Thursday, April 3, 2014

Pengalaman 3 Tahun Blogging

Hi..

Sejak ada blog,saya semakin jadi orang. Takde blog bukan maksudnya saya rasa seperti binatang tapir, badak, bangau dan seangkatan dengannnya.Bukan bukan begitu,apa lagi figura seperi tapir. Jadi orang tu maksudnya, kau keluar bergaul dan buat sesuatu yang berfaedah. Sebelum ni selalunya murung dan lebih suka menyendiri lepak seorang diri di dalam bilik keseorangan. Rasa rimas nak duduk di tengah2 orang ramai. Rimas .Rasa bising. Tapi duduk dalam bilik dengar lagu bising2 tak rasa bising pulak. Tak faham dengan diri sendiri.  Apa kehe. Konflik dalaman atau sekadar bisikan syaiton.

Sejak ada blog, saya semakin berani untuk mencuba. Dulu sebelum ada blog,tahap gaban malu. Sebenarnya  bukan pemalu, tapi takde keyakinan diri. Tahap nak order mcdonald, siap hafal skrip sambil beratur. Orang sebelah mungkin ingat kau tengah jampi serapah apa sebab tengok mulut kat terkumat kamit.Padahal tengah hafal skrip nak order.."saya nak order 2 set medium mcchicken, air tukar milo. Yang lagi satu tukar twister". T_T . Punya takde keyakinan langsung. Padahal order guna bahasa rempit tak menggunakan tatabahasa yang betul pun takde siapa peduli.Sekarang, apa saja situasi...ah bedal dan berani mencuba!Tapi setakat ni belum cuba kentut di khalayak ramai dalam KTM lagi ahh.Ishh issh.

Sejak ada blog, hidup lebih riang. Ramai kawan. Baru saya tahu ada beratus2 ribu blog. Macam2 kehidupan orang .Dari situ lah bagusnya, kita belajar dari each other. Malah rasa disayangi. Kalau ada blog,buatlah kawan dengan mereka.So far saya dah berkenalan dengan ramai cuma ada yang masih belum sempat nak jawab salam.Bukan sombong tapi sedikit busy. Walaupun tak pernah bersua muka, mereka pun tak pernah tengok blackhead kat hidung saya secara dekat...tapi kita berbalas comment,  email dan wassap juga. 

Sejak ada blog,saya ada hobi.Dulu hobi mengumpul setem.Itu je yang ditulis dalam buku biodata .Mengumpul setem padahal setem ada 4 keping je dalam album tu. T_T .Itu maksudnya hobi yang tak ikhlas. Terikut trend je. behee.Sekarang hobi apa ? tulis blog, baca blog. Dan juga tangkap gambar.Pergi mana2 tangkap gambar apa2 yang unik. Bila bosan, tengok balik gambar yg ditangkap. 

Sejak ada blog, banyak belaja benda baru.Semua benda kau jadi minat.Contoh bila client mintak kau review sesuatu benda, automatic kita pun study pasal benda tu.Bertambah ilmu.Sejak ada blog juga saya jadi rajin masuk Kinokuniya.Jadi minat membaca. Kat rumah baca blog orang. So banyak membaca.Hobi baru ,membaca. Tapi memang sangat belajar benda baru.Tetiba jahil ilmu photography, kena jadi artistic untuk hasilkan gambar yang cantik untuk client. Rasa serba salah kalau  buat kerja tak bersungguh.

Sejak ada blog,ada extra duit untuk simpanan dan belanja. Sebenarnya pun tak tahu blog boleh buat duit. Tak sangka boleh dapat that amount dengan hanya menulis. Menulis pulak gaya merempit, bukan macam menulis novel tu.Bersyukur. Dulu nampak orang upload cheque income masing2...semua beribu2. 30 ribu pun ada. T_T hoihh. 

Marilah sama sama buat blog. hehe

Sejak ada blog juga,saya selalu berlagak invisible. Seolah takde orang disekeliling nampak.
Food review

Tak kisah lah nak tetiba bangun dari kerusi n tangkap gambar gaya apa pun.Asalkan gambar haku lawa, client happy. behehe

Terima kasih sebab sudi baca blog kecil ini. Mari buat blog. Kelak anda akan suka juga dunia blog ini.


Toodles T_T

pasni saya kongsi macam mana blogger buat side income.Blogger tapi bukan saya la.Saya tukang cerita je okay. behee





73 comments :

  1. mai rasa smnjk blogging mai lagi rmi knl org..byk dpt kawan n berfikiran lbey terbuka..1 sifat len mula timbul bila kte suka sharing..blogger kn suka sharing. Kalau boleh apa yg kita ada tu nk kongsi ngn org len..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat betul. saya kenal kamu !! hehe. syukur sgt . seronok blogging ni.namee skang suka blog personal n baca kisah orang. pastu share recipe smua.mmg suka la !! :D

      Delete
  2. sy pun suka blog... lg2 blog sendiri... haha

    ReplyDelete
  3. wohaa....menarik baca entry ko....kdg2 tergelak sensorang sambil baca bila apa yg ko tulis sedikit sebanyak sama dgn apa yg aku rasa...hehe

    ReplyDelete
  4. gaya amik gambar tu memang lejen.

