, as mask atau pencabut blackhead saya guna ini ! Mask telur tapi versi wangi !

texture macam telur. sapu kat muka biar sampai kering muka kejung then baru cabut ! 


Maka tercabut lah segala white and blackhead yang paling degil yang selalu terbenam dalam kulit tuh ! hehe. So bagus tak payah membazir telur lagi...breakfast telur hari2 lah macam ni. Dah takde sape nak curi telur buat mask dah ! Wangi pun wangi. 

- menanggalkan sel kulit mati
- kecutkan jerawat
- pudarkan parut
- menganjalkan kulit
- kulit nampak cerah n berseri
- black n whitehead hilang
-menutup pori terbuka

Sekali pakai je dah nampak kesan. Macam korang pakai mask telur putih tu, lepas cuba mesti kulit nampak lebih cerah and licin. Tak percaya cuba mask telur putih tu, kalau rajin la. Kesan pakai mask ni sama macam kesan pakai pure mask telur putih hanyir tu. 

Lepas apply mask telur, boleh terus apply Pure Vitamin E Skinfood untuk kesan lagi power !
Pure Vitamin E Skinfood


testimoni

Kalau berminat untuk cuba..
Hubungi kami melalui :-
PM/INBOX di: https://www.facebook.com/messages/LailyBeautyCare
SMS/WhatsApp/WeChat : 017-6053711
Instagram : lailybeautycare






43 comments :

  1. yessszaaaa. lelaki umur gini yang baru merasa mewah mostly lupa diri, kembang bulu kata orang. Moga mereka ni boleh bawak bertenang dan muhasabah diri sekali sekala, kita surirumah ni kalau tukar baju tak pakai yang hapak susu anak pun dah kira syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anak kalai kecik lagi kita mmg kurang time untuk diri. namee pun sejak ada adam ni xde time sgt nak belek diri. pakai lotion pun laju2. hahaa time dia tidur baru la belek rambut smua. ekeke

      Delete
    2. Alamak... saya biasa je pakai baju yg hapak susu dulu. Sebab tak larat nak asyik tukar baju je. Memanjang mmg susu melimpah.

      Biasanya lelaki jenis lupa diri mcm ni ialah yg jenis pilih pasangan hidup melalui rupa. Rupa je yg dia pandang. Baik ke sopan ke tak kisah la. Janji nampak cantik depan org. Ada jenis lelaki yg saya kenal, prinsip dia tentang perempuan yg nak dok di sisi dia ialah yg bila dia berjalan dgn pompuan tu semua org pandang. Dia akan rasa bangga. Pendek akal kan?

      Delete
  2. Assalamualaikum, egg white tu menarik :)

    ReplyDelete
  3. hohoh.. sy yng belum kahwin pun emo dengan kisah romie pergi backup girlpren menentang bini yang sah huhu :'( sadisnya dunia kini

    ReplyDelete
  4. ahahhahha kan kan kan...tak pe nanti dia jadi ibu gak...by the time kita dah boleh melawa2...dah sambung ke topik cik ta pulak nanti...hehehehe opss maksudku bila anak dah besar time tu la turn kita melawa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaaa ingat che ta...trend kahwin laki muda. ekkeke. haah kena tunggu anak besar sikit. tp unfair la bagi namee kalau suami tu curang tapi dengan perempuan tahap mekap tebal.padahal isteri kt umah lawa je. cuma x apply sgt bnda2 fake tu je.

      Delete
  5. Assalamualaikum. First time jumpa blog ni terus terpikat dgn isi kandungan.

    Saya surirumah jugak tp percaya atau tidak, selain waktu mengandung, saya mmg pakai bengkung korset brand Elken sejak 10 tahun dulu Sampai skrg ni. Pastu saya bermekap setiap kali lps mandi. Lps solat zohor baru muka plain sikit.
    Anak saya 5 org dr 13 tahun hingga 4 tahun.
    paling seronok bila suami saya puji saya walau saya hanya surirumah. Suami saya mmg xsuka saya comot.

    singgahlah blog saya www.mrslya.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. lya....waaa kagum dengan kamu. haah sebagai surirumah kita tak boleh selekeh. husband namee pun sama,dia mmg awal2 cakap xsuka baju kelawar n kain batik. haha so namee mmg pakai benda lain n baju yang kemas bergaya sikit tp mekap tu x la. lip balm ue. :)

      Delete
  6. Kan????ehhh...macam suka jer dengan egg white tu...hmm..

    ReplyDelete
  7. bini dia lawa dah cuma maybe dia kabur dengan mekap tebal kot T_T nak partner lebih style kot. entah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Love this post! ok Ariff shah kena ambik iktibar..hahaha

      Delete
    2. ahaaa. tu la laki kdg2 xtau pun bnda2 ni. T_T

      Delete
  8. mne nk dpt ye PURE VITAMIN E 2??

    ReplyDelete
  9. Mcm nk order je mask telo tu kikiki...bpe rm tu namee

    ReplyDelete
  10. mne ye nk dpt kn pure vitamin e 2??

    ReplyDelete
  11. tapi kalau dah cantik mcm namee, imej zombi pun nampak cantik..

    ReplyDelete
  12. tapi kalau dah cantik mcm namee, imej zombi pun nampak cantik je...

