Tuesday, October 14, 2014

Future Plan 4 Tahun Dari Sekarang

Hi

Apa yang dirancang , selalunya tak menjadi ikut plan sebab sebaik2 perancang hanya satu. DIA. Cita2 dari kecik nak jadi arkitek, lepas tuh nampak kat airport pramugari jalan sret sret ( sret sret tu effect  bunyi kain belah pramugari ) , nampak bergaya pula. Terus pramugari pun masuk dalam list cita2. Tapi dua ni je lah yang I betul2 nak jadi. Lepas habis SPM, memang dua dua nih lah I ada peluang. Dapat call untuk course stewardess dan jugak masuk foundation dan degree dalam architecture. 

Tapi sah sah lah pilihan architecture tu lebih bernas sebab long term. Tapi lepas habis degree , I rasa macam taknak jadi architect and memang jadi x berminat untuk achieve sampai architect part 3 tuh. No way. Susah sebab perempuan. Bidang ni work load agak teruk. Tuh kalau kejar dateline, memang bermalam kat office. Paling menagih simpati pun, bawak balik drawing siap kan kat rumah. Yang penting, drawing siap. Mata zombi datang meeting takpe. For me, gaji terlalu kecil untuk work load macam tuh. maaf architect part 2. :'(

Sebaik-baik perancang, hanya DIA.

Sekarang, I jadi surirumah sepenuh masa dan blogger sepenuh masa dan pelajar sepenuh masa. 3 benda sepenuh masa. Tak boleh blah, mana datang kerjaya blogger ni. Paling tak sangka I beranak pinak and jaga anak kat rumah. Cita2 yang I tak pernah terpiker pun. Siap dulu kata, like no way lah aku akan duduk rumah ikat sanggul tinggi jaga anak weyyh. Dulu nak jadi wanita yang bekerja dan bekerjaya.

Tapi segalanya berubah bila dapat baby Adam. Yes, surirumah ( yang dulunya I tak letak dalam list). Siap pakai suami, cleaning and jaga anak. Kerja dari rumah disebalik tabir laptop nih. Takde bergaya pergi office. Tapi masa Adam tidur, i selalu fikir nak lead life macam mana. Sebab tengah pregnant round 2 , nearly 6 months. 

Setelah ku piker piker,  ini lah plan untuk 4 tahun dari sekarang. 

-Kerjaya sebagai surirumah akan diteruskan sampai Adam umur 4 tahun. but still at the same time cari income dari rumah. I tak percaya maid atau pengasuh. T_T . Haritu ada orang nak kenalkan dengan maid filipino umur 25 tahun kauuu. Apa ni maid sebaya bini ni. Terus I terbayang Kristine Hermosa. eh maid lebih dari bini pulak kejelitaan. Takpelah terima kasih I boleh kemas rumah jaga anak potong bawang sendiri. (padaha gentar kot maid iras Kristine Hermosa) Gaji maid Filipino RM1200 yaa. 

-Didik Adam and adik baru sebaiknya.

-Terus asah skills sebagai surirumah . ( sebab takde maid but i know I boleh boleh buat. 
Orang lain takde maid boleh rumah kemas and jaga anak, i pun boleh. CUBA . )

-Teruskan blogging sebagai hobi untuk berhibur dan terus cari duit simpanan kalau masih rezeki. 

- Expert memasak makanan masakan melayu. Kahwin pulak dengan laki jenis makan meriah macam2 lauk sekali makan. 

-Tahun depan convo master (sambung master pun sebab terpengaruh dengan rakan sebaya ) . Last minute apply pulak tuh, rezeki lah dapat. Akan terus usaha naikkan pointer. Pointer first sem nasib2 merasa cemerlang. 2nd sem punah sedikit.

-Mula fikir business

-Kuruskan badan buang 6 kilo nak pinggang 25inche . how I wish. T-T

-Mula fikir untuk sambung phd.

-Akan terus berusaha untuk jadi manusia baik.

T_T. Sekarang timeline penuh dengan gambar graduasi. Masing2 dengan cita2 masing2 yang gah. engineer, architect, cikgu, . Kerjaya tetap saya ? Surirumah yang bekerja dari rumah. Mula sekarang dan 4 tahun akan datang. dan saya bangga menjadi surirumah but at the same time bekerja dari rumah dan mencuri masa buat assignments yg macam2. Wish me luck.

bila dah jadi ibu, lain perasaannya. Sebaik-baik perancang. Baby Adam n adik dia beza umur hanya setahun..so sebaiknya biarlah i jaga. Dan bekerja dari rumah. I ada choice kerja di luar tp x sampai hati hntar anak pd pengasuh. So i kerja saja dr rumah. Sambil sambung blaja insyaAllah nak habiskan phd before 30 .Ramai yg rasa surirumah ? What ? Membazir je kau belajar dohh ! Tapi kerja surirumah bukan mudah yang disangka. Seriously kerja tak pernah habis. 

