Monday, August 25, 2014

Title 'model' Itu .

Hi

Maaf. Harap takde yang kecik hati. 

Ramai  kejar nak jadi model ? Pastu rasa macam tetiba semua orang ada camera dslr canggih tu. Rasanya makin merebak2 since wujudnya facebook and macam2 jenis social media kot. Dulu zaman  myspace n friendster tak nampak sangat gejala camni. Entah sejak bila , once ada gambar ala2 posing , gambar terang dari dslr...dah claim diri model / model sambilan. Aaaa yang ada camera dslr ni pun tetiba claim talented photographer. Banyak jugak pengantin yang dah kena tipu dengan ..bukan photographer ni tapi sekadar pemilik camera dlsr. Bila bagi gambar hampeh entah apa2 angle la dia amik. Sian pengantin.

Sama la macam kerjaya 'tetiba model' ni. Kejar sangat nak ada title model tu. Dapat tukar status occupation kat facebook 'model' ..'model sambilan' pun rasa seghonok habis dah. Banyak je tengok camni, nak nak budak yang baru nak up. Berlumba2 pulak posing and ada gambar terang dslr tuh pastu yayyy dah officially jadi model . Kalau kawan ada camera dslr pun minta tolong tangkapkan gambar pun tetiba yayyy dah officially jadi model. Excited.

Maksud saya, nampak la betapa trend nak jadi model ni berleluasa. 

Bab yang tuh takpe. Hak masing2 la nak feeling2 jadi apa. Asal senang hati. Asalkan jangan menipu dan menyusahkan orang lain dah la. Tapi memang ramai yang nak jadi model. Seriously

Sebab ramai yang nak jadi model, wujud nya orang gila camni...menggunakan 'harapan' orang untuk kepentingan diri sendiri.






Actually conversation dia panjang lagi tapi malas nak copy and dah dibuat laporan polis pun. Good job ! Apa kena lurah dada dengan baju muslimah ? 

Mana ada ujibakat model macam ni. Selalunya kalau ada orang cari model pun dia nak tengok muka sebab ada yang jenis nak bentuk muka kacukan, ada yang nak muka melayu...then tanya tinggi, berat badan and few keping gambar posing ala2 model . Nak tengok riak muka kita confident ke tak bila posing.   Kalau tetiba suh posing exotic macam nak gimrama tu , takyah la nak percaya.


Yang mana teruja sangat nak  jadi model tu and tak pernah dapat peluang jangan jadi gila gi ikut je cakap mamat gila ni. Yang x kena tipu..syabas. Takde maknanya ya cari talent camni. Pastu kadang2 sian tengok pompuan melayu yang jadi model posing kat kereta2... dapat bayaran entah berapa banyak tu. ..ke takde bayaran. Asal dapat gambar ala2 dslr and edit2 sikit pun dah teruja. Tengok posing punya teruk la memalukan. Asal dapat letak pekerjaan 'model' pun dah teruja sangat.

Ni tengok, modelling untuk testimoni makeup tapi posing macam apa je.  For me, kalau nak jadi model sangat2 pun...biar lah saluran yang betul. Jangan biar perasaan teruja sangat tu sampai terkena dengan mamat gila ni. Mamat gila ni guna perasaan teruja atau desperate orang untuk dapat kepuasan dia. Dengar kata dia jual gambar2 ni. Em kalau takat jadi model portraiture and bahan experiment entah2 sape2 tanpa bayaran pulak tu , baik takyah. Takyah teruja pun seriously. Ada juga yang tertipu jugak masalahnya. Ini adalah common sense. T_T Masakan model muslimah perlu tunjuk lurah ? Bentuk pun tak payah tunjuk .

Sesiapa yang tak terdedah dengan dunia luar and tak pernah dapat peluang betul2 jadi model tapi disapa oleh laki camni..kemungkinan besar akan ditipu sebab teruja. So sila jangan teruja .

Memang tengah tersebar pasal mamat gila ni..so I sebarkan lagi so takde orang teruja nak jadi model mamat gila ni. Bayaran sejam 300 katanya. penipu je semua tu. 