    ReplyDelete
  13. setuju la dgn namee..to hanez suraya...plzz la hati perempuan lain kna jaga juga..sbb kita pun perempuan..hurmm..

    ReplyDelete
  14. huhu... malu pulak baca entry kali ni.. jadi zombie tu bukan setakat terjadi pada suri rumah je. tapi yagn berkerja pun sama dengan je. dok kat rumah pakai tshirt je. muka pun pucat. rambut selagi boleh gulung. hmmm

    ReplyDelete
  15. betul la tu namee..kalau kat rumah mmg imej zombie je la...
    sy ni kadang2 mandi pun malas..hikhik

    ReplyDelete
  16. tp namee walaupun imej zombie kat rumah tetap cantekkkkkkkk ok!

    ReplyDelete
  17. ade lelaki kadang tak puas dengan seorang.
    bajet hot sgt dia tu

    ReplyDelete
  18. tp tu x termasuk plastic surgery, botox , collagen, entah ape2 lg........

    ReplyDelete
  19. tp x termasuk plastic surgery, botox , collagen dan len2.....

    ReplyDelete
  20. huhu..kan..time bcinta mmg la ada mse nk bsiap mekap cntik2 pki bulu mata pelesu bagai..da kawen, tggl serumah, ble mse nk tepek bulu mata pelesu..ye idok.hihi..hrp lelaki yg kita kawen ni akan trime kita seadanya smpi bile2 :)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum namee... muka zombi tu kan wajah asli seseorang ... hehe syukur dapat suami yang suka muka zombi bukan muka fake make up tebal. hiehwiew... alahaii Adam so cute dalam pangkuan mommy dia. bila nak jumpa ni????

    ReplyDelete
  22. thats y bila g dating ja sy prefer no makeup, be natural ja. biar x muka plastik sgt. kan namee kann.. hihi

    ReplyDelete
  23. btol lah tu akk namee..isteri sbnrnya lagi cantik kat umah..tp terpengaruh dgn perempuan yg make up tebal,terus jatuh cinta..para suami sblm nk jatuh cinta dgn perempuan lain,igt pengorbanan isteri dulu..penat lelah uruskan rumah..penat melahirkan zuriat..

    ReplyDelete
  24. betul tu kak..
    Lelaki diuji ketika dia kaya dan senang.
    Manakala wanita diuji ketika dia jatuh susah dan miskin.
    Ade benarnya jugak ..

    ReplyDelete
  25. lumrah lah kita nak tgk yang cantik2. pelek la knp kita suka n bertahan lama tgk yang comot2. x normal laki mcm tu. tp bkn semua laki yg diskriminasi melampau shgga buang isteri dia sebab x cantik. lelaki zaman skrg or alaf baru ni adalah lelaki yang hargai pengorbanan isteri jaga anak n jaga dia. so dia akan setia walau kdg2 ter nak tgk pompuan lain yg cantik..tu je. huhu

    ReplyDelete
  26. akak kat rumah pun bukan stakat zombie dah...Sebab Namee gambarkan zombie namee tu cantik sangat...Kalau gitu akak lebih kepada perempuan zaman batu huduhnya...mmg x logik nak melawa beria sanagt kat rumah...tp kat luar sedaya upaya yang praktikal akak akan cuba melawa...semua bergantung pada how smart you handle your rumahtangga jugak..tgk artis lawa2 tu bercerai berai gak walaupun lawa...so, it's not about lawa atau x..banyak benda lain kena ambik kira...yang penting husband kena tau nak appreciate..

    ReplyDelete
  27. haha betul tu, namee. sekarang ni ada macam-macam cara untuk orang nampak cantik. tu yang sy advised kawan lelaki sy yang single; kalau nak cari girlfriend untuk dibuat wife, nak anak-anak genetik cantik, jangan tengok girl tu je. tengok parents dia jugak. baru tau tu genetik lawa ke tak. wah haha xD

    ReplyDelete
  28. kahkahkah.. gelak baca entry nie.. ok! ni bukan cerita hanez suraya :)

    ReplyDelete
  29. HAHAHA.

    Kelakar la Namee ni.

    Sebab tu sebelum kahwin perempuan jangan nak control cun sangat.

    Jadi diri sendiri. Bila dah kawen takdela suami terkejut gila bile muka tak mekap.

    Hihi. Tapi Namee tak mekap pun memang naturally lawa. :)

    ReplyDelete
  30. wahhh.. macam menarik je egg white tu...

    ReplyDelete
  31. bila baca kes2 macam ni sy makin jadik takut nak kahwin..
    takut kalau terajdi perkara sama...

    btw, semoga wanita2 yg menempuh situasi mcm ni tabah dan move on dgn kehidupan masing2...kehilangan lelaki yg kita cintai tapi tak cintakan kita bukanlah penamat kehidupan kita...akhri kata semoga lebih berjaya dari sisi kerjaya mahupun cinta berbanding lelaki yang buat wanita2 terluka...

    ReplyDelete
  32. seriau rasa bila baca kes hanez ni. aduhai. moga kita dijauhkan dengan orang yang macam ni. bahaya

    ReplyDelete
  33. Husband saya pun suka imej zombie..janji jangan kain batik + baju kelawar..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...