Thursday, January 1, 2015

Resepi : Chicken Chop

Hi

Bila teringin chicken chop je ingat nak beli kat kedai je . Ingat susah nauuu  nak buat padahal senang gila. T_T. Kalau poie kedai, makan chicken dalam polisterin ada ayam x semenggah , kentang sikit2, coleslaw sikit harga berapa RM6 dah kan ? Walhal nak buat dia ewahh sonang. Ewah tukang taip ni cakap macam heabt sangat. hewhew. Ni resepi my sister. Untung iols ada kakak yang suka memasak untuk adik2. Terus cilok resepi. So ini dia.....resepi chicken chop. 


Bahan-bahan

1) Dada ayam ( tak kisah lah nak beli ayam bahagian mana tapi beli ayam yang dah dibuang tulang ) . Alah yang dalam paket2 dah. Eh beriya I explain sebab I pun baru tahu ada jual camnih . haha

Macam ni..


2) Serbuk lada hitam
3) Serbuk lada putih
4) 2 biji telur
5) Tepung beras
6) Bread crumb ( serbuk2 oren tu haa)



Bahan-bahan sos
1) 3 ulas bawang putih
2) setengah bawang besar 
3) 1 sudu besar blackpepper biji2 tu. ( jangan guna blackpepper serbuk )
4) Sekotak susu Dutchlady kotak kecil
5) Demiglace sauce 

Ini demiglace , ada jual dalam paket gak.


Mari mula

STEP 1
Tumbuk2 ayam tu guna lesung batu. Kasi penyek . Sebab nak lebarkan and nipiskan sikit. Terpulang lah kat korang nak senipis dan selebar mana. Tapi for me, tumbuk kasi flat sikit lah. Ayam kalau tebal2 cepat muak makan.
Kalau tengah gaduh dengan pakwe, sila terus buat chicken chop. Tumbuk sampai lunyai ayam tuh . Imagine muka pakwe and penuhi emosi dendam. hahaa "ooo kau tengok perempuan lain yeah, nahh hamekkk"





STEP 2 : Sediakan campuran telur

 Telur 2 biji + serbuk  lada hitam + serbuk lada putih. ( serbuk tu ikut korang la nak banyak mana. Letak dalam satu sudu besar lah sodap .





STEP 3 : Tepung Beras
Standby tepung beras dalam pinggan sebab senang nak buat kerja celur masa nak goreng nanti.





STEP 4 : Bread Crumb
Letak bread crumb dalam pinggan siap2 camnih. Senang nak celur time nak goreng.

ni haa bread crumb jenama Pak long. Bukan pak long saya. Entah pak long siapa.




 STEP 5 : CELUR MENCELUR

Ayam celur dalam telur

Then celur dalam tepung beras

Then celur dalam telur balik

Then celur dalam bread crumb

(ulang langkah ni untuk semua ayam ) . Bila nak goreng baru celur. Jangan celur siap2 semua then baru goreng.





STEP 6 : Goreng !
Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.







 Tadddaaa !!
Eh tak sedap lah takde sauce. Umpama mandi tak basah, tidur tak lena,..



Resepi sos chicken chop

Bahan-bahan sos
1) 3 ulas bawang putih
2) setengah bawang besar 
3) 1 sudu besar blackpepper biji2 tu. ( jangan guna blackpepper serbuk )
4) Satu susu kotak Dutchlady
5) Demiglace sauce 


Ini demiglace , ada jual dalam paket gak.

1) Tumis 3 ulas bawang putih + 1/2 bawang besar +  1 sudu besar blackpepper jenis biji dah ditumbuk . Tumis sampai naik bau.


2) Gaulkan 3 sudu besar demiglace + 300ml air  .Masukkan dalam periuk tumis tadi tu

3) Masukkan sekotak susu Dutch Lady

4) Kacau sampai pekat dengan api slow.

Jangan api kuat and sila kacau2 sebab nanti berketol tak cantik. Bila dah pekat, tutup api.


Tuang la kat chicken chop . Goreng la kentang sikit. Rajin lagi buat lah coleslaw cincang kubis , carrot gaul dengan mayonis sampur air. Dah siap
Ok boleh buat business jual dalam polisterin RM6.50.  behee





Suami complain gaya korang macam hantu kak limah ??


Suami suka pokpek bising kan kalau isteri lambat bersiap ? Tapi  nak isteri melawa jelita meletop, macam mana tu kalau dah nak calit lipstick "eh awak ni apa kehe lama sangat niiiiii?" . tu baru nak calit lipstick ikut bentuk bibir. Kang cincai2 kang comot lipstick nampak macam vampire baru lepas hisap darah pulak kang.Bila tengok pompuan lain bergaya semenggah cakap gini pula "awak cuba lah pakai elok2 camtuh". Eh eh tadi nak cepat benor kan.

