Monday, January 19, 2015

Kemeja

Hi

Seekor kemeja adalah binatang buas.. Paling parah untuk dijinak sebab banyak pelosok yang perlu teliti. Satgi gosok bahagian badan dulu, pastu nak gosok lengan. Ewah confident nak sangkut kat hanger tetiba tengok dah berceloreng calar2 kedut dah. T_T . Lama tau  I experiment nak gosok kemeja dari zaman darjah 5 lagi. Sampai tahap melalak2 sebab frust. Eh aku gosok dah ni, gosok part sana plak tapi kedut balik. Sakit jiwa betul.


Yela sebab bila nak gosok2 kemeja tu kan kelepek2 atas iron board. Cis .Tapi dah kahwin, takleh lari weyh. Tak boleh belah, gosok baju pun boleh jadi entry. Nampak sangat tengah pantang bosan gila xde buat apa. Sebab nak elak meroyan la duk busy kan diri buat macam2 kerja tapi yang ringan jela. 

Setelah di eksperimen berbagai cara, maka cara ini yang paling pantas nak menggosok seekor kemeja. Seekor haa  panggil seekor sebab buas sangat spesis kemeja ni. T_T . 

Step 1 sila beli botol spray ni dan letak air penuh + 1 susu kecik pelembut Softlan 





Pastu mula !

Mula2 iron bahagian collar dulu. Tajam2 licin2 kan apa yang patut kat collar. Spray air jangan lupa. Ok settle.


Haa collar bahagian luar dah settle licin, lipat collar tu nak kasi keras collar. So bila hubby sarung collar tu nampak terletak gitu.


Lepas collar dah settel, sauk kemeja camtuh kat iron board. Fokus licinkan bahagian belakang dan bahu je. 


Pastu kan part kemeja bahagian belakang tu ada pulak celah lipatan camnih, haa tajam kan siap2. 


Lepass tu fokus gosok lengan dulu. Tajamkan bahagian bahu dan sepanjang tangan tu. Tajam yang orang kata sampai boleh luka la kalau terpegang. Bajet tajam macam pisau. ceccecece letak air lebih sikit kat bahagian nak tajamkan tu. 




Belakang tangan pun sama. tajamkan apa yang patut.


Dua dua belah tangan dah settle. Baru lah mula part badan . Sebab kalau mula part badan dulu, kan luas kawasan badan tu. Kang kalau akhir sekali baru nak gosok lengan memang akan berkelepek2 la balik. so sila fokus tangan dulu baru part badan.




Time ni boleh repair balik garisan tajam kat belakang baju tuh.  Kasi tajam.



Siap . 


Gantung. Stock seminggu. So tiap2 minggu memang I akan gosok sekali harung lah sebab senang , nak keluar je ambik pakai.  Leceh lah tiap kali nak keluar ke, kang baju takde pastu Isham ni bukan bangsa "girrll tolong gosok"..Dia terus amik gosok sendiri je so tak best ah camtuh. Siapkan awal2 untuk dia. Lama sangat hidup bujang, semua urus sendiri. T_T kesian kekeke.

Pastu husband boleh perasan macam artis ok ada wardrobe.


So tips gosok baju..

Spray sila campur air + Pelembut Softlan satu sudu kecik

Mula tajamkan..
1) Collar
2) Bahu + lengan 
3) Badan
4) Gantung

Ok tu  je entry orang tengah pantang boring xtahu nak buat apa . Takat lipat kain, simpan baju, iron baju, belek baby....

Toodles :)







20 comments :

  1. okay, mesti baju pun wangi kan? cun. boleh buat ni ^_^

    ReplyDelete
  2. Hehe walaupun benda basic..still good info here..kekadang orang gosok main harung je asalkan xnampak macam crumpled shawl. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Wuuuu. Terbaiklah baju Caterham tu!

    Regards,
    www.pojiegraphy.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Namee,u are awesome wife bebeh!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Mastura sy. Masrura aka rura ejen kl sentral

      Delete
    2. yeee.. ade sesapa seru? ehehehe

      Delete
  6. Aku pun memang bangang bab menggosok kemeja.. hehehehe.. memang teruja membacanya.. tenkiu Namee :) slamat berpantang yer..

    ReplyDelete
  7. Salam... suatu ketika dulu saya penah mengalami masalah yg sama... untuk saya belajar tu saya sanggup kerja kat satu kedai dobi hotel dan belajar cara2 menggosok baju yg senang dan betul... pertama mereka ajar ialah gunakan iron stim... iron biasa memang susah... susah jugak nak pancit2... kalau stim memang senang, lepas tu baru diorang ajar teknik mengosok lain yg saya rasa biasa saya buat...

    salam kenal dan salam singgah

    ReplyDelete
  8. Thanks for the tips kak namee.. Memang stress kalau nak kena gosok kemeja!

    ReplyDelete
  9. Cara namee gosok sama dengan yaya! hee dan dari hostel dulu mmg pakai tips letak softner dalam air spray. daia warna purple. wangii

    ReplyDelete
  10. Baru iron kemeja, belum iron kerusi.. Haha. K hambar..

    ReplyDelete
  11. Baru iron kemeja, belum iron kerusi.. Hahahaa. K hambar. 😪

    ReplyDelete
  12. rajin awak namee

    selamat berpantang yer. kiss2 baby for akk :)

    ReplyDelete
  13. nmpak sgtla boringnye tu smp buat entry gosok baju.. selamt berpantang yer =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  14. wah tips iron baju ya..

    oke boleh aplikasi

    ReplyDelete
  15. bende yang paling xsuke!!hahaha..thnk..entry nie mng sesuai sngt..agk2 le kan kalu kt save lame dalam btol spray tu..cnth seminggu le..xbau busuk ke? :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...