Saturday, April 5, 2014

Meluat

Hi

Tiba tiba rasa meluat bila teringat. Saya ni jenis perangai, susah nak buat musuh dengan orang. cumanya bila saya nampak perkara negative, saya akan slow slow tarik diri. Sama jugak dalam dunia blog ni. Pernah menjauhkan diri dari seorang blogger. Takyah la mention siapa, yang penting saya tak suka nak dekat dengan orang negative and prejudis kat orang. Tapi ada sebab kenapa dijauhkan diri. Mula2 kenal beberapa bulan awal, tak nampak lagi sebab baru dalam dunia blog lagi. Ramai blogger jugak pesan and kata buruk pasal dia. Tapi saya masih diam je sebab setakat beberapa minggu kenal takde nampak perangai lagi.

Tapi bila dah mula chat kat yahoo messenger tu yang sikit2 terbongkar benda negative . Masa mula buat blog, semua blogger saya pandang hebat. Tapi tiap kali saya suarakan kekaguman saya kat seseorang blogger, blogger ni mesti tempias dengan benda negative. Contoh bila saya kagum dengan beautiful nara sebab traffic dia tinggi...blogger tu tempias kata traffic tipu dan dia sebut iframe.bila saya kagum dengan satu blogger ni income blog beribu2..dia tempias kata blogger tu tipu edit cheque and kumpul2 income tu..bukan income sebulan.Dan banyak lagi blogger hebat yang lain saya kagum tapi mesti dia tempias kata macam2. sebenarnya teringat hal ni sebab duk belek yahoo ,terjumpa chat chat lama tu. Mungkin perlu adore dia sorang je kot, baru dia puas hati.

Sikit2 nampak negativity tu.Bila baca blog dia, nampak macam asyik mengata hal orang je. Paling fav is perli orang.Konon2 entry macam takde kena mengena dengan sesiapa padahal baru jap berlaku benda tu sesaat, dia dah up entry. Contoh kalau ada orang luahkan perasaan kat dia...tup tup dia buat entry mengutuk orang tu padahal peluah perasaan tu percaya kat dia sebagai pendengar. Plus, apa yang jadi depan mata dia, itu lah stock entry dia. Sampai tahap nampak makcik pakai kain nampak line spender pun dia siap snap  gambar makcik tu.and jadikan entry. Time tu saya dah rasa macam ...emmmm. Inikah dunia blog. 


Saya paling rasa lain macam sekali bila dia nak masuk hal peribadi saya. Dia pernah nampak gambar isham kat facebook.Ceh ceh lepas tu tanya2 pasal isham kat ym, and time tu la mula la burukkan isham.Padahal dia tak kenal pun isham tu. Dia kata pilot macm tu pilot macam tu. Konon nak nasihat tapi tahap desak suruh putus. Sukati mak pak dia je .Tapi saya diam je tak pernah luahkan kat blog pun. 

Tahap paling meluat ,kebetulan dalam satu perjumpaan blogger untuk satu job. Saya senyum tanda hormat je walaupun dah tak contact and borak.  Saya tak pernah kutuk dia kat belakang walaupun orang lain ramai kutuk. Masa perjumpaan job tu, dia busy2 taip2 kat handphone dia. Biasalah, apa yang depan mata kan stock entry dia yang terhebat kan. Saya dah agak pun, mesti dia tulis something pasal saya and Isham kat blog dia. 

Masa job tu Isham teman.Cehh dia tulis  "kalau nak cari isteri cari la yang dunia akhirat. Jangan cari ikut nafsu." Maksud dia Isham n saya lah tu.Isham kan sedikir berumur, saya muda....dia prejudis la kata hubungan kami ni ala2 pompuan muda nakkan laki berumur sebab duit and laki pun nak pompuan muda sebab masih bergetah. Macam tu la apa yang dia maksudkan dalam entry dia. (bahasa dia lebih memerli) . Saya senyap je tak beritahu isham, sebab saya takut isham tumbuk dia je. Lagipun buat apa nak marah sangat dengan orang low mentaliti macam tu. Isham pun akan gelak je kot kalau sembang dengan dia.topik asyik nak cakap hal orang je. 