    ReplyDelete
  5. bila menulis ni puas.tapi blog saya puisi jadi kalau orang komen selalu macam krik krik sikit.

    ReplyDelete
  6. rempit2 blog Namee akak suka okeh (actually sebelum akak aktif menulis blog lagi dah lama baca blog Namee, cuma malu nak bagi salam hehe). Betul...dunia blog banyak mengajar kita, macam myself bila duk jauh ni, dengan adanya blog rasa macam sedikit terkawal, and tak sunyi.

    ReplyDelete
  7. woww..colol je bila baca entry ni..well,boleh la share macam mana namee tambah follower mula2 dulu... hehe.. kita pun baru nak bjinak2 ni..

    ReplyDelete
  8. Ohmai..daku tak popular smpai nak ada income..nuffnang pun malu nk bg BE.haha..

    ReplyDelete
  9. saya sukaaaaa bace blog rempit kak namee ni. haha. serious sempoi !
    Thumbs up ah kak.

    Sy stuju dgn sume points di atas terutamanya bab hobi membaca.
    Seriouly, lepas jadi blogger, sy suka giler mmbaca. Tak kisah apa pun bahan bacaan tu. Dan automatik, bila kita jadi blogger ni, kita akan tend to menulis elok-elok. I mean, takdelah nak tulis bahasa alien dan short-form yang menyakitkan mata yang membaca. Betul tak kak?

    ReplyDelete
  10. Yg paling best, blogging memang merapatkan silaturrahim sesama blogger. Borak mcm dah lama kenal, padahal tak pernah bersua muka. Tp kita tahu cerita dia (berdasarkan penulisan blog).

    ReplyDelete
  11. ohoooii hoiii marilah singgah di blog saya kak nameera :)

    ReplyDelete
  12. sampai skrg kalau keluar dgn kawan2 mesti kena bahan sebab ada blog hahaha.. mesti diorg suruh tulis pasal kejadian kluar dgn diorg cthnya.. namie pernah alami x camtu? kakaka

    ReplyDelete
  13. Namee dlm sebulan bpa income dpt jana dri blog?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, tinggi rendah blog kak, berblog dari 2008, kakak sendiri dah berhenti blog, cousin pun, ramai berganjak ke facebook dan insta. Tapi kak berbalik ke blog sebab senang track balik yang kak post, status facebook tak reti nak track unless ada photo. Blogger friends invest time. InshaAllah.

    ReplyDelete
  15. blog boleh tambah kenalan.. walaupun tak nampak kelumumur kat rambut masing-masing sebab jauh tapi kat hati dekat sebab isi blog selalunya datang dari hati... ehh ye ker??

    ReplyDelete
  16. hihi samalaaa. orang lain sebok selfie diri sendiri , kita sebok took photo benda-benda boleh review dalam blog nanti =) good job namee !

    ReplyDelete
  17. Hahahahaha tang order mcdonalds tu memang sama. Beriya je hafal , depan tu gagap juga. Lol !

    ReplyDelete
  18. Yes namee bila ada blog rs lbh advance sbb jd sgt rajin mmbaca..ade stgh info org lain xtahu tapi kita yg blogger ni terlbh dulu taw..Ok yg part amik pic mmber pon dh fhm pe'el ni amik gmbr byk2 nk update blog lettew hehe...tp kak namee ayu dh nk 4 thn blogging tp dlm sebln 1 entri tu pon kalu ada update..kdg2 rasa xtaw nk update ape rs mcm entri kosong jer..any tips sis?? Sbb nk rasa blogging as career gituh..xsabauuu nk tggu camne blogger nak bt side income ;-)

    ReplyDelete
  19. ahahaha.. ayah saya walaupun bukan blogger, tapi dia amik gambar makanan macam tu juge.. hahaha

    ReplyDelete
  20. Salam..Wahhh.. betul tu Namee.. agreed!!.. klu boleh semua nk share kan.. :-D

    ReplyDelete
  21. Salam.. wahh.. betul tu namee.. agreedd!!.. benda yg best klu buleh nk share kan.. ;-D

    ReplyDelete
  22. lya pun dah jatuh cinta dgn blog..seronok dpt ramai kawan..since lya masih newbie blog 2913

    ReplyDelete
  23. wow best.. nanti share ye camna buat income tu.. dari blogging sesuka hati je.. hehe

    ReplyDelete
  24. sernk berblog ni kn... kalo aktif memang best.. dpt kenal ramai org dr pelbagai latarbelakang... congrat sis..

