Friday, January 16, 2015

Bersalin Normal vs Bersalin Cesarean

Hi

Ramai lah yang nak tahu kan apa beza bersalon hahh dah typo bersalon  pulak dah bukan salon cuci set rambut ye tapi butang delete Adam dah cabut so takpe I repeat "bersalin" normal and bersalin czer nih. I tak pernah bersalin normal tapi I dah rasa contractions yang agak dasyat lah. hewheww. Tapi dah 2 kali rasa czer. Dua dua memang sakit lah and dua2 ada sakit yang tersendiri. Ewah. So begini ceritera cintanya. 





Bersalin normal. 

Sebelum. Sebelum bersalin memang perit lah nak melayan contraction ni. Korang yang jenis bila period, ada tak rasa senggugut ? Kalau I, jenis senggugut yang rasa kemaluan nak runtuh. Pastuh pinggang sakit sakit. Macam bawah kemaluan tu nak jatuh, so lenguh2 sakit la. Contraction rasa dia camtu tapi banyak kali ganda. Depends. Untuk bersalin, we need bukaan dalam 10cm. So masa sakit contraction tu, centimeter demi centimeter yang tunggu nak dibuka....sakit contraction akan double lah akan terus bertambah2. 

Sakit contraction ni sakit yang memang sakit and kita taktahu nak adjust macam mana bila contraction tu datang. Kiranya kalau sakit tu dah menyerang, nak taknak kena tahan sebab takleh nak adjust camne. Tips bila contraction, cepat2 tarik nafas hembus tarik nafas hembus sampai contraction tu hilang. Nanti bila contraction datang serang, ulang lagi tarik nafas hembus tarik nafas hembus. Itu je cara yang bleh hilangkan contraction .

Sepanjang tengah nak tunggu bukaan sampai 10cm tu boleh ambil gas tahan sakit kasi khayal sampai terlelap, pastu ubat tahan sakit. Tu yang kadang2 ada yang gigih gila tahan nak contraction sebab nak bersalin normal tapi bila bukaan dah atas 6cm , sakit contraction berganda2 lagi. Time tu la nak menggila sakit. Ambil la bantuan ubat tidur ke tahan sakit ke, dah tak jalan. Tapi bila dah alang2 6 cm tu, sila terus gigih. Sayang la tetiba nak ceaser. Boleh amik epidural . Memang kurang sangat sakit cumanya ada jenis orang dia amik epidural pun takde effect. Tu tak tahu lah kenapa.

Tapi time baby dah nak kelaur tu, maybe tenaga dah kurang lah sebab tahan sakit lama sangat kan. Ni ikut orang gak, ada gak yang jenis jap je contraction pastu baby nk keluar dah. Tapi banyak jugak yang contraction memang lama gila , 2 hari pun ada. Time tu dah lemah n less energy sampai takde daya nak push baby. Tu yang kes sampai baby kena sedut keluar guna vakum. 

Yang pnting, jangan jerit2 la . Nanti tenaga lagi cepat habis. Yup Contraction memang sakit. T_T

Selepas. Selepas bersalin secara normal, memang semua kesakitan hilang terus. Dari sakit perit contraction and nak push kepala baby. Bila baby keluar je, terus "aikkk mana kesakitan iolsss??" kekkeke. Sampai time doktor jahit pun ada yang tak terasa. hewhewww. Tapi kena jalan kepit2 lah. Ada yang lepas bersalin, tempat bersalin tu nanah2 sikit.


Bersalin cesarean
Elective ceaser atau cuba nak normal but end up cezer sebab tak dapat tahan contraction tu. Kalau elective czer ni memang dari awal dah cakap "ok doktor, saya nak bedah terus" . So akan terus set date nak bedah. Tapi rasanya kat swasta je kot boleh request, kat hospital kerajaan takleh rasanya sebab diorang sangat support normal birth. 

Sebelum czer, siapa yang cuba nak bersalin normal tu akan rasa la contraction then tak tahan terus request nk bedah sebab dah tak larat nak layan sakit contraction. Kalau yag elective czerr ni, selalunya tarikh bedah akan diletak sebelum contraction menyerang. So terus bedah maybe dalam 38 weeks tu dah boleh bedah. 