Padahal dia tak kenal saya n isham pun. Tak pernah tahu susah senang kami . oh lupa plak ,dia kan tahu semua benda dalam dunia ni. Dia paling betul. Banyak lagi sebab kenapa saya jauhkan diri walaupun baru beberapa bulan kenal. Dunia blog ni akan tak seronok kalau dekat dengan orang negative. Banyak lagi dia kutuk orang and perli dalam blog tu...sian makcik yang pakai kain nampak spender bila kena tiup angin tu. Tak pasal jadi stock hentaman di blog. Sian makcik tu, keluar mungkin pergi kerja cari rezeki halal ,mungkin pergi beli makanan anak ? Tapi sebab tak sedar kain baju kurung tu tekstur licin bila kena tiup angin nampak line spender lalu dijadikan entry  kat blog. Sian makcik tu. :') Mana nak cari makcik tu untuk minta maaf. 

So far dulu entry dia dulu memang banyak cakap hal orang je la. Skang tak tahu, tak baca pun . buka pun tak . Ewww . Bila client tak jadi nak iklan dengan dia pun, dia buat entry nak perli2 client tu. Patut lah ramai yang jauhkan diri. Sian perangai macam budak2. Lega dah jauh dari orang negative and bahagia skang dengan blogger positive macam korang ni. 

:)





78 comments :

  1. Biasalah namee.. mulut orang mana boleh tutup. Kalau kita tutup guna tangan kite. Karang die gigit pulak tangan kite. Cool ye.. saya suka sangat baca blog namee.. :)

    ReplyDelete
  2. kita doakan agar dia lebih positif. tapi saya kagum dengan namee sebab still bukak yahoo messenger. heeeeeee

    ReplyDelete
  3. kalau saya pun buat perkara yang sama.. Lebih baik jauhkan diri.. Buat rosak mood jer..

    ReplyDelete
  4. ini macam olang pn ada....ayoyoyo...

    ReplyDelete
  5. bila kita makin membesar, macam2 org kita jmpa sampai kita trdetik kat hati, ada org cm ni rupaya.. org yg suka cerita negativity or ataupun org yg xleh acceot yg ada org bagus dr dia tu cm org yg hidup dia xtenang,. ada je bnda xkene ngan org lain. kesian nya.... and yes, jauhkan diri mmg langkah trbaik. kalau kita nk happy, surround diri dgn org positive. ^_^

    ReplyDelete
  6. ish ade jugak blogger cmtu.. tak pela awak. tak sume macam tu.biaq pi dengan dunia dia.hehe

    ReplyDelete
  7. i sokong u sista :) benci sgttttt dekat manusia cenggitu.. tak pernah bersyukur and puas ngn apa yang Allah bg kt die.. asyik nk jge hal org.. hmmmm.. mohon die sedar diri jelah..

    ReplyDelete
  8. harap dia baca entry ni.huhu. apa punyaa perangaila..

    ReplyDelete
  9. samalah kak.. saya pun kena sama cam akak.. bila jumpa orang tu je saya tunduk muka..doa banyak2... ya ALLAH kau jauhkan orang yang otak negatif..buatkan hambamu ni asyik negatif je...

    ReplyDelete
  10. Dia jiwa resah dan kacau tu. Kalu terus dilayan kita pun berjangkit. Elok jauhi org negatif ini. Cari geng positif.

    ReplyDelete
  11. alamak. masih ada lagi orang macam tu.
    sama2 doakan dia berubah

    ReplyDelete
  12. owh saya ada kawan macam ni, bukan blogger. Perangai orang macam2 Namee, tapi mmg meluat dengan perangai negative, saya pun tak nak dekat ngan orang macam ni, aura negative tu boleh bagi effect tak baik untuk kita jugak. Lucky u dah jauhkan dari orang macam tu.