Wah, entry yang serius. bahaa. I tak pernah piker punya piker seserius ini. 

Tapi sikit pun xde rasa menyesal x jadi architect . :') . Walaupun my dad asyik lah sindir. Haippp. 








65 comments :

  1. bestnye jadi suri rumah .. nak jugakk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomm ! hehe. so far alhamdulillah lah. puas hati dpt tgk anak.

      Delete
    2. Kak namee sambung master dalam architecture jugak ke? :)

      Delete
  2. Akak rasa ramai wanita berkerjaya diluar sana punyai impian jadi suri rumah sepenuh masa, dapat mengasuh dan melihat anak membesar di depan mata.....namun tuntutan hidup tidak membenarkan mereka untuk berbuat demikian....Namee sangat beruntung kerana Namee pilihan DIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak . em sebenarnya sy pun perlu bekerja sbb sy ada tggjawab juga pada ayah n ma sy . terutama skali bayar bali yuran yg ayah sy dah bayar. pilihan sy kerja dr rumah. banyak choice untuk cari rezeki. sy pilih untuk bekerja dr rumah.

      Delete
  3. sebaik-baik perancang DIA :) Semoga kak namee berjaya di dunia dan akhirat. :)

    ReplyDelete
  4. Hihi. Memang seronok jadi suri umah, tapi ada baby macam Namee lagi seronok jadi surirumah. Good luck Namee for whatever plan yang Namee ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pheww lepas ni ada dua baby..lagi wowwww. ehee. terima kasih alin :)

      Delete
  5. Saya teringin nak jadi surirumah walaupun cita2 tinggi melangit. Kalau semua org fikir mcm namee,indahnya dunia.Ada ilmu pendidikan dgn ilmu rumahtangga.Mostly tak faham..bila kita capai cita2 tinggi,ada yang bising kata buat rugi je belajar. Tp sy fikir mcm namee fikir. Hopefully dpt jadi mcm namee..best wife n best mommy in the world. Thumbs up! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. kadang2 org luar pulak yg lebih nk condemn nya. padahal kita fikir nak tengok anak n jaga rumah. T_T

      Delete
  6. Samelah .saya pun macam namee. Bila dah start Ada anak terus jd xnak keje. Xsanggup anta anak kt pengasuh. Biarlah Org Kata membazir belajar tinggi. Tp yg pntg kita tahu anak lg pntg.kerja boleh cari,anak mana nak Cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dah survey dah pengasuh tp banyak sgt berita baby mati. Tu yg sy beratnya hati nk tinggal.

      Delete
  7. Walaupun eka kerja. Skang ni rasa macam nak jadi surirumah je lepas ada anak. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. saya lepas kawen ni pun terus jadi surirumah. walaupun ada degree tapi alhamdulillah suami sendiri tak kisah saya tak keje. cuma itulah, sambil duduk2 kat rumah tu buat jugaklah kerja sampingan. bukan setakat goyang kaki hehehe

    tahniah namee sebab pregnant lagi. doakan untuk saya tau. tak sabar nak peluk cium anak sendiri :')

    ReplyDelete
  9. ok pe... jd surirumah...my dreambtuh namee. penat le keje... serabut hr2 dgn klien...program sana sini. blik keje jln jamm.wahh bila la dpt ddk rumah.. untung la awk nameee

    ReplyDelete
  10. Dont ever regret... isteri Rasulullah sendiri lepas berkahwin dgn Rasulullah mnjadi surirumahtangga..walhal sblm ni beliau biz women berjaya...

    Itulah yg ayu rasa jugak..walaupun ada degree...x berkerja.. tapi bila kita duduk rumah ni...banyak sgt masa dgn family...masa dgn Pencipta kita... bukan ke lagi bagus mcm tu??

    Rasanya sekarang semua org dambakan jd fulltime housewife..sambil menjana income dr rumahkan. Flexible time..

    dulu yer..saya doen tiap kali org tya kerja apa. Sekarang bila saya cerita im a fulktime housewife..semua org cakap untungla...untungla...

    Alhamdulillah..bersyukur dgn setiap apa yg kita pilih dan bahagia dgnnya. Yang berkerjaya. Lagi byk pahala anda membantu suami...besar pahalanya tu... in shaa Allah..

    jemput dtg blog

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. comel picture namee camtu...sweet lor..")

    ReplyDelete
  12. Saya pun bekerja dari rumah..namee jemputla lawat blog saya..

