Friday, December 19, 2014

OOTD : Earthly Mode

Hi

Paling selesa pakai baju collection dari HiDY and Cipela Shoes. Even sedang sarat and berat dah cecah 62kg but I can still fit in. hewheww. Nasib baik lerr baju HiDY punya fitting memang sedap gila pastuh memang target dia bukan untuk kurus je tapi plus size sekali. So iols yang mengandung ni pun boleh ahh. hewheww.


Top from HiDY and shoe from Cipela Shoes








Top from : HiDY Collection
Shoe : Cipela Shoes

Hari Khamis minggu depan on 25 th December 2014 akan ada sale event yang gila2 sale up to 80% and ada 'FUKUBUKURO' . Tu bahasa Jepun lah tapi kalau dalam bahasa english is LUCKY BAG !! 110 lucky bag je disediakan ! very limited !! Saja je deme ni buat limited lucky bag nak bagi orang menggelupur. behee

Lucky bag ni best gila. Satu baju dan satu kasut akan diletakkan dalam lucky bag tu tapi lucky bag tu misteri ahh. Korang taktahu apa isi kandungan dia. Kira macam surprise tapi hanya size je diberitahu ! Contoh lah kalau lucky bag tu harga RM80 tapi items yang korang dapat tu jauh lagi mahal. Nasib2 untung badan lah ! Yang sale plak memang up to 80% ..so baju boleh dapat dengan harga serendah RM20 je weyhh. Mana nak dapat baju yang design sendiri n limited edition harga RM20. nanges.

Address : HiDY boutique store: No.46, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati 53100 Kuala Lumpur.

Phone no : +6 01338 01338




---------------------------------------------------------------------------------------------
AIRISH DI WANITA HARI INI


PENCARIAN PENGEDAR RASMI DAN KEMUNCULAN AIRISH DI WANITA HARI INI, ISNIN 22 DISEMBER 2014, 12.00 TENGAHARI
Apabila bercakap tentang konsep ‘fashion cosmetic’, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud di sebalik konsep itu kerana ia bukanlah satu idea yang biasa didengar dalam industri kosmetik mahupun fesyen sendiri.
Baru-baru ini, industri kosmetik dan fesyen tempatan dikejutkan dengan satu pembaharuan yang dibawa oleh satu jenama baru dalam dunia kosmetik tempatan, AIRISH Fashion Cosmetic, yang memperkenalkan satu revolusi berbentuk penyatuan idea fesyen dan kosmetik pada koleksi produknya.
Pembaharuan yang dibawa oleh Airish Fashion Cosmetic ini adalah ilham kreatif yang dilahirkan oleh Dato Aizuddin Ghazali, Presiden AIRISH Global Sdn Bhd,  bersama isterinya Datin Jannatul Iza, iaitu Pengasas AIRISH Fashion Cosmetic.
Matlamat mereka hanya satu iaitu untuk menjadikan AIRISH berbeza daripada jenama-jenama kosmetik yang lain.
Konsep ‘fashion cosmetic’ ini juga ternyata diterima baik oleh para penggiat industri fesyen tempatan, yang menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerjasama dengan AIRISH melalui pelbagai kerjasama strategik dan kreatif.
Penghasilan koleksi produk AIRISH adalah produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi ekstrak batu mineral Hematit dan esen bunga Sakura juga ternyata membuahkan hasil yang positif daripada segi hasil jualan.
Selepas hampir 6 bulan berada di pasaran, hasil maklum balas positif daripada pengguna terutamanya di ruang media sosial berjaya menarik lebih banyak minat pengguna produk lain untuk mencuba produk AIRISH.
"Kami berasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT apabila produk AIRISH dapat diterima dengan baik oleh para pelanggan."
"Adalah menjadi matlamat utama kami untuk menghasilkan kualiti produk yang terbaik, dan kami sentiasa mencari ruang untuk berinovasi dari segi kreativiti dan kualiti produk untuk membawa jenama AIRISH ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di peringkat antarabangsa," kata Dato’ Aizuddin.
AIRISH MIRACLE Skincare Set dan Glamorous Fuchsia adalah dua produk utama AIRISH yang kini berada di pasaran sejak Jun 2014.
Hasil pemerhatian mendapati perubahan positif dialami oleh kebanyakan pengguna AIRISH, yang turut berkongsi pengalaman baik dan testimoni mereka dengan pihak AIRISH melalui laman Instagram @airishtestimonial.
Perkongsian pengalaman menggunakan produk AIRISH ini turut diperkuatkan lagi dengan beberapa gambar ‘sebelum’ dan ‘selepas’ yang dikongsi oleh para pengguna, menunjukkan tindak balas positif produk itu selepas digunakan secara berterusan.
Hasil jualan yang baik dan maklum balas positif pelanggan ini menjadi pendorong utama kepada Dato' Aizuddin dan Datin Jannatul Iza untuk memulakan program pengedar rasmi AIRISH di setiap negeri tidak lama lagi, demi untuk melebarkan lagi sayap AIRISH ke seluruh pelusuk tanah air.
Program yang dijangka bermula pada Disember 2014 ini dilihat sebagai salah satu inisiatif bagi pihak AIRISH untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran tempatan sebelum meneruskan usaha menembusi pasaran antarabangsa.
"Kami bukan sahaja ingin berkongsi kebaikan produk AIRISH bersama para pelanggan, malah kami juga ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AIRISH."
"Kami ingin mencari individu atau syarikat yang berminat untuk bersama-sama berjuang bersama kami untuk membawa AIRISH ke peringkat lebih tinggi.
"Ini adalah peluang terbaik untuk kita sama-sama dapat membina satu aspirasi perniagaan yang julung kalinya memperkenalkan konsep ‘fashion cosmetic’ yang belum lagi diusahakan oleh pihak lain," kata Datin Jannatul Iza.
AIRISH Fashion Cosmetic, diwakili oleh Pengasas AIRISH, YBhg Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal, dan duta rasmi Noor Neelofa, buat pertama kalinya akan muncul di dalam rancangan Wanita Hari Ini pada hari Isnin, 22 Disember 2014, jam 12.00 tengahari untuk bercakap lebih lanjut mengenai keistimewaan produk AIRISH khas buat penonton TV3.
Datin Jannatul Iza juga akan berkongsi mengenai pencarian pengedar rasmi AIRISH, dan juga kemunculan pasukan AIRISH yang bakal turun padang bertemu pelanggan di Vendeur Festival pada 27 dan 28hb Disember 2014, bertempat di Menara Matrade, Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pengedar rasmi kepada AIRISH Fashion Cosmetic, atau ingin mendapatkan butiran lebih lanjut, anda boleh terus menghubungi AIRISH seperti berikut:
Talian Airish Sales Hotline:
Pejabat: 03-3343 5003/ 7003/ 9003
Talian Mudah Alih: 019-2222 696/ 012-6262 956