    ReplyDelete
  13. wow ada jugak blogger macam tu yer... seramnye >__<

    ReplyDelete
  14. Org camgini kena kasi cas ion2 positif berbakul...doakan yg dia akan berubah ke arah lbh baik

    ReplyDelete
  15. Org camgini kena kasi cas ion2 positif berbakul2..doakan dia berubah ke arah yg lbh baik insyaallah

    ReplyDelete
  16. Orang mcm gitu mmg ptt kena boikot jer blog dia..wat malu jer muka blogger..

    ReplyDelete
  17. Hmmm kesiannya orang mcm ni..tak boleh tgk org senang

    ReplyDelete
  18. yep.. tak suka juga org yang negetif ni... kalo asyik ceta buruk pasal orang ja..orang pon tahu diri dia macam mana...so akan menjauhkan diri...

    dunia blog ni macam-macam... kalo jumpa yang baik, baik sungguh tapi kalo jumpa sebaliknya??

    alhamdulillah.... dapat ramai sahabat baik dalam dunia blog...

    ReplyDelete
  19. xper, byk lg blogger yg positive,
    yg negative tu buang dlm tong sampah je :)
    oke..

    ReplyDelete
  20. Wahhhhh,takut pulak, hope dia sedar n xbuat dah

    ReplyDelete
  21. baca gini baru la tahu... hurrmmm... kawan bahaya, tak kawan bahaya... adoii..

    ReplyDelete
  22. memang elok tak payah bercampur dengan orang negative mcm tu. xsangka org macam Namee pun ade org nak mengata. Sabar yo la dik kan.

    ReplyDelete
  23. Agree with you namee... perlu ke ade org cm tu.annoying gila

    ReplyDelete
  24. Sekurang2nya Namee tak macam dia sampai nak bercerita buruk orang.
    Berdoalah moga dia berubah ke arah yang lebih baik dari sebelum ni..

    ReplyDelete
  25. relax r akak.acecehh..
    Ambil yg jernih buang yg keruh.hee

    ReplyDelete
  26. sabar lah ye, sis namee! orang macam tu kita tepis3 aje ke tepi. :)

    ReplyDelete
  27. beci bena nga ore gini..jenis tike belake,,,CISS, kang dah terkeluar bahasa kelantan nye hihi,,sis namee, kita baru buat blog,,org pertama kita follow ialah sis namee..hehehe

    ReplyDelete
  28. Namee, orang macm tu memang kena jauh2kan diri. Tak rugi apa pun. Dalam blog biarlah elak cerita mengata orang. Setakat dijadikan pengajaran ok aje tp jgn sampai mengaibkan. Dosa! Tu bukan apa, nak traffic tinggi, habis semuapun dirembat. Tak berkat rezeki, dek. Biarlah income Nuffnang singgit dua, janji berkat :)

    ReplyDelete
  29. Harap-harap tak terserempak beliau, nahas diceritanya semua dlm blog. Macam dah takda modal T_T

    ReplyDelete
  30. lebih baik kita menjauhkan diri dr org yg kite meluat. sekurang2nya hati tak sakit. jgn berlawan dgn orang mcm nie, nanti nampak kite pun bodoh macam dia juga.

    ReplyDelete
  31. kt dunia bnyk ragam manusia.. trpulang kita leh trima ke x kn.. hehe

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah..xpernah jumpe lagi blogger perangai mcm tu...setakat ni semua ok...

    ReplyDelete
  33. Eeeeeee sedihnya dengan orang macam ni. Kesian ! Tapi nak buat macam mana , life dia and entry entry dia lagi hebat kan Namee. ^^

    ReplyDelete
  34. haaa.. betol.. ade jumpe blogger macam ni.. takpe namee.. org macam ni dorang takkan pernah senang dgn org lain.. kite buat cool je dgn die.. nanti lama2 die penat die stop la judging around..

