Tuesday, October 7, 2014

Resepi Brownies Nutella !

Hi

Ye, recipe kat blog ni memang yang paling senang sebab I suka makan benda yang senang nak buat aje. Hari ni mari lah pula belajar cara buat brownies. Brownies memang akan rasa kelat2 chewy sikit. enak dinikmati bersama ice-cream perasa vanilla. So brownies version ni hanya guna 4 bahan saja. Tahu recipe ni lepas ada kawan wassap gambar 3 bahan tuh . thankiu uolss.

Mari buat untuk suami dan anak2 minum petang. Nak buat untuk candy buffet ke , makan sendiri pun takde masalah sebab nak buat nya senang sangat. Dah jangan banyak bunyi lagi, mari lah terus ke recipe. 

Bahan- bahan mudah yang  pergi kedai mesti ada. mihmih

4 bahan .
-Nutella 200 gram ( i beli yang 375 gram tu terus, lebihan buat topping ok)
- 8 sudu size sederhana (bukan sudu besar ) tepung gandum
-2 biji telur
- 4 sudu susu pekat manis ( I memang genetik kencing manis, suka makan manis.If u guys nak skip bahan keempat ni pun takpe cumanya brownies nanti takde rasa manis. Coklat aje..bosan )
- cup kecil. nak guna cup besar pun boleh tapi kecik2  lg sedap makan.




Step 1
Nutella + 2 biji telur + mangkuk dan garfu



Tuangkan sekali nutella dan 2 biji telur dalam mangkuk. Gaul sampai sebati. Gaul guna mixer lebih cepat tapi kalau tahap pemalas macam I ni malas nak keluarkan mixer dari kotak almari lepas nanti nak cuci berselirat coklat kat besi mixer tuh. so I gaulkan guna garfu je tapi tangan lenguh lah pastu. hahah. Nak keluarkan mesin mixer dari kotak almari malas tapi gigih pulak gaul guna tenaga tangan. Hmm tak faham. hormon mengandung kot. gahaa . Tebiat sangat.

Ini hasilnya. Lenguh tangan haku. Kalau guna mixer kan sonang. 




Step 2
Campuran sebati nutella dan 2 biji telur tadi + 4 sudu susu pekat manis. Then gaul sampai sebati.




Step 3
Masukkan tepung..sikit demi sedikit sambil gaul sampai sebati. Hingga lah habis 10 sudu tepung tadi tuh.

Gigih gaul 10 sudu tepung tadi. Lenguh tangan. Em bab ketiak takyah cerita ahh. hahahh.

Taddaaa ini hasilnya !




Step 4
-Masukkan adunan ke dalam cup cup kecik ni. Masukkan adunan 3/4 penuh saja sebab nanti bil bakar kan kembang.



Step 5
Bakar dalam suhu 200 darjah , api oven atas bawah. Bakar selama 15 - 20 minutes. bab ni depends on oven masing2. Kena rajin cucuk2 la brownies tu dengan lidi. Kalau cucuk then takde apa2 yang melekat pada lidi..maksudnya dah masak yeayyy. Cuba bakar satu biji dulu untuk eksperimen. bila dah confirm, then baru masukkan satu loyang dengan dan bakar dengan timing yang tepat.
Dapat dalam 50 biji lah. Rangup kat atas dan chewy di dalam. Ya itulah brownies namanya.




Dah boleh makan. Rasa dia rangup kat atas...and lembut chewy2 di dalam. Cubalah !



Ideas for topping..
-Boleh hias dengan coklat nutella and letak kacang cincang
- boleh letak ice-cream perasa vanilla. / potong brownies cincang dadu then masukkan dalam ice-cream pun boleh.
- buat topping cream cheese dan hiaskan dengan buah.

I tak buat topping. Tak sabar. Ngapp terus. Tapi kalau untuk majlis or candy buffet majlis ke...hias lah. 3 ideas I bagi tuhhh. 


Toodles :)


     
Qeesyaincloset : BREASTFEED FRIENDLY DRESS !