Masa nak czer tu, akan ada doctor pakar bius suntik suntikan nama dia SPINAL kat tulang belakang kita. Lepas je cucuk terus dari pinggang ke kaki bawah kebas2 semut2 sampai lah tak rasa langsung part pinggang ke bawah hunjung kaki. Masa ni separa sedar. Pinggang ke atas memang sedar, part bawah tak sedar. Bila doktor bedah memang tak rasa lah cuma rasa la macam katil goyang2 time doktor nak tarik baby keluar. 

Selepas. Selepas czer, time ni lah parah memang parah. Mula2 tak rasa kaki, sila gigih2 buat senaman atas kaki sampai rasa kaki. Sikit2 kaki akan rasa balik tapi masa ni perit dari luka tu dah mula rasa. Nak bangun memang perit, perlu bantuan orang la peluk badan kita then baru boleh bangun. Takpe, nah tips.

Tips selepas bersalin cesarean :
-Lepas terjaga dari ubat khayal, tak rasa kaki sebab kesan bius tak habis lagi. Nanti bila dah rasa kaki sikit2, goyang kaki walaupun peha tak rasa lagi tapi hanya dapat rasa jari. Ok mula dengan goyang2 jari kaki dulu.
- Pinggang akan rasa macam lenguh, angkat2 pinggang sikit . Exercise. Biar la u nampak macam orang tengah aerobik atas katil kekekke yang penting cepat sembuh.
- Bila dah rasa kaki, boleh mula belajar duduk. Duduk atas katil jela. I macam orang gila berpaut kat katil sebab nak cuba duduk. Kepala akan pening berpusing2 kesan dari ubat dan tidur sepanjang hari. 
- Masa nak bangun untuk duduk, tarik nafas. Jangan bangun sambil hembus nafas. Pressure kat rahim and luka tu nanti bila kita tak tarik nafas.
- Cuba berdiri sambil berpaut. Time ni lah nak romantik dengan pasangan feeling2 slow dance. kekekke

Yang penting jaga nafas. Nak berjalan pun, tiap kali nak angkat kaki jalan tarik nafas. Jangan pressure rahim.  Masa bedah ceaser, 7 layer kulit ye dipotong so luka memang dalam. 

Tips lain, jangan tengok maharaja lawak. Nak gelak sakit walaupun lawak diorang xla lawak pun. kekeke . Bersin, gelak, batuk semua sakit gila ye. Akan sakit gila dalam masa 7 hari. Atas 7 hari sakit makin sederhana tapi masih perit. 

So dua dua cara bersalin ada keistimewaan dan keperitan masing2. Ni bukan entry menakutkan tapi nak bagitau sakit tu macam mana and apa yang beza so that if first time mommy yang no idea ni,  dia tau lah nak handle macam mana nanti. T_T 

Apa2 pun jangan takut ok. Segalanya akan selamat. Doa dan berzikir. 





Nursing Cover Paling Best : 4 In One !!


All in one weyhh !
- cover boobs time menyusu
-stroller cover bila nak tutup cahaya kat public
-tempat lepak2 anak.bentang mcm nak picnic ewah.
- changing mat !
- lapik bahu time nak burp anak !
-selimut !

Dah semuanya dalam satuuuuu ini saja,,



Best gila nursing cover yang ni sebab 4 in 1 . tehee ! 
1) Dah la nursing cover. Time nak menyusu anak takyah la nak risau orang nampak boobs kita. Segan nak menyusu nak nak ada yang jenis jakun tapi anak dah lapar, mana2 pun terpaksa la. Demi mu anak.
2) Dah tu boleh buat stroller cover pulak.
3) Boleh jadikan selimut. So takyah la sibuk nak pack up selimut dalam bag anak lagi sebab nursing cover ni dah boleh jadi selimut sekali.
4) JAdi lapik salin lampin ! Best takyah penuh2 kan beg dengan banyak barang. Semua dah include dalm satu nursing cover ni.

