Monday, November 3, 2014

Kenapa Perempuan Selalu Rasa Hodoh ?!

Hi..

Saya dapat email keluh kesah dari seseorang. Macam mana nak jadi cantik, macam mana nak buat kalau suami suka bandingkan diri dengan artis..macam mana macam mana....

Salah satu sebab perempuan jadi kurang keyakinan diri. Hari2 tengok tv, tengok majalah tengok artis. Semua nampak cantik nya, putihnya, flawless nya. Padahal semua tu makeup trick saja. Bukan kata semua artist tu semua huduh, cumanya kecantikan tu dah di enhance kan dengan makeup dan cahaya camera sebab tu nampak berseri. 

Bila diri sendiri yang bukan celebrity tengok diri depan cermin, rasa sungguh huduh. Bibir pucat, pipi pale, rambut kepek tiada kepok2, hidung kembang setaman, kening botak, mata tak menawan. logik akal, nak duduk kat rumah je pun tambah pula penat buat kerja rumahtangga. Semuanya nampak serba serbi tak kena bila dibanding dengan orang dalam kaca tv dan paparan majalah. hewwww

I know sebab saya pernah rasa saya huduh dan tak berwarna. Tapi sejak rajin terlibat dengan photoshoot, then baru tahu rahsia sebenar lalu terus kurang rasa huduh. The power of makeup tools.

Bibir pucat boleh calit lipstick. Paling cikai pun boleh apply lipbalm berwarna ikut warna darah

Mata kuyu, boleh pakai contact lens.

Rambut kepek, bila di blow guna hair dryer, boleh jadi kepok2.

Hidung penyek boleh guna kaedah highlight tulang hidung untuk tampak mancung.

Kening botak, boleh dilukis dengan gaya natural.

Pipi kusam boleh dihiasi dengan pemerah pipi.

Kalau partner suka sangat admire artist dan membandingkan anda yang kelam kelibut dengan hal rumah dengan manusia dalam kaca tv.. Nahh, tunjuk nih sambil berkata 


"nah abang tengok nihhh!"





Eh Kim K...

Kita semua serupa.


Betapa power nya kuasa makeup. Even kalau i sendiri makeup tipis , ada lipstick dan lentikkan bulu mata pun dah nampak impak manis. hewheww.


Makeup tricks. Mata sebelah di apply eyeliner. 

Tips untuk tampak mata besar :
- apply eyeliner di atas kelopak mata dari tengah ke hujung buat kan lentikan.
- di bahagian bawah mata hanya apply separuh n halus saja.
-apply mascara untuk nampakkan mata brighter.
Impak...mata nampak besar bila apply tricks eyeliner camtuhh. Sebelah mata lagi i tak apply eyeliner and mascara...so beza kan ? 



Diri sebenar...


"nah abang tengok nih !"

Kita semua natural beauty. Tapi semua kita bila bangun tidur muka huduh tapi huduh2 itu lah yang dipanggil natural beauty. bukan dah apply mekap dipanggil natural beauty.



Jadi kenapa perempuan selalu rasa hodoh ?

Sebab kita kurang terdedah dengan tips n tricks dan penggunaan makeup saja. Lepas tuh suka admire kecantikan artist lebih2 padahal disebalik makeup pun mereka serupa kita. hewhew.  99% of us ada dark circle tapi boleh tutup dengan concealer saja. hewheww.

toodles.



FMG Lifestyle Collection

Banyak yang berniaga tudung tapi kebanyakan nampak sama walau tak serupa tapi nampak sama. Tapi collection tudung dari FMG Lifestyle ni tak sama dengan sesiapa. Baguih. Pergi mana takde yang Eh macam tudung aku.

tak percaya cuba tengok sendiri...hewhew





TUTORIAL HIJAB pun ada !

Semua design ada kualiti dan nama tersendiri tapi dalam masa yang sama sesuai dipadankan untuk apa2 occasion. Tapi masalahnya koleksi FMG Lifestyle ni cepat betul dia sold out. Benda cantik dan murah memang cepat licin.

Setelah diteliti, semua harga tudung collection fngseven ni sangat murah walaupun kualiti mahal. 

Boleh tengok banyak lg design dan produk kat website 

Siap ada jual qcase lagi . Tau tak qcase tu apa.....? Ini dia..
Selalu balik kedai, beg plastik bersepai2 kan . Pastuh sumbat ke dalam laci ke mana2 tapi bila nak guna plastik tu untuk buang sampak...bersepai2 lah keluar gerombolan plastik dari laci. Hah guna qcase ni senang !

Sumbat je semua plastik dalam sarung qcase ni pastuh gantung je. Tiap kali nak plastik, tarik2 je ala macam dalam kotak tarik tissue tu. hewhew.

Creative betul owner FMG Lifestyle ni. Macam2 produk dia reka and jual.

Boleh terus ke web http://www.fngseven.com/

                                                      


17 comments :

  1. Tak melampau sangat ke rupa sebenar gambar paling bawah tu? Mcm terlebih mekap je.. hihi

    ReplyDelete
  2. Tak melampau sangat ke gambar rupa sebenar tu? Mcm terlebih mekap je.. hihi

    ReplyDelete
  3. bangun2 tido mukak kak limah gerun juga hahaha

    ReplyDelete
  4. Betullah namee..hik hik... retis msk tv mesti cantik...cer g rumah die..huhu... :)

    ReplyDelete
  5. Yes totally agree! It's all because of make up...

    ReplyDelete
  6. kdg2 dh apply makeup pn till rsa hodoh lagi...acaner tu

    ReplyDelete
  7. biar huduh asal sihat... once sihat especially dalaman otomatik akan terserlah kecantikan luaran, berseri2 terlajak cantik lak japgi hahahaha. Alaaa kalau pasangan tu suka banding, bak sini duit sekepok pi salon make over kalah artis, sanggup? Cakap jer tak guna bang. hahaha

    ReplyDelete
  8. julia robert make up ngan tak make up sama ja huduh..haha..tp namee segak la..:-)

    ReplyDelete
  9. betul tu..kita terlalu banyak tengok wjah orang lain berbanding wajah sendiri..sepatutnya bila tengok orang cantik,tengok la jugak macam mana nak jadi cantik macam tu..cuba la guna alat makeup yang ada..ni asyik melangut je,lepas tu berangan memang tak jadi apa la..dok rupa hantu kak limah le jawab nya..hahah

    ReplyDelete
  10. nameer memang lawaks, gambar last tu kesian :P


    www.sitinaimah.com

    ReplyDelete
  11. nice entry kak namee! sokong sokong.. eheheee...

    ReplyDelete
  12. biar betul mak limah? huahua.. entri yang bagus namee :)

    ReplyDelete
  13. knapa xnk pakai tudung ye? pnah bca dlm entri dlu,husband awk slalu solat di masjid..lg cntik klau pkai tdung..

    ReplyDelete
  14. Aku rasa setiap pagi lepas bangun tidur mula mula aku tengok cermin hari hari aku kata cutenya wajah aku ni walaupun wajah eeeemmm tak tahu nak kata apa...tapi yg peliknya asal keluar rumah ada orang kata muka aku ni macam agnes monica..pastu sakut paut pulak dgn artis kpop..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...