Hati2 ok. Sebarkan diaaa. 

credit gambar to blog buasir otak

----------------------------------------------------------------------------------------------
Yayy. Recommended !

Isham pernah tanya...'mira tahu tak mana nak beli lukisan atau seni kufi tu ?' . Me tentula tak tau. sigh. Kalau tengok kat kedai banyak seni khat aje tapi dah banyak kat rumah so Isham nak seni Kufi plak. Nak hias kat bilik study dia lettewww. Eh rupanya ada jual online ! Tapi kita tak beritahu Isham pun. Saja nak surprise uollssss.


Seni Kufi ni boleh pilih nak kalimah Allah atau set  Allah syahadah  Muhammad ke. Yang ni I punya...suka ! Sebab my house punya interior macam modern contemporary...so design ni memang suit ah. 


Saja letak kat tangga, nanti balik kerja dia nak tukar baju biar dia menggelupur masa nak naik. bahaa

Actually design ada yang ready made tapi boleh pilih2 jugak kalau korang nak design and tempah khas. No problem. Senang. So far tengok Kufi Art dari Kufi Art Boutique ni trendy. Saya pilih design yang dah ada sebab dah lawa benor dah. 

Sticker kereta pun ada ! 

Ni antara design yang ada !
Recommended sebab design lawa dan servis cepat ! Puas hati.

Design2 boleh pilih kat page


Kalau nak tengok design secara depan2 pun bolehhh, diorang ada buka Booth di Giant Ulu Klang, Taman Permata !




50 comments :

  1. hahahahaha.. macam gampang je kan sampai nak mcm ni.. buat malu je.. ambil kesempatan.. ni la xblh slhkan wanita 100%.. kekadang lelaki yg ambil kesempatan ke atas wanita.. sabo je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. See awak lelaki pun marah kan. Blergghh betul mamat tu

      Delete
  2. mengarut. pempuan yang tak exposed dunia sekeliling and terlalu terkejar-kejar nak jadi "model" boleh terkena benda camni. yg photographer pun pembohong yang amat, bunyik pervert habis nak tengok lentik lah, lurah laa.. aihh pempuan2 yang akal panjang boleh pikir kot. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya ada juga yg terkena nidaa. Gila kann

      Delete
  3. ada juga manusia begini ekk..gelinya,,,mudahan kita dijauhkan dari gangguan sebegini,,,salam blogger sis..^_^..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope dpt detect la dia ni . Byk gak dia msg2 pmpuan n minta mcm nii

      Delete
  4. omaigaddd, that is craaaaaazy !

    gambar tertonggeng tu pon dh tau dia sbnarnya nak peralat org tu. to girls out there, dont be stupid n desperate. that's it.

    ReplyDelete
  5. BE WARE...!!!!
    Ada Facebook page yang disediakan untuk wanita bertudung tapi posing ikut klasifikasi mcam conversation kat atas tu. Rasanya itu untuk bahan FB Page gitu kot.

    Tajuk FB mmg muslimah habis tapi bila tengok astaghfirullah..
    Hati-hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pelik tu...kata untuk busana muslimah??

      Delete
  6. oh my, kalau macam tu gaya memang patut buat report polis. bengong ape mntak gambar2 camtu. hahaha. scaryyy betul.

    ReplyDelete
  7. *wth? astaghfirullah. ..hati2 ye ladies... apa nak jadi lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Saja sy sebarkan lg so that org lain x terkena.

      Delete
  8. Ish..ish..apa punya orglah...ritu kawan kak alin kena kat satu group.org ngandong...kesian gambar dia kena jd bahan...mslhnya org lelaki py keje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa nape gmbr org ngandung pun kenaa??

      Delete
  9. tah apa2 sapa la yg mangkuk sgt nk megejar populariti hampehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp sgt ramai teringin benor nk jd modell

      Delete
  10. Thank you for the review on kufi.

    ReplyDelete
  11. Zaman sekarang semua benda kena hati2. Jgn bila dah terkena, baru nak menyesal..

