Wednesday, April 2, 2014

Harga dan Nilai

Hi


Mama selalu kutuk saya. Ma kata pilihan saya selalunya bukan sahaja huduh malah tak berapa kena dengan harga. Kita selalu argue benda ni tapi saya tak mengaku. eh mestilah nak menang . haha.Contoh, bila beli barang perkakas rumah pun . Jenis tak biasa,harga satu bakul perhiasan RM50 tu murah sangat pada saya padahal harga bakul tu boleh dapat harga RM5 ke RM 10 di Nilai 3. Barangnya sama cuma tempat dibeli berlainan. Sebijik sama. Tapi saya rasa bakul yang saya tengok lebih berkualiti. Kualiti adalah perkataan untuk cover kekurangan diri yang tak reti survey barang dan menilaikan harga.



Sama juga kes masa nak kahwin haritu.,nak bagi gift pada tetamu balang kaca yang diisi cookies. Beriya kata kat mama "ma! adik dah tengok balang kaca tu. Kat IKEA ada murah gila!" Satu balang jatuh RM1.20 ..saya nak order 1000 biji so dia boleh kasi kurang satu balang RM1 . RM1 darab 1000 bersamaan RM1000 .Murahnya ma ! Muka mama masa tu dah macam nak tercirit sebab murah saya tu macam seperti melepaskan batuk di tangga. Padahal balang tu boleh dapat 50 sen je kat Nilai 3. T_T tapi saya rasa balang yang saya tengok lebih berkualiti.  Kualiti adalah perkataan untuk cover kekurangan diri yang tak reti survey barang dan menilaikan harga.


Ma selalu kata baju yang saya beli huduh dan tak berpatutan dengan harga. Fashion baju denim lusuh tompok tompok putih macam kena Clorox itu fashion. Kalau dibeli di kedai shopping mall, selalunya memang cecah ratusan. Tapi bagi ma , tak berbaloi untuk fashion baju kemeja denim lusuh tompok tompok macam kena clorox dengan harga beratus.Ma kata baju camtu ma boleh buatkan.Rendam clorox je jadi dah kemeja stylo.T_T Saya tetap rasa kemeja denim tompok Clorox dari butik shopping mall lebih berkualiti.Kualiti adalah perkataan untuk cover kekurangan diri yang tak reti survey barang dan menilaikan harga.




Walaupun begitu kata ma, saya tetap rasa barang yang saya beli mahal lebih sebab kualiti lebih bagus. Kualiti adalah perkataan untuk cover kekurangan diri yang tak reti survey barang dan menilaikan harga. 




Dulu selalu depan mata berkelahi pasal harga dan nilai.Kini saya sudah tinggal asing selepas kahwin. Kurang sikit tengok muka mama macam nak tercirit bila saya excited nak cerita pasal barang2 murah. Reaksi ciritan mu dirindui ma. ahaa. Haritu masa pantang selepas bersalin ,lama sangat tinggalkan rumah. Sah sah rumah pun dah sedikit bersawang.Rumput luar rumah pun panjang semak samun umpama bulu hidung panjang dari hidung. Nampak sungguh tidak rapi. Kebetulan ada india lalu depan rumah and tanya "akak mau potong rumput kaaa??" Saya angguk .

Bila abang bangla selesai merapikan  bulu hidung rumput, lalu dia panggil 

"akak! sudah habis potong"
Me: berapa??
Abang bangla : macam biasa RM50
Me: nah.

Bila singgah rumah mama,tanya ma...
Me: Papa selalu upah pemotong rumput berapa ma ?
Ma: RM50.Kenapa??Rumah hang haritu potong rumput orang tu cas berapa ??

T_T

Tak berani nak sebut.Takut ma buat muka  nak tercirit lagi.

Ini luas rumput kawasan rumah saya
cinonet je rumput yang perlu dipotong. itu pun rumput jahat semua Indonesian helper tolong cabut kan. Bangla tu potong guna mesin je.

Ini pula luas kawasan rumput rumah mama
rumput dari depan ke belakang.lebih banyak luas dari rumput rumah saya



Harga potong untuk kedua dua kawasan ini sama harga RM50.

T_T

Kesimpulannya?.....
a) Potongan rumput saya lebih berkualiti
b) Memang kebolehan saya menilai dan survey harga is cirit.

Pilih jawapan yang paling tepat . (5 markah)

?

T_T






47 comments :

  1. Ahaha.

    Namee, saya rase mak-mak kita memang teror bab-bab perbandingan harga.

    Serius kelakar Mak Namee.

    :))

    ReplyDelete
  2. adeh, memang kena ubah sikap lah macam tu :P

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum namee! hahaha lawak okey. mesti cirit mama awak dengar. sekangkang kera je pun rumput kat rumah awak, boleh pula cas rm50. mahal gila. hahahaaa jawapannya mestilah B! hahaha singgah menabung ford untuk Adam yang hensem tu ~~~

    ReplyDelete
  4. hehehehe... lawokk2
    ubat stress pagi2 :)

    ReplyDelete
  5. hahahahahah takpe namee, janji kualiti bangla tu potong is tak cirit *untuk sedapkan hati namee*. yang penting kualiti potongan, mesin apa yang di gunakan. okay okay okayy, jangan pening. hahahaha :P

    ReplyDelete
  6. Hahaha nmpk gayanya kita terbalik.. Mam cheida mcm namee cida mcm mak name hahaha

    ReplyDelete
  7. haha.. kesian namee
    Dalam hal2 renyah macam ni perlukan masa nak survey harga..
    Tapi kalau kita yang busy ni mana ada masa nak survey bagai..
    Btw thumb up utk mama namee

    ReplyDelete
  8. ahahaha xD besa la mak beletiaq..kami yg laki2 ni lg la kna bletiaq ;D

    ReplyDelete
  9. hehe selalu potong rumput harga 15rgt :)

    ReplyDelete
  10. kata orang. jangan lawan kata orang tua. apa pendapat namee? :)
    apa pun, kita sama. tak kisah berapa harga, yang penting is kualiti. tapi. tengok juga barangan apa yang saya nak. cth, beg tangan :) hehe.