That is the reason why banyak pompuan yang dah ada anak, muka macam hantu kak limah. Bukan muka je, gaya pun. Take time tau tak nak sapu lotion, pilih baju elok, apa lagi lah nak lilit2 tudung lawa2. T_T

Ok skang takyah pening ! Dah ada tudung instant weyh ! Nampak je macam kena lilit berjam2 tapi sebenornya tudung ni ada trick dia. Dah tersedia lilit pun. Kome hanya perlu sarung je ! 


Macam nih ! Nampak je macam kena lilit tapi tak. Sarung je. 


Ni lagi satu, nampak je macam kena pakai banyak layer. Idok pun. Sarung je ! Dah tersedia layer pun.



Banyak lagi tudung yang dijual . Ada  tudung halfmoon beads- import terus dr vietnam with quality material n beads selain itu, tudung instant, shawl, tdg layer, hoodie, inner neck dan byk lagi.

Skang tengah ada SALE ! Saja buat SALE gempak !

Boleh tengok banyak lagi kat blog..





sms/wechat/tele/whatassp: 013-7002981
fb: http://facebook.com/BeautifulHijab
blog: http://e-bazaria.blogspot.com
Instagram: @cutescloset





38 comments :

  1. wow... resipi yg simple n bahan2 pun mudah dapat.. ok. nnt bebila rajin boleh try ...thanks for sharing :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple je nak buat chicken chop ni. hehe

      Delete
  2. bhahaha sgt cara-cara nak buat resepi tu. err.. nanti kalau buat kat rumah, org ingat tengah lepas geram pulak ^^ boleh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. eh tunggu gaduh baru buat lah . semangat sikit nak leperkan ayam. ekkeke

      Delete
  3. kak namee mesti lagi cantik kalau bertudung...semoga Allah beri hidayah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. tudung is not about being more cantik or not. :) pakai tetap kena pakai walau x cantik pun. hehe

      Delete
  4. assalamualaikum namee. lapar ohh tengok resepi chicken chop ni.. hehehe nanti da boleh buat sendiri. mohon copy resepi ya ;)

    ReplyDelete
  5. simple jugak yer bahan-bahannya...tapi nak buat tu idak rajin ngehngeh

    ReplyDelete
  6. namee, susu dutch lady satu kotak tu, yg 1 litre tu ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang susu kotak kecik untuk sorang minum tu. hehe

      Delete
  7. ooo macam rupanya nak buat chicken chop :o

    ReplyDelete
  8. wahhh. home made chicken shop. hiksss semudah abc je nampaknyaa. bolehh laa try buat :D

    ReplyDelete
  9. namee, nak lg senang beli chicken chop ayamadu...tinggal goreng je
    kita penah try not bad (http://ryyhan.blogspot.com/2014/11/recipe-easy-peasy-chicken-chop.html)

    ReplyDelete
  10. Namee, demiglace tu ada tak idea boleh digantikan dengan apa? hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmmm rasanya boleh buat sos mushroom sendrii. nanti kita share. hehe

      Delete
  11. Dapdap nye chicken chop.. Bahan2 pon senang2 dapat je.. Ok lepas ni boleh cuba.. Tq namee! :p

    ReplyDelete
  12. akak susu dutch lady tuhh kotak besar kee kotak yg kecik tuhh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kecik untuk sorang minum, namee ada reply Kat atas, hihi

      Delete
  13. Dah lama tercari cari resipi nak buat chicken chop ni.. thank you share resipi..

    ReplyDelete
  14. anda ingin membuat duit bersama flb pro..sangat mudah layari http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/RahsiaShairani

    ReplyDelete
  15. Wow..resepi namee simple n senang nak faham..tq
    Nti nk try masak utk hubby..hihihii

    ReplyDelete
  16. so total smua bahan2 brp eh ?detail please ..cik buat untuk brp ketul chicken chop..

    ReplyDelete
  17. so total kesemua brp ehh >? detail please ..barangan2 tu..cik buat untuk brp ketul ayam ...dan brp harga kesemua

    ReplyDelete
  18. salam kak...Mintak izin share resepi ye...tq

    ReplyDelete
  19. Tq resepi kak... (^_^)
    http://fizzafizzik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. Wah boleh cuba...sangat simple dan pasti jadi resepinya.
    Baru tau ada sos demi-glace tu.
    Nanti boleh cari.
    Tq resepi.....(^_~)

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. Nak tanya , bawang kene kisar atau tumbok ?

    ReplyDelete
  22. Nak try msk kat kdaila..minta halal resepi kak...

    ReplyDelete
  23. Nak try msk kat kdaila..minta halal resepi kak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...