24 comments :

  1. Uish.. Kalau tengah mengandung bukan bahaya ke pakai high heels? Apapun, moga Allah beri perlindungan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah im not that stupid. Pakai untuk tangkap gambar je. Of course sakit belakang.

      Delete
  2. amboiiii mama orang ni makin lama makin cantik...=D

    ReplyDelete
  3. dah lama ikut blog kak namee dr xde blog sampai ada. dr sebelum kwen dan skrg tgk kak namee full frame sbg mak buyung ^^ tetap anggun. kasut tu mmg menguji dugaan poket akhir tahun ni T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zinnirah..terima kasih sgt sbb sudi ikit blog.ni. sy pun x ingat apa yg sy tulis dr dulu n smpai skang. Apa2 terima kasihhh sgt. Kiss kiss

      Delete
  4. Berseri2 nasi. Ni mst bbygirl ni hihihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kyla..baby boy. Kita muka mcm kak limah je kalau cabut lipstick tuh. Hehe

      Delete
  5. Makin berseri Kak Nameeee. Suka tengok.

    ReplyDelete
  6. berseri-seri sis Namee.. i loikeeee... :)

    ReplyDelete
  7. berseri-seri glowing la kak namee ni! cantikk as always ;)

    ReplyDelete
  8. lawanya kak namee.....suka tgk namee pnya ootd

    ReplyDelete
  9. muja lmbt kenl blog namee.. tp sjak kenal.. rasanya tak miss lagi entri namee dri yg first entri.. kecuali yang advert.. tu pn bnyk yg baca sekali.. hehehe.. cntik je lg namee.. berat muja 62kg sedg mj tak kawin lagi.. lg seram.. sobsss

    ReplyDelete
  10. Baru kenal blog namee.. Owh.. Ini owner nya.. Cantik je walau tgh sarat.. Semoga dipermudahkan bersalin.. 62kg time mengandung ok la.. Bersalin terus hilang 10kg..tolak bby, tolak air.. Slim terus..

    ReplyDelete
  11. Cantek Namee! seri orang mengandung..i berat skrg pun lebih kurang namee tapi ada lemak je..hewhewhew :D

    ReplyDelete
  12. kak name,brape harga baju tu?ade bawah 100 tak?

    ReplyDelete
  13. cantek baju kak name,brape harga tu?ade bawah 100 x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...