    ReplyDelete
  25. seronokkan bila dapat menulis apa yg kita nak

    ReplyDelete
  26. Yes. setuju sgt dengan namee. best baca blog namee ni sebab salu apa yg kita try nk sampaikan, namee da sampaikan dulu. hahaha. da berblog dari 2011 tapi xfamous mcm namee :p

    ReplyDelete
  27. Tenkiuuu Namee for sharing~~~ XoXo

    Hehe...boleh la jemput singgah belog sy yg x seberapa ni ---------> kernakitaadalah7.blogspot.com (^__^)

    ReplyDelete
  28. Bestla blog namee nj...hikhikk..sy pun nk jg buat blog la pasni...hehhehe

    ReplyDelete
  29. hehehehehe...3 tahun dah mcm 13 tahun...

    ReplyDelete
  30. saya berdiri beratur bukan sambil hafal skrip tapi kira duit cukup ke tak . tehehee..

    ReplyDelete
  31. salam sis..sangat relax baca blog sis. n sy plak sekarang cenderung posting pasal israel, amerika dan konspirasi..sy translate kan ke bm lagi utk pmhaman ramai org..dan smakin bnyak fakta menggerunkan sy temui..huhu

    ReplyDelete
  32. saya berdiri bukan sebab hafal skrip tapi kira duit cukup ke tak nak tu nak ni...thehehee

    ReplyDelete
  33. Ha3x..situasi yg sme jgk blaku pd sy ble nk oder mcd tu..malu tahap gaban..igtkn sy je yg mcm tu..rupe2nya benda ne pun blaku jgk pd org laen..ape2 pun sy suke bce blog awk ne namee..salam perkenalan dr sy..

    ReplyDelete
  34. Ha3x..situasi sama yg blaku pd sy ble nk oder mcd tu..malu tahap gaban..ape2 pun sy suke bce blog awk ne namee..

    ReplyDelete
  35. wah 3 tahun, aku baru 6 tahun.. rakan blogger datang dah pergi.. kekeke.. tapi aku tak pernah join gathering or event blogger lagi..hollow blogger man..

    ReplyDelete
  36. belog namee memang best. sempoi dan simple. jujur je bila menulis. akk suke sangat belog namee. dah lama tulis belog tapi nak jemput BE selalu dari NUFF tu amek masa juga tapi still happy berblog walau income biasa2 je. Tetapi menulis walaupun kadang ayat dah tunggang langgang.


    apapun namee...happy blogging!

    ReplyDelete
  37. hhahaha..kita serupa kak namee.. rasa hidup lebih bermakna dengan berblog ;)

    ReplyDelete
  38. miza pun sama,sejak ada blog ni minat nak taw apa yang kita tak pernah taw
    sebab boleh share dengan orang lain.part dapat kawan tu miza suka sangat!ramai orang kita boleh kenal..gila-gilaan dalam blog pun no hal..wahaha..
    btw,miza suka blog kak namee..best3!heheeeeeeee

    ReplyDelete
  39. macam tu ye...ok..nak ada blog jugakla...;D..hihi

    ReplyDelete
  40. Salam, haaa betul! part ambil gambar tu pun sama, sy xguna fon yg ade kamera canggih, sy mmg ada kamera dslr tu je, so before aktif blog, sy sangat malu gila nak keluarkan kamera utk ambil gambar apa2 yg menarik, sbb takut org ckp sy berlagak nak tunjuk kamera...tp sejak terjebak dgn food review kat blog, dh xkisah org sekeliling...lantak lah, yg penting gambr cantik dan menarik utk di letak dlm blog, haha :D

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum yangg sheila still ada masalah menghafal before order makan. hiewhiew. tak sabar nak baca next entri! hihiiii

    ReplyDelete
  42. Tahniah Namee..semoga terus succes ya!!!

    ReplyDelete
  43. Seronok bc blog namee..gaya penulisan tak jemu bile nak baca..teruskan berblogging ok! ;)

    ReplyDelete
  44. suke bc blog namee...walau panjang tak jemu..tang hafal script tu kelako la dear..

    ReplyDelete
  45. Aslkm...cik namee..."Kentut dalam KTM"...jangan berani sangat sampai gitu sekali...kang ade yang pitam dalam gerabak tu....hehehe

    ReplyDelete
  46. Salam.

    Namee. I blogged dah lama since 2006. Time tu tak ramai lagi start blog2 ni. Since 2006 3 kali pindah2 blog now berblog dekat blog sekarang. Hmm.. Diakui banyak blogger2 sekarang memang bagus2. Since 2006 tu dalam menghapdet blog sendiri (just personal story, nothing special), banyak blog saya follow dan lompat2 lagipun saya suka guna google. Google pun asyik2 masuk blog org. If suka saya follow. Saya ni baca saja tapi jarang komen harhar. Then dalam tahun lepas I stumbled here. Tak ingat macamana, maybe time google saja2. Know something? Cara you lebih kurang macam bvlgarigirl. Rindu juga dengan penulisan dia even tau cerita dia palsu semata2 sobbbs.

