Sunday, September 28, 2014

Shopping Barang Rumah.

Hi

Dah lama dah I nak cari barang rumah. Sedih betul tengok pinggan mangkuk kat rumah pun masih tak sempurna. Hanya bergantung pada set pinggan mangkuk pemberian orang sebagai hadiah kahwin 2 tahun lepas. Dah dekat 2 tahun I kahwin then only tersedar diri banyak kelengkapan masih belum sempurna. sigh. What kind of wife is thisssss. hahaa. Apa ada I guna je, tapi tengok2 catalog rasa tempting pulak nak macam2 barang rumah. 

So lets ke Robinsons , The Gardens as itu la lokasi yang paling kegemaran. Sampai sana Eh ! kenapa ramai orang beratur...*mata terus bersinar* . Ni kalau ramai2 ni mesti ada sesuatu yummyyy. Wah ghupenya Robinsons tengah buat sambutan 7th Year anniversary. Maksudnya apa ?? Maksudnya banyak deal best lah untuk membership ! Apa lagi mari menggila. Isham suka sangat la Robinsons ni sebab dia dulu stay singapore. Asalnya Robinsons ni dari Singapore. 

Apa lagi...so lets shopping. 


7th Anniversary Robinsons. Ramai sangat beratur.

First mission. I nak cari set pinggan mangkuk. Kalau boleh nak lah bila hidang makanan tu nampak ala2 hotel atau makan kat restoran mahal. Ni kadang2 cawan tema lain, kang pinggan tema lain. Huduh benor. hahaa. Nampak lawa sikit food presentation kalau ada set pinggan . Nak hidang tetamu pun kembang2 hidung bangga. So mission baru, cari set pinggan mangkuk  ! Wah makcik2 sangat I skang. hahaa


eh pandang kiri kanan, terus terpikat kat set brand Loveramics ni .
Dah la I memang suka warna biru. 


Suka sangat ni !! Terus imagine petang2 jamu cucur udang , letak sos dalam bekas ni. Bergaya nya hoihh! Theme ala2 fine China. 


Lawanyaaa....Ok set ! Terus wassap Isham "mira nak ni !" bahaa . Jatuh cinta dengan set Loveramics ni. Ada few design lain tapi paling terpukau dengan ni. 

testing testing. Tengah imagine I hidangkan tetamu teh. Kembang2 hidung..bangga tau set cawan Loveramics I ni lawa.

Selain lawa, badan set ni juga lasak! Maksud lasak disini ialah Loveramics Miix Tea Set by Milk Design tahan asid, bolehlaa I letak dalam dishwasher atau microwave.

Manalahh nak dapat benda exclusif macam ni kalau bukan kat Robinsons hihi.


dan juga ini...ihikss.
dah beli dah untuk Isham. Untuk minum kopi. Dia kan gila kucing. 

-
-
-

Pastu dah nama pun masuk Robinsons, memang berjalan jela pusing seluruh level yang jual barang2 rumah. Rasa macam seluruh rumah I pulak kena tukar baru. haha sebab I jarang shopping barang rumah. eh bukan jarang......tak pernah pun. so bila mood tu datang , rasa nak transform seluruh rumah. 

Eh cadar kat rumah pun boleh kira ada berapa set je. T_T . Menyedihkan betul lah. Pastu apa lagi, terus terpacak kat sini. Berkenan kat set brand Hugo Boss Homes ni. I baru tau Hugo Boss ada keluarkan untuk barang rumah. ihiks . 100% cotton lagitu. Design koleksi kali ini semuanya kerlas sebab memaparkan design floral, geometrics dan pattern abstract!








See, kan I dah kata gila warna biru. Cadar pun I ambil warna biru.

Cadar, sarung bantal, towel semua ada .



Eh biru lagi. hahaa. Nasib lah Isham set bilik kita warna biru. ekekkee


First time kot I shopping tengok barang rumah. Tahun kedua kahwin dah matang sikit. ekekke. Terlebih teruja pulak , pusing Robinsons lebih 10 kali. susah nak buat keputusan sebab semua pun lawa hoihhh. Semua barang yang ada kat Robinsons ni semua lawa and ada curlasss. Yela, dah hari2 duduk rumah, nak la rumah tu nampak semenggah sikit. Feeling2 stay dalam hotel gituu.

Ni lagi satu yang paling tak tahan tengok...T_T Brand T & G nih. Why la u so cantik.



 
Balang2 ni yang I rembat dulu sebab susun2 kat cabinet nampak kemas je nih.