    ReplyDelete
  11. haha takpe namee, mak2 kita biasanya mementingkan nilai sesuatu barang dengan tahap keberbaloiannya hehe tapi anak-anak cam kita ni pentingkan nilai dan kualiti. Tapi kan namee, RM50 for that size of your lawn is a bit too expensive for me also u know haha. See! see! kenit pun dah jadi macam mak2 pulak ni hahaha :)

    ReplyDelete
  12. hahaha namee ni kenapa kelakar sangat! :'D

    ReplyDelete
  13. Hahahah...lawak plk baca...next time...u need to be extra think n try to negotiate the price...maybe u can get best price n no more cirit2...hehhee

    ReplyDelete
  14. namee...u kena belajar tawar menawar harga.tu skill mak mak yang kita kena belajar tau! hehehe..

    ReplyDelete
  15. mahal jugak la namee, hehehe. tapi xpela, lain kali bleh la tau nilai barang kan dengan kualiti skali. Eh, mane baby Adam? tetibe rindu nak tgok muka die. hehe

    ReplyDelete
  16. hahaha..namee mintak lah kurang next time dgn bangla tu..rumah kite 2x ganda rumput rumah namee boleh dpt rm40 je after tawar menawar ..rasanya namee punya rm30 boleh dpt kot ;)

    ReplyDelete
  17. hehehe..saya rase sy pon mcm namee jgk. kurang arif dalam soal harga. ;P

    ReplyDelete
  18. Hihi...mmg kalau cakap kat akak pun akak buat muka cirit agaknya....Namee kena banyak belajar lagi cara2 survey harga....

    ReplyDelete
  19. erk..hahaha..
    husna bg jawapan jujur ye kak namee..
    jawapan: B

    tp org cakap beli brgan yg mahal dan bkualiti ni bagus..
    cepat tahan lama.. tp kalau mahal saja xdak kualiti, itu x bagus.. :p

    ReplyDelete
  20. haha... kena belajar lg tuh ngan mama namee.. kiki

    ReplyDelete
  21. Sebenarnya kita perlu bertindak bijak iaitu berfikir dulu atau survey dulu mana yang lagi murah dan berbaloi apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tak best sekarang ni. Dan bila dah jadi isteri dan ibu, kita perlu lagi bijak mengawal aliran keluar masuk wang yang diberi suami atau wang hasil kita sendiri. Apa-apa pun pengalaman itu lebih baik agar kita belajar sesuatu yang berharga. Senang kata, jadikan mama u sebagai role model untuk buat perbandingan harga.

    ReplyDelete
  22. lepas ni dah tahu ok lah kot kan :)

    ReplyDelete
  23. hahahaha i choose B
    tapi memang pun ade orang yang begini
    sindrom konon kualiti padahal....
    (saya pun orang yang ada sindrom tu)

    ReplyDelete
  24. terkejut saat kak namee ckp bakul 50 hengget tu murah..like seriously?hahaaa..agaknya,sebab tulh kot ma akak buat muka...hehe

    ReplyDelete
  25. saya pun buat muka macam nak cirit.luas gitu je 50???errr...

    ReplyDelete
  26. hahaaaa. well quality= RFT (right first time). u r right hopefully, heee

    ReplyDelete
  27. hahahaaa . well QUALITY = RFT (right first time) .hopefully u r right at first. kih4

    ReplyDelete
  28. Jawapan rina : B
    Hehehe..
    Namee kena akui nya..

    ReplyDelete
  29. Mungkin rumput akak lebih berkualiti ... tu yang mahal .

    ReplyDelete
  30. mmg mhl la namee oi rm50 tu...biasa rm20 je...lenkali plis tanya n nego dulu..jgn tros byr je...kena byk kan lagi ilmu nego...hahhaa

    ReplyDelete
  31. Hi, your rumput shd be around RM10 or max RM20 only. bangla menipu. your mom house memang RM50. my house garden sama macam mom you punya.

    ReplyDelete
  32. haha Namee. seriously nak tercirit.

    ReplyDelete
  33. huhuhu. kita pun dah nak tercirit bacanye. huhuhu

    ReplyDelete
  34. Haha..bab2 nego hrga kne pujuk shabis mungkin xnak kasi murah trs say no haha..tp bila part mmber kondem bila dia bli ag murah ayu pon buat muka cirit jgk..

    ReplyDelete
  35. Hahahahahaha aduh kesiannya ;DD

    ReplyDelete
  36. Kesian Namee... Lain kali kalau nak potong rumput contact akak jek. Area senawang... seremban leh cover lagi. Harga insyaAllah lebih murah dari tu. ^_^

    ReplyDelete
  37. Memang anak ketiga pe'el macam tu kot (tetiba salahkan pulak..hehe)..sebab saya pun macam tu..nilai yang mahal rase lebih berkualiti/bagus padahal boleh dapat yang sama dengan harga jauh lebih rendah..lol..

    ReplyDelete
  38. kat mane balang kaca kat nilai yg awk ckp bley dpt 50 sen tu?

    ReplyDelete
  39. kat mane balang kaca yg awk ckp bley dpt 50 sen tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...