Ni dia haaaa nursing cover berzip. Lepas guna boleh lipat zip dah kecik senang nak simpan dalam beg atau sangkut kat stroller je.


Lepas guna boleh zip jadi kecik !


Sepower power I manage barang pun, last2 mesti ada yang tertinggal. Kalau time nk bersiap kelaur, barang2 baby mak lah yang gigih arrange semua. Dari susu baby, botol, air panas segala, pampers, mak lah yang daya ingatan kuat sikit. Tapi time nak packing2, mesti ada je yang tertinggal. Last2 laaaaaa. T_T 

So bila ada nursing cover 4 in 1 camnih dah banyak bantu mudahkan lah.



Apa yang membezakan NURSING COVER bycikgebu dari nursing cover diluar sana.

NURSING COVER bycikgebu selepas guna terus simpan as beg berzip. 
~ Tak perlu risau tercicir beg pouch nursing cover atau risau kena lipat kemas kemas simpan dalam beg.
~ Lebar untuk cover mommy dan anak. 
~ Tingkap boleh peek a boo dengan anak.
~ Tali yang boleh dilaras mengikut keselesaan mommies
~ Kain 100% cotton lembut. Terasa seperti didalam aircond. Kedua anak dan ibu selesa menggunakannya
~ Dengan corak unik dan menarik, confirm mommies diluar sana gembira berbunga bunga hati memakai.

Offer Package 
RM80 ( Net Price RM95 ) 
FREE CALENDER 2015  ( selagi stok masih ada )
FREE POSTAGE
Memilih corak follow instagram @bycikgebu
Hashtag untuk mencari ready stock nursing cover  #readystockbycikgebu
Hastag untuk testimonial dari customers  #testimonialbycikgebu


Untuk order, sila wassap ke 012-4247022

Page Product
Instagram: Bycikgebu
FB: Bycikgebu Insta
                                         


32 comments :

  1. Ish.. takutlah baca entry Namee yg ni... serious... tiba-tiba rasa bersyukur sangat dulu akak bersalin normal

    ReplyDelete
  2. Kak Namee ape nama baby baru kak namee?

    ReplyDelete
  3. Thanks for da tips! *ok, bertmbh rase cuak iollss*

    ReplyDelete
  4. Masa bc ni tgh baring.haha siap buat apa gg namee ckp.gerak2 jari dulu haha. Adeihhh xtrbayang la cmne. Fuhhh lap peluh

    ReplyDelete
  5. Tahniah namee dah bersalin.. congrats

    ReplyDelete
  6. hi namee.. gigih nya hapdate blog even lps czer.. i pun 3 x czer and this march gonna be 4th time... pheeeewww.. dah bole agak rasa dan feeling dia.. cuma bila ingt mesti ngilu n takut sbb dah bole imagine..

    ReplyDelete
  7. saya yang baca je ni pun boleh goosebumps habis. seraamnya . T.T

    ReplyDelete
  8. ok.. i'm not yet marry tp ngilu baca.. b4 ni pnah tgk video normal birth n ceasar birth kt utube tp semua pn rasa ngilu la. tp org kata sakit normal birth adalh nikmat yg Allah bg kt setiap wanita terpilih.. by the way Namee, apa jantina anak???

    Norsalihah

    ReplyDelete
  9. Rezeki dan bahagian kita dariNYA..
    Ada yang senang bersalin, ada yang susah..
    Sakit memang sakit tapi bila baby dah keluar, hilang semua rasa sakit tu.. ;)

    ReplyDelete
  10. wahh namee dah bersalin ke? congrats!! :) adam dah jadi abang adam la lepas ni. hihi
    sy dlu bersalin normal and hopefully lepas2 ni semuanya normal. dgr cerita kwn2 yg c-zer mmg sakit post deliver katanya. nk pakai bengkung pun ikat tepi. tp xpe yg penting semua selamat and lepas2 tu dah recover. congrats again!!