    ReplyDelete
  13. Salute la Namee... hebat sangat pengalaman hidup Namee.. \0/

    ReplyDelete
  14. semoga segala urusan kak namee dipermudahkan. Saya pun kalau dah kahwin nak jadi fulltime housewife, walaupun sekarang ada setakat diploma, n kawan2 lain sibuk study degree. Bila kita memilih nak menjadi surirumah, itu pilihan yang sangat bagus biarlah ada sijil diploma degree n apa sekalipun,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab xtau nk anta anak kt siapa. Sbb tu la sy decide mcm nih.

      Delete
  15. Bosan dengar orang ckp..rugilah degree tu kalau tak gunakan....

    ReplyDelete
  16. Saya pun surirumah juga...ada degree engineering...end up working di Banking Industry sebelum transfer masuk Family Industry...

    Ada maid sebelum ni. Maid dah lari...so serik sudah nak hire orang-orang luar jaga anak sendiri! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa satu pengorbanan yg besar. Xpela..demi anak2 kan. Tp ssh la nk dpt maid yy baik. :(

      Delete
  17. Hi Salam kenal. Hey, jd suri rumah/ SAHM pun susah tau. U shud be proud :) me myself pun baru jugak made a major decision in my life. Semoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Tu lah last2 selesa uruskan hal rumahtangga sendiri je.

      Delete
  18. Hi Namee! This post got me thinking too.. Apa yang selalu bantu kita bila decide ialah priorities, kan? Apa yang penting pada masa itu.. Tapi sambil jaga anak sambil buat Masters, memang Superwoman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun ni je namee fikir camnih. Pasni keja kt luar at least gaji namee besar sikit bila kerja.

      Delete
  19. whattt namee pon ambek archi?now master tu dlm archi jgk ke? respekkk aaa!

    saya ambek archi takat dip je.pastu kawen.ada anak. resign.
    u know la kan work load in archi mcmana.even dip only tp keja sama je mcm architect.tido kat opis kejar dateline semua dah merasa.masa preknen hampir2 keguguran sbb pegi site visit.
    enough.
    jadi surirumah kerjaya paling mulia dan paaaaling mencabar. lebih penat dari jadi architect BUT worth it.anak membesar depan mata,suami makan masakan isteri.alhamdulillah saya tak menyesal blaja archi tunggang terbalik end up jd housewife.

    and now baru berjinak2 dgn bisness khat kufi. do support me! hehehe follow @juicy_khatkufi okkayyy

    serius bangga jumpak geng archi jd housewife hehehe.excited pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tp perempuan mcm x berbaloi kerja camtuh kan. Penat dia teruk.

      Delete
  20. Mmg seronok jd suri rumah, boleh buat kerja mengikut masa kita.teringin nk jd suri rumah tp kne pikir byk sudut pandangan agar ank2 xterabai pelajaran, kasih syg, makan pakai dia..suami pn kne jg gak, xmembebankan dia dr segi ekonomi dll..huh..mencabar sbnrnye bile pikir2 nk jd suri rumah sepenuh masa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surirumah pun boleh buat income dr rumah jugak. Byk cara. So far sy punya rezeki bekerja dr rumah. Sbb tu sy teruskan je. Hehe

      Delete
  21. umie pulak masih jauh perjalanan hidup ni.. best nye lahai hidup berkeluarga.. Takpe namee, nanti anak2 dah besor sikit boleh la keje jd archi yg berjaya... :D *senyum*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heww xnak ah jd architect. X best punn. Hehe

      Delete
  22. namee..kalau g kelas,siapa jaga anak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu slalu kt umah mak. Adik tolong jaga. Tp sem ni i bawak g kelas . Husband x kerja dia jaga kan. Tgk keadaan. Kalau hubby kerja baru minta tlg adik. Tp so far sem ni byk bawak g kelas.

      Delete
    2. oh ok..beruntung ada org tlg jagakan..tapi..bila bawak g kelas tu dia x kacau ke?bising ke..hehe..sori byk tny..saya pun bercadang nak sambung belajar..nk tau juga mcm org lain buat..sy pun susah nak percaya orang lain/pengasuh kan..

      Delete
    3. Sy kelas hari sabtu n ahad je untuk program master. So kalau gi kelas bawak dia..husband la tlg tgk kan bawak g masjid. Tp kelas ada gap2 tu..sy pergi jenguk jap. Sbb xde orang jaga la sy terpksa bawa g kelas. Xnak susahkan family sgt. Lgpun adik sy nak spm tahun ni .

      Delete
  23. i wish too. to be suri rumah
    tapi keadaan sekarang memaksa kena jugak kerja
    harap one day dapat jadi suri rumah
    jaga anak sendiri, masak untuk husband dari makan dekat luar.
    hari hari pegi kerja 7 pagi balik 8 malam
    letih! -__-

    ReplyDelete
  24. Namee im ur silent reader... btw suke neok blog namee...best sngat...sy pon housewife.. ehh nk tanya la namee wat bisnes ape yer dri rumah?? Hope bole share...sbb sy pon masih mencri ape2 job yg bole menjana income dri rumah...

