Monday, December 8, 2014

Terpulang Masing2.

Hi..

Issue halal dan haram , issue yang sangat besar as majoriti Malaysian adalah beragama Islam, agama rasmi negara kita pun agama Islam. Kita penduduk Malaysia sangat bertuah sebab ada badan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang dipertanggungjawabkan tentang hal ehwal Islam di negara kita. Termasuklah dalam perihal halal dan haram sesuatu produk yang dikeluarkan demi menjaga kepentingan umat islam.

Haritu, berkesempatan pergi dengar taklimat Jakim tentang issue halal dan haram terus prosedur Jakim dalam mengeluarkan sijil halal haram untuk sesuatu produk. Halal dan haram ni bukan untuk makanan je, tapi semua produk yang ada kat Malaysia ni. Proses untuk mengeluarkan sijil halal paling minimum pun memakan masa 30 hari.




Contoh untuk produk pemakanan. Setiap pelosok bahan2 dalam produk makanan tu akan dikaji dengan teliti. Even packaging pemakanan itu sendiri pun akan dikaji samada mengandungi bahan2 yang jatuh haram atau tidak. Jakim sangat teliti dalam bab halal dan haram ni as ia dah jadi satu amanah untuk mereka. Banyak faktor yang diambil kira , contohnya seperti bahan itu sendiri samada mengadungi bahan yang memnag haram, proses , sembelih atau tidak, kebersihan, bahan2 packaging produk , mesin yang digunakan untuk proses produk tersebut etc.

Contoh, kenapa ada restoran yang menyediakan menu halal tapi tidak mendapat sijil halal.

Andai kata sesuatu produk/menu itu menggunakan bahan2 halal dan disembelih tapi oleh sebab perkakas dapur yang digunakan pernah digunakan untuk memasak menu yang tidak halal..maka ia jatuh tidak halal sebab dimasak di atas perkakas yang bekas tidak halal. Contohnya, restoran steak di hotel2 as some of the steak yag disediakan , ada yang dicampur bersama alcohol.

Sama jugak bila case Cadbury haritu bila tersebar katanya ada DNA babi oink oink dalam chocolate. First tindakan Jakim adalah terus menggantungkan sijil produk Cadbury , then terus buat siasatan ke kilang, Dari semua bahan yang ada dalam kilang, sampai ke semua pelosok mesin dalam kilang pun dikaji samada ada atau tidak DNA babi melekat pada mesin2.

Setelah diteliti dan disiasat, takde apa2 DNA babi dalam produk Cadbury yang dari dalam kilang dan pada mesin itu. Maksudnya, memang produk yang dikeluarkan dari dalam kilang taklde dijumpai DNA babi. Kata putus dari Hub halal Jakim sendiri, produk Cadbury adalah halal !

Sijil halal Cadbury hanya digantung seketika masa rumors tersebar dimana ada dijumpai DNA babi dalam produk mereka. Setelah disiasat, memang takde dijumpai DNA babi tersebut.

Antara soalan yang I sempat tanya pada pegawai Hub halal , Jakim haritu...

Me : Haritu kecoh kata dijumpai DNA babi dalam produk Cadbury, so lepas kes tu ramai yang tak yakin dengan Jakim as diorang claim Jakim ni tak buat kerja dengan betul then diorang rasa was2 dah dengan Jakim.

Jawapan pegawai Jakim : Simple je. Jakim diberi amanah besar untuk jaga kebajikan hal umat islam termasuklah bab halal dan haram sesuatu produk. Amanah ni adalah sangat besar, sebab kalau pihak Jakim sendiri main2 dalam bab ni....kira lah berapa dosa yang dirtanggung oleh Jakim sendiri sebab menghalalkan sesuatu yang haram . So kalau pengguna masih was2 dengan Jakim, maksudnya anda semua dah jatuh hukum syubhah sebab was2 dengan kredibiliti Jakim dalam mengeluarkan sijil halal. Bukan setakat produk Cadbury, dikira anda was2 dengan semua produk yang dah disijilkan halal oleh Jakim.