Tengok lah...macam mana la I tak rambang mata. Konon taknak beli lepas tu kejap lagi round lagi kat situ lepas jeling2 je taknka beli.m Lepas tu round lagi kat tempat situ. hahaa. Sambil jalan sambil fikir nak  get yang mana. Paling buat I tak senang duduk brand T & G ni lah. 

Pastu jalan2 lagi ..Eh tersesat kat bahagian baju pulak ! ekekke



Siap ada lucky draw hari tu!

Yang paling best pasal Robinsons ni, kalau korang ada membership card..memang kaw kaw asyik ada best deals je. Kalau singgah Robinsons, jangan  lupa join membership terus hokayy !  Berbaloi baloi sebab bende yang Robinsons ada susah nak dapat dari tempat lain tau. Inilah dipanggil exclusive! mihmih

-
--
-
-
Ok I dah round Robinsons berapa juta kali dah..lepas tu....

ternampak ni. Eh nak !!

Satu tips untuk korang yang suka shopping..kalau nak menang voucher and tahu update pasal discount and sale .... rajin2 lah terjah page Robinsons Malaysia ni.. ekkeke. 





19 comments :

  1. bestnya shopping....at the end namee beli apa..hehe

    ReplyDelete
  2. best kan ushar ushar barang umah, akak ni lagi la jenis rambang mata hati tak tetap, kalau boleh semua benda nak belek. Balang2 kat atas ni I suka sangat la.

    ReplyDelete
  3. amboi namee semua nak , nangis encik husband haha

    paling suka yang set coffee tu kehkeh

    ReplyDelete
  4. Samela kite Namee.. Dah 3 tahun kawen tapi keperluan rumah masih lagi yang ado jer.. Set pinggan mangkuk still duk guna hadiah kawen yg org bagi.. Tu pun khas utk 2 org jer.. Org dtg umah terpaksa hidang guna pinggan kertas.. Lagi sedeyyy hokay.. Huuuu..
    Okay, pasni dah nak kena start beli barang2 keperluan dapur.. Hehe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  5. best sgt shopping barang2 dapur..
    rasa cam interior designer kans tetiba ada idea memacam nak ubah konsep umah hahaha

    ReplyDelete
  6. nanti buat la entri namee beli apa,, heee

    ReplyDelete
  7. smla, bru teringat periuk belanga kt umah pun adiah kawen..xpernah beli..wakaka.. mmg hantu brg pinggan mangkuk, suke giler..n feeling

    ReplyDelete
  8. macam menarik je ke sana ... tak pernah pergi lagi...

    ReplyDelete
  9. Untungla namee....baru kawen dah duk rumah sendiri..... saya ni baru tercarik2 brg rumah..selama ni duk ngan family...baru nak mula hidup kat rumah sendiri ni....robinson malaysia ni kat mane?

    ReplyDelete
  10. hai kak namee...best nye shopping..cantik nye semua barang2 yang kak namee pegang tu...:)

    ReplyDelete
  11. Hai sis namee.! Robinson ada branch kat tmpt lain x?

    Sy t'jumpa faker sis namee kat fb. Dia menyalahgunakan gmbr2 sis namee. I don't know what to do.
    Link. https://www.facebook.com/boboy.ros.9

    ReplyDelete
  12. mmm spesis tak kluar rumah cik azue nih.. Robinson tu kat mana eehh?? huwaa.. nampak tul duduk dlm TIPUWARE selama nih...

    ReplyDelete
  13. macam bestnya ni, cadar kat rumah tu pon banyak dah minta kena campak dah. hehe

    ReplyDelete
  14. Bestnya shopping !

    www.bondasihat.com

    ReplyDelete
  15. sy pun suka warna biru jugak..huhuhu..sama nampaknya.. :)
    sy mmg minat beli barang2 rumah...bukan minat tapi obses..huhuhu.. :D
    tahun lepas masa pergi langkawi habis borong set sudu dulang, cawan n mcm2 lagi... :D
    jenis sy pulak, mmg pantang nampak catalog atau sale barang2 rumah, mesti nak beli....hehehe..

    ReplyDelete
  16. assalam namee... selamat berkenalan...kita new follower blog namee... xtau la kita patut g tau ke tak...or kita paling ketinggalan... 2hari lepas kita round2 k.l tup2 nampak pic namee kt elotronic signboard... kt area b.b... namee pemenang tempat pertama LACELLE kn??? wahhhh tahniah rezeki abg adam n new born tue... =) ...

    http://qalishadha.blogspot.com/ ... sudi2 kn baca rapuan sy k...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...