Thursday, September 4, 2014

20 Facts About Namee.

Hi

Sana sini duk 20 facts about me. Bukan main lagi. I sekali kena tagged '20 facts about me'. Wah I feeling ahli bersejarah atau tokoh negara pulak sebab kena tag untuk tulis 20 facts about me nih. Selalunya duk sibuk tulis pasal diri sendiri kat dalam buku biodata orang....cecece 'about me' .





Stripes jumpsuit from Tracyeinny
White blazer from Zara
Pink Clutch from Aldo

So here it is...20 facts about me...

Satu. I tak tau laki handsome tu macam mana. gahaa. Isham and Adam jela handsome.

Dua. I pernah minat gila kat penyanyi vokalis kumpulan nasyid  Saujana tuh tapi kecewa ah lepas nampak dia kat dalam audition One in a million dah jadi lain macam. T_T rambut panjang oren pulak.

Tiga. I berangan nak kahwin dengan chef. tapi takdir kahwin dengan pilot tapi I jenis mabuk udara. tapi dah jodoh. banyaknya tapi. T_T 

Empat. Maksud nama Nameerah is harimau. T_T. Selalu lecturer bahasa arab gelakkan bila panggil nama I untuk attendance. Lepas panggil nama Nameerah dia siap buat bunyi roaarrrrr lagi. shesshhhh.

Lima  . Salah satu cita2 idaman is nak jadi catwalk model tapi bila besar tak tinggi mana. 164cm je weyy . Pastu badan gendut.

Enam. Jari dan tangan jenis keding berurat2. Sebab tuh cincin kahwin pun tak pakai kat jari manis sebab tak muat.

Tujuh. Bila merajuk dengan Isham I dengar lagu Demi Lovato tajuk 'really dont care'. Kadang2 sambil dengar sambil berangan menari sekali. Bangang kan. Padahal lirik takde kena mengena  pun. Lagu tu really dont care pasal laki tu tinggalkan dia ke apa...I merajuk pasal Isham belikan I air cool blog tapi lupa minta nak letak bubble biji2 kenyal tu.  Gahaa!

LapanSusah untuk jatuh cinta. Em sepanjang hidup ni ada la dalam 4 laki yang I text pastuh boring ah tak reply dah. Sebab tak tahu lelaki jenis apa yang diidam hati. Ceccecece padahal dalam hati dah terlanjur kasih kat Isham .

Sembilan.  I suka posing muka sisi tepi sebab nampak kurus. Posing sisi depan nampak macam spongebob muka segi. T_T

Sepuluh , Pernah keluar dengan dua orang lelaki je sepanjang hidup nih. Satu is Isham, satu lagi senior. Macam nak try cinta2 dengan senior tu tapi x boleh lah. So dua orang tu jela laki yang saya kenal pun. Pastu malas. kalau ada jodoh dgn sesape . ..ada lah . yayy jodoh dengan Isham. heheh

Sebelas. Pemalu dan penyegan. Kurang talkative. 

Dua belas . Degil. 

Tiga belas. Suka mengejek. Kalau I ajuk orang, diorang kata sama sebijik. Talent imitate people. gahaa

Empat belas. I amik course Architecture sebab I suka bag architect yang simpan lukisan tu nampak bergaya. Bila dah masuk rasa macam neraka apakah ini terpaksa bersengkang mata buat drawing mengejar dateline. So dont judge a course by its bag. Gaahhhhh !

Lima belas. I banyak blackhead kt hidung.

Enam belas. Sembelit. Proses penyahtinjaan dah macam nak beranak dah . Gaaahhh !

Tujuh belas. I terror masak . Tapi telur dadar je. 

Lapan belas. Nangis bila stress.

Sembilan belas. Pernah jadi panas baran tahap baling barang tapi dah lama2 bila fikir..eh membazir pulak duk baling2 laptop, handphone segala ni. So insaf lah. Boring lah jadi baran2 baling barang ni. Penat pun penat. Pastu duit takde nak beli handphone baru, guna hp nokia 3310 zaman dulu.

Dua puluh. Tak pernah mencuri. Orang kata menipu lama2 mencuri eh ? Tipu banyak kali ahhh , mencuri tak pernah.

Dua puluh satu . I selalu wondering apa perasaan orang laki ada bulu dada lebat tahap lebat macam sweater baju sejuk tuh. Rasa macam pakai coat berbulu ke. (saja je buat lebih 1 facts. poyo )


Ok tu je.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apps : Malaysia Top News

I jenis pemalas baca berita. Nak nak kalau kena buka website berita satu persatu. Kadang2 semua online news ni lain2 berita yang di update. Dah sudah nak kena buka satu2 untuk baca hot news. Jangan harap lah nak buka semua online web kan. So the best way is I install je apps Malaysia Top News ni !

Include semua top news dari ...
-The Star Online
-Malaysia Kini
-Berita Harian Online
-Harian Metro
-Insider
-The Daily
-New Strait Times
-Bernama

Semua channel in satu saluran. Macam semua tops news yang paling hot story dia masuk terus dalam apps Malaysia Top News. Senang kerja . You takyah sibuk cari, dia dah update you. Yang penting semua berita padat dan sahih sebab dari saluran berita2 yang top kat Malaysia. So pasni takdela macam katak bawah tempurung . Orang hebat2 sembang kencang, kita pun boleh mencelah sekali. ekeke. Thats the main point of having this kind of apps.




