Thursday, October 30, 2014

Malu Tapi Penting.

Hi

I hampir lupa about Pink month, bulan breast cancer awareness. Sigh. Tetiba teringat pasal Pink month ni lepas pegi pregnancy checkup , sebab kena check boobies untuk detect ada ketumbuhan atau ketulan. Kalau korang rasa , breast check up  tak penting, think again weyhh sebab seumur hidup mesti akan kena lalui. During pregnancy pun akan perlu lalui. I dulu malu lepas tu bila pregnant, nurse selamba "ok bukak baju bra, saya nak cek ketulan and nak ajar cara nak detect kalau ada ketulan" . ok buka baju bra seperti tiada apa2 yang berlaku. omg weyh. 

Say what ! Tapi takpe , malu sekejap je tapi at least sekarang dah berani untuk langkah awal untuk detect breast cancer . Kalau detect dah stage tinggi, susah untuk cure. so lebih baik tanggung malu dulu tapi boleh detect awal. hewww. Plus yang buat check up is nurse wanita....i ada boobs u pun ada boobs ..kita serupa so lets check each other. Eh. bahaaa.

Ok serious . Jangan main2 haippp ! :(

Boleh buat urutan dan detect sendiri then if ada ketulan cepat2 pergi jumpa doctor. Time jumpa doctor tu jangan maluuuuuuuu.





Apa itu breast cancer ?
Kanser payudara adalah tumor malignan yang bermula dalam sel-sel payudara. Tumor malignan adalah sekumpulan sel-sel kanser yang boleh berkembang menjadi (menyerang) tisu-tisu sekitarnya atau merebak (metastasis) ke daerah yang jauh dari badan. Penyakit ini berlaku hampir keseluruhannya di kalangan wanita, tetapi lelaki boleh mendapatkannya, juga. Lelaki pun ada risiko dapat breast cancer.

2) Apakah faktor-faktor risiko yang menyebabkan kanser payudara? 

Faktor risiko yang utama...
• Menjadi seorang wanita 
• Usia yang semakin meningkat 
• menarche Awal (permulaan haid) sebelum usia 12 
• menopaus lewat (berhenti haid) selepas umur 55 
• Sejarah keluarga kanser payudara 
• Sejarah peribadi kanser payudara 


Faktor-faktor risiko yang berkaitan gaya hidup 
•  Tiada anak atau kehamilan lewat selepas usia 35 
• penggunaan kontraseptif oral 
• Terapi penggantian hormon 
• Pengambilan alkohol 
• Obesiti dan tinggi lemak diet 

• tidak aktif fizikal

3) Kaedah Pengesanan dan mencari rawatan yang sesuai. 

• Pastikan bahawa anda melakukan Peperiksaan Sendiri Payudara sendiri setiap bulan. 
• Menggalakkan mereka yang berumur lebih 40 tahun untuk pergi untuk mammogram. 
• Segera berjumpa pakar sekiranya terdapat apa-apa yang tidak normal diketahui semasa BSE atau mamogram. 
• Dapatkan maklumat lanjut dan mencari sokongan daripada kumpulan, rakan-rakan dan 

masyarakat.

4) Apakah kaedah pencegahan yang terbaik? 

Makanan berkhasiat, diet rendah lemak dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko pengembangan kanser payudara. Diet yang tinggi lemak meningkatkan risiko kerana lemak mencetuskan pengeluaran estrogen yang boleh menjana pertumbuhan tumor. 


5) Apakah mitos mengenai kanser payudara? 

Semua benjolan payudara adalah kanser 
• 9 daripada 10 benjolan ini bukan kanser .
• Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda menyemak dengan doktor anda dengan segera jika anda dapati ada benjolan. 

Saya rasa tidak berisiko kerana tidak ada seorang pun di keluarga saya yang menghidap kanser payudara 
• Kira-kira 10% daripada semua kes kanser payudara mempunyai faktor keturunan 
• Oleh itu, yang meninggalkan 90% daripada kes-kes tanpa sejarah keluarga.


Lucky us sebab ada badan2 yang take cancer awareness secara serious. 

Pride Foundation

PRIDE FOUNDATION (Pink Ribbon Deeds) adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 24 Mei 2006 di bawah Akta Syarikat (1965) sebagai sebuah syarikat bukan keuntungan yang berhad dengan jaminan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah. Penggabungan adalah satu penghormatan kepada Allahyarham Datin Paduka Seri Endon Mahmood keberanian, daya tahan dan kekuatan dalam perjuangan menentang kanser payudara.

