Saturday, July 12, 2014

Projek Kuih Raya Tahun Ini

Hi

Sticky post. Scroll down for the latest entry.


Adik beradik 7 orang tapi kuantiti manusia dalam rumah makin berkurang. 4 teratas dah keluar rumah. Kahwin and urusan study masing2. Tinggal adik2 hingusan setahun jagung saja di rumah. So nampaknya konco konco pakar untuk buat kuih raya tak lengkap. Kita kekurangan tenaga pekerja .Hoihh.Nampak tahun ni maybe macam tahun2 sebelum juga..hanya akan beli kerepek,kuih muih yang belum tentu sedap lalu dibiar lama sampai masuk angin  yang akhirnya tak dimakan dan dibuang. 

Hmmm, tak indah raya begini. Membazir. sobs.  Mama pun nampaknya kurang happy sebab susah nak cari kuih yang sedap. Bila beli kuih tak sedap dan diidang untuk tetamu, tetamu kurang sudi untuk makan. behehe. So TINGGGG !! Idea terus datang. Okay, nak buat kuih muih resipi keluarga lain dari yang lain....tak cukup kakitangan plus my mum kurang sihat....nak beli hmmmmmmm cabaran nak cari yang sedap.

So, tahun ni...KITA BELI JUGA ! Tapi beli chocolate ! 

Dah survey, so tahun ni kita akan jamu tetamu tetamu manis sekalian dengan chocolate ROYCE' yang manis ini. Dah selalu beli chocolate ROYCE' ni. ROYCE' ni chocolate dari Hokkaido, Jepun and suka sebab chocolate ROYCE' ni kurang manis kalau nak dibandingkan dengan chocolate lain. Tak la sakit tekak and gigi bila makan. Manis dia just nice . Pastu tiap jenis ada rasa and texture tersindiri. 

So far dah picked 4 flavours untuk raya nanti dan mama setuju.


CALON MANIS PERTAMA
 NAMA ECUADOR SWEET
'Nama' dalam bahasa Jepun means pure or fresh. Nama chocolate ni chocolate signature dari ROYCE'. Chocolate ni lembut, fresh ganache truffle chocolate yang dibuat dari Hokkaido cream dan ditabur dengan cocoa powder.  so sebab during raya mama kata nak hidangan yang fresh..hahh Nama ni sesuai sangat lah. Sambil2 sembang tu , hidang chocolate Nama ni.



Masuk dalam mulut, rasa chocolate dia melt. Nampak tak chocolate ni dimandikan dengan cocoa powder. Nama chocollate from ROYCE' ni rasa full chocolate. Texture dia sangat lembut . Em kalau makan satu, seriously akan automatic nak ambil makan lagi satu.  Sangat padat dengan rasa cacao.


 CALON MANIS KEDUA 
POTATOCHIP MILD BITTER



Haaa raya orang selalu hidang kerepek dalam balang, saya hidang potatochip salut chocolate. Currlasss raya we alls tahun ni. haha. Jemput la datang beraya kalau nak merasa chocolate raya kami ni. Bayangkan keropok potatochip tu rasa rangup and masin garam sikit lepas tu disalut pulak dengan chocolate . Rasa manis masin rangup begabung...sedap gila. Tak terfikir pulak combination camni sedap. Thumbs up ROYCE' chocolate ! 


CALON MANIS KETIGA 
CHOCOLATE WAFERS TIRAMISU CREAM
Pilihan pertama, Chocolate Wafers Tiramisu. Rangup , manis dan cair dalam mulut sekaligus. Tak percaya, tengok gambar di bawah. behee. Menjadi pilihan sebab wafers diletak dalam paket. Senang untuk budak2 datang nanti ! Wee. Awal2 dah fikir . Instead of masing2 berebut balang nak ambil kuih raya, so senang macam ni. Ambil sorang sepaket, tak payah usung balang. 


Aromatic flavour coffee , dan white chocolate juga creamcheese.Boleh bayang tak rasa dia macam mana bila masuk dalam mulut ? Wafer disusun layer digabung semua flavour. Rangup, manis, berlemak. Dah terliur lah tu !ekekke




CALON MANIS KEEMPAT
PURE CHOCOLATE SWEET & MILK
Calon keempat, Pure Chocolate Sweet & Milk. Ini pun menjadi pilihan sebab chocolate dalam paket2. Perisa pure chocolate flavour.



