Tuesday, July 8, 2014

D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam.

Hi

Teringin nak makan steamboat tapi kalau makan steamboat selalu dukacita. Dukacita tu maksudnya tak sedap la. bahaa. Ada yang tawar,ada yang macam tak fresh so macam kecewa putus cinta dengan steamboat. Depends la,maybe saya cerewet kot so semua tempat rasa tak sedap.T_T Pastu haritu terbaca review dari blog favourite I pasal D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam. Tengok gambar macam meriah gila je tempat dia. 

Mari terjah !! Ajak family sekali. Ingat nak angkut semua tapi masing2 busy je. Beberapa ciput lah yang ikut , baby Adam pun sibuk ikut sekali. ekekke. 5 orang total. Restoran D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam ni siap masuk suratkhabar berapa kali dah pastu masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan gak...so haruslah cuba !

Sampai2 je tempat D'Kayangan Steamboat & BBQ, terus macam teruja jap sebab nampak makanan banyaknya heyyy. Ni barulah buffet yang betul2 buffet. bahaa sebab banyak choice nak makan apa. Buffet yang ikhlas nak menghidang.  Pulak puasa kan, lagi nafsu membuak2. Jangan salahkan syaiton, syaiton takde masuk penjara. Ni attitude sendiri yang kuat makan. 


Ni signboard dia. Location kat apartment Acapella tu. Betul2 bawah apartment Acapella tu.

Masuk2 je nampak kambing dulu. Homaihh kambing. Ni la masanya nak refill kambing dalam pinggan. Fast flow of kambing. ekekke .Habis makan je pergi ambil lagi. Takpe takde orang marah u nak makan kambing banyak mana....uolls bayar ok buffet. Habis seekor kambing, kambing baru kena gantung.  


Banyak makanan yang ada.Bukan steamboat semata je. Tu kuew teaw,telur dadar,sayur and macam2 lagi lah.So boleh pilih kalau nak makan berlauk pun sebab banyak jenis lauk jugak. Boleh makan dengan nasi ! I yang diet ni pun boleh termakan nasi .hahaa.

Lauk, sayur..pening nak pilih sebab semua nak makan. bahaa











Taknak makan steamboat ,ada makanan lain yang akan suit tekak kome juga. So jangan worry kalau nak bawak ramai2 family ke kawan datang. Ye kegemaran masing2 lain, tapi worry not sebab kat D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam banyak jenis makanan ada.


Lepas tu jalan2 pusing tempat buffet "eh ada dessert sedap". Seriously I pernah makan buffet kat hotel yang bayar lagi jauh mahal dari D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam ni tapi dia punya dessert alahai boleh kira. Takyah kira pun sebenarnya, tengok dengan mata pun "eh 2 jenis dessert je.Apakah?". Lagi berbaloi makan sini, kuih muih semua sedap.

Haaa ni steamboat !! Satu benda la yang saya rasa paling palingg palingg bagus. Circulation dia. Makanan semua tersusun teratur. Ikut flow.So orang senang nak ambil makanan. Ni orang nak ambil steamboat pun ada banyak penjuru boleh ambil. Tak la berebut . Yes , circulation ! Then kosong je bekas tu, pekerja berpusu refill balik. Laju je.



Saya menyelit kat sebelah, nak pilih2 lah ni tapi sebab kagum dengan circulation dia ...curi tangkap gambar dulu. ekekkeke

Satu section untuk sauce saja. Lepas beratur sana, eh sebelah tempat sos. Senang.

Mee jenis apa uolls nak semua ada. T_T Isham nak amik semua. tamak haloba. Mentang2 buffet, semua pun nak .ahaa



Nampak tepi tu siap ada chocolate fountain, boleh cicah dengan biscuit. See told ya, kalau bawak budak kecik pun takpe and jangan worry kalau xde makanan untuk dia makan. Section ni ada bubur kacang semua. Mama la makan bubur kacang banyak. 



ABC...ais batu campur. Wee wee

Kalau nak datang,better call and booking atau datang awal sebab senang !


Kakak I yang tolong masak. Saya tolong tengok.eekekeke


Haaaa hambek ! Makan puas2.

Wey cake dia sedap nya. Agar2 pun. Mama yang kencing manis pun lupa diri. haha . Ada butter cake, ada cheese cake,ada chocolate macam ganache je rasanya...pastu muffin...dan macam2 lagi. Kalau sebut semua uols batal puasa nanti.




Dah makan steamboat, kuew teaw, kambing ...tak puas hati lagi, nak ABC lagi second round. ekekke. 


Section ice-cream bukan budak je kerumun...yang tua tua pun sama je. haha. Berapa kali refill dah ice-cream. 

I lah orang tua yang dimaksudkan dalam caption gambar diatas.ekkeke

Burp !!! Prottt. Ok 'prott' takde. tipu je. hahaa where got kentut. Lepas makan ice-cream kenyang tak boleh sumbat dah. So far puas hati. Rasa berbaloi makan kat D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam ni sebab ok kita bayar untuk makan buffet lepas tu buffet dia mewah dengan makanan ? Berbaloi gilos kan ? I yang konon yang diet ni pun boleh tersasar . Masa tengah makan buka puasa tu, pekerja diorang ke hulu ke hilir pantau kot2 customer nak apa2. 

