Thursday, April 17, 2014

Husband & Wife : Penat dan Buang Masa

Hi

Cemburu. T_T

Last week dapat satu email pasal cemburu. Cemburu ni banyak jenis. Ada yang cemburu yang relevan and ada cemburu yang sia-sia. Serious, cemburu ni memenatkan. Saya pun pernah ada perasaan cemburu kat partner. Macam saya tak pernah bersalam tangan dengan lelaki lain. Pegang laki lain, kongsi air minuman ke, tangkap gambar laga2 bahu ke memang tak pernah. Sebab tahu Isham cemburu tapi kalau dia tak cemburu pun saya memang tak terdedah dengan benda begitu.Tapi kalau kat tempat kerja husband, pompuan hulur tangan ? 

Cemburu memang penat tapi ada yang worth sebab itu tanda kita sayang. Tapi ada juga cemburu yang sia-sia dan memenatkan . Ada 2 cemburu yang sia sia kan kehidupan . Pendek kata buang masa.

Cemburu dengan masa silam pasangan
Masa silam is masa silam. I bet semua orang atau kebanyakannya memang ada beberapa kali putus cinta sebelum kahwin. Betul tak ? Masa bercinta of course la bermain cinta, sweet sweet tapi bila putus semuanya phoff lesap macam tu je. Lama2 memang hilang rasa sayang terus.Then bila bercinta dengan orang baru, perkara sama juga berlaku .Berkasih-kasih. Putus hilang sayang. and benda yang sama berlaku dengan orang baru.

So kalau suami/isteri kita sebelum kahwin dah couple dengan 10 orang..larat ke nak cemburu dengan 10 orang masa silam tu ? T_T  . Saya bukan la orang pertama buat suami saya ,ada la beberapa gadis yang dia syok sangat dulu tapi saya tak cemburu sebab tahu tu kisah silam.  Walaupun isham ni lelaki pertama and the only lelaki dalam hidup saya...sounds macam tak aci kan . bahaa.

For me, selagi partner tak contact balik dengan kisah silam dia tu..no need to cemburu. Sebab tu kisah silam dia.Kalau partner gatai nak contact tanya2 khabar dengan gaya menggedik main tarik2 tali balik..hah itu ye boleh keluarkan perkakas senduk. Chopstick pun keluarkan, kalau takde, pergi beli.Cucuk mata partner. behee


Cemburu dengan artis
Banyak sangat artis kat tv or personality kat tv. Yang masuk tv pulak semua makeup and nampak very fine je kat tv. Kita yang depan mata ni pucat tanpa secalit makeup.Rambut pun kejung je lepas mandi tunggu kering sendiri. Yang dalam tv,rambut blow and set. Beza ya hasilnya rambut yang dikeringkan dengan cara blow and dengan cara biar kering sendiri.Rambut kalau keringkan dengan hair dryer, rambut akan lebih berbentuk and flowy.Sebab saya dah cuba. ekekke

Banyak sangat yang lawa and yang kacak dalam tv. Kalau nak jealous pun tak larat nak jealous. Contoh, my husband pernah cakap  Claudia Schiffer tu lawa. Kalau saya cemburu, dah lama dah pergi jumpa bomoh hantar santau kat Claudia Schiffer tuh. Tengah sedap2 catwalk atas stage Claudia Schiffer tu tetiba herot2 muka sebab santau dah delivered ! dengan resit tracking number sekali sampai.ekekke


ni Claudia Schiffer ..supermodel tekenal. Kalau nak compare dengan saya,,saya ni apa ?

Kalau nak cemburu, memang nak naik angin je.Tapi kalau dengan artis takyah cemburu.Tahu kenapa ? Sebab bukan artis tu syok kat dia pun .and dia boleh dapat ke artis tuh.T_T hihiih. suami saya takde Ferrari tapi Claudia Schiffer pun kaya gila..Ferrari pun dia tak heran. Tapi kalau minat tahap menggedik tuh   ,boleh keluarkan senduk. Kalau minat takat kata lawa tu..takyah la cemburu.Penat.T_T 