Hati2 denga perasaan was2 tu. Itu saja pesanan saya. So pasni takyah risau, Cadbury adalah halal. hewheww sebab I yakin dengan Jakim, lpeas pergi dengar penerangan dari Jakim tentang proses dan jangkamasa yang diambil....i yakin lah. Terpulang pada individu, kalau was2 jangan makan sebab dah jatuh hukum syubhah.

Ok bebeh. Toodles :)





17 comments :

  1. sape² yg msh was² tu, klu rs xnk, xyah la.. pastu jgn nk pengaruhi org lain utk was² gak..

    ReplyDelete
  2. Good explanation...betul tuh, kita kena yakin dengan JAKIM...baru lah mudah kita nak kesan mana halal dan haram nak makan...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    singgah isnin
    sory hr nie bz sangat
    x sempat nak komen ya

    ReplyDelete
  4. salams namee, tq for sharing....:)

    ReplyDelete
  5. salam singgah..

    Jemput follow blog saya ye..tq

    ReplyDelete
  6. yup betul tuuu.. lg 1 yg selalu makan kat hotel2..dok gah gah sangat, eh kemain pos makan kat hotel ni.. tp sure tak ada sijil halal? sebb x semua ye restoran dalam hotel tu ada certificate halal, even 5 star... ni cadbury memg dah sah jakim..bukan seng nak dptkan sijil.. for sure bab halal haram xde nya la jakim nak buat main2 kannn

    ReplyDelete
  7. penjelasan yg simple but yet mudah faham...betul jugak kn kalau dh was² dgn jakim, kena lah was² dgn sume produk yg ada sijil halal jakim...abeh apa je yg boleh dimakan camtu?? huhu~ still... byk sgt rumors kt media sosial...letih tau nk berhujah... -.-'

    ReplyDelete
  8. This is interesting. Kita as Malaysian sebenarnya sangat bertuah sebab boleh serahkan hal halal haram ni kat Jakim kan. I dulu so ignorance about this sebab rasa "selamat" berada di negara sendiri yang Islam kan, but since duk sini... kena pandai2 sendiri and apa-apa kena tanggung sendiri, that makes me more aware of halal haram.
    Isu cadburry dulu tu... it is simple jer, Jakim just doing their job.

    ReplyDelete
  9. This is exactly apa yg aku terangkan dkat kawan2 bila cerita pasal halal haram...
    Titik tolaknya akhirnya berbalik kpd ilmu dlm diri dan perasaan percaya tak percaya tu...

    Lg satu jadi isu sekarang, masyarakat lagi berpegang kpd kitab 'media sosial' drpd apa yg patut kita pegang.
    Contoh: "Weyh, kau tahu tak makanan tu haram?"
    "Mana kau tau haram?"
    "ada org share dlm whatsapp kata benda tu haram"
    Kalau benda tu tak haram tp kita kata haram, kan dah kita sebar fitnah, kan?

    ReplyDelete
  10. Yes setuju tu namee. Pcaya pda jakim hehehe

    ReplyDelete
  11. Time saya tinggal di jepun..semua kena pertimbangkan sendiri. X ada agensi mcm jakim. Sampai kami email company yg buat produk makanan untk tanya bhn2 yg digunakan.
    Kalau rasa was2....diam2 saja n pls jgn sebarkan.takut nanti jd fitnah

    ReplyDelete
  12. dulu tak yakin.. sekarang dah yakin.. baru paham the term gantung sementara.. bukannya mmbuktikan cadbury tu haram.. hanya untuk bagi masa penyiasatan.. tq namee untuk perkongsian ni.. :)

    ReplyDelete
  13. Salam, singgah sini, ye betul, yang mana raguragu tu tak payah makan, dan yang yakin tu, ayuhlah makan dengan gembira, hoooreeeyy hihi.

    ReplyDelete
  14. to me...senang je..if rasa halal, yakin, dah bc ingredients semua, ada cop halal...then bc bimillah...makan...otherwise...lupakan saje n x pyh la dok pengaruh org lain....

    ReplyDelete
  15. makanlah tanpa was-was. tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...