Tuesday, March 4, 2014

Husband and Wife : Our Weapon !

Hi

Lepas kahwin, benda yang paling parter kita benci of course kita akan elakkan so that tak la bergaduh. Salah satu benda yang husband saya paling benci is "perempuan membebel". Isham ni jenis soft spoken tapi dia sangat tak boleh tahan dengan perempuan mulut cakap banyak and membebel. Isham makin jatuh cinta kat saya sebab saya kurang talkative. Selalu cakap benda yang penting . Plus saya tahu most of the guy dalam dunia ni sangat benci "membebel". 

So bila dah tahu dia benci sangat dengan "membebel" tu,saya usaha la dari tidak membebel.Kalau ada kesalahan dia yang agak major dan melecehkan pun saya cuba limit perkataan bila nak menegur.(semput dada nak tahan membebel bila tengah marah)

Isham selalu degil. Contoh bila nak bayar bil macam bil kereta ,rumah, segala bil lah..dia sangat suka cucuk kad atm and transfer direct. Haah, memang transfer cash camtu lagi senang kan sebab tak payah bawak keluar cash tapi sangat lah bahaya kalau jenis tak teliti...kalau tertekan lebih angka macam mana ? Tak pasal ter transfer banyak. Dari nak transfer RM100...tertekan lebih angka kosong...dah jadi RM1000. Kan bahaya tu. Saya dah pesan kat Isham..

"Isham,jangan cash transfer eh. Bawak kuar duit dulu" (dengan nada lembut) semput dada nak limit words nak menegur haihh hahaa

Tapi benda yang saya pesan dengan nada lembut tu la dia selalu tak ikut pun. Banyak kali dah dia salah transfer..hari tu tak sengaja transfer RM6k kat orang lain , nasib baik orang tu jujur and kasi balik. Haritu nak transfer RM1k , dia tak sengaja transfer RM3k. Banyak kali dia salah transfer, sebab tu saya selalu nasihat and pesan jangan direct transfer atm ! Plus kadang bila urusan kat Maybank, bila kita buat cash transfer ...keluar resit "urusan tidak berjaya" padahal duit kita dah deduct pun ! Bahaya sangat buat cash transfer direct thru atm nih. 

Dah lebih 10 kali dia buat kesalahan salah transfer. Kalau duit dia saja takpe,ni dengan duit2 income saya sekali. Dah lebih 10 bulan la dia cash trasfer ni. Sampai lah kelmarin...

Dia nak bayar kereta .Our car loan is dari Maybank. Satu satu cara nak bayar kereta ialah dengan masukkan duit hutang kereta dalam cash deposit ke number akaun kereta kita tu. Memang dari awal saya dah pesan, "Isham ingat yee, kereta tak boleh bayar cara lain. Kena bayar thru cash deposit aje ". Dia pun "haa haa yaa Isham tahu" . tu je cara untuk bayar loan kereta dgn selamat. Tapi dia degil and pergi cucuk atm and direct transfer ke no acc hutang kereta tu. Urusan tak berjaya tapi duit RM1200 memang kurang.

So saya la yang kena terkejar2 pergi Maybank and check samada bulan ni punya payment kereta dah settle ke belum sebab kereta tu nama saya and card CIMB yang Isham guna untuk transfer tu saya punya atm card.. and Maybank kata takde record pembayaran.Means duit yang Isham transfer thru atm RM1200 tu tak masuk pun acc hutang kereta . Tapi duit tu ditelan sebab sangkut ! Lepas tu saya kena gi CIMB plak untuk minta bank statement. Kan dah jadi banyak kerja.Pulak pagi pun saya ada banyak kerja client yg belum settel and kena jaga Adam.

Maka semalam dengan tak sedar diri nya...

Isham berapa kali saya pesan kereta takleh bayar camtu kena bayar cash deposit saya dah banyak kali dah tanya dengan Maybank sendiri takkan la saya saja tipu awak pulak saya tahu la saya muda banyak dari awak tapi tak semestinya awak tak boleh ambil pusing pesanan mira please la tolong alert mira penat sangat dengan kurang rehat jaga adam dengan kerja client tangguh nak tangkap gambar jadi terkejar kejar tau tak saya dah pesan banyak sangat kali kat awak bukan mira nak membebel tapi benda simple jadi banyak kerja stress kalau sekali dua salah camni takpe ni banyak kali ........bla bla panjang lagi ni baru satu perenggan. T_T (nada masih lembut tapi bilangan perkataan terpaksa dibanyakkan! )

saya membebel memang takde noktah dan laju . ekekeke

Lepas tu buah hati saya pun merajuk
senang je nak detect dia merajuk .posisi tangan mesti camtu.haha

So lelaki sekalian. Sila tahu kenapa perempuan kadang2 suka membebel atau terpaksa membebel. Sebab nak terus masuk dalam ingatan korang. haha. Saya yang kurang bercakap ni pun boleh tetiba terror membebel. 

Membebel is our weapon !