    Semoga kita semua dipelihara Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena fikir betul2 la. Hope xde yg terkena..

      Delete
  12. minta dijauhkan... berhati2 if nak glamor pun.. baik cari yg pompuan muslimah either photographer pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Photographer pmpuan yg paling selamat. Ehhe

      Delete
  13. Gileee la. Pervert betul.
    Yang tak boleh blah ade jugk pompan yang tertipu. Gile sangat nak jadi model.
    Entah lelaki mane ntah mintak gambar posing bukan-bukan lepastu bg kt lelaki tu.

    ReplyDelete
  14. macam2 gila yang ada skang ni, lebih senang berleluasa thanks to social media.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Social media juga la yg merebak kan bnda camnihh

      Delete
  15. mula mula baca mcm biasa je..tiba2 baca conversation dia..eh ehhhh pervert! gatai..gila..saikooo..marah terus..tp kenapa ada jg yg buat aksi melentik tu..adoii la..nak tengok pun rasa mual..eh marahnyer akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang kan laki tu. Pastu acah2 berani lg plak tuu

      Delete
  16. Orang yang sama dengan yang saya baca dekat fb semalam. Mmg macam sengal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengal maximum. Byk juga mangsa lain kann

      Delete
  17. nak jadi model jangan lurus sangat semata nak glemer haha.
    bahaya betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada org ingat ni peluang keemasan. Sbb tu teruja. :(

      Delete
  18. Gila pervert. Nasib baik saya tak minat jadi model ni. Kalau rasa bangga gila tu ialah title blogger je bhahaha.

    ReplyDelete
  19. Huhuhu macam ni pun ada? Semoga cepat2 lah orang ni kena tangkap. Haishhh merosakkan orang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la sape2 terkna lg. Sbb tu la saya saja sebar lg. Padan muka.

      Delete
  20. eeee, mamat tu memang otak kuning betul. tadi pun tgk pot psl posing model ni dkt fb... dah kena report polis kan, baru padan muka dia.! huh..

    ReplyDelete
  21. hadoii...pelik2 manusia zaman la ni.berhati2 girl out there and me too..

    ReplyDelete
  22. oh em geee! ini untuk kepuasan dia sendiri niii! agaknya sel-sel otak dia tak berjaya berhubung kot sebab tu dia ingat model muslimah kena buat gimrama depan kamera tunjuk badan lurah semua. dehekk (astaghfirullah tengok dah tak sopan dah mulut)

    hai kak namee :)

    ReplyDelete
  23. nielah bila suis otak tak bukak. harap2 takde lagi yang jadi mangsa si gila nie.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/08/penyusuan-susu-ibu-20-perkara-ayah.html

    ReplyDelete
  24. sokong gilosss !
    jadi blogger la best ! tak payah posing2, merepek meraban pun orang baca...!!
    lama nak tego namee.... harini baru berani..

    hi namee !!

    ReplyDelete
  25. aku rasa macam nk bunuh aje laki ni...

    ReplyDelete
  26. astaghfirullah hal azim..macam2 dnia zaman skrg..harap2 jgn ade yg tertipu ngan helah mcm ni..huhu

    ReplyDelete
  27. OMG! Amik kesempatan betul laki nih.. Pompuan tu pun takkanla lurus bendul sangat sampai takleh nak agak niat jahat laki tu.. Aduyaii.. -_-#
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  28. Nak cakap pelik pun tak boleh nak cakap apa dah.. memang zaman sekarang semua pelik pelik. semua nak ambil kesempatan, semua nak buat spekulasi pelik. semua nak publisiti.. semua nak jadi model...eh, takdelah. tapi selalunya, manusia hidup seolah-olah DIA TIDAK AKAN MATI. agaknya lupa kut, keluar dari bilik air pun boleh mati. tengah layan fb pun boleh mati....

    tkasih Kak Namee btau pasal ni. ada kawan hampir kena. cepat2 sms dia =="

    jom tengok betul-betul fotografer punya @kakitembak_fotografi (instagram) no harsh :) cuci mata

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...