Kadang2 mai jugak rasa cemburu tu,tapi selalu saya lupa2 kan je sebab nanti tak boleh buat kerja lain duk memikir. Bila cemburu, saya lawa kan diri saya. Naikkan keyakinan diri. Pastu dah tak cemburu.behee. Kadang2 tetiba rasa down and rasa diri hodoh la apa la...tahu2 esok tu PMS. Biasa la perempuan. behee

Eh tapi kalau masuk suratkhabar Claudia Schiffer tetiba herot2 atas stage macam kena santau tu..bukan kerja saya tu. Bini orang lain la tu cemburu. behee


Toodles

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perla Chocolate Milk : Serbuk Mutiara

Hari tu nampak Fynn Jamal cuba produk ni ,katanya berkesan n nampak kesan.So saya pun sibuk cuba. 




Nak putihkan kulit ni banyak cara.Samada cara suntikan , telan pil atau bleach kulit. Cucuk and bleach tu, dua dua  cara yang menyakitkan. Sape berani , boleh cuba. Kalau tak berani,kita tahap telan2 pil jela. Telan pil pun ada yang rasa leceh sebab kadang2 lupa and pil kecantikan kadang2 punya lah gedabak nak telan. Berapa gelen minum air pun, tak tertelan lagi.

Pandai siapa yang buat produk kecantikan berunsur liquid ni. Lagi best dengan flavour yang sedap.Susah nak telan pil gedabak ? Saya lah tu. So saya skang prefer produk yang berunsur air. Air berperisa. behehe. Kalau tengok saya depan, muka saya agak dull and gelap.Tapi dada and lengan lebih cerah. Entah kenapa. Orang kata kalau pemakanan dalam perut tak jaga, muka akan dull. 

Saja nak cuba juga. Hot chocolate. Kadang2 buat ice blended chocolate juga guna Perla  Chocolate Milk ni.  Kandungan serbuk mutiara sangat tinggi. Serbuk mutiara ni adalah rahsia kecantikan maharani cina zaman dolu dolu.


Seronok buat ice blended. behehh

Basically product ni untuk pemutihan ! Siapa berminat untuk cuba boleh usha 




57 comments :

  1. kalau suami bawak Lambo kemungkinan Claudia Shiffer itu akan menggedik cam HZ...so sekarang masih x payah cemburu lagi dengan artis...biarla kalau suami je yang syok kat artis tu...kita pun ada gak feeling2 camtu kan kadang2...kasi can..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HZ tu menggedik sbb dia artis suam kuku.ekeke. Claudia ferrari pun dia tak heran.skali catwalk bayaran berjuta.T_T tpdia lawa aa .eh tetiba cemburu. ekekeke.

      Delete
    2. ehhh...HZ ke HS? HS laaaa....huhuuu

      Delete
  2. awesome post for women out there, termasuk saya. hihi. saya pun kaki cemburu gak. betul kata akak, masa cemburu semua kerja tak jalan. haih. rupanya bukan saya je camni. akak pun sama. so, nak cuba ikut nasihat akak. toddles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab saya pun sama tapi sy selalu malas fikir.tapi 2 benda dia atas mmg sy tak cemburu.sebab buang masa.hehe

      Delete
  3. wahaaa ! HS .saya plak terikut2 komen akak ogosh.hehe. hanez suraya ! hah ! tak pasal hanis zalikha pulak.hanis zalikha punya la sweet humble and positive attitude.hanez suraya ni aa. haha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tp kalau cemburu x kena tempat..blh gila. Hehe

      Delete
    2. cemburu itu perlu kan??
      ALLAH dh bg perasaan itu kt msia

      Delete
  5. Kak namee pun lawa ape. Cemburu kat kak namee. hahahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kamu pun lawa. Cemburu la kt kamu. Haha.

      Delete
  6. Cemburu tu biarlah bertempat dan berpada-pada..

    Akak selalu cemburu dengan orang yang pandai masak dan pandai deko2 dalam masakan ni.. Cemburu sebab dorang punya tahap kesabaran tu mesti tinggi sedangkan tahap kesabaran sendiri...? Huhuhuhu...