Bagus gila diorang ni. Kalau sup dah nampak macam sikit tu, kita takyah minta tetiba eh dah muncul kat sebelah dengan jug berisi sup untuk refill.  Laju je. Thanks D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam. sebab service yang bagus macam ni. Saya perhati kalau bahan basah steamboat ke macam dah sikit, tetiba dah banyak balik sebab pekerja diorang alert. Puas hati. Sedap dan layanan terbaik ! 10 over 10. 

Ceh Isham tu kenyang sampai takleh senyum lah tu. Dah la curi kuew teaw saya. Curi kuew teaw sorok tangan. Wah peribahasa baru.

Ini lah Arif. Gaya macam hiphop berbaju melayu kan tapi baik budaknya.  Terima kasih. definitely saya akan datang lagi. Siap akan bawak tupperware nanti. ekkekeke

Thanks to Arif sebab recommend untuk makan sini. Saya bagi 10 over 10. Overall servis tip top, makanan tip top..kelajuan pekerja terbang jalan pun tiptop. Tetiba ada kat sebelah. Korang kalau nak makan kat D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam sini...bukan ada steamboat aje ok...BBQ pun ada, nasi ada, kambing ada, dessert banyak pilihan and macam2. Satu kepala bayar alahai berapa puluh ringgit then makan belambak2. 

Details:
D'KayanganBuffet Steamboat & BBQ, Shah Alam.
Sri Acapella Service Appartment,
No 1, Jalan Lompat Tinggi,
13/33M Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Tel No: 012-297 1091 / 012-387 0091/ 03-5523 4979

Senang je nak cari,nampak Giant, and stadium .nampak signboard Acapella apartment tu....then dah dekat dah tu.

Nak tahu harga ? Hah boleh tengok details kat facebook diorang...





Toodles !




34 comments :

  1. Replies
    1. namee tengok ok je tempat dia. semua ok. servis layanan ok. Farhan pernah cuba ke ?tahun bila farhan ?

      Delete
  2. Lapar tengok gambar makanan tu semua hahaha

    ReplyDelete
  3. waaahhhhhhhh !! nak pergi laa 1 hari nanti ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus pergi. no wonder jalan2 cari makan pun cover restoran diorang jugak sbb sedap pun.

      Delete
  4. 1 kepala kena bayar berapa kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat. harga boleh refer kat fanpage them okeh.

      Delete
  5. assalamualaikum namee.. wah bapok ler meriah dengan hidangan dia. perghhhh lama tak makan steamboat sejak mengandung dulu. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe time ngandung dulu mesti selalu ngidam kan??

      Delete
  6. Berape buffet cenni k.namee? Terbaik ah! Ana nak try nanti.

    ReplyDelete
  7. Wahh menarikla namee. Macam2 adoo. Memang fav hubby n kite ni kalu steamboat2 gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. namee teringin lagi nak makan pulak. :/

      Delete
  8. salam namee, nak tanya... senang tak nak solat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada musolla kat situ. cuma kena ambil wuduk kat toilet dia.toilet ada kat sebelah.

      Delete
    2. maknenye, lepas solat tu boleh sambung makan balik ke?

      Delete
    3. Boleh. Selagi x bangun dr meja. Make sure ada orang jaga meja.

      Delete
  9. Menarik ni.. sebab ada kambing.. mehmehmeh.. tapi akak tak makan kambing..

    ReplyDelete
  10. Iday pergi tahun lepas. berbuka puasa jugak. best. udang dia segar. makan sampai kenyang. Hahaha. Kiranya macam tak bazir la kalau bawak iday sebab boleh makan banyak2 berbaloi dengan harga. hehehe. So, Namee boleh bawak iday lain kali. Hahahaha :p

    ReplyDelete
  11. so betol la kitorang makan same hari dengan namee haritu, nak tegur takot salah orang.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Haah lah tu. Buka puasa sana haritu. Hehe

      Delete
  12. eh eh eh,... FV nie bab steambot . Mahu jugak menerjah kalau ada kesempatan . Siap ada grill tue memang terbaik. Arghhh buat lapaq tgk gambaq makanan .

    ReplyDelete
  13. namee situ open air ke, selesa x kalau nak bawak budak kecik for berbuka?takut panas berpeluh-peluh sebab orang ramai sangat, xselesa budak2 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada open air ada yg dalam aircond.masa gi haritu..anak namee sorang je yg nangis. Sbb ngantuk. Anak org lain elok je. Hehe. So rsenya ok kalau bwk budakk

      Delete
  14. siap ada grill...ni yg paling favourite..boleh try nanti...the rest picture pun nampak macam segar...harap masa kita pergi nanti kesedapan masih sama...insya-Allah...nak solat pun senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk solat mmg ada musolla cumanya toilet kt luar. Hehe

      Delete
  15. bersyukurnya duduk Malaysia..memang syurga makanan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...