    ReplyDelete
  11. wow!! sy yang baru 16weeks ni pon dah berdebor hehhe fisrt baby plak tu..xtau nanti camne plak situasinya...cume mengharapkan segalanya dipermudahkan oleh-NYA hehehe pape pun tahniah kak namee...selamat berpantang larang... :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..dah merasa keduanya baik czer or normal masing2 best dan masing2 pun ade yang tak bestnye. Hehe..syukur semuanye selamat namee..congrats :)

    ReplyDelete
  13. setuju sis..dh rasa dua2..normal sakit sblom bersalin..czer sakit selepas bersalin...sma aje..dua2 sakit...hihi

    ReplyDelete
  14. kite baru je lepas bersalin anak kedua sblm namee aritu .. kite xder pengalaman czer lagi, both bersalin normal, Alhamdulillah~

    ReplyDelete
  15. Part jgn tgk maharajalawak tu betul sgt.sakit sgt nak ketawa..adoi..terus insaf.tukar channel

    ReplyDelete
  16. Saya bujang lagi sambil baca badan saya lemah gemalai....seram entry ni... part paling lawak tips jgn tgk maharaja lawak kelakor la kak namee

    ReplyDelete
  17. Part jgn tgk maharajalawak tu betul sgt.sakit sgt nak ketawa..adoi..terus insaf.tukar channel

    ReplyDelete
  18. brslin czer wlupn x normal skit tetp sma kn namee..saya pn lalui benda yg sama namee..bila nak tunduk tu memng skit gila,nak turun katil,naik katil,terhegeh2 jln ni nak g bilik air bila nk mndi..nak berak & kencing memng perit..rs hati ni wktu tu down sngt2..bila terlanggar bedul wlupn sikit dh rs skit..nk ketawa,batuk jgn cerital;ah memng azab..

    ReplyDelete
  19. moga moga muja tak kan merasa czer, nauzubillah sangat, yela,, takut bebenr rasanya :'(

    ReplyDelete
  20. Saya dua2 dah rasa..normal dan czer..bgi saya bersalin normal ok lg dr czer wpun dua2 sakit...satu skit sebelum..czer skit selepas...apapun alhamdulillah...nikmat sakit bersalin tuhan bagi rasa...

    ReplyDelete
  21. Sedikit pembetulan. Elective czer minimum 38minggu, bkn 35minggu seperti dlm post.

    Quote" So terus bedah maybe dalam 35 weeks tu dah boleh bedah. "

    Bayi kurang dari 37minggu dikategorikan sebagai bayi pramatang.

    Btw, Selamat berpantang

    Link:
    1.http://www.babycenter.com/0_c-section-by-choice_1498696.bc
    2http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs363/en/

    ReplyDelete
  22. Makluman, pembetulan info dlm post. Minimum elektif czer umur kandungan adalah 38minggu. Kl kelahiran kurang dari 37minggu dianggap pramatang.

    btw, selamat berpantang

    ReplyDelete
  23. Ngilu bacaa. Adam dah jadi abang yeayy ^^

    ReplyDelete
  24. Saya bersalin anak 1st czer & anak ke dua normal. Dua2 ada pro & cons.
    Anak 1st czer 37w berat 2.04kg tp tak masuk incubator pun. Dah 5 tahun dah..

    ReplyDelete
  25. Congrats namee...
    ai x pnh czee, n x terpikir pun nak czer..hope if ada rezeki lgpun,normal jgk la...
    u take care..selamat berpantang...

    ReplyDelete
  26. Ngilu g.g baca sis namee nya post.yg bujang mcm sy pn rasa tkt . Tp dpt imagine.akak sy 4 org cze.pas2 dr ikat

    ReplyDelete
  27. bestt entry ni...buat saya berdebar pulak..now dah nak masuk 6 bulan..tak pernah ada experience..just baca pengalaman through blog...

    namee...jemput lah singgah ke blog sy..

    ReplyDelete
  28. rezeki kalau dpt bersalin mudah..arwah mak sy selalu pesan kalau tahu je pregnant ari2 doa mntk Allah beri bsalin nrmal..mudah nk jaga..Alhamdulillah sy amal dn smua anakbsalin normal dn mudah

    ReplyDelete
  29. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips bersalin mudah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...