I faham sebab I selalu nampak bangang. Bila orang sembang2 pasal issue itu ini...I taktau apa2 sebab malas nak baca news yang rasa renyah la nak buka semua news hub. mihmih.  Pastu malas nak download apps sebab rimas kadang2 benda lain pulak appear! Game lah, Hot girls from KL lah,..sheshh. Semak tau tak.

Apps Malaysia Top News ni takde benda merapu camtuh. So pasni meh la ajak I sembang hal ehwal dunia semua I tau. Luar dan dalam negeri. Berita politik, kemalangan, jenayah, sukan ke semua ada.

Ni rupa apps nya...
Simple je layout dia. 

Senang hidup iollss...

Ni apps nya . Yang penting free sebab tu I pun download. Barang free yang menyenangkan hidup memang disukai ramai. gahaa. Sesiapa yang suka apps yang ada semua berita ni.nah ni diaaa...





29 comments :

  1. nanges bile stress same la kite namee.. sep sikit..wehhuu..

    ReplyDelete
  2. Haha, dulu ida ada berangan nak jadi arkitek sebab nampak smart je pegang lukisan semua, then kelas reka cipta penuh masa sekolah menengah. nak kawen arkitek, tak juper satu pon. xde jodoh. hahaha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    hye harimau..=)
    untuk fact yg ke 16 tuh..cube try minum phsyllium husk..
    phsyllium husk tu baik untuk usus..=)

    ReplyDelete
  4. No.2 tu errr serius ke? T_T
    No.9 tu sepp sama! suka sisi tepi nampak lah muka kurus SIKIT hahaha

    ReplyDelete
  5. hahahah yg no 21 tu xle blah geli kot...euwww

    ReplyDelete
  6. waaa baru tau maksud Nameerah is harimau.....1 more facts about namee is 'Pretty'...hehe =)

    ReplyDelete
  7. telor dadar pun ok..mungkin tu telur dadar paling sedap di dunia..:P

    ReplyDelete
  8. Hehe.. Ada gak kena tag kat IG.. Baru je semalam post pasal 5 facts about me.. Tetiba ada plak yg tag 20 facts nih.. Kena tambah lagi 15 facts.. Jenuh nak kaji diri sendiri nih.. Hoho!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  9. Menarik. Hihihi. Namee, yang penyanyi saujana tu, eka terus je google. Mak ai nape jadi rope itu. Lain sangatttt

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum cik nameeee...

    oOOOooo...gitu citernye...
    muka depan macam SpongeBob...xde la..
    comel lagi ade.=)

    ReplyDelete
  11. Hi kak namee.

    Fakta no.1 sama dengan saya yeay!!!
    Saya tak tau llaki handsome tu yang macam mana.

    Bila kawan2 tanya "handsome tak?"
    Saya jawab "entah la" -.-

    ReplyDelete
  12. err.... yang no 16 tu.. saya rasa saya pun lebih kurang kot... T__T
    tapi malas ddk toilet lama2

    ReplyDelete
  13. roaarrr... Tahun Naga macam dak Nuha.. ekekeke...

    ReplyDelete
  14. hehehe klau tmbah lg 20 facts nih konfem lg detail facts bout namee kan kak?? :D

    ReplyDelete
  15. kalau jumpa u.. benda pertama nak tgok.. hidung.. betul ke banyak blackheads?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, kak namee. Sries kelaka fact 21 tu 😊

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, kak namee. Sries kelaka fact 21 tu 😊

    ReplyDelete
  18. Namee, saya pun selalu tanya suami kenapa lelaki yang berbulu dada rasa selesa eh dengan bulu-bulu gitu macam pakai sweater hahaha

    ReplyDelete
  19. sis.tips tradisional orang tua2, minum air secawan sebelum gosok gigi. tips saya, benda tu, dan jus carrot atau epal susu di pagi hari as first meal, dan herbalife shakes!hehe

    ReplyDelete
  20. fact np.20 tipu.... Namee pernah mencuri.. Mencuri hati Isham... gagagaga...

    ReplyDelete
  21. facts about pretty rimau... hehehehe
    eh bab baran baling barang sama macam akak dulu. dulu. ada sekali tu akak baling batang mop memang nak bagi bunyi kuat sekali ia jatuh atas kapet tebal, pehhh tak der effect langsung. terus malas baling barang dah pastu.

    ReplyDelete
  22. hahahah ! soo funny ! tapi kita sama part amik gmbo side tepi, mmg nampak kurus, bila diambil dari depan, fuh ! bulan mcm bola ! hehehe

    ReplyDelete
  23. Menarik story dan pengalaman Namee.

    ReplyDelete
  24. nameee! gahhhh gaaaah gaaah tu macam ketawa ke apaa ya :')))

    ReplyDelete
  25. 12 dengan 18 tu best... haha sama dgn ai... degil dan nangis bila stress.. :D btw, kak namee anak keberapa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...