So marilah beramai  belajar cara untuk detect so that setiap pagi boleh menjalankan misi mencari ketulan. boleh refer di link ini untuk belajar cara untuk menacri ketulan .http://pride.org.my/breast-cancer/breast-self-examination/ 

For more info, boleh visit facebook Pride Foundation

"ok bukak baju bra"...said the nurse dengan nada slumber T_T



Jizanlykl : Prada Lace Murah & Tudung Shawl Chiffon wide size.
Kalau nak beli prada lace, mahal gila kan. Haritu tengok semeter seratus lebih. Teringin nak pakai prada lace, buat baju kurung modern lawa gila. Kan skang tengah trend. Baju kahwin ada jugak orang guna kain prada lace ni pastu tampal2 berlian. Lawa gila. Masalahnya ramai yang jual mahal. 

Tapi tapi finally jumpa prada lace dengan harga berpatutan kat online shop  JizanlyKL  nih. Kualiti tinggi ! Semeter dia jual murah je.  Serendah RM60 je weyh. Tengok corak kain, yang corak high end pun dia jual tak sampai seratus pun harga. Ada lebih 30 jenis lace termasuk macam2 design sequin dan fabrik lain. 

 Ni antara prada lace yang dia jual. Macam2 warna ada ! Pastu dia siap ada jual kain material satin sebab nak match dengan kain lace tu. Prada lace and kain satin sangat2 kena.

Kain lace yang Jizanlykl ni jual. I ada satu prada lace dari Jizanlykl ni, memang lawa n high quality. 

Boleh buat dress jugakk


Pastu dia ada jual tudung jugak. Shawl chiffon side size besar, untuk sesiapa yang suka pakai tudung labuh. Betul2 tutup dada. contoh wide chiffon shawl yang Jizanlykl jual.....
Corak shawl dia lain dari yang lain. 

Banyak kali dah featured in media dah . So far I tengok Jizanlykl ni yang jual prada lace murah secara besaran. Pastu customer memang puas hati , layanan pantas.
Memang nampak mewah . I buat baju kurung modern. nak tunjuk kat sini x boleh la nak pakai..ngandung ni camanooo. nnti dah bersalin i snap photo. okeh.

Prada lace ni lawa, buat baju kurung modern, baju kurung, then lebi2h lace tu actually boleh tampal2 jugak. 

Feature in Utusan Malaysia.


Sekarang ada jualan borong prada lace !!

Sesiapa yang berminat dengan prada lace murah dan tudung shawl chiffon wide menutupi dada....boleh terus ke



                                                                   




9 comments :

  1. huhu..teringat saya kena check dengan doktor lelaki masa kat Jepun dulu (untuk medical check up). tiba2 je doktor lelaki yg muncul n semuanya berlaku terlalu cepat (tapi memang ada nurse perempuan sekali). saya langsung tak sempat nak mintak doktor perempuan pun. terkesima betul dibuatnya.. sadis.

    ReplyDelete
  2. my mum kena breast cancer.. dapat detect melalui pemeriksaan yang macam tu la... time check up nurse detect ada ketulan sebesar duit syiling 50 sen.. dah stage 3b.. sel kanser yang jenis agresif... pemeriksaan ni sangat penting untuk semua golongan wanita.. satahun sekali just go mana mana klinik kerajaan buat check up..

    ReplyDelete
  3. Kakak ipar meninggal last year diragut breast cancer ni.
    Tak sedar..alih alih...dah stage 4...
    Sedar masa angkat tangan kanan nak capai benda yang tinggi...rasa sakit kat ketiak...
    Ketulan tu boleh dirasa bila angkat tangan tinggi tinggi je...
    Pergi hospital...hospital korek sampel sikit....
    Dan sahkan adanya sel kanser...
    Dalam masa 2 tahun...terima pelbagai jenis rawatan...kimoterapi...radioterapi...tp akhirnya kecundang juga....sbb kanser tu lebih awal mengganas ke paru paru dan tulang.

    ReplyDelete
  4. Kihkih me too me tooo.malu weyh.pastu buat pap smear pun sama.mujur la nurse/doc pun cepat jer buat kan.mihmihmih.

    FAD

    ReplyDelete
  5. betul.....malu tapi pentingggg

    ReplyDelete
  6. masa pertama kali check dulu memang malu..rasa nak marah pun ada sebab ada je nurse kuar masuk bilik tu..terpikir.."dia ni nak curi2 tengok ke>>"ekekke

    ReplyDelete
  7. prevention is better than cure kan? malu terpaksa tolak tepi.. huhu

    ReplyDelete
  8. haah bab malu tuu...masa bersalin ank no 2 ada ketulan timbul kat bawah lengan..gi klinik doc laki die pun cam malu soh nurse check..bg antibitiotik lepas 3 hari hilang..klo x repeat die lak check..huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...