Eh dah tergigit. Lepas makan satu,ambil lagi satu sebab sedap sangat. Terlupa pulak ni untuk raya.  Nanti habis pulak stock untuk jamu tetamu. behee. Tak boleh berhenti sebab emmmm sedap sangat. Rasa creamy milk dari Hokkaido milk. Yang ni rasa full chocolate sebab kandungan cacao dia banyak ! ! Rasa full cacao bila gigit and melt dalam mulut. Awesome !


Selalu beli untuk birthday present je pastu tetiba dapat idea untuk gantikan kuih raya pulok. so takyah la ma pening nak cari kuih mana sebab kalau nak buat memang takde time and tak cukup kakitangan pun. Chocolate ROYCE' ni kita beli online je senang kat website www.royce.com.my 


Haaa testing testing ....kan lawa letak dalam balang raya camni. 



Tapi masa survey2 tu ajak ma pergi branch rasa2 dulu setiap jenis.Ada 7 outlets ...Isetan KLCC, Bangsar Village, The Gardens Mall, Ben's Independent Grocer at Publika, Tropicana City Mall, Tropicana Golf & Country Resort and Empire Shopping Gallery. Tapi kalau pemalas sangat beli online jela kat www.royce.com.my

Selamat Hari Raya. Jemputlah datang rumah. ekekke . 

Toodles !





19 comments :

  1. Yesss...1st komen...heee
    Wahhh kak namee...bestnyaaa...ni yg rasa nk beraya umah kak.namee nii...haha
    Tapi jauhhhh...post boleh???...hehehe

    Visit my blog....anisometropia.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Yesss...1st komen...heee
    Wahhh kak namee...bestnyaaa...ni yg rasa nk beraya umah kak.namee nii...haha
    Tapi jauhhhh...post boleh???...hehehe

    Visit my blog....anisometropia.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Yesss...1st komen...heee
    Wahhh kak namee...bestnyaaa...ni yg rasa nk beraya umah kak.namee nii...haha
    Tapi jauhhhh...post boleh???...hehehe

    Visit my blog....anisometropia.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. tgk pun dah nampak sedap..cm ne tuuu..hehee

    ReplyDelete
  5. perghhhh,, terus rasa nak beli,, tapi harganya macam mana lak namee

    ReplyDelete
  6. adoiii kak nameeeeee bt entry coklat mcm ni...tertelan2 air liuq bace..rase mcm nk terjah je uma kak namee raya ni..kenal xkenal blkg cter..ckp je nk dtg sbgai pembaca setia blog kak namee..hahahaha bole kan bt muke xmalu cm tu..

    ReplyDelete
  7. Tertelan-telan air liuq kita baca nie Nameee !!!!!!

    ReplyDelete
  8. kak namee kite slama ni mang suka makan potato chips mix with chocolate. mang sedap hehe tapi ni baru tau ada brand mknn yg mmg buat cmtu hehee

    ReplyDelete
  9. terus laju2 bukak website coklat tu then decide nak buat hantaran coklat. tapi macam sedap. nak buat makan sendiri je la. hahaha :P

    ReplyDelete
  10. Ni kalu letak dalam balang raya ni.. jenuh ulang isi la..letak habis,letak habis..kih2

    ReplyDelete
  11. potatochip choc tu pena rasa.. hubby bwk dr jepun.. sedap sgt... sbb rase lain dr choc kt malaysia ni.. ehhehhe

    ReplyDelete
  12. wahhhh...terliur nih... haishhh hahaa.... nak kena terai la. mahal x?

    ReplyDelete
  13. amboi..gila mewah raya hidang coklat...

    ReplyDelete
  14. Ini klu hidang kuih raya mcm nie kompem habis dlm satu jam...hehehe

    ReplyDelete
  15. Alaaaa dapnyaaa haihhh. Rasa acam nak beraya kat umah kak namee lah. Boleh makan banyak2 hihihi

    ReplyDelete
  16. sedapnye...rasa nak buat projek raya juga la

    ReplyDelete
  17. ahh sedapnya royce tu! thanks for the web address. haritu dapat hadiah dari kawan dari jepun. ingatkan makanan jepun

    ReplyDelete
  18. maaf ye nak bertanya, kat website listed ingredients dia ada champagne, brandy, liqueur, rum.. macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada dua jenis product ye cik.aisyah...satu yg mmg ada bahan2 tu...dan satu jenis lg xde. Sebelum beli...bagus tgk bahan2 dia dulu. Mesin membuat pun asing2 ye. Rsenya kt web pun ada tulis terang terangan ye tentang dua jenis produk mereka ini.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...