Ye tahu. Susah kan nak cari baju yang breastfeed friendly. Campaign breastfreed anak kat hospital kemain pumpampumpam tapi yang jadi susahnya nak cari baju yang senang untuk menyusu. Baju yang bila tengah menyusu anak tapi takde siapa yang tahuuuuu. Mysterious. . kekekke. 

I pernah tengok ibu yang breasfeed kan anak yang terpaksa selak blouse / tshirt yang dipakai untuk menyusukan anak. 

I pernah tengok ibu yang breasfeed kan anak sambil bersila2 kat ceruk2 kosong untuk menyusukan anak.

I pernah tengok ibu yang breasfeed kan anak , terpaksa cover anak dengan handbag atau tudung. 

Kesian kan? Paling2 pun cover dengan kain yang dijual khas untuk breastfeed but still for me nampak x proper. Baju yang breastfeed friendly jugak yang terbaik. Bila anak nak menyusu, boleh selak je atau buka zip. Besar pahala menyusukan anak plus susu ibu susu terbaik.

Good news untuk ibu2 yang menyusukan anak, Qeesyaincloset kan adooo ! Ni antara baju breastfeed friendly yang diorang jual.  
Eh boleh pergi kenduri ni bawak anak.

Eh boleh pergi event besar2 ni bawak anak.



Yang bagusnya koleksi qeesyaincloset ni, design dia memang khas untuk pergi office, event , kenduri kahwin ka. so takyah risau nak usung anak sekali gi kenduri kekeke

Yang penting concept dress qeesyaincloset ni modest and affordable !

Bila pakai baju breastfeed sambil nyusukan anak, orang tak sedar pun kita tengah nyusu. So boleh makan dengan aman n anak pun gumbira sebab perut kenyang. Selesai masalah. Takyah cari ceruk dah nak menyusu. mihmih

Ok boleh beli dari instagram http://instagram.com/qeesyaincloset




16 comments :

  1. tq for sharing..pasti dicuba.nampak sungguh menyelerakan. salam perkenalan dari saya.

    ReplyDelete
  2. uwarghhhhh... tempting sgt bila tgk.. kena buat ni.. punya senang cara nak sediakan..

    ReplyDelete
  3. Yeay ...boleh la ayu cuba nanti namee.. terutama mak mak yg bz memanjang ni..elok sgtlah tu...tq for sharing mebeles easy peasy recipe..

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Assalam namee,
    dah lama sha baca resipi nutella ni tapi tak dapek2 nak coba lagik he3....
    ni nengok dlm blog namee pulops...dah teringin nak buat pulops he3..
    anyway salam perkenalan yer.. jemputla singgah blog sha :)

    ReplyDelete
  5. Simple nye Namee. Boleh buat la lepas ni, Hahaha. Iday maybe tak letak susu manis tu sebab tak suka manis. hehehe.

    Thanks Namee. hehehe :)

    ReplyDelete
  6. nampak senang je resepi2 yang sis share,hehehe

    ReplyDelete
  7. hari tu tengok dalam drama astro Manis, last ep dia tunjukkan resepi nutella ni tapi lebih complicated sikitt je. tapi yang ni.. memang simple dan mudah sangat! terima kasih berkongsi kat sni.. *moodnakmakan*

    http://hzinnirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Ok..serious ni sangat senang! Kalau tak cuba lagi tu bukan sebab taktau..tapi sebab malas 😝
    Tq for sharing namee!😘

    www.safrizaazwani.com

    ReplyDelete
  9. easy peasy a piece of brownie... i loike. nanti akak nak buat jugak versi namee ni la.

    ReplyDelete
  10. I like... look very yummy... nanti kena try...

    ReplyDelete
  11. wahhhh. senang je nak buat brownies nie. Ahazzxx

    Macam nak try buat, tapi tak tahu bila heheehe

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum sis...
    sy nak tanya kalau sy xbakar tp kukus blh x ye??
    nk buat tp oven rosak lak...

    ReplyDelete
  13. Emm yummy...pkai tpung gandum ble tak..??

    ReplyDelete
  14. ini hari juga ku buat....barang semua sentiasa ada dalam peti yeay....

    ReplyDelete
  15. Nak tanya, nutella tu guna berapa bnyk ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...