    ReplyDelete
  25. Tak semestinya jadi suri rumah tidak boleh dapat pendapatan sendiri. Kerja rumah ni sampai bila-bila pun tak habis selagi kita tak tidur selagi tu lah buat kerja rumah.

    ReplyDelete
  26. Namee im ur silent reader...suke neok blog namee...actuly sy pon housewife..keje sebagai house wife lg mencabar kn.. ehh sy nk tanya namee la... name wat bisness ape dri rumah yer??sy pon ingat nk jana income dri rumah jgk...hope namee bole share ok...

    ReplyDelete
  27. saya jadi half suri rumah dan half bekerja now hahaha.. best apa jadi suri rumah plus ada income yang lebat.. start now thinking about it.. anak2 terjaga dan membesar depan mata..

    ReplyDelete
  28. well done namee..akak pun baru join the club jadi surirumah...serius menyesal x start awal2...huhu

    ReplyDelete
  29. HIhihi bestnye dapat jadi suri rumah.. Kadang-kadang lebih best suri rumah wlau banyak benda nk kene siapkan and buat. Kalau keje hakiki ni kadang2 stress dia mai memang jdik bosan. Bnyak aktiviti leh buat berbanding yang keje ni

    ReplyDelete
  30. Bila begini, baru kita tau betapa beratnya pengorbanan ibu even bapa kita pada kita adik beradik dulu.Walau masih muda dan belajar dan pada masa yang sama Namee ada anak kecil Namee boleh buat buat itu semua.Congrats Namee! ;)

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum namee, waaahhh right plan. sheila pun duk rumah jaga Adam je.. kerja disebalik laptop :)

    ReplyDelete
  32. Namee..jom tukar pinggang namee..hihi... okay,proud of u namee for ur future life and plan... may Allah bless u namee..muahhhh

    ReplyDelete
  33. wah cita2 tinggi kak namee nie....xpe la kerja di sebalik laptop pun...xde bosan sgt kn dok rumah..smoga ap yg kak namee rncang nnt berjaya yer

    ReplyDelete
  34. Assalam Namee..tahniah preggy lagi..rezeki sekeluarga thn ni kan..

    Memandangkan namee belajar arkitek..kot2 ade kwn yg ade diploma arkitek yg masih cari keje..blh emel akak yer..


    Opis akak tgh cari penolong arkitek gred J29 (kelulusan diploma) tp kontrak setahun la..kot2 ade kwn2 namee yg berminat nak cari pengalaman keje gomen.. work load x dasyat cam pvt sector..keje santai2 jer..and keje pun 8-5 jer..lokasi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Emel akak julsjulie80@gmail.com.

    Tq namee..

    ReplyDelete
  35. Inspiring sangat namee.walau awak muda lagi tapo dah matang fikir.mmg betul ramai nak wahm sebab nak jaga anak sendiri.and me too.

    FAD

    ReplyDelete
  36. Assalam. Heeee.... rasanya kalau saya dah kahwin baru fikir nak jadi housewife. Sekarang ni nak belajar dulu, kemudian kerja capai impian. Maybe nanti nanti kalau ada anak, baru terfikir nak sambung jadi housewife as pengasuh or maid takleh harap sangat kebelakangan ni. Tapi nice to know what you're thinking kak namee. Always out of the box and rational. :) izzahazryna.blogspot.com

    ReplyDelete
  37. At least namee dah nampak masa depan. Alhamdulillah, Allah kurniakan anak yang comel, suami yang penyayang dan kesihatan yang baik untuk namee terus kendong yang dalam perut tu. Apa pun, kita bila ada impian ni kita mesti nak dapatkan jugak kan? Sebab tu, kita usaha. Dari situ kita akan dapat rasa betapa susahnya nak capai sesuatu. Apa pun bersyukur. :) *hug adam

    ReplyDelete
  38. how i wish i can b u...as a house wife huhuhu. i work full time and students during weekend. if i'm u with all the hse chores, assignment, anak n other commitment mmg dh pengsan huhuhu...now u hv inspired me that women can do everything we want...:)
    http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

    ReplyDelete
  39. Dear.. how i wish to be housewife or ade biz sdiri yg blh buat dri rumah je.. ari2 pegi opis ni mesti rindu kat my baby, dayyan.. doakan utk kite jgk ye.. :)

    ReplyDelete
  40. hye kak namee suka baca blog kak namee,,kalau tak keberatan boleh tak share tips macam mana nak jana income dari rumah...saya pun surirumah jugak walaupun tak ada anak lagi..huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...