    Okey sebenarnya point di sini adalah nak let you know dengan cara awak menulis nampak sangat keikhlasan awak Namee. The feeling sama mcm baca blog bvlgarigirl tu. Hope you terus menulis. Tak banyak blogger sekarang yang betul2 ikhlas dalam menulis dan bersahabat. Baca awak tulis ni mcm awak tengah bercakap dengan kawan2 baik. Very warm.

    Will keep on coming here.

    come here sometimes :)

    ReplyDelete
  47. Opps, know what, part hafal skrip dkat mcdonald tu ultra true. Hahaha, sooo nervous padahal kakak or abg mcdonald tu friendly gila(sometimes not). Heee

    ReplyDelete
  48. Opss, know what, part hafal skrip dkat mcdonald tu ultra trueeee. Paadahal akak or abg mcdonald tu punyala friendly (sometimes not). Huhuhu

    ReplyDelete
  49. muja lak,, sejak ada blog,, lagi rapat ngan blogger dari orang sekeliling,, boleh gitu? hehe

    ReplyDelete
  50. akak beratur kat mcd bkn hafal skrip tapi kira duit cukup ke tak... : )
    (akak ker, boleh la akak sebab hari tu jumpa uban 6 helai.)

    ReplyDelete
  51. Buat blog xsusah pun..tp sy xde kwn luar yg ada blog... derang xminat nak berblog.. nasib blog namee ni dan seangkatannya ada bole kenal2 :)

    ReplyDelete
  52. kan...sebenarnya jadi penulis blog nie best...
    cuma org2 yg tak faham jer yg kata tak best n suka kutuk2 blogger2 takde life...
    padahal ramai jugak blogger yg ade kerjaya tetap masing2...


    semoga namee terus sukses berblog...:)
    semoga sentiasa dapat idea2 yg fresh utk di kongsi bersama2 pembaca...

    sy sendiri dah lama tak aktif blogging mcm dulu2..entry sekarang pun makin sikit...:(

    ReplyDelete
  53. lpas bce ni bru sdar yg dh lme ku x update blog..haha..nk order mcdonald tp mcm tgh bce jmpi tu lawak..ohsem~

    ReplyDelete
  54. samalah, aku pun pemalu jugak sebelum berblogging. sekarang ni pun pemalu jugak. hiks

    ReplyDelete
  55. Sekarang betul2 dak tak malu nak berselfie kat tetengah orang ramai.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  56. hi namee! lama x menyapa kat sini. hihi.

    ReplyDelete
  57. dulu dh blogging lepas tu stop sbb mlas tpi blog masih dihati hehe :B

    ReplyDelete
  58. Congrats dah 3 tahun blog ni ye. Blog Zai bulan Nov ni genap 4 thn...tp disebabkan tuan punya blognya tak berapa gigih, mcm tu je lah jadinya blog. Sebenarnya blog akk bg inspirasi untuk Zai perbaiki lg blog Zai supaya sampai ke tahap blog akk skrg ni :)

    ReplyDelete
  59. dulu pernah gak nk berblogging...tp x reti la nk menulis..n cari followers..hee

    ReplyDelete
  60. bila baca entry namee ni saya rasa banyak yang mengena [diri sendiri]. dannn... rasa cam nak buat list macam ni juga pengalaman part yang negatif plak sejak jadi blogger ni. kalau rajin le. huhu. masa itu mayonis.

    ReplyDelete
  61. janna pun suka.. tp belum berjya mcm mnamee lagi.. namee hebat da

    ReplyDelete
  62. best blogging ni sebenarnya. dapat kenal ramai sangat blogger. boleh jadi close kan

    ReplyDelete
  63. Betoi tu sis..knl rmai org, dapat idea n ilmu kan.

    ReplyDelete
  64. baca blog ni dari minggu lepas sampai hari ini..baca satu2 sebab gaya penulisan yang santai dan best..baru tau yang ade blog ni best rupanya.knknknknkn

    ReplyDelete
  65. dengan blog jugk la saya kenal akak namee. suke cara kak namee tulis. sebab tu suke bace =)

    ReplyDelete
  66. Salam namee slalu impress dengan awak, thank you for such a good story.
    Selamat berkenalan :)

    ReplyDelete
  67. Slm, sy baru nak start bloging.. mohon tunjuk ajar... spa sudi ajar saya??

    ReplyDelete
  68. Saya suka tulis blog tapi nak istiqomah tu...alahaii..

    Btw, suka penulisan namee!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...