    :.http://ironwomanwife.blogspot.com/:.

    ReplyDelete
  35. sian dia kan.. mesti selalu tolong pikir masalah orang.. hehe bizz body.. sapa la tu ye??

    ReplyDelete
  36. seriusly masih ada org berperangai sedemikian di tahun 2014 ni? ish ish ish

    ReplyDelete
  37. sabor jelah kak namee. doakan yang terbaik untuk dia. moga terbuka pintu hati dia nak bertaubat :D

    ReplyDelete
  38. tak suka jugak.. die judge macam kenal dah berabad...padahal tak pon... sabar je la namee.. orang yang macam ni memang tak rugi kalau jauhkan diri.

    ReplyDelete
  39. meluat juga lah dgn org gitu..xmatang..

    ReplyDelete
  40. sape tu? hehehe... sungguh aura negatif orang tu..

    ReplyDelete
  41. ee.. tak baiknya dia tu.. moga pintu hati dia terbuka dan sedar apa yang dia pernah buat tu salah.. em..

    ReplyDelete
  42. Macam tahu jer orng yg namee maksudkan tu...hehehe abaikan jer orng mcm tu namee...teruskan berbloging! ;)

    ReplyDelete
  43. bukan dalam dunia blog je perlu jauhi negativity macam ni puan namee. dalam hidup sebenar pun. setahu saya, org yg banyak sangat mengata org itu ini walaupun tak kenal org tu ialah org yang tak bahagia. sebab.... saya pernah berada di dalam kasut negatif itu. T.T ... nangis seketika.

    ReplyDelete
  44. Huwawawa geli tiak baca entry name kali ni.. Wujud gak manusia mcm tu kan.. Dia mrpakan aura negetifff so jauhi diaa kita sedut yg positive je hahaha

    ReplyDelete
  45. Terlampau jaga tepi kain orang sampai diri sendiri tak ambil tahu atau diri dia tiada benda menariks nak ceritaaa

    Kesiannnn

    ReplyDelete
  46. semoga blogger yang dimaksudkan mendapat taufik dan hidayah. kudos namee sebab tak melatah dengan cercaan dan perlian sedemikian.

    ReplyDelete
  47. namee mcm mna namee handle semua ni.. huhu takkan la blogger tu boleh duk snyap je kan lpas tu.. ishh sakitnya hati baca :(

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum yang, bertabah la jumpa orang negatif begitu. just live your life dear. hehee

    ReplyDelete
  49. Bnyk perasaan PHD tu.. ;-) Semoga blogger tersebut diberi hidayah dan petunjuk kembali ke pangkal jalan.. amin..:-)

    ReplyDelete
  50. Ui...sapa yg berperangai macam kambing sgt tu...better la akak buat entry pasal diy je x kutuk orang..tp kn kutuk ada..huhu

    ReplyDelete
  51. memang orang macam tu harus di jauhkan dan memang tak boleh di buat kawan .. lagi kawan dengn org macam tu kita jugak akan jd negatif cam orang tu jugak .. debik je orang macam tu bagi dia ingat sikit ..

    ReplyDelete
  52. memang ramai orang macam ni namee. namee sihat? lama dah x tegur namee. btw i miss u namee. ur blog, ur entry! yey dapat follow up balik dengan entry2 namee. hihi. tolong sampaikan flying kiss utk baby adam ok :)

    ReplyDelete
  53. pesan akk namee. diam je..sbb org mcm tu takkan puas hati sampai bile2..unless terbit dari die perasaan bersyukur...dan yg plg penting ikut pengalaman akk, namee doa yg baik2 utk die spye berubah....

    ReplyDelete
  54. Jenis blogger nak GOOD GOOD jer tue..

