Tuesday, December 30, 2014

Pembantu Indonesia ku.

Hi

Since I dah 34 weeks (now nak masuk 38 weeks) , memang tak larat dah nak angkat benda2 berat. Sekarang pulak kalau makan pun dah mula pedih ulu hati. Lepas makan je mesti pedih dada, pastuh macam keluar cecair panas. Macam nak muntah tapi kalau telan balik haruslah jadi Badang kan tetiba gagah perkasa. Tapi blerghhh makin lemah je skang ni. Kalau kerja rumah yang tahap ringan2 cuci pinggan , lap2 tu boleh lagi tapi kalau tahap nak angkat baldi mop penuh air tu memang tak larat dah. Pegnancy kali ni agak lemah kalau compare dari previous pregnancy. 

Pregnancy dulu brutal sikit. Dah nak due pun masih boleh angkat bakul baju berat2 tak rasa apa lagi. Sekarang no way, kang rasa luka ceaser haritu denyut2 pedih. Tapi tak tahan kalau tiap minggu biarkan rumah tak bersapu n mop. I dont like nanti nampak tak berkilat. So panggil Indonesian helper je. Nasib baik lah ditemukan dengan si Sofi ni. Pandai buat kerja. So like everytime dia kemas satu rumah, dia cas RM50 je. Tapi segala pelosok rumah lah dia geledah. 

Kipas2 semua dia lap, cermin segala dia lap, carpet angkat jemur luar. Kalau iols carpet tu takat vakum jela. haha takde gigih nak angkat carpet berat tu sidai kat luar. Tak larat . Kabinet2 dapur habis dia selongkar semua and lap dalam kabinet segala. Gila gigih si Sofi ni. Tak payah suruh tapi dia pandai cari kerja. Sorang pulak tuh kerja dari kul 8 pagi sampai pukul 6 RM50 je tai kitorang selalu bagi RM100. Itupun selalu dia xnak extra RM50. "Apa ni kakak banyak sangat ni, Sofi sini kerja ikhlas mau bantu sama kakak". Sampai I tarik seluar dia selit sampai masuk spender. haha

Sofi ni famous lah sebagai pengemas paling hebat kat sini. Pelakon India Kenchana Dewi pun panggil dia ,siap booking 10 malam tiap bulan untuk kemas umah. Memang Sofi ni terror gila bab2 kemas .Susah nak panggil Sofi ni, semua orang nak guna khidmat dia. Berebut2 we olls. Satu lagi sebab dia jujur.

Tak payah suruh, tahu2 dah settle segala benda. So haritu minta tolong si Sofi ni tolong susun2 barang and alih perabot sikit untuk siapkan bilik baby. MAsa tengah kemas2 tetiba Sofi panggil..

Sofi : Kakak, Sofi letak ini di tingkat bawah ya ?! 

referring to this..
mesin jahit mini baru beli kat Lazada. Belum sempat bukak lagi, simpan tepi meja je.



Me : Em takyah la Sofi. Biar jela situ. Takpe.

Sofi : Iya ke kakak ? Takmau bawak turun ?

Me : *geleng- geleng*

---------------------------------------------------------------------

After 2 jam..

Sofi : Kakak , sofi bawa turun ya ini ?

Me : Takpe Sofi. Biarkan saja di situ.

Sofi : *garu-garu kepala* Iya lah kak.

---------------------------------------------------------------------------

After 1 jam...

Sofi : Em ini patut letaknya di bawah sana. Mahu kasi kemas di atas.

Me : *blur* Takpe Sofi yang itu Sofi letak aja di atas. Saya mau guna nanti.

Sofi : *weird face*

-------------------------------------------------------------------------------

After 30 minit

Sofi : Sofi mau tanya la kakak,,

Me : tanya apa..?

Sofi : Kakak segan sama Sofi ke ? 

Me : Hah kenapa Sofi tanya camtuh ?

Sofi : Iyalah, Sofi mau angkat kotak itu kakak tak bagi, akak jangan segan2 sama Sofi. Tak apa, Sofi udah biasa angkat2 barang berat kat ringan ka semua Sofi bisa angkat.

Me: *weird face* haaaa.


Pelik weyh apehal Sofi ni berkenan naa nak angkat kotak mesin jahit yang iols baru beli dari Lazada tuh. Berkali2 minta izin nak bawak turun bawah. Nak letak kat mana mesin jahit tu. Dia nak hias letak atas meja ke apa. Terus tanya balik..

Me  : Sofi mahu simpan di mana tu ?

Sofi : Iyalah tempatnya di dapur ni buat kuih...

Rupanya dia ingat mesin jahit tu.....


mixer nak bancuh adunan cake. 

T_T 

*patutlah beriya nak bawah turun bawah kat dapur*







76 comments :

  1. punggah!!!... hahahha bikin ribut aja ini maid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sofi kelakar. dia baya saya aje umurnya.

      Delete
  2. hi.. boleh tak nak dapatkan no contact sofi tu.. nak upah dia jugak.. sbb selama ni tak berani nak panggoil helper datang rumah macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. em so far ssh la nk cari yg boleh caya tp sofi xmau la. sy dah tanya. dia available area seremban 2 saja.

      Delete
  3. nak sofi jugakkk!!..haha..siyesly nak no contact ni...plis plis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry. sofi xmahuu. sebab dia kata pack sgt. sy pun xberani nk bg no phone dia. hehe

      Delete
  4. Ye..nak contact dia jugak..i pn dah 33 weeks. Area mana je dia buat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya sofi dah. dia busy.dia belum ready nk buka lagi. dai seremban 2 saja.

