Monday, September 15, 2014

Tips Makeup : Natural Eyeshadow

Hi..

I dulu rasa paling susah nak apply is eyeshadow sebab tak reti. Salah pakai nanti nampak macam clown sebab benda berwarna atas muka kan. Tapi I jenis suka sibuk2 kat dalam Parkson , Jusco , Isetan ke bahagian2 jual makeup tu kan pastu I buat2 tanya jurumekap yang jaga kat situ. mihmih. Pastu lagi satu I selalu survey eyeshadow palette yang dah setup kan warna untuk satu look. Pastu pandai pulak tu I berdepek kat booth makeup yang vogue the vass jenama Lancome, Chanel ke...hahaa. Niat xnak beli pun tapi nak eksperimen and cilok ilmu diorang nih.


So for today, I share macam mana nak pick warna for natural makeup lah. Tak heavy punya makeup.


Jadikan palette ni sebagai contoh....



Selalu kalau set palette eyeshadow camnih, untuk basic look..akan ada 3 atau 4 warna je .Macam contoh palette eyeshadow di atas ni...ada warna LIGHT PINK , DARKER PINK , LIGHT GREY AND DARKER GREY. So basically kalau nak eyeshadow yang nampak natural...guna 3 ke 4 warna saja.

I banyak palette yang package basic camnih so I perasan lah kalau nak pick warna..hanya 3 to 4 colours saja. 

Susah kalau untuk each look, korang perlu beli palette set camtuh kan. Lagipun lebih mahal. So if ada palette eyeshadow yang ada semua warna pun lagi bagus cumanya nak pilih warna lah tak tahu kan takut end up jadi badut party hari jadi. Sarung rambut afro kerinting...sebijikRonald Mc Donald. Tapi xkan kalau baju warna biru nak kena beli set pallete biru , baju hijau then beli set palette hijau. 

So senangkan hidup,beli palette besar yang ada semua warna terus...sonang. Macam ini, I dapat set palette ni dari http://www.supermodel2u.com/store/




So mari sini,ini trick nya...

I bagi contoh untuk eyeshadow natural look. Contoh kalau nak eyeshadow warna pink.

1) Pilih satu warna pink cerah
2) Pilih satu warna pink gelap
3) Pilih satu warna samada kelabu gelap atau brown gelap atau dark gold .

Here is my pick untuk natural pink eyeshadow...



Light pink untuk bahagian depan hingga ke tengah kelopak mata

Darker pink bahagian untuk warna dari tengah kelopak mata hingga ke hujung kelopak mata.

Dark coklat untuk highlight bahagian eye crease dan sedikit hujung kelopak mata. Untuk highlight kelopak mata.

Combination light pink, darker pink and brown


Tutorial...

1) Light pink apply dari awal kelopak mata hingga tengah kelopak mata 

2) Darker pink apply dari tengah kelopak mata sampai ke hujung kelopak mata.

3) Brown apply guna berus di line kelopak mata / eye crease dan sedikit di hujung mata untuk highlight kan kelopak mata.

4) Lukis eyeliner

5) Kepit dan lentikkan bulu mata

6) Apply mascara

Nah I bagi video sekali...



Hasilnyaa...nampak macam sesuai lah nak pi shopping malls.Takdela macam nak gi kahwin. 


Ini memang saja posing "apehal kau" untuk menunjukkan mata punya eyehadow bila tengah muka serious.

Dah itu saja.Tak nampak melebih2 sangat warnanya. So camtu je tips nya. Hanya 3 warna untuk tidak berubah muka ke clown dan sesuai untuk natural look setiap hari. 

Kalau nak warna biru...pilih satu light blue, satu dark blue dan satu warna gelap untuk highlight kelopak mata.

Kalau nak warna hijau, satu light green, satu dark green adan satu warna gelap samada kelabu atau brown untuk highlight kelopak mata.

