Saturday, October 18, 2014

Spritzer Icon 2014

Hi

Woah woah, sebulan tertunggak untuk update pasal. (sebenarnya macam 2 bulan) Malas nak update tapi perlu update sebab antara kenangan manis selama blogging. Jadi perlu update. Woahh malas tapi perlu. See berapa kali dah ulang perlu. Terima kasih Spritzer sebab sudi pilih remaja kertu mengandung ini untuk jadi Spritzer Icon sempena sambutan birthday Spritzer yang ke 25. Eh masih remaja rupanya. Eh dah 3 bulan tertunggak pun update pasal nih. Sebab masa jadi Spritzer icon ni , sudah 3 bulan mengandung. Sekarang sudah 6 bulan mengandung. 

Pagi2 lagi dah keluar sebab calltime untuk photoshoot is pagi. Pulak kat area Bukit bintang, Farenheit yang dah buat baru . Setelah sekian lama tak jejak ke sana, (tak pernah jejak pun rasanya) . Rupanya studio terletak di celah2 lorong bangunan yang masih sedang construction. T_T



So the theme , save the environment as Spritzer kan selalu bergerak dengan campaign sayangkan alam sekitar. Ingat tak campaign Spritzer yang kitar semula plastik botol minuman ? Lepas minum, kemekkan botol tuh. Posing atas ni konon2 tengah pegang botol lah padahal hanyalah sekeping kertas berbentuk botol. hewheww.

Masa mula2 tak tahu pun celebrity mana yang terpilih untuk join sekali campaign nih. Lepas tuh, sampai2 kat studio nampak lelaki nih. Macam ku kenal lelaki ini tapi tak tegur pun. Tapi tapi tapi bila dia bersuara, eh semakin ku kenal suara mamat ini. Then Isham pun macam terpinga sebab sungguh familiar suara mu.

Lerrr rupanya Zulkifli Bujang, pengacara Selamat Pagi Malaysia RTM 1 and pembaca berita RTM jugak. Setiap pagi menonton Zulkifli Bujang sebab husband sellau buka pagi2. lol
Orangnya humble ya walaupun success di usia yang agak muda. I tak tahu lah umur dia berapa tapi kalau near 40 dengan kerjaya dan asset yang dia ada sekarang....agak berjaya lah for me. stay humble ok ! 

Eh lepas tu Alam Wakaka pula muncul di hadapan studio. Eh Alam ada sekali. Alam macam biasa, penuh dengan stamina. Posing dia semua menari. Posing paling power antara kami semua. Selalu tengok dalam tv je Alam ni dengan bakat menari dia...kagum sungguh.


Oh ni perlu caption juga ke ? Ruby and Bro Framestone...blogger2 yang dah ku kenal dah. hewheww. 

Sebenarnya photoshoot itu hari untuk celebrate harijadi Spritzer yang ke 25 dan kami antara yang terpilih untuk berganding bersama2 top celebrities lain jadi Spritzer icon. Ada Amber Chia, Sazzy Falak, Datin Winnie Loo ( owner of A cut Above salon, Alam Wakaka, Zulkifli Bujang dannnnn ada lagi 10 orang lagi rasanya heww)



acah2 sign . Pen dah habis ink pun. Jenuh goncang2. 

Newspaper ads. Cari mana dahku. heww


Hijau tapi bukan Shrek.

By the way, happy birthday Spritzer ! Semoga terus success and campaign save the environment diteruskan ! heww


Toodles 

     
AIRISH MIRACLE

Kami sudah berkongsi dengan anda tentang ekstrak Hemma Sakura yang menjadi dua bahan utama AIRISH MIRACLE sebelum ini.
Pada kali ini, kami paparkan pula ramuan berkhasiat lain yang diadun dalam produk ini bagi menyerlahkan kulit lebih sempurna, bersinar dan anjal.

EKSTRAK ASLI BIO LEMON
Diekstrak daripada pati buah lemon, air tulen yang terkandung dalam buah ini memberikan khasiat penting pada kulit wajah. Ia memastikan afiniti bio kulit menjadi sempurna dan menyerlahkan kulit seri wajah.
EKSTRAK AKAR PUNARVA
Melavoid yang diperolehi daripada akar tumbuhan Boerhaavia diffusa atau dikenali Boeravinone, adalah agen pencerah semulajadi yang menjadikan ton kulit lebih sekata, mengurangkan pelbagai jenis bintik pigmentasi-hiper pada wajah dan terbukti secara klinikal selamat pada kulit wajah orang Asia.
EKSTRAK BEARBERRY
Alpha Arbutin yang diambil daripada dedaun tumbuhan bearberry menyerlahkan ton lebih terang dan sekata pada semua jenis kulit. Ia juga adalah agen kecantikan yang diperakui luar biasa untuk memiliki wajah lebih cerah.
EKSTRAK WITCH HAZEL
Ekstrak daripada ranting dan kulit pokok Witch Hazel ini bertindak sebagai agen anti-keradangan untuk memperolehi ton kulit lebih sekata. Ia juga meminimakan liang pori dan mengekalkan kelembutan serta keanjalan kulit.
EKSTRAK YIS
Pitera yang dihasilkan daripada ekstrak yis masam adalah adunan pelbagai vitamin, asid amino, asid organik dan mineral. Adunan ini membolehkan proses  keremajaan kulit berfungsi sepenuhnya dan merangsang pembaharuan lapisan luar kulit wajah.
AIR TULEN OSMOSIS SONGSANG
Air tulen atau ternyahion yang suci dan bersih menyerlahkan kulit wajah yang bersih, lebih cerah dan lembut.
Dapatkan set anda dan alami keberkesanan AIRISH MIRACLE dengan menghubungi 019-2222 696 atau 012-626 2956 sekarang.
1. Set Airish Miracle Premium (RM299)
Mengandungi: Pencuci (60ml), Penyegar (100ml), Serum (30ml), Pelembap (30ml) dan Pati Hemma Sakura (60ml).
2. Set Airish Miracle Signature (RM80)
Mengandungi: Pencuci (15ml), Penyegar (15ml), Serum (15ml), Pelembap (15ml) dan Pati Hemma Sakura (15ml).
Ikuti kami:
Instagram - @airishmiracle
Facebook - Airish Miracle Official
Web - www.airishofficial.com




6 comments :

  1. Namee!! Akak silent reader namee..bila nak post DIY seluar biasa jadi seluar maternity ni? Akak tak preggy tapi perut je macam preggy..nak tunggu susut macam takkan berlaku.terpaksa la alter seluar lama ni..post asap ye namee!! Tq..sayang namee..hehehe..

    ReplyDelete
  2. syoknya jd namee....teringin nak pegi event2 nie semua...huhu

    ReplyDelete
  3. errr..Amber CHINA??? Amber Chia ... hikhikhik :P

    ReplyDelete
  4. Suka tengok Namee... dah la cantik, makin berseri2. happy birthday SPritzer.

    ReplyDelete
  5. cayalah akak..dalam pada mengandung still boleh jadi model...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...