      Delete
  5. ok lawak sgt!hehe.namee seremban kan.nak la jugak no sofi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana area seremban 2 tak ? sebab area seremban 2 ...sendayan je dia cover.

      Delete
  6. Ya allah berdekak baca. Sumpah lawak your maid :D

    ReplyDelete
  7. Ekeke.. Ada bukak kotak tak bagi nampak dia??

    ReplyDelete
  8. Hahahahahaah, sofi berkenan sangat tu. comel la sofi ni. Heheheh

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum namee. haha sofi ni kelakar lah. haha bagusnya ada orang jujur dan rajin bekerja camni... semua orang pun berebut nak gunakan perkhidmatan dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb dia rajin sheila. rse mcm berbaloi lah bayar dia lebih pun. hehe

      Delete
  10. hahahahahahahaha kelakar lah sofi nieeeee

    ReplyDelete
  11. ahahahah. Ok kelakar. Saya agak sukar percaya pada maid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. namee pun x caya maid sbb tu amik helepr dtg bila nak guna je. tu pun sofi busy gila. T_T

      Delete
  12. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA ! Mau aja aku culik Sofi ni. Pandai buat kelakar juga. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha. hah elok sgt tu bawak balik. awak pun sama kaki buat lawak. haha

      Delete
  13. hahaha.. lawak..nak jugak no sofi ni plisss

    ReplyDelete
  14. hehehe.. patutlah dia asyik tanya.. tapi thumbs up untuk sofi tu.. baguslah dia.. moga dia sentiasa di bawah lindunganNYA dan sihat selalu hendakNYA. Begitu juga Namee dan keluarga serta kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. terima kasih kak. ssh nak cari org indon yg boleh percaya. kalau dpt maid mcm sofi ni mmg best lah. tapi dia kerja cuci2 umah orang je

      Delete
  15. hahaha..comel la sofi nie..import dia suh datang penang pulak laa..

    ReplyDelete
  16. hahahaha.. lawaknya awak nie Sofi. tp betullah macam mixed org buat cake tu .. mujur kak namee dah mention awal2 dalm entry tu mesin jahit. kalau tak sy pun jadi macam sofi jugak bwahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa awak pun sama macam sofi. tapi awak laki pun...mana tau beza. ekeke

      Delete
  17. hahahaha taktau nak cakap sofi atau namee yg comel

    ReplyDelete
  18. Namee ade contact no sofi tu ke.. Bg la nk la.. Sy pn dah beli set couple arabic.. Bca kt blog namee tu yg teruja nk beli...

    ReplyDelete
  19. kak namee, nk tnye mem watches tu akk pkai ok tk? berkarat tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena air karat la kot. tp so far x karat pun. hehe

      Delete
  20. namee.. nak nombor contact sofi jugak. bagus la helper camni.. saye kesian kat mak saye xde sape nak tolong. anak2 semua dah jauh including me. dulu saye duk dekat je dengan parent but now kena posting dah berjauhan. please ye namee. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sofi ni kalau nk guna kena ambik dia n anta dia balik on the same day. siapa orang seremban 2 boleh la. kalau jauh...dia pun xmau. T_T

      Delete
    2. saya boleh pickup and hantar pada hari yang sama. please namee.. parent saye dekat n9 jugak. sebab tu memang berminat sangat dengan sofi.. kalau sofi setuju, namee contact no sy eh 016-7036703

      TQ namee in advance

      Delete
  21. Replies
    1. tapi bukan kisah sofi nak belajar jahit. T_T

      Delete
  22. hehehehe.. comel jew perangai.. saket perut dok tahan gelak bile baca part yg last tu.. bile compare kn balik gmbr mixer dgn mesin jahit tu, ade la ckit kesamaan nyerr.. myb sbb tu cik maid tu buleh confius kot.. hehehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi logik la sebab bentuk sama. hahah

      Delete
  23. hihihhi comel la Sofi ni. Kalau dekat dah lama panggil Sofi ni. Tak laratlah namee, dah boyot2 ni nak mengemas pelosok umah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. namee x larat nak tnduk la skang ni. hewhewww. berattt.

      Delete
  24. I love you Sofi!
    Jujur, rajin dan comel :) :)

    ReplyDelete
  25. Haha lawak je sofi ni. Tp susah kn nk cari yg jujur mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau yg jujur mmg susah nak carii :(

      Delete
  26. hahaha.kelakat pulak si sofi ni
    bagus la kan bila dpt maid jujur mcm ni.
    snng hti
    mesti lama lagi nk bersalin la tu.
    tk care

    ReplyDelete
    Replies
    1. alangkah best kalau dia maid sy. tp dia bukan maid pun. panggil cuci 2 minggu sekali je . itupun if sofe free :(

      Delete
  27. kelakar lah cerita akak Namee. rupa dah ada tapi tersilap translate jadi mixer bancuh kek hehe. happy new year to kak Namee dan selamat 2nd pregnancy ye :D

    ReplyDelete
  28. nameee. boleh mintak kek no sofi? sy duduk mantin. kalau suruh jemput pun sy boleh.

    ReplyDelete
  29. haha lawaknya...boleh pulak samakan dengan mixer...bentuk sama agaknya

    ReplyDelete
  30. Salam namee. Nk mntk nk sofi or helper lain pon xpe. Sy nk msk umah sendayan. Asben kat Sabah. Sy n anak je kat sini. Tu nak kemas umah skt. Sy preggy skrg.

    ReplyDelete
  31. sorry all. sofi dah balik indon. suami dia sakit . T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...