T_T

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shoutout

FarizSha D'Touch

Zaman makin maju. Makeup pengantin pun makin maju. Kalau dulu kita tengok mak andam makeup pengantin dasyatnya tahap muka putih tengkuk gelap. Macam opera cina punya putih tapi maybe makeup macam tu valid untuk zaman dulu and tetamu masih boleh " cantiknya engkau Bedah! Sape makeup kan,aku nak pakai untuk tunang aku lah.".hehhh

Sekarang punya trend, makeup pengantin sangat natural dan tak melebih2.Bulu mata palsu pun yang paling natural ! Seeloknya makeup natural terbaik,tak la nampak macam clown nanti.SO ni nak suggest satu mak andam tukang makeup yang makeup sangat cantik dan natural !

FarizSha D'Touch




Lawa kan ! Tengok MUA ni pandai pilih warna yang sesuai dengan warna kulit and bentuk muka pengantin tuh ! Kalau nak book sila cepat2,ramai nak booking tapi penuh. Boleh terus ke fanpage....






38 comments :

  1. Assalamualaikum namee.. kesiannya kena marah... hopefully isham akan paham and next time dengar cakap namee. jangan marah-marah ye yanggg. hehehehe ~~~

    ReplyDelete
  2. Hehehehehe. Selalunya lelaki @ suami kita ni memang begitu.
    Alasan pertama, lupa.

    Eka pun kuat bebel jugak. Tapi dah dikurangkan. Eka kalau marah, eka selalu diam je. Sampai dah reda, baru eka berkata2.

    ReplyDelete
  3. sy pn sama...speak less but write a lot :D
    salu jgk thn diri dr membebel but i just can't...
    kdg2 kalo x tahan nak membebel, sy x membebel face to face...
    i will text him...
    so, nti bila balik rumah, kalo diam membisu tu, sy tau la yg dia merajuk :D

    ReplyDelete
  4. Haha.. Yup Membebel is our weapon but we always try to control it. As long as we dont hurt our other half. Kadang2 lepas jugak sbb tak tahan. Kmdn bila hati reda dan tenang baru pujuk balik suami dgn masakan LOL

    ReplyDelete
  5. hahaha..memang orang tak banyak cakap ni bila sekali bercakap keluar macam peluru..dia pergi laju je ..hehehe..

    ReplyDelete
  6. part ni memg kadang2 angin satu badan. Kalau tak membebel diaowang ni amek sikap sambil lewa je kalau kita diam nanti benda tu berulang ulang lagi acane tu peninggg r..hehe...

    ReplyDelete
  7. haha..namee..akak dulu b4 kahwin pun tak membebel..ni dah kahwin, ada anak..terus akak jadi teror sgt membebel.. :p

    ReplyDelete
  8. hehehehe.....kita pun membebel dekat hubby kita.....sampai dia malas nak dengar....bukan dia yang merajuk lepas tu....tapi kita yang merajuk.....pandai2 la pujuk.....hehehehe

    ReplyDelete
  9. mmm sabar lah wahai isteri.. tabiat lelaki memang tak suka pompuan bebel.. so.. kita plak kena blaja bagaimana nak jadi seseorang yg boleh beri impak tanpa bebelan..

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. perghh...part2 bayar bil ni mmg akak je yang buat sekarang...sbb kalau harap husband..mmg x berbayar la nampaknya....lupa manjang...so nak elak kena bebel..kitorang dh prepare monthly list siap2 pastu akak je settle smua. senang...

    ReplyDelete
  11. haha..sama lah akk namee..kita pon suka membebel..sampai adik2 kita kat umah ckp mcm ni 'ko pergi lah balik universiti ko cepat2'..haha

    ReplyDelete
  12. membebal bersebab it's okay kot...tp klu terlebih bebal tu mmg ckp sorg2 la e.husband bt xtahu je..hehe

    ReplyDelete
  13. Yesss.. Sy setuju dgn k namee. Mmg laki kebanyakan nya mcm tu. Lg2 husben.. Semua nk mudah. Hi

    ReplyDelete
  14. Namee, laki kalau kita ckp elok2 mmg susah nak jalan..mcm husband sy jgk..bila bebel bru nak dengar...pastu mula la tarik muke...sabo je la

    ReplyDelete
  15. Anis yang senyap ni pun boleh pandai membebel bila benda yang banyak kali kita pesan tapi orang tak ambik kesah.. Sabor je ler kak namee... Hehehe

    ReplyDelete
  16. hahahaaa.. itulah bezanya antara lelaki dengan perempuan :p

    ReplyDelete
  17. Eheehe.... terbaekk sis...membebel bila perlu tp bila dh membebel tiada noktahnya.. that's women.. heee

    ReplyDelete
  18. Eheehe.... terbaekk sis...membebel bila perlu tp bila dh membebel tiada noktahnya.. that's women.. heee

    ReplyDelete
  19. Membebel adalah kepandaian orang pompuan. Naturally. hahahahaha....