    *Kamu dah cantik dah dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa tu cemburu sihat kak. Sy pun jeles dengan akak la camni sbb cemburu sihat. Kekekek

      Delete
    2. samaaaa...! jeles dengan org pandai masak.. rasa macam.. kite kalo masak.. nk masak pau jadik lempeng.. haaa gitu..! T__T

      Delete
  7. Ayu cemburu ngan k.namee sbb kulit gebu gebas gitu,k.namee gojes okehh

    ReplyDelete
  8. CEMBURU BIAR BERTEMPAT KANN..HEHE

    ReplyDelete
  9. hai namee...sy suke bace blog awk..best..kdg2 suh bpikir drpd nk tuduh meluru kan..lg bhy kalo kt pkai tuduh2 nh..hehee btw awk ad x the best nasihat for me yg skang nh dlm dilema..sy da nk abih blja tp nk dkt2 abih tu jodo plak nk smpi n coming soon nk kawin..well sjak digelar tunang org..idup sy pnuh dgn negative peoples..bkal sy tu xde la kje hbat2 smpi gji berbelas ribu..ckup la nk mkn mnumsy kalo kawin nnt..yg xbest tu org ckp jgn mngndung if sy xdpt kje lg..sedih rseny..da la bkal sy tu kalo bleh nk ank awl..sy tertekan :(

    ReplyDelete
  10. cemburu tanda sayang, betul. cemburu itu penat, betul. Tp kalau betul2 partner ada perempuan lain itu bukan cemburu dah...itu marah!

    ReplyDelete
  11. Suka dengan ayat ni:
    ...Walaupun isham ni lelaki pertama and the only lelaki dalam hidup saya...

    Fuh untung abang Isham.....

    ReplyDelete
  12. Salam namee. Betul tu cemburu memang penat. Tp pempuan suke buat jgk. Hehe sy pun suke jgk cemburu. Hehehe nak nak kalau PMS memang menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  13. Cemburu pada kawan2 husband.

    Kalau sekali sekala dia kuar ngan kawan2 dia sampai pagi baru balik. Jeles pulak kita..

    Then time kita hang out bersukaria bergembira ngan kawan2 kita, ambik gambar wassap kat husbnd.

    Hope dia pun cemburu.kihkih.

    ReplyDelete
  14. Eh lupa nk cakap, salam perkenalan namee :)

    ReplyDelete
  15. Betol sgt!! Dulu sy pon kaki cemburu xkena gaya.. Ni citer time awal perkahwinan la.. Rasanya setiap setengan jam nk tepon dia tanya kat mana..pastu yg xboleh blah tu masa nk letak kena kata i love u dulu.. Motif tu kononnya kalau ada pompuan sebelah dia akan helez la.. Bongox kan? He3.. Tp sekarang lebih steady dan matang.. Ritu g kenduri umah ex gf dia pon sy steady jew..alhamdulillah..usia mematangkan kita..he3

    ReplyDelete
  16. Kekadang suami kita kata artis tu lawa sbb nak tengok reaksi kita camne. Haha. Muncung panjang ke idok. Tp kalau dh selalu terkena kita boleh ngusik balik dia. Wakaka.

    ReplyDelete
  17. Wah perla, saya pun ambil juga. Tapi perla coffee la. Rse dia best and buat muka jadi glowing. :)

    ReplyDelete
  18. Wah perla! Saya pun ade ambil juga. Tapi perla coffee. Rse dia best. And buat muka jadi glowing. :)

    ReplyDelete
  19. dah pernah tengok namee depan2. kulit gelap n dull??? namee dah lawa dah, putih melepak kotttt. toksah putih lg, tp yela perempuan kan suka bab2 cantikkan kulit ni, sama cm sy gak..hehe

    ReplyDelete
  20. Awak lagi cantik dari claudia la. Hehe

    ReplyDelete
  21. Awak lagi cantik dari claudia la. Hehe

    ReplyDelete
  22. Awak lagi cantik dari claudia la. Hehe

    ReplyDelete
  23. Kak namee... bagus la entry ni. Nak bagi tunang baca.
    Sbb kita org slalu sakitkan hati masing2. Buat masing2 cemburu n sakit hati.
    Penatlah.... T__T

    ReplyDelete
  24. cemburu nie bagus juga, bio ade rasa daya saing. tapi biarlah berpada

    ReplyDelete
  25. Kite kalau cemburu automatic perut rasa memulas nak membuanggg. Haa camne tu kak nameee??