Camtu jugak untuk warna2 lain.Faham tak nih.???..haaaa.Cubalah ! Ini cara basic untuk pilih warna .Nanti dah lama2 korang akan pandai sendiri untuk padankan warna ! Beli palette besar semua warna camtu senang,nak mix and match. Boleh beli dari http://www.supermodel2u.com/store/

Toodles:)


--------------------------------------------------------------------------------------------
           
Magic Skincare

Apa nak buat kalau ada masalah kulit yang jenis all in 1. Jerawat, blackhead, jeragat peta peta tompok kat muka, sunburn, muka berminyak tapi some part tetiba kering plak. I faham sebab masa zaman degree zaman Architecture dulu I selalu berjemur sampai hitam legam . Time tu dah la banyak jerawat. Sedih. T_T . Kulit jadi minyak tak tentu hala, pastu certain part kering, pastu jerawat kat pipi dahi, hidung ada blackhead yang cacing2 tuh.  All in 1.
Selalu kalau masalah kulit yang package semua ni lah susah. Sebab tak tahu nak pakai produk yang  jenis mana satu. Should u go for product yang elokkan jerawat dulu ke, atau blackhead ke, whitening ke, ...kan ? I pernah guna 3 jenis produk dalam satu masa. Gila kan. Sampai melecur muka haku sbb chemical banyak sangat.
So lucky kalau dah terjumpa produk all in 1. Boleh cuba Magic Skincare nih.  All in 1 !
 Magic Skincare !
Dalm 3 ke 5 hari dah nampak perbezaan. 

Step 1 Magic Cleanser, Buihkan sabun di telapak tangan and sapu pada wajah ikut pusingan arah lawan jam (Mencerahkan wajah, menghilangkan bintik hitam, parut dan menghilangkan lebihan minyak diwajah.)
Step 2 : Magic Cream ,sapuan pada waktu siang. Sapu nipis je sebelum makeup. Bertindak sebagai pelindung kulit dari UV so tak la kulit makin teruk dan merawat kulit kita.. ️(Menyelesaikan masalah jerawat,jeragat, kulit kusam dan kulit sensitif. )
Step 3 : Magic Whitening ,cream untuk malam sebelum tidur sebab masa kita tidur la kulit kita dirawat. (Mencerahkan kulit, parut jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam dan seratakan tona wajah)
Memang jauh beza kesan sebelum dan selepas...T_T. Cuba tengok video ni...

video

Jauh beza kan ? Dalam masa 5 hari akan nampak perubahan ketara ! Boleh dapatkan di fanpage Magic Cream !
 
atau call di hotline : 014-9659831




15 comments :

  1. Saya pun ada satu palet jugak jenama Miss Rose. Warnanya long lasting dan kuat setanding MAC tapi harganya cuma RM50 satu palet! Saya dah tak payah beli eye shadow lain :)

    ReplyDelete
  2. macam water colour case tu.. haha cantik semua warna

    ReplyDelete
  3. laily sampai sekarang tak reti pakai segala jenis mekup. kalau sendiri tepek dah macam badut. hihihi :P

    ReplyDelete
  4. tak pernah reti nak pakai eye shadow.mesti lepas tu mata nampak macam pelik.selalu pakai eyeliner je.hehehe

    ReplyDelete
  5. canteknye.. nampak natural sangat..

    ReplyDelete
  6. Sangat natural. Sesuai dengan kulit muka yg flawless mcm namee ni :)

    ReplyDelete
  7. Macam best jer...
    http://bondasha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Nak belajar mekap free..visit my blog..http://eiyaabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. bestnyer byk betul pilihan eye shadow ;)

    ReplyDelete
  10. Kalau begini saya akan pakai pjnk sahaja sampai bila-bila hahaha pesen setia :'))

    ReplyDelete
  11. tipsnya keren
    terimakasih ya telah mau berbagi dengan kami.. jadi puanya panduan untuk memakai make up
    untuk tren kaos kaki muslimah saat ini seperti apa ya..
    salam sukses

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...