    ReplyDelete
  55. semoga kita semua dijauhkan daripada sifat-sifat begitu, semoga kita semua dilindungi dan memiliki hati yang bersih. Ameen. <3 (tak tahu nak kata apa) Anyway, salam perkenalan... :D

    ReplyDelete
  56. haihh ada je perangai macam tu. sama2 kita doa kan blogger tersebut. amin.. http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  57. selalunya kalau ada orang sibuk nak komen pasal kita ni...sebab dia ni mesti jeles la tu tgk kebahagian namee dengan suami...doa je la supaya lepas ni dia tulis yg baik2 pulak...aminnn....

    ReplyDelete
  58. Samelah kite. Selalunye bila dah nampak aura2 negative gitu mmg awal2 lagi dah jauhkan diri. Taknak tersangkut nanti dibelenggu benda2 negative kat sekeliling kite. Hopefully kite2 dijauhkan dari sifat2 negative gitu. ♡

    ReplyDelete
  59. As salam namee leh tak nk tau saper blogger tu hehehe

    ReplyDelete
  60. Meluat! Haha..jgn dilayan org gitu..

    ReplyDelete
  61. Mintak dijauhkan la kite dari berperangai cenggitu kan.....wallahualam

    ReplyDelete
  62. Bnyk org mcm ni... tngok dlm fb suda...hindai lebih baik. Otherwise... sakit kepala dgn org mcm ni...kan! hidup mau positive...baru ada enjoyyyy.....

    ReplyDelete
  63. sama lah..bella pun ada jugak membe yang jenis negative thinking , even orang buat baik pun dia cakap gitu gini , entah apa yg dia nak pun tatau =="

    ReplyDelete
  64. camtu pon hadoo. aduiduidui.

    buat apelah asyik nak negatif macam tu memanjang. Sape agaknya blogger tu. Tapi takpe namee. Selagi kita tak menyusahkan hidup orang lain, buat tak reti je. Yang penting kita ada hidup kita sendiri kan..

    ReplyDelete
  65. salam perkenalan namee...
    kalau ada positif mesti ade negatif nye kan...kalau bole di jauh kn kita kne jauh kan dari org2 cengitu sb nanti takut kt sama rosak sb asik diasak dgn pemikiran negatif dia kan..

    ReplyDelete
  66. tu la, niat di hati kita kena betul, bersih supaya kita takde rasa tak baik dengan orang lain. Nauzubillah....

    ReplyDelete
  67. Ada juga orang macam tu kan kak. Takpe lah, yang penting kak namee dah campur dengan orang macam tu :)

    ReplyDelete
  68. Asalamualaikum Namee,

    Choc salute dgn Namee sbb Namee blh buat hati kering dgn manusia camtu.. steady je Namee.. biar ape yg org nk ckp smpai ms dia penat dia akn berhenti.. slalunya org mcm ni wujud sbb dia ad mslh kurg kyakinan diri (based on experienced) dan itulah punca dia slalu nk jtuhkn org lain.. abaikan je.. ;)

    Teruskan menulis, Namee.. steady ok! :)

    ReplyDelete
  69. kak namee bagitau la blog dia ape ~ nak tengok jugakk ! T^T nk tau sapeee ... T^T jahat nya dia ! >:(

    ReplyDelete
  70. i think your blog very informative, thanks for sharing.
    Best Regards,
    Ahli Seo

    ReplyDelete
  71. sikap manusia ni berbeza-beza kan.apa yang mampu kite bt, saba je. =)

    ReplyDelete
  72. owh... blogger tu nama dia Namee kan..??

    hahahahahah

    ReplyDelete
  73. xlah. nama dia azfar yang suka tulis lucah kat blog tu. kahkah

    ReplyDelete
  74. Mama saya selalu pesan " jangan layan orang tak matang..kalau kita layan, kita pun jadi tak matang jugak..lebih baik angkat kaki"..

    Ignore je namee..orang negatif ni lagi dilayan lagi penat..sakit pulak hati kita nih! Hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...