    ReplyDelete
  26. Hahaha..biaserla adat cemburu tu..mcm husband kathy selalu puji emma maembong cantik la cun la..kadang2 hanya mampu sengeh jer dlm hati rase nak bom jer dia.kekeke

    ReplyDelete
  27. kehkehkeh.. part santau tu memang ohsemlah.. siap dengan tracking number lagi.. tetiba supermodel tu muka dia herot..

    biar cemburu bertempat.. macam akak.. kat hp takde letak gambar family atau suami.. letak gambar pelakon.. tanya kat en. suami.. dia cakap 'nak cemburu apa.. abang yang untung sebab dapat peluk pegang awak.. hehehe..

    ReplyDelete
  28. namee lagi cantik, cemburu tu lebih baik dengan luahan dari pendamkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp cemburu yg dia atas kurang relevan n memenatkan.

      Delete
  29. Oh ingatkan cemburu apa.. tp mmg betul pun

    ReplyDelete
  30. Tapi nak banding perla chocolate milk n perla coffee sedap lg perla coffee. Bagi sy la.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa ramai kata c9ffe lagi sedap! Nak juga lah. Thanks ok!!

      Delete
  31. orang kita sayang kan. sikit sebnayak mesti ade jugak perasaan cemburu tu kan namee ;)

    ReplyDelete
  32. Kadang-kadang even tahu dah benda tak ada apa-apa..tapi saja diri nie gatal..rasa nk cemburu jg..mungkin sy nk cr nahas kot..lol..(*_*)

    ReplyDelete
  33. Salam. Saya suka pura2 cemburu sebab suka tgok muka dia bila take serious apa kita cakap. kihkih. dia ingat kita cemburu betul2. :p

    ReplyDelete
  34. Salam..same goes to my husband la..slalu puji pelakon Hindustan..tuhan aje tau dlm ati ni jeles..hehe..meh ler visit blog saye namee..feezajijie.blogspot.com

    ReplyDelete
  35. namee. perkara ni baru je terjadi kat sy. ex gf dia contact dia balik & that was too much rasanya. sy cemburu sangat. haha. tapi bila fikir balik, perkara mcm ni yang lagi kuatkan hubungan kan

    ReplyDelete
  36. namee. perkara ni baru je terjadi kat sy. ex gf dia contact dia balik & that was too much rasanya. sy cemburu sangat. haha. tapi bila fikir balik, perkara mcm ni yang lagi kuatkan hubungan kan

    ReplyDelete
  37. cemburu tu perlu, kalau langsung takde cemburu pun tak boleh jugak...
    cemburu kan tandenye sayang...hehehe..
    tapi kan, kalau cemburu dgn mase silam pasangan atau artis rasanya tak perlu kowt...
    tapi kalau dia gedik2 nak contact balik ex dia atau sebaliknya mmg kena cemburu..

    ReplyDelete
  38. Sejak ada baby Adam ni akak cemburu manja2 je Namee hihihhihi.
    Baby Adam Namee apakhbr? Baby Adam akak semakin aktif dan semakin drama :)

    ReplyDelete
  39. Claudia shiffer tu yg model dlm lagu uptown girl westlife tu kan....memory...

    ReplyDelete
  40. betul tu, penah cemburu dgn artis korea yang partner suka..geram je rasa..tapi salah sndiri jugak sebab saya pun minat kat artis korea so buat taktau la...lagipun bukan dorang tu heran ngan kita ni hihihi minat gitu2 ja

    ReplyDelete
  41. please follow me..thank you..
    http://jomaktifkanmykadanda.wordpress.com/

    ReplyDelete
  42. please follow http://jomaktifkanmykadanda.wordpress.com/
    thank you

    ReplyDelete
  43. Cemburu sikit2 boleh la..time ni la nmpak dia suke& syg kat kite...tp kalu cemburu yg melampau....mmg angkat kaki la...

    p/s: jemput melawat IG- @beaudrobescarf untuk shawl/scarf yang latest dan chantek2.... tq

    ReplyDelete
  44. Suami saya sembang lama lama dengan bangla kutip sampah pun saya jeles..

    **bukan cemburu sangat tapi rase tak dihiraukan..ececeh..ayat nak cover..hehee..**

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...