    ReplyDelete
  20. laju sgt tekan button kat machine tu kot sampai terlebih tekan kosong...

    ReplyDelete
  21. blogging here..salam perkenalan namee.. ^_^

    serius setuju kalau jadikan 'membebel' tu senjata terakhir dlm menegur suami..slalu sy tulis suka tampal2 note kalau ada benda yg saya tak suka die buat..besepah2 la note kat cermin umah tuh..kikiki..

    come n visit my blog http://aiinalyaqin.blogspot.com/2014/03/dont-provoke-ur-expectation-toward.html

    ReplyDelete
  22. memang betul kan..org lelaki mmg tak suke kite membebel..dh mmg org ppuan mcm tu kan..bf sy sllu ckp kalau membebel kerap2 sangat dia panaskan enjin kuar makan angin je katenya..haha..macam2 la...so kna la krgkn bebel n juz tgur dgn lemah lembut je la..heeee

    ReplyDelete
  23. haha kelakar juga tapi betul la... kalau dah tersalah transfer ke akaun orang lain...susah juga tu. nasib baik orang tu jujur..kalau tak usshhh melayang

    ReplyDelete
  24. Itula akk kuat membebel sejak kawinla..sedih bile kene marah..ibu ni kuat bebella...(dah 9 tahun kawin baru tahun ni nk belajar behenti belebe)..itu pun sbb ade sebab besar knp harus benti beleber..hehe

    ReplyDelete
  25. hahaha..husband akak pun pantang klu akak membebel..tp klu dh xtahan sgt sbb ulang kesalahan yg sm, mmg kena jd mcm namee.. membebel yg sofspoken gitewww

    ReplyDelete
  26. Its true dear!
    Kadang2 kita xde niat pung nak buat gtu.Tp lelaki ni klu kita ckap pendek2 masuk telinga kanan kuar telinga kiri..bl kita ckp pnjang2 lelaki ni rasa kita membebel lak tp sebenarnya niat kita untuk memperbetulkan ape yg salah n for our own goods=)

    ReplyDelete
  27. oo..patutla ri tu kak namee dtg bank..tp mmg skrg ni byk prob la kak transfer through atm..ramai dh customer dtg wt repot..masalahnya bank akan bank in balik pn makan masa, pling kurg smggu..btw, happy dpt jmpa kak namee..hehe

    ReplyDelete
  28. Salam, bebel benda baik ok kot, bagi lekat dlm kepala dorang hehe ;)

    ReplyDelete
  29. fuh urut dada camni haha. namee memang pandai tahan sabar. kalau aku lah hehe tapi apapun sebab dia suami kan.

    ReplyDelete
  30. hi namee.kita blh bayar loan kat maybank2u or cimbclick.lagi mudah. saya bayar loan keta sy yg bank islam through maybank2u. senang.klik2.dah settle.takyah pegi atm.hehe

    ReplyDelete
  31. haritu nak membebel panjang dekat tunang.emo sangat2.haha biasalah perempuan.tapi teringat entri ni terus tahan sabar,bebel sikit2.tapi tu pon tunang protes bawak kereta laju2.bhaha aduii kena sabar lagi.huhu

    ReplyDelete
  32. hehe sgt btl ape awk ckp ni...setuju sgt..org laki dia xsuke kne bebel,tp dia suke buat something yg kite ptt bebel.dh tu acaner? klo dia buat xkan kite nk bebel sesaje ,ye dak? hehehe..ape pon comel lah buah hatia wk tu merajuk siap ada cara ltk tgn lg..ahaks.

    ReplyDelete
  33. Boleh jugak nak membebel tetapi dengan kelembutan. Lelaki memang ego sikit tetapi akan kalah dengan pujukan.

    ReplyDelete
  34. SEGALA URUSAN PEMBAYARAN BIL,KAK BUI AKAN BUAT..HUBBY BAGI DUIT JER..SELALUNYA KAK BUI BYR ONLINE..SENANG..

    HUBBY KAK BUI SLL KENA BEBEL PART KEBERSIHAN DALAM RUMAH JER..HIKHIK

    ReplyDelete
  35. saya membebel dangan tangisan kalau ngn hubby..so nanti dia pk 23 kali la nak majuk ngn sy... sbb dia tataw sy yg majuk or dia,...n saya npatern pendam then trlepas sekali mcm peluru, ta pandai nk pujuk blik lg...tapi my hubby pun ada cakap...time kite bebel tu mmg dia buat ta dengar sebab emosi n ego...tapi nanti dia sorang2 sebelum tidur ke...dia akn terfikir la ada betul nye...huhhh...

    ReplyDelete
  36. Namee aku yang baca pun semput Namee! heeeeheee menegur untuk kebaikan bersama kan? :)

    ReplyDelete
  37. Paling sakit hati bila husband buat memek muka bila saya start membebel..setiap benda nak kena pesan..mungkin sebab diorang yang lelaki ni kurang sensitif kot.. **husnuzon**

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...